Bully

Cold hearted girl is my wife?!!
Please Subscribe to read the full chapter

Seperti biasa,Ra Hyun akan bangun awal.Dalam lebih kurang pukul 5 pagi. Dia pasti akan termenung lama di meja belajarnya. Apa yang difikirkan,hanya dia seorang sahaja tahu. Kalau dia ada mood,dia akan menolong ibunya membuat sarapan untuk seisi keluarga. Tapi hari ni berbeza dari hari yang lain, dalam beberapa hari lagi dia akan bergelar isteri dan dia juga bukan berada di rumahnya tapi dirumah yang akan dia duduki untuk selamanya.

Dia mengikat rambut dia kepada pony-tail.Dia bersiap seperti biasa. Selepas habis bersiap memakai uniform sekolah. Ra Hyun segera keluar dari biliknya. Dia memandang kea rah bilik yang berhadapan dengannya. Ditenung lama sebelum bergerak kea rah pintu itu. Tangannya mencapai tombol pintu bilik tersebut lalu dipulasnya. Dijengukkan kepalanya ke dalam bilik itu.Kelihatan seorang lelaki sedang tidur dengan nyenyak sekali. Ra Hyun kembali menutup pintu bilik itu lalu dia memandang kea rah jam yang bertakhta di tangan kirinya.

‘Hurm,baru pukul 5:30 pagi,memang patut pun dia masih terbongkang tidur.’ ujar Ra Hyun dalam hati.

Dia turun ke bawah untuk pergi ke dapur. Dia membuka peti sejuk dan melihat isinya. Kosong. Dia mengeluh. Ibunya lupa untuk menyediakannya barang dapur.Dia melihat sekeliling dapurnya. Tengok2 jika ada makanan yang boleh dimakan.

Dia teringat sesuatu. Dia memandang kea rah meja yang berada di dapur.Diatasnya terdapat plastic hitam yang masih belum dibuka. Dia mendekati plastic itu lalu dibuka ikatan plastic itu. Dia mengeluarkan isinya. Dia menghidu makanan yang berada di dalam plastic itu.Syukur ianya masih elok untuk dimakan.Ianya makanan yang ibu mertuanya dan ibunya bekal kepadanya dan Luhan. Ra Hyun mengambil makanan itu lalu dipanaskannya.

Selepas dipanaskan makanan itu,dia letakkan makanan itu di atas meja. Dia mula menikmati makanan itu. Selepas mengisi perutnya,Ra Hyun segera menggalas begnya lalu berjalan keluar dari rumah itu. Dia berhenti seketika di pagar rumah barunya itu. Tingkap bilik Luhan dipandangnya lalu dia memulakan perjalanannya ke sekolah yang tidak jauh dari rumahnya.

‘Dia boleh jaga diri dia,Jangan risaulah Ra Hyun.’ ujar Ra Hyun dalam hati.

Luhan segera bangun apabila alarm dari telefonnya mula berbunyi kuat sekali sehingga boleh pecah gegendang telinganya.Dia menggosok matanya. Dia rasa pelik dengan keadaan sekelilingnya.Dia diam sebentar sebelum menepuk dahinya.

“Aish,Luhan!Cepat betullah kau lupa.Kau sekarang ni dekat rumah baru kaulah.” Kata Luhan sambil mengetuk kepalanya beberapa kali bagi mengingatkan dirinya.

Dia segera bangun dari katilnya lalu berjalan menuju ke bilik air untuk bersiap ke sekolah. Selepas siap,dia keluar dari biliknya lalu mendekati pintu bilik milik bakal isterinya.Dipulas pintu bilik itu.Dijenguk kepalanya ke dalam bilik itu.Kosong~. Herm,mungkin di dapur sediakan sarapan,fikir Luhan.

‘Wait,dia buat sarapan? Jangan haraplah dia nak buat.’ujar Luhan dalam hati.

Luhan turun ke bawah lalu menuju ke dapur. Terdapat makanan yang berada di atas meja yang semestinya disediakan untuknya. Dia mendekati makanan itu.Nota kecil tertampal berdekatan makanan itu. Luhan mengambilnya lalu membacanya.

Makanlah.Ni omma sediakan semalam.
-Ra Hyun-

“Erm,oklah kalau omma punya makanan..Ni kalau dia yang masak mesti dia

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
AsyiA_MiZuki
#1
Chapter 13: ppali update jusseyo..cite awk best gile...excited gile nak baca next chappie xD
syasyumilaimzamani #2
Chapter 13: update la lgi!! x sbr nk tunggu chapter strusnya.. best sgt!~
BabySprinkle98
#3
Chapter 13: Cam x prcye plak rseny,yelah lame mne dh author x update ntah2 dh brhbuk dh citer ni hehe 쓰ㄴ쓰......risauny Luhan kat Ra Hyun smpai hbis bsah kuyup bju die dsbbkn hjan lbat,wlaupun die dh brmndikn hjan p die msih lg nk cari Ra Hyun nk wat camne org dh jtuh cinta snggup la brkorbn demi org trsyg haha ;'D......akhrny mengalah jgk Luhan hbis mnggigil sbb ksjukkn nk bke pintu pgar pun trktar2 cam kene rnjatn elektrik pun ad hehe :3 haish Ra Hyun ni pun lau yelah nk g beli brg2 dpur bgtau la Luhan dlu ni x wat snyp je risau Luhan tau x......lameny Luhan pluk Ra Hyun dh risau sngt kan huhu,amboi leh plak die pngsan kat bahu Ra Hyun kene bwk die msuk lam rmh la jwbny wlaupun Luhan tu berat "^_^......mlu ke melting tngok abs Luhan Ra Hyun oiii hihihi ;V kene jgk tkr baju Luhan yg bsah,Luhan pun dh dmm akbt mndi hjan......ececeh Luhan lam keadaan camtu bleh lg die duk tngok Ra Hyun lap bdan die knp ingt Ra Hyun x caring ke hoho ㅎ_ㅎ......dh lam keadaan sakit bubur tawar pun leh hbis jgk......sebrslh Luhan nk sign kontrak tu yelah die kan dh jtuh cinta kat Ra Hyun......WHAT??? Ra Hyun nk truskn psl kontrak tu?? tngok Luhan,gtal sngt wat prjnjian camtu ni lah padahny haih 므_므......UpDaTe SoOn ^_- DaEbAk !!!
NizNisrina12 #4
Chapter 13: update soon
fazreen #5
Chapter 12: Update soon
maisarahluhan #6
Chapter 12: Palli update a/n !!
vixx1004 #7
Chapter 11: PALLI 2 UPDATE
pandayaya #8
Chapter 12: Palli update author-nim ^_^