Goodbye?

Still

                Selepas kelas habis, Yoon segera pergi ke tempat letak kereta. Suho telah berjanji dengannya untuk menghantarnya ke rumah omma. Hatinya berdebar-debar. Entah kenapa perasaannya bercelaru sekarang. Dia melihat Suho telahpun menunggunya di luar kereta. Segera dia mempercepatkan langkahnya. Suho senyum kepadanya apabila dia menghampiri kereta. "Saya lambat ke?" tanya Yoon. Bimbang jika Suho telah lama menunggunya. Suho menggeleng. "Taklah. Saya baru je sampai. Jomlah." Suho membuka pintu keretanya untuk Yoon. "Eh, saya boleh buat sendiri." "It's okay." Mereka masuk ke dalam perut kereta dan pergi meninggalkan kawasan kolej.

                 Di dalam kereta, masing-masing mendiamkan diri. Yoon dapat merasakan suasana kekok diantara mereka. Yela, sudah lama dia tidak berborak dengan Suho. Dia memandang Suho yang sedang memandu. Suho memberi tumpuan ketika memandu. Langsung tidak menolehnya. Yoon mengeluh. Sudahlah rumah ommanya masih jauh. Dia sendiri tidak tahu hendak buat apa. "Bosan ke?" Dia tersentak dengan Suho yang tiba-tiba bersuara. "Hmm..." Hanya itu dibalasnya. "Bukalah radio tu. Takdelah sunyi sangat." arah Suho. Yoon hanya menuruti.

 

YOON POV

                 Lagu Good Luck oleh Beast dimainkan di radio. Aku menghayati lagu tu. Memang lagu favourite aku. Sampai part Gikwang, dalam hati aku fangirling hahaha. Aku pandang Suho yang tengah memandu. Dari tadi senyap je dia. Ni yang buat aku bosan. Aku melihat jam tangan merah aku. Baru pukul 2.. rasa-rasa lagi 40 minit baru sampai. Aku memandang Suho lagi, dia tak bosan ke? Aku hairan dengan dia bila dia nak hantarkan aku pergi rumah omma. Apa motif dia? Takkan nak jumpa bakal suami aku? Gila! Mahu bergaduh nanti. Aku menggeleng kepala bila terfikir yang bukan-bukan. "Kenapa dengan awak ni?" Suho soal aku tanpa menoleh kearahku. Mungkin dia perasan yang aku geleng kepala tadi. "Erk, takde apa-apa." "Hmm.."

                "Hurm..Suho, saya nak tanya satu soalan boleh?" aku menyoal.

                "Apa dia? Tanyalah." Dia masih tak pandang aku.

                "Kenapa awak beria-ria nak hantar saya?"

                "Biarlah. Mana tahu nanti saya dah tak boleh hantar awak dah nanti."

                "Okay." Aku dah malas nak soal lagi.

                   Aku termenung sambil memandang pemandangan di tepi tingkap. Aku terfikir juga siapalah suami aku nanti. Boleh ke dia terima aku? Yela, aku ni dahlah tak kenal dia, nak cintakan dia lagilah. Mesti dia macam aku. Kena dengar cakap mak dia. Kalau tak dia takkan nak kahwin dengan aku sesuka hati. Aku jeling Suho dengan ekor mata. Suho pula, dia macam dah tak kisah dengan berita perkahwinan aku. Takkan dia pasrah macam tu je? Entahlah, kenapa aku sekarang macam dah tak boleh terima yang au bakal berkahwin dengan seseorang yang aku tak kenal. Kenapa mesti sekarang. Adoi.. tiba-tiba rasa menyesal.

                   Elok-elok aku termenung, kereta Suho berhenti. Dah sampai kot. "Yoon, kita dah sampai." Cepatnya. "Okay." Aku cepat-cepat membuka pintu kereta sebelum Suho bukakan untuk aku. Eii aku tak suka dilayan macam tu. Macam aku takde tangan nak buka. Sebaik sahaja aku keluar, mata aku meliar memandang sekeliling rumah. Rumah teres omma dua tingkat masih tersergam indah. Mata aku berhenti di sebuah kereta Mercedes-Benz yang berwarna sliver. Tengok sahaja kereta itu, aku dapat agak yang pemilik kereta itu mesti orang berada. Aku mencari Suho dan dia berdiri disebelah aku turut memandang rumah omma. Suho kelihatan asyik memandang rumah omma sehingga bunyi telefon berdering mematikan lamunannya. "Hello, ya. Suho dah sampai. Ok." Aku memandangnya hairan. Dengan siapa dia telefon tadi? Suho memandang aku dan berkata, "Jomlah masuk." "Aik! Awak nak masuk sekali?" Suho mengangguk. "Mana boleh!" "Alah! Jomlah." Suho menarik tangan aku lalu membuka pintu pagar rumah. "Mati aku."

                   Sampai sahaja di depan pintu rumah, Suho cuba membuka pintu namun cepat-cepat aku menghalang. Dahi Suho berkerut memandang aku. "Mana boleh masuk!" Aku memarahinya. Suho hanya tersengih macam kerang busuk.  Eii orang serious lah! Dia main-main pula. "JANGAN MASUK!" aku meninggikan suara. Tiba-tiba pintu rumah dibuka. "Apa bising-bising ni Yoon?" Omma berdiri di hadapan pintu sambil bercekak pinggang. Aku kaget. 'Nak buat apa ni.' "Hah, Suho kenapa tak masuk ni? Ibu kamu dah tunggu kat dalam tu." "Memang saya nak masuk, tapi si Yoon ni hah." Suho menyiku aku disebelahnya. "Laaa kenapa pulak ni Yoon. Bagilah Suho masuk! Lagipun, ibu dia dah tunggu kamu berdua dari tadi." Aku blur. Cop! Ibu dia? Suho? Omma bagi dia masuk? Apa semua ni? "Eh... bukan eh bukan bakal suami Yoon nak datang ke? Asal mak Suho ada?" Tanpa sesiapa menjawab soalan aku, Suho terus menarik tangan aku masuk ke dalam rumah. 

                 Aku jadi makin hairan bila tengok mak Suho ada di ruang tamu. "Hah Suho pergilah duduk dengan ibu kamu. Yoon ! Mari tolong omma kat dapur!" arah omma. Aku cepat-cepat pergi ke dapur. Aku nak penjelasan dari omma! "Yoon, tolong ambilkan jag dekat rak tu." Aku mengikuti arahan omma. Sebaik sahaja jag itu bertukar tangan, aku menanyakan soalan dekat omma. "Omma! Kenapa mak Suho dengan Suho ada dekat rumah kita? Bukan bakal suami Yoon nak datang ke? Ke dia tak jadi? Ke mak Suho nak tolong kita?" bertalu-talu soalan yang aku berikan kat omma. Omma hanya tersenyum. "Nah, pergi hantar kat ruang tamu." Aik! Omma tak balas soalan aku, dia hanya tersenyum.

                Dekat ruang tamu pula, aku letak jag itu dekat atas meja berhadapan dengan ibu Suho. Aku tersenyum bila mata kami bertentangan. Bila aku pandang Suho, dia tersengih-sengih. Aku menyepetkan mata. 'Kau asal?' Baru sahaja aku nak pergi dapur, omma datang. "Hah Yoon, mari duduk sini." Omma menepuk sofa disebelahnya. Aku hanya menuruti. "Jemputlah minum." Puan Kim hanya mengangguk(Ibu Suho). Dia menghirup sedikit air oren yang dihidangkan manakala Suho masih tersengih-sengih. Aku rasa macam nak tampar je dia sekarang. "Hah, macam mana dengan perancangan kita? Yoon setuju tak?" Puan Kim bersuara. Aik? Rancangan apa? Setuju? Aku naik hairan. "Katanya setuju. Kan Yoon?" Omma memandangku. Aku berkerut seribu. "Setuju apa omma?" Aku berbisik dengan omma. "La, perkahwinan kamu la." "Eh?" "Kamu jangan buat tak ingat. Perkahwinan kamu dengan Suho? Takkan Suho tak beritahu kamu?" Mata aku terbeliak apabila mendengar apa yang omma kata. Aku de...dengan...S-su..Ho! Cepat-cepat aku paling kearah Suho. Suho seperti cuba menahan ketawa. Tiba-tiba aku rasa suhu badan aku makin menaik. 'Kurang asam Suho! Bukan nak bagitau aku! Berlakon adalah!'

                "Erk, Mama apa kata mama bincang dengan Aunty dulu, Suho nak cakap sesuatu dengan Yoon." Suho cuba meminta izin apabila melihat mata aku menjeling tajam kearahnya. Hah! Takut la tu!.Cepat-cepat Suho menarik tangan aku dan pergi ke halaman belakang rumah. 

                 Aku menjeling Suho sebaik dia melepaskan tanganku. "Baik awak jelaskan sekarang! Kenapa awak kat sini? Mana bakal suami saya?!" Suho menepuk dahinya. "Alahai, awak ni Yoon! Takkan tak pick up lagi?" Aku hanya memeluk tubuh. "Oik! Bakal suami awak depan awak la ni!" Mata aku terbeliak bila mendengar statement dia. Seriously, dia bakal suami aku!!! "Habis tu..." Baru je aku nak buka mulut, dia menyampuk, "Sebenarnya, saya main-main je selama ni. Saya tahulah siapa bakal suami awak. Ni ha depan awak ni." Aku blur seketika. Aku tersengih, dia pun sama. Tangan aku sudah naik dan ....tarik telinga dia kuat-kuat! "Yahh!!! Yoon, sakitlah!" Dia cuba menarik tangan aku namun gagal. Aku menarik telinganya sekuat hati. "Eiii geramnya! Sampai hati awak kan! Mainkan saya selama ni! Menderita saya! Awak jahat! Fikir awak ni pelakon? Hah!" "Yoon, please stop it. I'm so sorry." Dia cuba menagih simpati. Aku melepaskan tangan aku perlahan-lahan dan menekup mukaku dengan tangan. Suho mengusap telinga sambil memandang hairan. Aku dah tak tahan, terus menangis teresak-esak. "La, kenapa nangis ni?" Suho mengusap belakang aku, cuba menenangkan aku. Aku tidak mengendahkannya. 

 

AUTHOR POV

                  Lima minit kemudian, Yoon masih lagi menangis. Suho semakin cuak. Mati jika ibunya melihat nanti. Mahu disekeh kepalanya kerana membuat anak dara orang menangis. Tangisan Yoon semakin perlahan dan dia mendongak memandang Suho. "Awak ok?" Yoon senyum ... "APA YANG OK HAH?! NI BUKAN DRAMA LAH NAK BUAT SUPRISE!" jerkah Yoon. Terkejut beruk Suho. "La, janganlah marah! Takkan saya nak lamar awak macam tu je. Tak bestlah! Kena ada gimik sikit hehehe." Suho tersengih lagi. Suho menarik Yoon ke dalam dakapannya. "Saya minta maaf ok?" bisik Suho. Yoon hanya mengangguk. Yoon melepaskan pelukan itu dan mengesat air matanya. "Maaf diterima!" Dia tersenyum comel. 

                  "Kamu berdua, dah habis bincang?" Omma Yoon datang dari belakang. Memandang kehairanan. Yoon dan Suho menoleh kearahnya. "Kalau dah, datang kat ruang tamu ye. Omma dan Puan Kim nak tanya macam-macam ni." katanya lagi. Yoon mengangguk. "Dah omma. Kan Suho?" Pandangannya beralih ke Suho pula. Suho hanya tersenyum. "Jom." Suho menarik tangan Yoon.

                   "Hah! Dah sampai pun." Puan Kim dan Omma Yoon beralih ke arah Yoon dan Suho. Puan Kim tersenyu  melihat mereka berpegangan tangan. Yoon dan Suho tersenyum simpul. Malu ditenung oleh ibu mereka. "Suho, mama dengan Aunty dan rancang nak adakan perkahwinan kamu berdua selepas graduate. Okay?" "Alah! Kenapa lama sangat?" rungut Suho, Yoon tersentak lalu dipukul paha Suho. "Adoi!" Diusap pahanya. "La, lagipun lagi berapa bulan aje kamu nak habis belajar? Jangan risau, kami akan tanggung semua." kata Puan Kim. Dia ketawa kecil melihat kerenah mereka berdua. "Tapi, lepas belajar kami bukannya ada duit nak beli rumah segala bagai. Kerja tak dapat lagi. Macam mana?" soal Yoon. "Tu jangan risau. Mama rancang nak bagi kamu berdua tinggal kat rumah mama sampai kamu ada kerja." "Tapi..aunty Kim.." "Panggil je mama, sayang." "Erk, Yoon nak sambung belajar sampai master, boleh tak?" tanya Yoon. Dia teragak-agak hendak memanggil Puan Kim dengan panggilan Mama. Janggal sangat. "Hm.. tu nanti kamu bincang dengan Suho. Mama tak kisah dengan keputusan kamu. Mama hanya harap kamu berdua berjaya." Puan Kim tersenyum. Yoon merasa senyuman Puan Kim sangat manis. Patutlah Suho senyum pun aku cair hahaha. Mereka berbincang sehingga petang. Adakalanya, mata Yoon bertembung dengan Suho. Suho mengenyit matanya setiap kali mata mereka bertembung. Yoon pula blushing.

                     Hari semakin petang, mereka rancang untuk berhenti setakat itu sahaja. Suho menawarkan diri untuk menghantar Yoon pulang. Puan Kim dan Ommanya menghantar mereka sehingga di hadapan pagar rumah. "Suho, jaga elok-elok anak dara orang tu. Kalau tak, mama cincang Suho hidup-hidup!" Mamanya memberi amaran. Yoon ketawa kecil apabila mendengar amaran Puan Kim. Suho hanya tersengih dan mengangguk. "Yela mama. Mama tu pandu elok-elok! Jumpa kat rumah nanti." Giliran Yoon pula berjumpa dengan ommanya, "Omma jaga diri tau! Hujung minggu ni Yoon datang melawat ok?" Yoon memeluk erat ommanya. "Hmm..yela. Ikut kemampuan Yoon. Jaga diri." Habis saja sesi selamat tinggal (xD) mereka masuk ke dalam kereta dan pergi.

                     Jalan semakin sesak ketika mereka memasuki bandar Seoul. Waktu sebegini, orang pulang daripada tempat kerja. Yoon mengeluh, lantas dia memandang Suho. Suho tersengih seperti kerang busuk. Berkerut dahi Yoon memandangnya. Di'ignore' Suho dan dia memandang semula jalan yang dipenuhi dengan kereta. Mereka diam seribu bahasa.

 

 

 

                   "Dah sampai." Suho memberhentikan keretanya dihadapan rumah Yoon. Yoon masih kaku di dalam kereta. Suho menyentuh bahu Yoon. "Yoon, dah sampai." Bunyi cengkerik di kawasan itu kuat sehingga boleh didengari di dalam kereta. "Yoon?" Dia menggoncangkan bahu Yoon. "Hmm?" Itu sahaja tindak balas dari Yoon. "Awak tak nak keluar ke?" "Okay.Bye. See you tomorrow." Yoon senyum kearahnya dan mengambil beg tangannya. Baru sahaja tangannya membuka pintu, bahunya ditarik Suho. Dia menoleh hairan. "What?" "Thank you very much." Senyuman Suho dihiasi dengan cahaya bulan yang terpancar dari cermin. "For what?" "Sebab terima saya dalam hidup awak." Yoon mengangguk. "You're welcome." Mereka berdua tersenyum sesama sendiri.

 

 

 

___________________________________________________________________________________________________________________________________

Yehet! Cerita ini akhirnya tamat secara paksanya ~ ^__^

Wae? Sebab saya busy [lah sangat] dengan homework urgh.

Best? Thank you so much kepada yang upvote, yang subcribes, yang komen. Anda semua amat saya hargai~

Sorry kalau cerita bosan ke ayat bosan ke pendek sangat ke >___<

Kalau boleh nak sambung lagi T____T 

That's all from me, again thank u /baling duit Suho hahaha

Lots of love.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
schawany
esok saya update! yay!

Comments

You must be logged in to comment
jongcrong
#1
Chapter 15: i'm very love it so far. Can't wait.<3 untuk authornim yg sgt talented
nurhannan02 #2
Chapter 14: Waalaikumussalam, saya setuju
_shuhidah
#3
Chapter 14: Saya setuju!!!
saranghae_xo #4
Chapter 14: Saya setuju!!!!! \(^_^)/
SyaHiirah #5
Chapter 13: such a great and sweet story... Thanks authornim for this lovely story
saranghae_xo #6
Chapter 13: Wahhhhhh! Suwitnyaaaa >_<
Btw, cerita ni mmg best! Harap authornim dpt buat sequel, kalau tak keberatan lah...
//tangkap duit Suho//
haninad
#7
Chapter 13: so cuteeee.. huwaaa.. hahah..
haninad
#8
Chapter 12: Woahhhhh.. Suho handsome lh...btw, keep update :)
_shuhidah
#9
Saya harap sangat orang itu adalah suho :)
saranghae_xo #10
Chapter 12: Entah-entah suho tu kot suami yoon? Tak pun sehun...
Keep update authornim! :D