001 ) CARA PENULISAN

FORLORN : // malay writing workshop

chapter one cara penulisan

REQUEST DARI SYAFIQAHHOTTEST

        Selamat Sejahtera! Hari ni, aku nak sentuh pasal cara penulisan. Aku nak ucap terima kasih dekat 3 subcribers sebab sudi subscribe cerita entah apa-apa aku ni. Aku dapat soalan dari syafiqahhottest pasal cara penulisan, jadi aku decide nak buat first chapter aku untuk tu. Bismillah.

                                                      
Okay, macamana kita nak buat ayat dalam fanfic kita tampak bagus untuk dibaca? Yang boleh buat pembaca mengalirkan air mata tatkala watak utama meratap pemergian si dia yang tercinta? Yang boleh buat pembaca rasa nak ambil pisau dapur dan tikam si antagonis dalam cerita? Jujur aku kata, topik ni memang susah.

1) Letak diri sendiri dalam situasi watak utama
Cara ni, aku rasakan cara yang paling efisyien. Kalau watak utama kehilangan si dia yang tercinta, bayangkan apa perasaan korang waktu korang kehilangan seseorang yang korang cinta. Aku tak maksudkan kena bayangkan hilang teman istimewa ke, suami ke. Bayangkan ibubapa korang ataupun adik beradik korang. Nenek ke, atuk ke, sesiapa yang rapat dan merupakan orang yang korang sayang. Macamana rasa dia? Aku bagi dua contoh untuk korang nilai kalau penulis ini betul-betul membayangkan diri dia dalam situasi itu ataupun penulis itu tak langsung berasa sedih walaupun dia sedang menaip kata-kata terakhir watak yang nazak tersebut.

Contoh 1:
Aku menatap sekujur tubuh yang terbaring lesu di atas katil hospital tersebut. Betapa aku tak dapat membayangkan betapa sakitnya, betapa peritnya untuk dia melawan penyakitnya. Mampukah dia bertahan lagi? Mampukah dia melawan ketumbuhan yang kian merebak itu? Mataku tertancap pada jarinya yang tersarung cincin pertunangan kami.

Perasaan sebak menerjah diriku. Aku cuba berlagak tabah, berlagak seperti aku mampu hadapi semua ini sendiri tetapi aku tak mampu. Hakikatnya aku juga manusia, manusia yang mempunyai pelbagai perasaan. Hatiku luluh melihat orang yang paling bermakna buatku kini terlantar dan tidak mampu untuk bergerak lagi. Sudahlah begitu, tarikh perkahwinan kami terpaksa dibatalkan. Hatiku seperti dirobek-robek melihatkan wayar-wayar yang berselirat di sekitar katil hospital tersebut. Entah apa fungsinya, aku tak mahu ambil tahu. Aku menarik nafas berat dan duduk di kerusi di sebelah katilnya itu. Aku tahankan perasaan sebak, aku tahankan air mata yang kini bertakung di tubir mata.

Tidak, aku bukan perempuan yang lemah.

"Baekhyun, saya datang lawat awak ni. Awak rindu saya tak? Saya rindu sangat dengan awak. Mak dan ayah awak ada di luar, mak tak sanggup lihatkan keadaan awak sebegini. Baekhyun, saya.. saya sayang awak sangat," Kata-kataku terhenti di situ. Air mata yang telah lama terbit di tubir mataku tumpah dan mengalir sayu di pipiku. Aku tak mampu lagi tahan perasaan ini. Biarlah aku nampak lemah. Biarlah aku nampak seperti wanita yang sudah tidak ada tujuan hidup lagi.

Biarlah.


Ada rasa sedikit emosional tak dengan penulisan aku di atas tu? Maaf kalau tidak bagus dan tidak cukup menyentuh perasaan, aku tergesa-gesa ni. Ada assignment yang tidak aku siapkan lagi. Seterusnya, contoh 2...

Contoh 2:
Aku menatap wajah Baekhyun. Dia tidak bergerak. Sebelum ini, dia mampu tertawa dan tersenyum. Sekarang dia hanya mampu terlantar di atas katil. Aku menangis. Aku tak mahu terlihat lemah tetapi aku tetap menangis. Air mata berjujuran di pipi.

Mana lebih menyentuh perasaan? Yang kedua itu sudahlah pendek, ayatnya pula tiada yang menyentuh perasaan. Hanya memberitahu yang perempuan itu sedih dan menangis melihatkan keadaan Baekhyun yang terlantar. Kenapa dia terlantar? Di mana Baekhyun berada? Mengapa perempuan itu menangis beriya-iya? Apa hubungan dia dengan Baekhyun? Apa yang membuatkan dia berasa sebak?

Banyak persoalan tidak berjawab, kan? Kita taknaklah biar pembaca kita tertanya-tanya. Tak tidur nanti sibuk memikirkan jawapan.

2) Detail, detail, detail
Detail memainkan peranan penting juga dalam penulisan kita. Macam yang aku cakap dekat atas, taknaklah biarkan pembaca tertanya-tanya. Untuk tak bagi mereka tertanya-tanya dan pandai-pandai teka sendiri plot cerita korang yang hebat tu, detail di mana-mana! Detail boleh mengubah cerita yang entah apa-apa dan cliche jadi bagus dan sangat disukai pembaca tahu!

Contoh:
Namjoo cuba untuk meleraikan tali kasar yang mengikat tangannya. Dia yang tidak biasa dengan keadaan sebegini berasa rimas. Keadaan di sekelilingnya gelap dan tempat itu berbau busuk. Seperti mayat yang kian mereput. Namjoo cuba untuk menarik tangannya dari ikatan tersebut. Sedang dia bersusah-susah dengan tali tersebut, lelaki yang kelihatan mabuk yang menculiknya masuk ke dalam bilik tersebut.

"Sayang," panggil lelaki tersebut. Dia mendekati Namjoo dengan sebotol alkohol di tangannya. Namjoo menjauhkan mukanya dari lelaki tersebut. Nafas lelaki tersebut berbau alkohol dan Namjoo tidak biasa dengan bau tersebut. Lelaki itu tiba-tiba menghentakkan botol tersebut ke dinding betul-betul bersebelahan Namjoo.

"Kau nak mati, ha? Nak mati?" Dia bertanya sambil menghalakan botol yang pecah itu ke leher Namjoo.


Detail sebenarnya penting. Dalam contoh di atas, kita dapat lihat yang Namjoo tak biasa dengan keadaan kotor, gelap, busuk dan Namjoo tidak biasa dengan bau alkohol. Kita juga tahu Namjoo terkurung dan dia sebenarnya diculik lelaki mabuk yang memanggilnya "Sayang" itu. Lelaki itu pula, kita dapat tahu dia adalah kaki botol, kuat minum dan mungkin sebenarnya sukakan Namjoo.

Banyakkan benda yang kita dapat tahu walaupun hanya dari perenggan kecil dekat atas tu.

Detail itu bagus, detail itu boleh ubah cerita yang hancur jadi bagus.

Kalau penulis itu hanya tulis sebegini:

Namjoo menarik tangannya untuk meleraikan tangan dari ikatan tali yang mengikat tangannya. Dia tidak suka bilik yang berbau busuk dan gelap ini. Dia menarik tangan lagi. Tiba-tiba, seorang lelaki mabuk datang menghampirinya. Lelaki inilah yang culiknya. Lelaki itu memanggilnya, "Sayang." Namjoo memusing kepala kerana bau nafas lelaki itu busuk. Lelaki itu tiba-tiba pukul botol alkohol itu pada dinding.

"NAK MATI?" Dia soal dan letak botol pecah itu di leher Namjoo.


Bagi aku, meh. Seperti aku bergosip dengan teman sebilik tentang filem aksi saja? Jadi tulah aku boleh bagitahu pasal detail!

3) Penggunaan kata dan bahasa
Ini juga penting! Bagi aku, penting gilalah. Kalau nak menulis, perbendaharaan kata dan penggunaan kata kena tepat setepat-tepatnya. Ha, gitu! Korang boleh rujuk kamus untuk tahu perkataan-perkataan yang boleh menerangkan perbuatan seseorang. Banyak kata yang boleh kita guna selain daripada pandang.

Boleh guna tatap, lihat, banyak lagi. Untuk yang ni, ni je tips aku boleh bagi sebab bagi aku, benda ini basic dan sepatutnya semua orang yang ada bakat menulis patut tahu.

Aku harap aku jawab soalan syafiqahhottest dengan baik. Risau jugak aku. Aku dah cuba sebaik mungkin, aku harap dapat bantu Syafiqah dalam penulisan dia. < 3

arrianna FIRST CHAPTER DAH BERJELA.  ASSIGNMENT AKU TOLAK TEPI, NAK TULIS FIRST CHAPTER PUNYA EXCITED. KALAU ESOK KENA TIBAI DENGAN PROF, AKU SALAHKAN ASIANFANFICS....

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
GreenDecember #1
Chapter 7: Terima kasih atas perkongsian ilmu yang sangat berguna ini. *bow*.
azure_bliss
#2
Chapter 6: Aaah.
Maru-Sue.
Love to meet someone like them, but simply hates them on fanfiction -.-

BTW akak, thank you for the CharacterVSPlot thingy. Ash x bce smapi lagi sbnarnya. Nnti Ash drop by lagi ya? ^^

PT3? Andwae~!!!!
tenmachan
#3
Chapter 6: waaa.. nice info..tk thu pon kwujudn mary sue bnde alah tu..
Hundotlove
#4
Chapter 6: Wah thanks untuk memberi penjelasan yang terperinci.
angelily95
#5
Chapter 5: aku ketawa je baca fic ni..

seriously kalau awk tulis ff comedy mesti gempak gilerrr~~

serious.

tq utk perkongsian ilmu :)
Hundotlove
#6
Chapter 5: Definisi untuk seorang watak gadis yang normal dekat aff ni kebiasaannya selalu watak oc pergh bukan main lagi korea campur jepun lah anak raja lah orang kaya raya la . kadang2 reader menyampah/annoying jika sesebuah watak di dalam fanfic agak keterlaluan macaam baik sangat sampai orang pijak kepala pun tak sedar.

Boleh saya tanya pasal istilah Mary Sue.

Sorry banyak tanya >.< selamat hari raya...
tenmachan
#7
Chapter 3: owh.. bru tahu..hehe.. bergune..thanks fot tips. selame ni bce n tulis je, tak taw la plak bnde alah pov n character driven tu..
azure_bliss
#8
Chapter 3: Plot-driven Versus Character-driven.
Your preferences and choice?
Hundotlove
#9
Chapter 1: thanks untuk penjelasan ^^
yukiyuyana
#10
Chapter 2: Uh uh tips berguna sekali. Daebak ok