Pengakuan

Still

Yoon POV

           Aku turun ke bawah sebab perut aku dah berbunyi. Lapar la maksudnya. Aku pelik kenapa si Suho datang rumah tadi. Bukan apa...macam mana dia boleh masuk sedangkan pintu kunci. Takkan Hyemi bagi masuk kot. Ish. Si Eunji pula tak marah ke boyfriend dia merayap rumah perempuan lain. Lantak la buat apa nak kisah, perut lapar aku nak makan. Elok-elok je aku turun tiba-tiba dengar bunyi televisyen. Siapa dalam rumah ni? Takkan Hyemi... rasa dia ada kelas lagi. Sehun? Takkanlah! Dia mana berani redah rumah orang. Tapi boleh je... Aku pun cepat-cepat ambil penyapu dekat tepi tangga then pergi kat ruang tamu. Aku ternampak kelibat seseorang sedang tengok tv. Amboi.. buat macam rumah sendiri. Apa lagi, aku pun ketuk kepala orang tu.

          "Adoiii! Sakitlah!" Aku terkejut. Suho? "Oik Yoon! Awak kenapa ketuk kepala saya pakai penyapu ni?" Suho menggosok bahagian kepalanya yang aku ketuk tu. Aku jeling dia sambil cekak pinggang. "Amboi-amboi ...duduk rumah orang macam rumah sendiri! Kan saya suruh awak balik!!" jerkah aku. Suho memandang aku dengan muka innocent dia tu. "Tapi Hyemi tak bagi saya balik selagi dia suruh!" "Tapi tak eloklah awak duduk sini!" "Biarlah saya jaga awak." "Tak payah! Saya tahu nak jaga diri saya!" Elok-elok gaduh dengan Suho, perut aku mengeluarkan bunyi ergh ... yang kuat. Terlupa pula yang aku ni lapar. Suho pandang je perut aku then dia tarik tangan aku pergi dapur. "Ish, lepaskan!" Aku memberontak.

          "Dah jangan nak bising! Mari sini makan!" Suho tarik aku masuk dapur dan dia dudukkan aku. Dia segera hidangkan makanan. Aku hanya memerhatikan dia. "Nah, makan." Dia menghulur sebiji pinggan yang penuh dengan makanan. Aku yang macam robot ikut sahaja apa yang dia suruh. Aku pun makan dan gaya aku perghhhh melahap habis. Yela orang kebuluran hehehe. Suho pandang aku yang duduk depan dia. Ish! Dahlah pandang aku dengan mata redup dia. Aigoo~

         Dah habis makan, aku tolak pinggan tu. Kenyang betul. Suho senyum je. Aku pandang dia pelik. Dia tengok je aku minum air. "Awak tak rindukan saya ke?" Rasa nak sembur balik air yang aku minum bila dia tanya aku macam tu. Aku pun tersedaklah... terbatuk-batuk macam orang nak mati. Suho panik cepat-cepat gosok belakang aku. "Awak ok tak?" Risau betul dia. Tapi aku pelik, kenapa dia caring sangat pasal aku hari ni. Bukan dia dah ada Eunji ke. Ke sebab Hyemi suruh jaga aku. Lahai si Hyemi ni, dalam banyak-banyak kawan aku, Suho juga kau suruh. Bila aku dah ok, aku cepat-cepat tolak Suho perlahan-lahan sambil geleng kepala. Suho macam faham je terus jauhkan diri. Aku turun dari kerusi tinggi tu dan pergi ke ruang tamu. Nak tengok tv. Suho ikut aku dari belakang dan aku tak pedulikan dia. Aku duduk dekat sofa dan ambil remote tv tu. Tengah aku cari siaran yang sesuai, Suho tanya lagi, "Awak tak jawab soalan saya." Aku pusing kat dia yang duduk kat sebelah aku. "Entahlah." Dan aku tengok balik tv tu. Tangan aku terhenti apabila rancangan Weekly Idol buka. "Saya pelik dengan awak ni. Kenapa nak sangat jaga saya hari ni? Eunji tak marah ke? Bukan kita dah putus ke?" Aku soal dia balik. Sengaja aku tekankan perkataan putus tu. Aku dapat dengar Suho mengeluh. "Entah. Sejak akhir ni, saya asyik teringatkan awak. Mungkin saya tak dapat lupakan awak." "Sudahlah tu. Kita kan dah putus. Tak elok kalau ada orang tengok. Lagipun, saya dah nak kahwin dah." Aku mengaku yang aku pun sukakan dia lagi tapi nak buat macam mana. Aku dah nak kahwin dan tarikhnya dua bulan dari sekarang. Dah terlambat dah Suho..mianhae. Aku pun tak nak bagi harapan lagi dekat Suho. Biarlah dia dengan Eunji. Biarlah hati aku sakit tengok mereka bersama. Aku cuma harap bakal suami aku tu baik macam Suho.

          "Sampai hati awak buat macam ni dekat saya." Tiba-tiba Suho cakap macam tu.

          "Eh, bukan awak boleh terima ke?" Aku hairan.

          "Tapi awak tak cakap pun yang awak nak kahwin!"

          "Sudahlah tu." Aku dah malas dah nak bincang lagi.

          "Tak boleh batalkan ke?" dia soal lagi.

          "Suho! Awak gila ke? Mana boleh dah! Kami sekeluarga dah setuju!" suara aku meninggi.

          "Awak memang hipokrit!" Ish si Suho ni! Kenapa dia berperangai macam budak-budak!

          "Kenapa pulak?!"

          "Saya yang bercinta dengan awak nak dekat berapa tahun, awak boleh lupakan je. Tapi pilihan mak awak yang awak entah kenal ke tidak, terima macam tu je!"

           Aku tersentak! Seriously Suho, aku memang tak lupakan kau macam tu je..... "Suho..."

           Suho tenung je aku. "Awak kena tahu, memang saya tak boleh lupakan awak dan saya mengaku saya masih sukakan awak. Tapi awak kena faham yang omma saya suruh saya kahwin tanpa paksaan. Saya yang terima. Kalau awak tak tahu, mendiang appa saya suruh saya dengar cakap omma saya walau apa pun yang dia suruh. Saya takut yang omma kecil hati kalau saya tolak dan saya tak nak appa kecewa dengan saya. Dalam hal ni, saya kena pentingkan keluarga saya. Saya minta maaf sangat-sangat sebab minta putus dengan awak tanpa beritahu sebabnya sebab saya pun tak nak awak fikir saya ni apa. Saya dah rancang lepas kahwin saya nak pindah sebab tak nak awak tahu yang saya dah kahwin. Tapi, saya gembira sangat bila tengok awak dah ada pengganti saya. Sekurang-kurangnya, awak boleh lupakan saya. Biarlah saya sakit hati tengok awak dengan Eunji mesra sebab saya tahu tak lama lagi saya takkan sakit hati sebab bakal suami saya ada untuk bantu saya lupakan awak. Saya harap awak puas hati dengan penjelasan saya ni." Aku terangkan segalanya dekat Suho. Tiba-tiba aku rasa air mata aku mula menitis. Aku dah tak tahan nak tengok muka dia. Aku tak tahan dengan semua ni. Aku nak pindah cepat! Aku cepat-cepat tutup muka aku bila air mata mula mengalir.

            Aku dapat rasakan yang Suho tengah peluk aku. Aku biarkan dan terus menangis. "Awak..saya minta maaf sebab fikir macam-macam dekat awak. Seriously, saya tak dapat terima bila awak nak putus dengan saya macam tu je. Saya rasa kecewa bila dapat tahu tak lama lagi awak nak kahwin. Saya fikir awak nak mainkan perasaan saya. Tapi bila dengar penjelasan awak, saya faham. Awak nak jadi anak yang taat. Kalau macam tu, saya akan cuba lupakan awak dan doakan awak bahagia dengan bakal suami awak tu." Suho cakap macam tu sambil usap belakang aku. Aku lagi rasa nak nangis bila dengar dia cakap macam tu. Aku lepaskan pelukkan tu dan pandang dia. "Terima kasih sebab faham keadaan saya. Mungkin ini kali terakhir awak ada dalam hati saya. Saya minta maaf sangat-sangat. Saya pun harap awak dengan Eunji bahagia." Aku berkata sebegitu sambil tersenyum.

            Suho yang tengah pandang aku tiba-tiba dia tergelak. Aku pelik. Asal dia gelak? Lawak ke? Ke muka aku ada apa-apa? Cepat-cepat aku raba muka aku. Kut-kut ada sesuatu yang melucukan. "Awak ni! Bila saya dengan Eunji bercinta? Main cakap je! Hahahaa" Amboi! Ni siap gelak terbahak-bahak sambil pukul sofa ni pahal! Eh kejap! Dia dengan Eunji tak... "Bukan awak dengan dia..." "Mana ada! Dia mentee saya dalam kelas la! Saya ajar dia sebab dia lemah. Itupun sebab Prof.Kang suruh. Memandai je buat kesimpulan. Tu la awak, dengar lagi gosip liar" dia sambung sambil ketawa lagi. Ish annoying betul. Lawak sangat ke sampai nak pukul sofa bagai! Pipi aku dah start merah... eish tapi malu juga aku. Ehehehehe. Aku nak cover malu terus pukul lengan dia kasi dia berhenti "Dah la tu! Over pulak! Fikir lawak sangat!" Tangan aku dah gatal nak pukul dia. "Memang lawak! Ikutkan hati nak je saya gelak sejak kita kat bilik tu! Feeling betul awak cakap pasal awak rela saya dengan Eunji bahagia. Hahaahahaa" "Stop it Suho!!" Aku memang dah malu habis. Aish! rasa nak cincang je orang yang buat cerita tu.

           

 

 

 

 

Suho POV

          Hari dah nak dekat petang. So, aku kena balik. Tak elok lelaki duduk rumah anak dara bujang ni lama-lama. Nanti apa jiran cakap. Aku dengan Yoon bertenggek depan pintu rumah. Tinggal aku je nak pergi. Lagipun, Hyemi dah hantar mesej cakap dia dah nak sampai. Sepanjang tadi, aku dengan Yoon seronok spend time sama-sama. Hah! Jangan fikir bukan-bukan! Maksud aku, kitaorang tengok tv, Gag Concert bro! Sembang pasal kolej, macam-macamlah.

          "Erm..Suho." Yoon panggil aku. "Ya?" "Terima kasih." Dia senyum. Lahai comelnya dia senyum. "Anything for you." Aku senyum balik. "Saya harap awak dapat peng..." "It's okay." Aku tutup mulut dia dengan jari telunjuk aku. "Awak tak payah fikir pasal pengganti segala bagai. Sekarang, awak fikir pasal dua bulan lagi tu je." sambung aku. Dia senyum lagi kat aku sampai nampak lesung pipit dia. Melting aku. "Dah la saya nak pergi dulu." "Ok, kejap saya..." Telefon Yoon berbunyi. Hyemi mungkin. "Hello? Omma!" Laa, omma dia rupanya. Aku hanya tersengih je. "APA? Oh, Yoon takde kelas esok. HAH? JUMPA DIA ESOK? kat mana? Oh rumah omma. Okay! Anyeong!" Habis je dia telefon, dia menghulurkan beg plastik kat aku. "For what?" "Ambil je la." "O-okay." Dengan teragak-agak aku mengambilnya. "Siapa call?" aku soal dia. "Omma. Dia nak saya jumpa bakal suami saya esok. Dekar rumah dia." Dengan lengkap informasi dia beritahu aku. "Oh.." "Hmm...Yoon." "Hmm?" "Boleh saya bawa awak pergi rumah omma awak esok?" "Erk..awak takde kelas ke esok?" "Tak." "Takpelah. Susahkan awak je." "Tak susah pun." "Tapi...tak eloklah. Apa omma saya cakap nanti." "Please...for the last time?" aku merayu. Yoon nampak teragak-agak nak bagi jawapan padahal aku tahu dia nak aje. "Hurm...bolehlah." "Thank you." Aku tersenyum. Dia balas macam nak tak nak je. "Saya pergi dulu ok? Bye!" "Bye." Dia lambai tangan kat aku.

 

____________________________________________________________________________________________________________________________________

2nd last chappie! ;__;

Mianhae! Sebab saya kena habiskan cerita ni , banyak sangat kerja sekolah kena siapkan. Takut tak sempat siapkan. /tunduk 90 d

Kita tengok nanti siapa bakal suami Yoon next chappi. Muahahaaha~

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
schawany
esok saya update! yay!

Comments

You must be logged in to comment
jongcrong
#1
Chapter 15: i'm very love it so far. Can't wait.<3 untuk authornim yg sgt talented
nurhannan02 #2
Chapter 14: Waalaikumussalam, saya setuju
_shuhidah
#3
Chapter 14: Saya setuju!!!
saranghae_xo #4
Chapter 14: Saya setuju!!!!! \(^_^)/
SyaHiirah #5
Chapter 13: such a great and sweet story... Thanks authornim for this lovely story
saranghae_xo #6
Chapter 13: Wahhhhhh! Suwitnyaaaa >_<
Btw, cerita ni mmg best! Harap authornim dpt buat sequel, kalau tak keberatan lah...
//tangkap duit Suho//
haninad
#7
Chapter 13: so cuteeee.. huwaaa.. hahah..
haninad
#8
Chapter 12: Woahhhhh.. Suho handsome lh...btw, keep update :)
_shuhidah
#9
Saya harap sangat orang itu adalah suho :)
saranghae_xo #10
Chapter 12: Entah-entah suho tu kot suami yoon? Tak pun sehun...
Keep update authornim! :D