Sick

Cold hearted girl is my wife?!!
Please Subscribe to read the full chapter

 Sorry lambat update huhu 1 tahun lebih tu ngehehe...aca je. k enjoy 

-------------------

Luhan duduk di satu bangku yang berdekatan dengan taman permainan. Cuba menghilangkan penat lelahnya sebab mencari Ra Hyun di sekitar Seoul. Sudah setengah jam dia mencari Ra Hyun. Hati dia risau sangat dengan keadaan Ra Hyun.

Luhan bangun semula dan menyambung semula pencariaannya.Sedang dia mencari,setitis air jatuh dari langit pada kepalanya. Luhan memandang ke langit. Sekali lagi setitis air terkena mukanya. Kelihatan hujan mendung dan air hujan makin lama menjadi lebih lebat.

Luhan segera berlari mencari tempat berteduh yang terdekat. Dia mulai perasan yang dirinya sekarang berada di taman yang terbuka.Tiada tempat untuk berteduh.Kalau nak berteduh di gerai,dia terpaksa melintas jalan kerana gerai yang berdekatan berada di seberang jalan.

Akhirnya, dia mengambil keputusan untuk berteduh di satu pokok yang agak rendang. Habis bajunya basah kerana berlari ke hulur ke hilir mencari tempat teduh. Dia mengeluh. Dia memandang jam yang berada di tangannya. Sudah pukul 8 malam dan Ra Hyun masih belum dijumpainya.

Luhan kembali mencari Ra Hyun walaupun dalam keadaan hujan yang lebat. Dia sesekali berhenti berehat di tempat berteduh. Dipandang jamnya sekali lagi . Sudah pukul 8:30 malam,sudah setengah jam dia mencari.

Luhan mengalah.Segera dia pulang ke rumah apabila dia dapat rasa badannya jadi agak menggigil kerana angin sejuk menyapa badannya yang kebasahan itu. Kepalanya dirasakan agak sakit.

***

Pada masa yang sama, Ra Hyun yang sedang dalam perjalanan pulang selepas membeli belah barang dapur, terlihat Luhan yang basah lencun cuba membuka pagar rumah mereka.Dia mempercepatkan langkahnya. Kelihatan Luhan mengambil masa untuk membuka pintu pagar itu.

Ra Hyun memayungkan badan Luhan, dipandang sahaja kelakuan Luhan. Luhan yang perasan dirinya dipayungkan mulai memandang ke atas. Dialihkan pula matanya pada pemilik payung itu. Matanya yang kuyu cuba dibesarkan apabila melihat Ra Hyun betul-betul di hadapannya.

Luhan memandang Ra Hyun dari hujung rambut hingga hujung kaki. Luhan tersenyum lemah apabila dia melihat Ra Hyun dalam keadaan baik,walaupun bekas balutan di kepala masih ada di tempatnya.

Tanpa berkata apa2,Luhan terus memeluk erat Ra Hyun.

Ra Hyun yang terkejut dengan tindakan Luhan,terlepaskan payung yang berada di tangannya. Badan Ra Hyun mula kebasahan ditimpa hujan.

Dia berdiri kaku di situ dalam keadaan Luhan masih memeluknya. Dia dapat rasa Luhan menggigil kesejukkan. Ra Hyun cuba menolak lembut badan Luhan jauh darinya. Luhan memeluknya lebih erat, taknak dilepaskan pelukan itu.

“Luhan, lepaskanlah.Hujan ni!”kata Ra Hyun sambil menolak badan Luhan.

“Ja-jangan!Sekejap…” Ujar Luhan kesejukan lalu mengeratkan lagi pelukannya.

Ra Hyun mendiamkan diri.Tangannya yang kosong digerakkan ke belakang Luhan.Ditepuk dengan lembut. Lebih kurang 5 minit mereka berdiri di tengah hujan.

Ra Hyun tiba-tiba rasa yang Luhan memberatkan badannya dengan badannya sendiri .Pelukan Luhan semakin longgar.Ra Hyun cuba untuk mengimbangkan dirinya sebelum menolak lembut badan Luhan untuk melihat wajah Luhan.

Ra Hyun memandang muka Luhan. Kelihatan mukanya agak pucat. Ra Hyun memeriksa Luhan. Dahi Luhan dirasakan agak panas.

“Yah! Bangunlah!” Kata Ra Hyun Sambil menepuk lembut muka Luhan.

Luhan tidak sedarkan diri atau boleh dipanggil pengsan. Ra Hyun meletakkan tangan Luhan di sekitar bahunya.Dia membawa Luhan masuk ke dalam rumah dengan berhati-hati.

Ra Hyun masuk ke dalam rumah lalu meletakkan Luhan di atas sofa selepas mengunci pintu rumahnya. Dia menepuk sikit bahunya, sakit mengangkat Luhan masuk.

Dia segera membawa barang dapur yang dibelinya ke dapur. Dia mengeluh. Dikerlingkan matanya pada Luhan yang pengsan di ruang tamu. Sekali lagi, dia mengeluh. Habis barang dapurnya basah lencun ditimpa hujan.

Dia naik ke biliknya untuk menukar bajunya yang basah kepada baju yang kering.Sebelum dia naik ke biliknya, dia memandang susuk tubuh Luhan yang terbaring lemah di atas sofa.Dia tersenyum kecil.

***

Selepas siap, Ra Hyun turun ke bawah untuk memasak makan malam untuk dirinya dan bubur ayam untuk Luhan. Ra Hyun memandang susuk tubuh Luhan yang menggigil kesejukan di ruang tamu. Walaupun tiada kipas ataupun penghawa dingin dipasang. Dia mendekati Luhan. Tangannya dibawa ke dahi Luhan,masih panas.

Ra Hyun berjalan menuju ke dapur,lalu kembal

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
AsyiA_MiZuki
#1
Chapter 13: ppali update jusseyo..cite awk best gile...excited gile nak baca next chappie xD
syasyumilaimzamani #2
Chapter 13: update la lgi!! x sbr nk tunggu chapter strusnya.. best sgt!~
BabySprinkle98
#3
Chapter 13: Cam x prcye plak rseny,yelah lame mne dh author x update ntah2 dh brhbuk dh citer ni hehe 쓰ㄴ쓰......risauny Luhan kat Ra Hyun smpai hbis bsah kuyup bju die dsbbkn hjan lbat,wlaupun die dh brmndikn hjan p die msih lg nk cari Ra Hyun nk wat camne org dh jtuh cinta snggup la brkorbn demi org trsyg haha ;'D......akhrny mengalah jgk Luhan hbis mnggigil sbb ksjukkn nk bke pintu pgar pun trktar2 cam kene rnjatn elektrik pun ad hehe :3 haish Ra Hyun ni pun lau yelah nk g beli brg2 dpur bgtau la Luhan dlu ni x wat snyp je risau Luhan tau x......lameny Luhan pluk Ra Hyun dh risau sngt kan huhu,amboi leh plak die pngsan kat bahu Ra Hyun kene bwk die msuk lam rmh la jwbny wlaupun Luhan tu berat "^_^......mlu ke melting tngok abs Luhan Ra Hyun oiii hihihi ;V kene jgk tkr baju Luhan yg bsah,Luhan pun dh dmm akbt mndi hjan......ececeh Luhan lam keadaan camtu bleh lg die duk tngok Ra Hyun lap bdan die knp ingt Ra Hyun x caring ke hoho ㅎ_ㅎ......dh lam keadaan sakit bubur tawar pun leh hbis jgk......sebrslh Luhan nk sign kontrak tu yelah die kan dh jtuh cinta kat Ra Hyun......WHAT??? Ra Hyun nk truskn psl kontrak tu?? tngok Luhan,gtal sngt wat prjnjian camtu ni lah padahny haih 므_므......UpDaTe SoOn ^_- DaEbAk !!!
NizNisrina12 #4
Chapter 13: update soon
fazreen #5
Chapter 12: Update soon
maisarahluhan #6
Chapter 12: Palli update a/n !!
vixx1004 #7
Chapter 11: PALLI 2 UPDATE
pandayaya #8
Chapter 12: Palli update author-nim ^_^