005 ) SINOPSIS

FORLORN : // malay writing workshop

chapter five SINOPSIS

MACAMANA NAK TULIS SINOPSIS YANG MENARIK? MACAM NI. KOT. INSHA ALLAH.

        Selamat Sejahtera! Hari ni, aku nak sentuh pasal sinopsis ataupun description atau foreword. Apa-apa jelah. Ini bukan request dan sebab aku rajin harini so aku rasa inilah apa yang aku nak sentuh. Basic pasal writing kan?
                                                                        

Penjelasan ( merapu ikan kerapu )
Sinopsis ataupun macam yang ada tertulis besar gabak dekat Asianfanfics, Description dan bawah dia Foreword. Sebenarnya, yang penting adalah Description dan bukannya Foreword. Sebab kalau korang perasanlah kan, dekat Asianfanfics ni ada bintang merah tu dekat tepi Title, Tag dan Description sahaja. * Required kan? Jadi, yang tu je yang penting. Yang lain tak penting. Macam buku novel terbitan jugak, korang akan baca dia punya sinopsis dulu kan? Takkanlah terus beli macam tu je? Jadi, paling penting description. Kalau korang nampak, dia akan keluar separuh je dari description korang jadi kalau korang punya description tu "Profil Huang Zitao" apa gunanya?

Description

1) Mai Baca Cerita Kami
Dekat description korang, korang kena tulis benda yang boleh menarik pembaca, bukan buat pembaca rasa macam "Oh, Tao ahli EXO. Kau ingat aku tak tau, bangang?" bila baca korang punya sinopsis. Dekat sinopsis Adam & Hawa / Kerana Terpaksa Aku Relakan / Harry Potter, ada dia tulis "His name is Harry Potter and he is 11"? Tak, kan? Jadi, kalau sinopsis korang macam tu, mintak tukar untuk dapat lebih subscribers. Sebabnya, sinopsis koranglah yang menentukan pembaca akan terus baca ataupun pembaca terus tekan X lepastu buat Maggie, taknak baca dah Asianfanfics. Elakkan penjelasan pasal karakter dalam cerita, okay? Biar pembaca kenal karakter melalui chapter, bukan sinopsis.

2) Warna-Warni di pagi Aidilfitri
kalau sinopsis korang berwarna-warni di pagi Aidilfitri, tolonglah tukar. Bukannya haram untuk mewarnakan font korang, tetapi kalau dah macam ni: Byun Baekhyun kawan baik aku. Kitorang kawan dah lama dan aku suka sangat dengan dia XD. Ini akan membuatkan pembaca korang tertanya-tanya yang korang ni umur 3 tahun ke ataupun korang baru graduate dari tadika. Sakit mata pulak tu baca. Pembaca akan assume yang korang akan tulis satu cerita dengan font warna-warni di pagi Aidilfitri ni dan terus taknak baca.

Tak salah warnakan font, tapi kalau terlalu warna-warni, takde guna. Kalau macam ni je: Byun Baekhyun, kenapa kau macam ni? Kan lagi lawa. Warna dia pun tak terang dan warna-warni sangat. Lagi satu, haramkan penggunaan emoticon dalam sinopsis, kecuali kalau korang nak tulis author note tu, suka hati mekome lah.

3) One-shot dalam description
Jangan terangkan fanfic korang dekat sinopsis tu. Sinopsis tu untuk tarik pembaca, bukan bagi dorang baca cerita hang dok free-free ja dekat description tu. Sinopsis yang bagus adalah macam buku terbitan ataupun fanfic-fanfic popular malay yang aku ada baca semalam. Contohnya cerita Byun Baekhyun yang kapal terbang terhempas oleh angelily95 tu, aku rasa sinopsis dia bagus. Dia jelaskan pasal sapa tu EXO sebab dalam cerita tu, Baekhyun tidak dijumpai dan tinggal di rumah kampung. Rumah Amira tak silap aku.

Kalau sinopsis hampa yang dok lagu ni:

Aku Hana, aku berumur 19 tahun. Aku baru sahaja balik dari sekolah, tiba-tiba ada seorang budak lelaki hampir langgar aku. Aku menjerit, tapi dia buat bodoh je. Aku menjerit lagi tapi dia buat tak dengar. Aku cabut kasut dan campak kena kereta dia. Dia terus je memandu macam orang gila. Esoknya, aku datang sekolah. Aku nampak kereta dia dekat depan pagar sekolah. Eh? Aku masuk kelas lepastu dia sebenarnya murid baru! Dia pandang saja aku. Tahu-tahu saja, aku dah jadi mangsa buli budak-budak nakal sekolah ni. Kingka EXO, kitorang panggil dorang. Tiba-tiba, mak aku bagitahu aku akan kahwin dengan Lu Han, budak yang hampir langgar aku tu. Tidak!

Apa benda? Hang buatpa tulis benda ni semua dekat sinospis? Takdak chapter ka dekat Asianfanfics ni? Ha. Jangan jelaskan satu plot korang tu dekat cerita. Apalah..

Sinopsis korang kenalah ringkas, padat dan bermakna. Jangan jelaskan satu plot, tak bagus!

4) Trigger Trigger
Bagi sesetengah orang, ada benda yang dia sensitif dan tak suka nak baca. Kita tak tau pasal masa silam orang, ye dok? Trigger warning sebenarnya adalah untuk bagitahu fans korang apa yang bakal ada dalam fanfic.

Ada scene , pencarutan bertubi-tubi dan perkataan-perkataan seksual seperti rogol, seks dan katil (eh).

Itulah yang aku maksudkan. Seharusnya letaklah. Supaya readers korang yang kurang selesa dengan benda ni, boleh bersedia untuk baca scene-scene tersebut.

5) Biografi, Biology dan lain-lain.
Sebolehnya jangan letak dekat description. Letak dekat Foreword okay tapi tak digalakkan letak karakter description. Sebabnya, korang kena jelaskan macamana karakter korang tu berperangai dalam fanfic, bukan tulis karakter profil dan biografi dekat foreword. Macam cerita aku, Perigi Buta.. aku jelaskan nama dan umur sahaja untuk dua karakter paling penting.

Kalau korang baca Harry Potter, ada dia bagi karakter profil? Takde? Macamana kita tahu Hermione Granger itu seorang yang genius? Dari chapter-chapter. Ada ke J.K. Rowling tulis: Hermione Granger is 11 year-old and she's a Muggleborn. She's also a genius and a top student in Hogwarts, School of Witchcraft and Wizardry ? Tak. So, paham-pahamlah.

Korang boleh letak apa-apa yang korang nak, yang mungkin susah untuk kita jelaskan dalam cerita tapi janganlah random dan melebih-lebih. Jenis darah, tarikh lahir, tempat lahir, kewarganegaraan itu semua tak penting dan tak perlu kalau tak berkaitan dengan cerita. Okay, ada paham? Tanya diri korang sebelum taip karakter profil tu, "Perlu ke aku tulis ni? Kenapa fakta ni penting?"

6) Saya merayu awak subscribe cerita saya
Ha ha. Tak bagus tau ni. Korang jangan paksa orang comment, upvote dan subscribe cerita korang. Tak semua orang suka komen-komen dekat cerita orang ni. Tak semua orang suka sangat cerita korang sampai upvote. Tak semua orang nak subscribe cerita korang sbb dorang rasa macam taknak baca chapter seterusnya.

Kalau korang tulis "Subscribe, Upvote dan Comment dihargai. Terima kasih!" Tu dah cukup memadai. Tapi dalam foreword tau ni, bukan description.

7) I'M FINALLY WRITING A BAEKHYUN FIC SO EXCITED H AA AHA
Spazz dibenarkan, tapi jangan melebih. Okay.

8) Review, Copyright & Poster Credit
letak dalam font kecik dalam foreword pun memadai. Janganlah kecik macam ni. Font saiz 12 ke, 11 ke. Okaylah tu. Untuk poster credit dan Review cerita yang selalunya dihyper-linkkan, letak dekat foreword korang janganlah guna font 48, 72 semua tu. Nanti susah pembaca nak scroll satu-satu. Aduh.

Untuk copyright pulak, jangan besar-besar. Korang boleh tulis, tapi bold atau italize je poin penting. Janganlah tulis guna font merah menyala lepastu huruf besar semua. Belum apa-apa dan marah, kateko?

9) Motivasi Diri
Boleh tulis motivasi korang untuk cerita tu, author note, inspirasi, lagu-lagu tracklist, kan? Ataupun korang boleh letak je prolog atau setengah daripada chapter first korang?

arrianna FIFTH CHAPTER, SINOPSIS PULAK. AKU MINTAK MAAF KALAU SETENGAHNYA PENDEK JE TIPS DIA. AKU HARAP KORANG FAHAM.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
GreenDecember #1
Chapter 7: Terima kasih atas perkongsian ilmu yang sangat berguna ini. *bow*.
azure_bliss
#2
Chapter 6: Aaah.
Maru-Sue.
Love to meet someone like them, but simply hates them on fanfiction -.-

BTW akak, thank you for the CharacterVSPlot thingy. Ash x bce smapi lagi sbnarnya. Nnti Ash drop by lagi ya? ^^

PT3? Andwae~!!!!
tenmachan
#3
Chapter 6: waaa.. nice info..tk thu pon kwujudn mary sue bnde alah tu..
Hundotlove
#4
Chapter 6: Wah thanks untuk memberi penjelasan yang terperinci.
angelily95
#5
Chapter 5: aku ketawa je baca fic ni..

seriously kalau awk tulis ff comedy mesti gempak gilerrr~~

serious.

tq utk perkongsian ilmu :)
Hundotlove
#6
Chapter 5: Definisi untuk seorang watak gadis yang normal dekat aff ni kebiasaannya selalu watak oc pergh bukan main lagi korea campur jepun lah anak raja lah orang kaya raya la . kadang2 reader menyampah/annoying jika sesebuah watak di dalam fanfic agak keterlaluan macaam baik sangat sampai orang pijak kepala pun tak sedar.

Boleh saya tanya pasal istilah Mary Sue.

Sorry banyak tanya >.< selamat hari raya...
tenmachan
#7
Chapter 3: owh.. bru tahu..hehe.. bergune..thanks fot tips. selame ni bce n tulis je, tak taw la plak bnde alah pov n character driven tu..
azure_bliss
#8
Chapter 3: Plot-driven Versus Character-driven.
Your preferences and choice?
Hundotlove
#9
Chapter 1: thanks untuk penjelasan ^^
yukiyuyana
#10
Chapter 2: Uh uh tips berguna sekali. Daebak ok