oo 12 oo

The School's Samseng !
Please Subscribe to read the full chapter

Petang yang agak membosankan bagiku. Memandangkan ayah dan ibuku tinggal di Daegu, aku terpaksa tinggal sendirian di Seoul. Biasanya pada waktu petang, aku akan diajak oleh Taehyung, Daehyun dan Baekhyun untuk gamming di arked berhampiran sekolah. Tetapi, mood kami seratus peratus ‘rosak’ kerana sikap Daehyun yang sememangnya membuat hatiku panas.

 

Malas hendak mengulang kaji pelajaran, aku membaca komik “The boy and the postman”. Otak aku tidak habis-habis lagi memikirkan Daehyun. Asyik dia sahaja yang muncul di dalam mindaku. Orang kata kalau kita tak boleh henti fikir pasal mamat tu, maksudnya kita jatuh cinta. Haha, gila? Aku jatuh cinta dekat Daehyun?  Nak kiamat dunia pun takkan pernah terjadi. Aku ni normal okay, lainlah kalau Daehyun yang suka aku.

 

Tiba-tiba telefon bimbitku berdering lagu “ Bar Bar Bar” yang dinyanyikan oleh Crayon Pop, “Jumping Yeah Jumping Everybody!” menandakan mesej masuk, aku suka sangat dengar suara comel Soyul. Awh, naik kilang hormon aku kalau tengok dorang melompat-lompat comel walaupun pakaian dorang macam kuli bangunan. Whateverlah.. asalkan masih cute!

 

Cukup-cukuplah tu dengan Crayon Pop. Mesej tu sampai berjanggut pun aku takkan buka kalau asyik terbayangkan si Soyul.  Aku menekan butang ‘buka’ pada skrin telefon genggamku, nama Taehyung tertera sebaik sahaja mesej itu dipaparkan pada skrin. Nak ajak aku gamming ke?

 

Kyung to the soo, please datang ke bilik apartment Cikgu Saeji sekarang.

 

Apasal Taehyung suruh aku pergi ke bilik Cikgu Saeji? Entahlah, yang penting aku pergi kan. Aku segera bangkit dari katil lalu berjalan longlai ke arah bilik Cikgu Saeji. Pintu bilik aku ketuk perlahan-lahan. Tidak lama kemudian, guru Bahasa Inggeris itu pun membuka pintu. Kedatanganku disambut dengan senyuman manis. Dia mempelawa ku masuk ke dalam ruangannya. Pada masa itu, Baekhyun dan Taehyung sudah pun tiba. Baekhyun sedang leka menonton rancangan EXO Showtime manakala Taehyung pula sibuk bermain “Angry Bird”.

 

Ku ambil tempat duduk di sebelah Taehyung. Baekhyun pula duduk di lantai dengan selesa. Asyik tergelak melihat gelagat ahli EXO yang mejerit-jerit ketika memasuki ‘ rumah puaka’ itu. Tidak lama kemudian, beberapa tin air cola dihidangkan kepada kami.

 

“ Cikgu ! Fried chicken !” minta Taehyung apabila terlihat cola yang bertimbun di hadapannya.

 

“ Amboi, ingat awak di KFC ke?” balas Cikgu Saeji selamba seraya bercekak pinggang.

 

“ Apasal cikgu panggil kitaorang ke sini?” soalku.

 

“ Okay, cikgu panggil awak semua sebab nak cakap pasal Daehyun.” Ujarnya.

 

Baekhyun yang tersenyum-senyum dek kerana jatuh cinta dengan cola di hadapannya berubah kelat. Taehyung tidak seberapa mengendahkan kata-kata Cikgu Saeji, dia terlalu sibuk meneguk minuman kegemarannya itu.

 

“ Kenapa lagi dengan mamat tu?” soal Baekhyun. Nadanya menunjukkan seolah dia tidak berminat dengan topik yang bakal dibincangkan oleh Cikgu Saeji. Dadanya masih lagi berombak-ombak sejak kejadian tempoh hari.

 

“ Awak tau tak kenapa Daehyun tak datang sekolah?”

 

“ Entah.” Baekhyun jongket bahu begitu juga dengan ku. Cikgu Saeji mengeluh kecil sebelum kembali menyambung kata-katanya.

 

“ Sebenarnya, ayah Dae-"

 

PROT !

 

Bunyi gas yang mengalahkan bau gas ammonia dilepaskan oleh seseorang di dalam bilik tersebut, Satu bau busuk semerbak sayup-sayup menusuk ke dalam hidungku. Aku segera mengunci hidung dengan tangan begitu juga dengan yang lain kecuali Kim Taehyung!

 

Kami memandang tepat ke arahnya yang berlagak tidak tahu menahu. Memanglah kalau ada bom meletup, siapa yang nak mengaku letupkan bom tu ha? Tapi, dari paras mukanya itu memang tidak dapat dinafikan dialah ‘kriminal’nya.

 

“ Oi, Tae. Kau kentut erk?! Kau makan apa ni? Telur busuk ke?” tanya Baekhyun.

 

Taehyung menggeleng, “ Hei, kau tuduh aku apasal ha? Kalau aku kentut pun bau jasmine you know?”

 

“ Kepala hotak kau bau jasmine. Selama ni kau kentut, bau bangkai!” kutuk Baekhyun.

 

Aku mencari-cari dari mana bau tidak sedap ini berasal, dan ya datangnya dari lelaki yang berada tepat di sisiku. Kalau kentut, mengaku je lah. Dah terang sangat kau lah pelakunya.

 

“ Apahal kau tengok aku macam tu?” tanya Taehyung sambil memandang ke arahku yang sudah mula mengesyakinya.

 

“ Kau kentut ke berak? Aduh ! Ni entah-entah cola pun bau kentut kau.” Perliku.

 

“ Aku kenakan kau sebijik baru tau. Aku tak kentut la.” Bantahnya, cuba untuk membela diri.

 

“ Tae, kau jangan nak nafikan. Aku masih ingat bau kentut kau pergh! Masa orientasi form 1 dulu, cikgu suruh kau buat talent show, lepas tu kau kentut nak dekat setengah jam. 5 pelajar pengsan sebab kau tau tak?”

 

Aku dan Cikgu Saeji meletus ketawa mendengar kisah silam Taehyung yang ternyata begitu ‘pahit’ baginya tetapi tidak bagiku. Haha, banyak-banyak bakat yang dia ada, kentut juga yang dia buat.

 

Muka Taehyung sudah mula merah padam ! Habis luntur maruahnya. Terkulat-kulat dia memberi penjelasan yang tidak masuk diakal.

 

“ Eh, kau janga

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
kingbeta
#1
lets join akdong malay igrp ー( ´ ▽ ` )ノ
link : goo.gl/FetpC9
thankyou for taking your time to read this advertise.
Seasony
#2
Chapter 33: I love this story. Saya rasa nak komen panjang2 tapi speechless! Best sangattt. Menangis!!! I love their friendshipppp. Seriously I love this fanfic!!!!
starlightkim_
#3
Chapter 37: Baru berkesempatan membaca ff ini.awak ada sense of humor yang bagus.buktinya,saya ketawa setiap kali baca lawak bodoh dan sengal taehyung,baekhyun,kyungsoo dan daehyun.ff ini jugs mengajar saya bahawa persahabatan akan tetap utuh dengan perkataan tidak putus asa.memang gempaklah ff ni!^^
Jeon_Taeha
#4
Chapter 33: Dah dekat 3 kali saya baca ff ni. Still takleh move on :'( ending dia terngiang2 dalam kepala..sebenarnya aku ship Taehyung dengan Cikgu Saeji..Hihihi
ddddehyun #5
Chapter 22: Cerita ni antara yang terbaik saya pernah baca!!!bnyak moral yang saya dapat
AsyLai
#6
Ive been reading this fanfic for almost 6 kali dah. This fanfic really teached me about life, about friendship. Walaupun depa ni agal sengal dan bengal tapi they success in finding the meaning of friendship which lead them to be more awesome. This fanfic's mood is alive. Keep up the good work, author-nim. I'll support you! eventho you dontkno me aha
HaniSofiaHana #7
Chapter 28: Fanfic ni memang daebak .Ia mengajar saya erti persahabatan.serious saya baca cerita ni ketawa x habis plus nangis huhu
#Ape la aq merepek ni anyway story ni memang daebak ;-)
hannamarkgot7 #8
Chapter 34: Fanfics ni is the best lah . Menangis woo baca