002 ) TAJUK

FORLORN : // malay writing workshop

chapter two tajuk

TIPS-TIPS UNTUK BUAT TAJUK YANG MENARIK, TERTARIK, KAU MEMANG DE BOMB.

        Selamat Sejahtera! Hari ni, aku nak sentuh pasal tajuk. Second chapter dan ini semua adalah pandangan aku saja.
                                                               
Pada pandangan aku, sejujurnya tajuk-tajuk fanfic malay dekat sini kurang impak. Contohnya aku bagi, macam fanfic english Kaisoo, Anterograde Tomorrow. Gilalah, macam tajuk buku terbitan kan? Aku tengok-tengok tajuk-tajuk fanfic english yang lain. Ada setengahnya tidak bagus dan nampak kurang matang tapi ada yang hanya dari tajuk pun beri impak besar pada aku. Macam City of Dreams, The World and I Love You, Inamorata, Wanderlust, Absolute Chanyeol. Senang cerita, banyaklah yang tajuk dia hebat-hebat belaka. Aku bukan nak kutuk fanfic malay dan mengagungkan fanfic english. Tapi, aku nak tetapkan dekat sini: kita, penulis melayu yang berkaliber dan berbakat ini kebanyakan buntu bila nak bagi tajuk. Contoh, cuba kau translate bulat-bulat tajuk cerita english, contohnya: My Head's Underwater jadi Kepalaku Dalam Air. Whaaaaaat?

Jadi, ini adalah garis panduan untuk korang buat tajuk yang bagus! Sebenarnya, jujur aku kata — sedih mek kelate ni baca tajuk-tajuk English korang. Kita kenalah memartabatkan bahasa Malaysia. Okay, boleh guna tajuk BI tapi sebenarnya tajuk BM pun boleh nampak cool pe? Tapi tak kisahlah tajuk BI tu!

Penjelasan ( merapu ikan kerapu )
Tajuk tu boleh menjelaskan pada pembaca tentang apa yang penulis cuba sampaikan dalam cerita tu. Kalau benda first korang nampak bila korang ambik buku novel apa dia? Tajuk. Mestilah korang baca tajuk dia dulu. Tajuk ni penting — either it would help you gain readers or instead, make your potential readers clicked the x on the tab. Tajuk ni boleh kata macam rupa oranglah. First impression orang. Kalau orang tu korang nampak bersepah je, dengan rambut kusut masai, baju carik sana carik sini, muka pun cengkung, apa korang rasa? Mesti pengemis ni. Kesian orang tu. Kan? Jadi, jangan buat fanfic korang tu dipandang kesian atau dipandang remeh oleh pembaca yang berpotensi!

Kalau tajuk korang pun dah macam ni: nAMA tItTtew LiS4 4rRiaNna tPI n4K p4Ngg1L 4Rr14nNa pUn okEysz u Olzlsz. Korang rasa ada ke orang nak baca? Ataupun, teruk lagi -- ada ke orang nak klik pun cerita korang? Entah-entah faham pun tidak tu. Tu yang buatkan pembaca yang berpotensi lari dan carik fanfic yang jauh lebih bagus! Nak ke? Penat-penat korang reka plot semua, tapi entah takde siapa yang sudi baca. Korang jelah, hari-hari cek kalau-kalau ada subscribers baru.... Jadi, untuk mengelakkan benda-benda tu terjadi, aku ada beberapa tips untuk buat tajuk yang meletup macam popcorn!

1) Plot
Tajuk mestilah ada kena mengena dengan plot. Kalau tajuk korang — Dan Engkau Di Mana? tapi sebenarnya cerita pasal budak perempuan yang dihantui oleh hantu yang mati bersalin dekat apartment dia, apa kaitannya? Orang mesti anggap tu cerita cinta di mana watak perempuan melarikan diri ke luar negara atau mana-mana dan watak lelaki yang mencintai watak perempuan itu sibuk mencari dan kini buntu dan hilang idea.

Jadi, tajuk korang wajib ada kena mengena dengan plot. Macam tajuk buku Umie Nadzimah, Kerana Terpaksa Aku Relakan ataupun buku Evelyn Rose, Ariana Rose (ehem), semuanya berkaitan dengan plot dan apa yang sebenarnya buku tu ceritakan. Dalam Kerana Terpaksa Aku Relakan, terlalu banyak benda yang watak utama Indah Halina terpaksa relakan walaupun sebenarnya susah untuk dia terima semua tu. Dan dalam Ariana Rose, semuanya berkaitan dengan Ariana yang pandai-pandai berlakon mengandung anak Tengku Adam dan akhirnya ditangkap oleh Adam tapi akhirnya dorang berkahwin. Jadi, tu cerita pasal kisah Ariana Rose.

Sejujurnya aku cakap, tajuk tu letak nama karakter pun macam cool. Okey, dapat garap tak poin aku pasal tajuk yang ada kaitan dengan plot? Okay, moving on...

2) Formal dan Professional
Tajuk mestilah nampak formal dan professional. Bayangkan tajuk yang korang bakal tulis tu adalah buku yang bakal korang diterbitkan. Kalau tajuk buku korang: s4y4 s4yunx aw4kkk ngat2. Nak ke orang pegang buku korang dan kata, "Penulis ni macam tak matang je. Ada ke tajuk buku dia cenggini?" Ha, malulah. Orang mesti taknak baca dah karya korang selepas tu. Lainlah kalau korang ambik iktibar dan ubah cara korang pilih tajuk.

Formal dan professional tu maksudnya: professional ala-ala korang dah lama berkecimpung dalam bidang penulisan. Formal ala-ala penulis best-seller. Korang tulis tajuk dan tanya diri sendiri: Kalau aku nampak buku bertajuk macam ini dekat luar sana, aku nak ke ambik buku tu dan cuba baca? Kalau korang sendiri jawab "Tak kot", maksudnya tak eloklah tajuk tu. Kalau tajuk korang macam yang aku tulis di atas, tapi korang tetap rasa okay as buku terbitan then you must be lying to yourself.

Apa-apa tajuk is okey, actually. Make sure stick to the plot and buat tajuk nampak professionallah.

3) Emoji-emoji, smiley-smiley
Tajuk mestilah tidak mempunyai apa-apa emoji-emoji ( emoticons ), ataupun smiley-smiley. Aku rasa benda alah emoji, smiley tu sebenarnya hanyalah benda yang strictly to handphone only. Yelah, tahulah WhatsApp boleh guna emoji, terbawak-bawak pulak ke tajuk fanfic, ya? Bagi aku yang tua bangka ni, emoji tu benda comel. Haha, korang pun rasa comel kan sebenarnya?

T^T, .-., XD, : ), : ' ) ? Comel kan! Haha. Tapi pernah tidak nampak buku novel ada emoji cenggini? Tak, kan. Aku mintak kurangkan penggunaan emoji, smiley tapi lagi bagus kalau langsung tidak ada! Baru professional, baru penulis best-seller. Kan? Nampak kebudak-budakan dan sangat tak serius. Lagi tak sesuai untuk digunakan dalam penulisan. Cuba bayangkan part sedih, tiba-tiba ada smiley mencelah: Soyul mengelap air mata dengan tergesa-gesa. : ' ( Apa kebendanya tu? Terus hilang feel. Lagi satu contoh: Sehun Ceraikan Aku ; _ ;

Kurangkan atau terus tiadakan smiley dalam tajuk mahupun cerita.

4) Broken English dan bulat-bulat translation
Tajuk mestilah make sense dan bermakna. Aku mintak tolong jangan gunakan broken english jadi tajuk cerita korang unless it's crack. Sebab aku memang tak boleh nak klik pada fanfiction yang tajuknya doesn't make sense. Mana Ada jadi Where Got. Aku sumpah tak boleh function bila baca tajuk-tajuk pelik macam tu. Lagi satu, jangan translate bulat-bulat satu-satu ayat bahasa Inggeris tersebut.

Serius, English is complicated. Ada grammar and all the stuff yang bahasa Melayu tak ada sangat. Jadi, jangan hancurkan bahasa Melayu dan jangan buat pembaca rasa macam "Eh? Google Translate ke cane?" bila baca tajuk korang. Contoh aku bagi — Pisang Berbuah Dua Kali jadi: Banana Fruit Two Times. Aduh, apa lah. Even kalau korang nak guna BI dan langsung tak punya idea untuk buat tajuk dalam BM, jangan translate bulat-bulat dan pastikan yang tajuk korang tu makes sense.

Pastikan tajuk korang dalam bahasa Inggeris itu betul, tepat dan bukannya ditranslate secara terus mahupun ditranslate oleh Google Translate.

5) Google Translate
Tajuk mestilah mudah difahami dan tidak mempunyai tajuk yang merepek. Aku mintak lagi sekali, tolong jangan google translate ayat-ayat bahasa Inggeris dalam Hangul dan jadikan dia tajuk fanfic korang tanpa translation dalam tajuk tersebut. Kita semua minat KPOP tapi adake yang betul-betul dari Korea di sini? Aku rasa ada mungkin tetapi kuranglah. 

                  

Google Translate itu bukannya betul sangat. Aku dah beberapa kali cuba taip beberapa nama, tapi benda alah itu tak boleh nak translate. Ada sesetengah dia macam merepek-repek pun ada, tak bermakna pun sebenarnya. Dia ambik perkataan yang sama dan jadikan maksud lain. Kalau korang selalu tengok EXO Showtime atau apa-apa variety show yang lain, kebanyakannya dorang suka ejek orang dengan perkataan yang sama tapi maksud yang lain, kan? Korea banyak perkataan-perkataan macam tu.

Kalau ssangnamja ( manly man ), ditukar sikit atau tersalah kata ssannamja ( cheap man ) dah maksud lain, kan? Google Translate is very dangerous. Aku boleh baca hangul, tapi aku tak mampu untuk tafsir bahasa tu. Jadi aku baca jelah, walaupun takde poin. Aku harap janganlah gunakan Korean tanpa translation ataupun translate dekat Google Translate dengan zero knowledge pasal Korean language. Malu je orang yang memang belajar bahasa Korea rasa macam nak gelak je baca tajuk korang.

Jangan translate terus dari Google Translate dan ambik jadi korang punya title kalau tak pasti bahasa Korea itu tepat ataupun sebaliknya. Ambil jalan selamat dan jangan gunakan langsung korean kalau ragu-ragu.

5) "Jangan tinggalkan auramu"  
Tajuk mestilah hanya menarik pembaca dan tidak bagi tahu satu plot. Bagi aku, ini yang paling penting. Kalau kau letak tajuk just — Kahwin dengan dia? Tak Mahu! itu memang aku dapat agak ending dia. Bagi aku, kalau tulis macam tu punya tajuk tak payah subscribe aku dah tahu cerita pasal apa. arranged marriage ? Haha. Benda biasa boh, bersepoh.

Jadi, jangan bagi orang tahu pun cerita tu pasal apa. Kalau contoh, tajuk aku Goodbye Summer. Pembaca hanya boleh agak yang aku mesti tulis pasal perempuan yang jatuh cinta apabila dia ke pantai ataupun mana-mana sewaktu cuti musim panas ( kenapa Malaysia takde cuti camni? Sebab iklim kita panas dan lembap sepanjang tahun ) , tapi kalau aku buat sikit plot twist - pembaca akan lebih tertarik. Contoh macam buku Cornelia Funke, Reckless . Apa yang Reckless? Sebenarnya cerita tu pasal lelaki yang masuk dalam Mirrorworld, dunia dongeng yang entah apa-apa dan penuh misteri gelap. Nama dia Jacob Reckless dan orangnya sendiri pun reckless. Buat itu, buat ini, tak fikir panjang.

Nampak tak permainan dia?

Jangan buat tajuk yang boleh buat orang tahu semua plot korang. Tak semua orang mind-readers, kadang-kadang tajuk kau je lacking.

6) Sequel
Tajuk mestilah tak punya ( ) bagi fanfic yang dikategorikan sebagai 'sequel'. Macam sesetengah buku, tajuk sequel dia hebat-hebat! Macam buku Katherine Applegate, Beach Blondes... sequel dia takde langsung sebut pasal buku pertama. Sequel dia tajuk dia Tan Lines. Tapi, orang tetap tahu tu sequel dia. Sebolehnya jangan guna ( ) ataupun Sequel to Saya Kahwin Dengan Baekhyun Semalam sebagai tajuk. Sumpah aku kata, macam malas je untuk fikir tajuk baru? Janganlah malas. Tak baik. Kalau nanti korang dah ada assignment macam aku ( and i have a medical check-up tomorrow because i'm going to indonesia as a transfer student ), baru tahu betapa penatnya. Haha, okay apsal tukar topik ni?

Jangan buat tajuk begitu ya! Macam Pandora, sequel dia Pandora II. Sama dengan Summer Vacation With a Jerk, kan? Jadi pilih tajuk-tajuk macam itu untuk sequel dah cukup bagus dan mantap. Kalau nak letak nombor ataupun contoh: Goodbye Summer #2 pun macam cool kan? Korang ada banyak tajuk-tajuk sequel yang boleh korang pilih, janganlah malas dan terus letak Sequel to Saya Kahwin dengan Baekhyun Semalam.

Kalau yang macam ni: Saya Kahwin dengan Baekhyun Semalam ( Sequel to Saya Bercinta dengan Baekhyun Selama Tiga Minit ). tu macam terlebih panjanglah pulak....... So, aku syorkan letak je sequel tu di situ macam tu.

Gunakan nombor roman : II, III, IV, V, VI ataupun nombor biasa: 2, 3, 4 dan elakkan penggunaan ( ).

7) Ringkas dan Bermakna
Tajuk mestilah ringkas dan bermakna untuk menarik pembaca. Tajuk-tajuk yang berjela macam atas tu contohnya, akan membuatkan pembaca rasa macam "panjang sangat tajuk tu" dan aku tak suka juga buku yang tajuk berjela-jela macam dah nak buat karangan dekat bahagian tajuk sahaja. Buku-buku yang aku ada, langsung tak punya tajuk berjela. Semuanya pendek-pendek, short and sweet kateko.

Gunakan tajuk yang ringkas tetapi boleh diingati pembaca dengan mudah.

arrianna SECOND CHAPTER, diedit semula. CREDIT TO SEMUA AUTHOR CERITA YANG AKU SEBUT DI ATAS. AKU MINTAK AMPUN KALAU TERASA. HARI TU PUNYA CHAPTER SUMPAH MEROYAN. AKU TULIS WAKTU PUKUL 4 PAGI MANA TIDAKNYA.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
GreenDecember #1
Chapter 7: Terima kasih atas perkongsian ilmu yang sangat berguna ini. *bow*.
azure_bliss
#2
Chapter 6: Aaah.
Maru-Sue.
Love to meet someone like them, but simply hates them on fanfiction -.-

BTW akak, thank you for the CharacterVSPlot thingy. Ash x bce smapi lagi sbnarnya. Nnti Ash drop by lagi ya? ^^

PT3? Andwae~!!!!
tenmachan
#3
Chapter 6: waaa.. nice info..tk thu pon kwujudn mary sue bnde alah tu..
Hundotlove
#4
Chapter 6: Wah thanks untuk memberi penjelasan yang terperinci.
angelily95
#5
Chapter 5: aku ketawa je baca fic ni..

seriously kalau awk tulis ff comedy mesti gempak gilerrr~~

serious.

tq utk perkongsian ilmu :)
Hundotlove
#6
Chapter 5: Definisi untuk seorang watak gadis yang normal dekat aff ni kebiasaannya selalu watak oc pergh bukan main lagi korea campur jepun lah anak raja lah orang kaya raya la . kadang2 reader menyampah/annoying jika sesebuah watak di dalam fanfic agak keterlaluan macaam baik sangat sampai orang pijak kepala pun tak sedar.

Boleh saya tanya pasal istilah Mary Sue.

Sorry banyak tanya >.< selamat hari raya...
tenmachan
#7
Chapter 3: owh.. bru tahu..hehe.. bergune..thanks fot tips. selame ni bce n tulis je, tak taw la plak bnde alah pov n character driven tu..
azure_bliss
#8
Chapter 3: Plot-driven Versus Character-driven.
Your preferences and choice?
Hundotlove
#9
Chapter 1: thanks untuk penjelasan ^^
yukiyuyana
#10
Chapter 2: Uh uh tips berguna sekali. Daebak ok