~Cute Girl~

When We Falling In Love ( Tears In Rain )

Kringgggg!!

Loceng tanda tamat persekolahan untuk hari ini sudah berbunyi.

Luhan berjalan mencari Soyul di kawasan sekolah. 
Sudah banyak kali dia meronda satu sekolah tapi tak jumpa-jumpa. P mana tak tau Soyul ni?
Penat Luhan cari…
Tadi, lepas ja waktu rehat terus Soyul menghilang.
Langsung tak masuk kelas. Ponteng la tu

 

Semasa mencari kelibat Soyul, Luhan terserempak dengan Xiumin dengan Lay yang tengah berebut sesuatu.
Luhan melihat Xiumin dan Lay sedang berebut sebiji Pau.
Xiumin kata pau tu dia punya, Lay juga kata begitu.
Lay menolak muka Xiumin, Xiumin pula membalas dengan mencekik leher Lay.
Kanak2 Ribena betul!!

 

”Woi! Apa hampa nie???”Soal Luhan yang kehairanan dengan tingkah laku mereka berdua.

”Tengok la… Xiumin ni!! Dia kata pau ni dia yang punya. Padahal Pau aku!!”Jelas Lay kepada Luhan.

”Oiii baik2 sikit… Pau aku kottt!!”Bangkang Xiumin.

”Aku!!!”Kata Lay tidak mahu mengalah.

”Akuuuu!”

Xiumin dan Lay lawan tarik menarik pau itu.

 

Luhan hanya menggeleng kepala dengan tingkah mereka. Kemudian dia teringat sesuatu…

”Erhh.. hampa dua orang ade nampak Soyul tak?”

”Soyul??? Soyul mana? Aku tak ingat pun orang yang nama dia Soyul”Soal Lay kepada Luhan semula.

”Kau diam lah Lay! Semua kau tak ingat…
Aku suruh kau sebut nama sendiri pun mesti kau tak ingat juga..”Sampuk Xiumin.

”Ingat lahhhh!!”Marah Lay. Gila dia tak ingat nama sendiri...
”Nama aku Xiumin..”Sebut Lay dengan begitu confidentnya. Cehhh! Kronik betul mamat ni..
.

”Tengok!!!! Xiumin la sangat!!! Xiumin tu nama aku………”

”Yeke???”Soal Lay sambil menggaru kepalanya. Memang kronik betul penyakit Lay niii..

”Luhan tadi kau cari Soyul kan?.. Maksud kau perempuan yang selalu dengan kau tu kan?? Kan kan??”Tanya Xiumin kepada Luhan.

Luhan mengangguk tanda mengiakan pertanyaan Xiumin.

”Oooo dia tu… Aku rasa………….. aku memang tak tahu mana dia!!”Jawab Xiumin dan terus menyambung lawan tarik menarik pau bersama Lay.

 

Luhan yang mendengar jawapan Xiumin betul-betul sudah berapi.
Kalau tak tahu cakap la dari tadi. Ni tidak!!
Sebelum beredar dari situ Luhan merampas pau yang berada ditangan Lay dan Xiumin.
Dia menyumbat pau itu ke mulutnya sendiri.
Biaq padan muka lepa dua!! Xiumin dan Lay yang melihat dan sudah tidak terkata apa-apa.

”Padan muka!!”Kata Luhan dan beredar dari situ dengan wajah yang puas.

 

Luhan menyambung pencariannya.... Soyul... Soyul... Mana dia erkkk?
Tiba-tiba Luhan berhenti, dia bagai teringat sesuatu.

”Bukan, minah tu suka pergi perpustakaan ke?”Dialog Luhan seorang diri.

Luhan terus mengatur langkah menuju ke perpustakaan.
Dia harap-harap Soyul ada di situ. 
Risau dia kerana langsung tak nampak muka Soyul lepas rehat tadi.
Namun apa yang lebih merisaukan dia adalah semasa mereka bertembung pagi tadi sebelum ke sekolah.
Soyul asyik gelak ja.
Dalam kelas pun, bila tengok muka Luhan ja mesti gelak..
Tak faham betul Luhan dengan Soyul!!!
Apa penyakit la Soyul tu..!!

 

Luhan tiba di depan pintu perpustakaan, dia membuka pintu…

Kriukkkkkkk!! Aiceyyy! Dengar tu bunyi pintu terbuka!!

Luhan menjenguk sedikit kepalanya ke pintu perpustakaan untuk melihat keadaan di dalam.
Tidak ramai pelajar yang ada di situ.
Cuma lima hingga enam orang sahaja.
Luhan masuk ke dalam untuk mencari Soyul.
Dia mencari Soyul disebalik rak-rak buku.
Namun masih tidak berjumpa.
Dia berjalan pula ke tempat duduk yang disediakan untuk pelajar membaca dan mengulang kaji.
Dia melihat ada seorang pelajar perempuan yang tertidur di sebalik buku yang tersusun tinggi diatas meja.
Luhan mendekati meja tu.
Dia duduk disebelah pelajar perempuan itu.

 

”Aku dah agak!! Mesti dia ada kat sini punya.. Boleh tidur pulak tu!!”Omel Luhan perlahan setelah mendapati pelajar perempuan yang tertidur itu adalah Soyul.

Luhan merenung wajah Soyul yang sedang tidur dibuai mimpi.
Dia menyelak rambut yang menutupi wajah Soyul dan tanpa disedari senyuman terukir dibibir Luhan.

”Comel!! Kau ni…..”Kata Luhan dalam hati je lah!!

Tiba-tiba Luhan tersedar dan terus melempang dirinya sendiri.

”Apa aku merepek ni!! Heiii Luhan kau dah gila ka? Fokus Luhan... Fokus...”Marah Luhan pada dirinya sendiri.

Luhan menarik nafas dalam-dalam dan kemudian menghembuskannya.
Dia mengulangi perbuatan itu sebanyak tiga kali.
Tarik~Hembus
Tarik~Hembus
Tarik~Hembus

 

”Fuh!!!!! Woi bangun”Luhan cuba menggerak Soyul bangun, namun tiada reaksi dari Soyul.

”Dah meninggal ke???Woi! Bangunnnnn.. Soyul!!!”Panggil Luhan lagi.

Soyul yang bagai terdengar orang menggerakkannya terus terjaga.
Terpisat-pisat matanya memandang Luhan.

”Awak Luhan! Buat apa kat sini?”Tanya Soyul kepada Luhan.

”Aku yang sepatutnya tanya kau soalan tu. Kau buat apa kat sini sampai tak masuk kelas?”Tanya Luhan pula.

”Tak buat apa pun saja ja datang perpustakaan ni…
Dah bunyi ke loceng tamat waktu rehat? Kalau macam tu jom la masuk kelas..”Ajak Soyul.

”Habis rehat lutut lu… Dah habis sekolah dah pun?”Kata Luhan.

”Apaaaa!!!!! Dah habis waktu sekolah!!! Tak dengar pun bunyi loceng tadi…”Jerit Soyul yang terkejut dengan buletin terkini yang disampaikan oleh Luhan.

”Kau memang!!! Raksasa tidur datang sepak bangunan sekolah ni pun kau tak sedar..”Kata Luhan lagi.

”Raksasa tidur????? Binatang apa tu??”Tanya Soyul kehairanan.

”Ye raksasa tidur…. Ala raksasa yang serupa sesumpah lawan dengan papazola tu…”Jawab Luhan yang cuba membuat jenaka.

”Apa2 ja lah.. Tak kelakar pun”Kata Soyul sambil tangannya kebahu mata keatas.

Luhan memandang Soyul dengan reaksi yang entah lah susah nak tafsir pandangan itu.
Macam pandangan membunuh pun ada…
Hahahahh
...

 

Mereka berdua diam seketika.
Masing-masing tak tahu nak cakap apa.
Soyul mengambil peluang itu untuk menyambung tidur.
Alang-alang dah tidur lama kat sini, baik sambung lagi.
Bak kata pepatah alang-alang tidur dalam perpustakaan biar sampai lama-lama. (Ada ka????)

”Aku pelik la!!!”Tiba-tiba Luhan bersuara memecah kesunyian.

Soyul yang baru hendak terlena, mengangkat kepalanya kembali.

”Pelik?? Pelik kenapa??"Tanya Soyul sambil mengerutkan dahi.

Luhan memaling mukanya kearah Soyul.
Matanya tepat memandang Soyul.

”Yela!! Cuba kau tengok Tajuk Fanfic ni ‘TEARS IN RAIN’ macam sedih ja kan!
Tapi apasal sampai sekarang penulis fanfic ni asyik tulis benda yang entah apa-apa?
Hari tu dia tulis mesin keluarkan tangan, kelmarin pulak dia tulis aku menariiiiiiiii tarian hawaiii!!! Dan lagiiiii aku pakai bajuuu….”Tidak sempat Luhan menghabiskan kata-katanya Soyul menekup mulut Luhan.

”Macam mana dia tahu, dia menari semalam???? Sapa bagi tahu???”Tanya Soyul dalam hati.
”Awak jangan cakap apa-apa. Ni fanfic dia, suka hati dia la…. Awak buat kerja, awak sudah”Kata Soyul dan melepaskan tangannya dari mulut Luha.*

”Tak lah aku Cuma tak puas hati… Dah la payment aku menari semalam tak bayar lagi…. Malu tau tak!!!”Marah Luhan lagi.

”SSyyuuuuttttt! Dan buat tak tahu ja…Okeyh!!!!  Dah la jom balik…..”Ajak Soyul lalu menarik tangan Luhan menyuruhnya bangun dari kerusi.

”Alahhhh!!! Aku tak puas hati lagi niiii…. Pasal semalam!!!”Adu Luhan sambil menhentak-hentak kakinya tanda protes yang tidak berkesudahan.

”Dah dah!! Jom balik….”Soyul terus mengheret Luhan keluar dari perpustakaan dan pulang ke rumah.

 

Hehehhhh!! Sabar je lahhhh……….

TBC

 

Aku: Berani ye Luhan komen... Suka hati la nak tulis apa pun...
Luhan: Bila nak bayar payment aku menari semalam...
Aku: Diam seribu bahasa.. Errrr -_-

P/S: Hope korang enjoy...
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
parkyura98
#1
Chapter 6: wahahahaha!!!! sye terbaca citer ni...sbb sye ingat citer ni...citer sedih rupa-rupanya kriik...kriik...XD
btw update soon~
SeHuNYeHeT94
#2
Chapter 6: Parah penyakit lay.....for A/N jgn lupe bayar payment luhan penat kot menari dlm minpi soyul
amisya #3
Chapter 5: Update soon..lawak gleeerrrr
SeHuNYeHeT94
#4
Chapter 5: kuat betul dia mimpi, tapi klau banyangkan mmg sh gelak x ingat dunia
SeHuNYeHeT94
#5
Chapter 2: betul2 luhan mmg sweet
SeHuNYeHeT94
#6
cam best.... luhan hero cantik ahhhh.........