007 ) TAGS DAN FORMAT

FORLORN : // malay writing workshop

chapter seven TAGS DAN FORMAT

TIPS-TIPS MENGENAI CARA PENGGUNAAN TAGS, FAEDAHNYA DAN FORMAT FANFIC YANG DISUKAI RAMAI.

        Selamat Sejahtera! Hari ni, aku nak sentuh pasal tags dan format. Aku mintak maaf sebab dah lama sangat tak post dekat sini, aku banyak kerja sikit sekarang ni sebab tak lama nak fly Indonesia. Okay, ni bukan request, sebab aku dah cek, takde request buat masa ni so aku ingat aku just nak bagi je tips ni sebab aku tahu ada setengah writer tak tahu apa nak taip dalam tags tu.
                                                                        
Penjelasan ( merapu ikan kerapu )
Tags tu adalah benda yang boleh bantu kita dapat subscribers. Ya, sebab aku jenis yang cari fanfic mengikut tags dia, bukan dok main klik tak tengok tags ke benda. Tags ni mengkategorikan fanfic-fanfic yang bertimbun dekat sini supaya senang untuk korang cari. Macam kalau korang letak tags "malay" nanti kalau korang tekan dekat tags "malay" tu, keluar banyak lagi fics yang ada tag "malay". Tags ni * Required  eh, so kau jangan nipu aku dok kata takpayah bubuh tags. Format ni pula, format cara menulis hang tu. Warna-warni di Aidilfitri ka, font besar gajah ka. Format pun main peranan jadi, aku syorkan supaya korang bacalah tips ni.


1) Tags: xiumin luhan kris lay suho chen baekhyun chanyeol kyungsoo tao sehun kai minseok luhan yifan yixing
Okay, so first sekali mestilah wajib masukkan karakter dalam tags korang. Tapi, janganlah kau dok bantai masukkan nama satu group EXO tu. Kadang-kadang tu, kalau Mark Tuan GOT7 buat cameo yang tak disebut dalam fanfic pun, dia tulis "mark" "GOT7" dan masukkan nama ahli yang tak penting yang lain-lain tu ha.

Macam yang aku tulis dekat atas, kalau korang tulis cerita pasal BIGBANG ke, HIGH4 ke boleh diterima masukkan setiap nama member. Ni kalau dah Super Junior tu kau masukkan semua dengan former member sekali, apa cerita? Lagi-lagi macam EXO, 12 ( aku kira Kris ) orang jugak kau sumbat dalam tags tu. Tags tu kan ada limit, nanti kau dah penuhkan dengan karakter je, genre tak masuk lagi.

Lagi satu, ada sesetengah author yang aku boleh cakap secara kasarnya, batak subscribers/readers sebab dia letak nama yang takde kena mengena dengan cerita untuk menarik peminat-peminat idol tu. Okay, tak faham eh? Contohnya: cerita aku pasal EXO merupakan fallen angel yang tiba-tiba je ada dalam bilik aku satu malam tu. Okay, ambik note yang Wendy Red Velvet tu tak wujud dalam cerita tapi author tu masukkan jugak "wendy" "red velvet" sebab dia nak peminat Wendy tengok cerita dia tu. Jangan buat eh, kuajaq tu.

Masukkan tags yang takde kena mengena dengan idol ataupun.... benda yang bukan manusia. Contoh tags: cincin bajukahwin lampukrismas pokokkrismas bintang. Walaupun ada kaitan dengan cerita tu, tak yah masukkan. Tags tu untuk genre dan jugak karakter je. Jangan mangkuk hayun sangat. Aku tak pernah nampak author yang buat macam ni, tapi kalau ada, aku mintak tukar lah kot tags korang tu.. nanti buat semak, kan tags tu ada limit untuk berapa banyak kita masukkan.

Tolong masukkan genre tapi kalau korang punya cerita tu ala-ala Lagenda Budak Setan, kejap happy kejap sedih kejap lisa surihani, kejap maya karin, kejap fazura tu.. masukkan genre yang korang nak orang tahu je. Contoh, mula-mula happy lepastu jadi sedih. Orang yang tak suka cerita sedih/angst/drama ni selalunya dia akan cari fanfic yang romance, fluff jadi korang tag je romance, fluff tapi bila dah chapter 35 ke camtu, mula ada bab sedih yang buat nangis. Ha, readers tu takkan lari kalau dia dah baca setiap chapter, setiap update korang. Dia pun akan nangis sekali. Lagi best jadinya, sebab kalau korang dah sedia taip angst, nanti readers korang akan persiapkan diri supaya tidak nangis.


2) hi awak, first fanfic itew tau ni. awak, kita nak wish goodnight special special untuk semua. 

Jangan tulis cerita korang dalam font yang sebesar gabak, gabak gabak sangat macam dekat atas tu. Sebenarnya, aku tak buta lagi lah kan. Pakai spek tu memang tapi tak buta lagi, even orang buta pun kalau boleh nampak nombor 2 dekat atas tu dia dah sepak korang sebab macam mengejek dia. Selalunya dalam novel, ada ke font besar gabak macam tu? Lagi-lagi kalau novel yang tebal-tebal macam M.A.I.D, Lafazkan Kalimah Cintamu tu, Cukuplah Derita Itu, dia tulis dengan font gabak tu, mahu sampai beribu-ribu lemon page-page dia.

Jangan tulis cerita korang dalam font yang sekecik-kecik alam jugak. Macam dekat atas, kecik gila! Aku nak baca apa pun aku tak faham. Font saiz yang sesuai adalah 12 atau 14 dan yang lain tu agak tak sesuai dan tidak selalu digunakanlah. Jangan jugak tulis guna font besar-besar. Jujurlah sayang, aku rasa korang baik guna 12 ataupun 14 je saiz font.

All I am, is a man. I want the world in my hands. I hate the beach, but I stay in California with my toes in the sand. Jangan guna Comic Sans MS sebab aku benci gila font tu dan sebab ramai lagi penulis dekat luar sana benci Comic Sans MS ni. Comic Sans ni, dia macam tak serius dan macam budak-budak, bagi akulah. Orang takkan anggap kau serius, kalau guna Comic Sans MS. Tapi, jangan guna font macam ni jugak:

My name is Byun Baekhyun and you're mine.

Dapat baca tak apa aku tulis? By the way, font tu nama dia Jellyka Delicious Cake. Bagi yang tak tahu, aku sebenarnya seorang yang sangat suka download font dan aku hafal semua font yang aku download. Serious, tak tipu. Okay. Jangan guna font yang fancy macam atas tu jugak ya. Aku tak pasti korang akan nampak ke tak font macam yang aku cakap tu sebab Asianfanfics ni bukannya betul kadang-kadang.

Lepastu, font wajib start daripada bahagian kiri. Kalau foreword korang nak buat bagak dekat tengah takpe, takde sapa marah tapi kalau macam chapter yang panjang dan korang nak buat tiba-tiba je dekat tengah, tak best langsung. Tak kelas kau jah. Ada ke buku yang tiba-tiba je tulisan start dari tengah? Aku, even foreword sekalipun, aku elak kadang-kadang nak guna yang bahagian tengah tu. Aku rasa tak kemas.


3) Author Notes
Ha, suka bab ni. Suka, gila. Okay, first sekali, kalau korang nak tulis Author Note sekalipun, jangan letak gabak gabak dekat tengah-tengah fanfic tu. Lepastu, aku paling tak suka sekali bila ada jenis author yang tulis Baekhyun pun mengucup lembut bibir isterinya dengan penuh kasih sayang. Dah cantik dah tu, tapi dia buat pulak lepas habis je ayat tu (A/N : OMG, NAUGHTY EH BAEKHYUN NAUGHTY. BIASAAA DIA TU) Aku rasa macam, "Eh, kitorang tak mintak opinion kau?"

It's okay kalau kau nak expresskan fangirl kau tu, masalahnya jangan lah dekat tengah-tengah cerita. Kenapa kau kena buat camtu? Either waktu start-start cerita ataupun akhir cerita. Dua tu je yang dibenarkan. Kalau apa yang korang nak cakap takde kaitan dengan fic, tak payah tulis je senang. Kalau ada yang author note korang takde kene mengene nya dengan chapter, baik korang delete sekarang. Untuk author note, sepatutnya kau hanya jelaskan something yang orang dah confuse pasal cara kau tulis, ataupun pasal karakter kau. Bukan kau bagitahu satu plot cerita tu.

4) Gambar
Siapa tak suka dapat letak gambar-gambar comel dekat cerita korang? Aku suka. Aku suka masukkan gambar-gambar dari Tumblr yang cantik-cantik dekat chapter fanfic aku. Tapi! Apa yang aku tak boleh terima adalah:

Hyunmi memakai baju yang dibelinya semalam. 

Ini sangat tak boleh diterima. Ya, dia pakai baju yang dia beli semalam. Tapi, kenapa kau tak boleh explain kan macamana rupa baju tu? Dengan link-kan ayat tu dengan gambar tak mungkin akan dapat membantu kau dalam memperbaiki cara penulisan kau. Kalau nak explainkan satu baju pun kau tak reti, macamana kau nak menulis satu cerita yang berkualiti? 

Satu lagi, kau tak sepatutnya masukkan gambar-gambar, GIF atau pun apa sekalipun di tengah-tengah chapter. Macam yang aku pernah sebut sebelum ni, gambar tu akan ganggu flow cerita korang dan akan mencacatkan jugak fanfic korang sekaligus membuatkan internet reader korang jadi lembab mengalahkan adik form 4 aku buat latihan addmaths dia. 

arrianna Seventh CHAPTER. MAAF AKU HILANG LAMA. AKU NAK GRADUATE DAH AKHIR BULAN NI. LOVE ME. < 3 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
GreenDecember #1
Chapter 7: Terima kasih atas perkongsian ilmu yang sangat berguna ini. *bow*.
azure_bliss
#2
Chapter 6: Aaah.
Maru-Sue.
Love to meet someone like them, but simply hates them on fanfiction -.-

BTW akak, thank you for the CharacterVSPlot thingy. Ash x bce smapi lagi sbnarnya. Nnti Ash drop by lagi ya? ^^

PT3? Andwae~!!!!
tenmachan
#3
Chapter 6: waaa.. nice info..tk thu pon kwujudn mary sue bnde alah tu..
Hundotlove
#4
Chapter 6: Wah thanks untuk memberi penjelasan yang terperinci.
angelily95
#5
Chapter 5: aku ketawa je baca fic ni..

seriously kalau awk tulis ff comedy mesti gempak gilerrr~~

serious.

tq utk perkongsian ilmu :)
Hundotlove
#6
Chapter 5: Definisi untuk seorang watak gadis yang normal dekat aff ni kebiasaannya selalu watak oc pergh bukan main lagi korea campur jepun lah anak raja lah orang kaya raya la . kadang2 reader menyampah/annoying jika sesebuah watak di dalam fanfic agak keterlaluan macaam baik sangat sampai orang pijak kepala pun tak sedar.

Boleh saya tanya pasal istilah Mary Sue.

Sorry banyak tanya >.< selamat hari raya...
tenmachan
#7
Chapter 3: owh.. bru tahu..hehe.. bergune..thanks fot tips. selame ni bce n tulis je, tak taw la plak bnde alah pov n character driven tu..
azure_bliss
#8
Chapter 3: Plot-driven Versus Character-driven.
Your preferences and choice?
Hundotlove
#9
Chapter 1: thanks untuk penjelasan ^^
yukiyuyana
#10
Chapter 2: Uh uh tips berguna sekali. Daebak ok