❃ Sweet Boy ❃

When We Falling In Love ( Tears In Rain )

⒭⒮

⒜⒤

Petang itu,Soyul keluar dari rumah menuju kehalaman.
Nyaman sungguh suasana petang itu dengan angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa.
Namun, dikepala Soyul sekarang gunung berapi sedang meletus.


Yelah, Macam mana tak marah...
Tengah sodap dia terbongkang tadi, Ommanya gerak suruh siram pokok bunga...
Soyul merentap getah paip tanda protes. Dia menalakan hos paip ke pokok bunga.
Air laju keluar dari paip itu.

 

”Ish, Omma aku ni.. Bela pokok mahu, tapi siramnya tak mahu.”Rungut Soyul perlahan lalu menyiram air ke pokok bunga.

 

Sedang dia menyiram satu pokok bunga Tak tahu plak! Pokok bunga tu nama apa~
Entah macam mana tiba-tiba dia boleh berangan. Hai Laaa~ Pompuan ni~


Dari tadi sampailah sekarang dia tidak berinjak dari terus menyiram pokok bunga Ommanya yang satu itu.Habis mampos pokok tu nanti~


Luhan yang kebetulan lalu disitu untuk kepadang bola, pelik melihat Soyul dari tadi asyik siram pokok tu ja.Skodeng la tuuu~


”Oi oi .. Berangan ke?”Tegur Luhan


Soyul yang terkejut dengan teguran itu terus tersedar dari lamunannya.


Soyul:”Alamak!!! Pokok Omma….”jerit Soyul setelah melihat pokok bunga Ommanya dah tak serupa pokok bunga dah.
Habis daun tinggal ranting jaaa.

 

”Tu la berangan lagi. Teringat sapa? Aku ke?"Perli Luhan sambil ketawa kuat. Punya la kuat dia gelak~ Tertelan speaker kot~

 

”Tok Sah Perasan!!! Awak nak pergi mana ni?”Tanya Soyul kepada Luhan.


”Pergi padang bola”

 

”Pergi sana main bola ke?”Soal Soyul lagi.

 

”Tak lah, main bola keranjang kat padang bola tu.”Jawab Luhan selamba sambil menunjukkan bola untuk permainan bola sepak ditangannya kepada Soyul.

 

Soyul yang tahu Luhan sedang mempermainkannya membuat muka tak puas hati.
Bagi Luhan pulak! Tanya lagi soalan yang mencabar minda. Hahahahh….
Soyul terus tidak menghiraukan Luhan dan menyambung menyiram pokok bunga.


”Ai! Sambung siram pokok bunga ke?”Soal Luhan setelah melihat Soyul tidak melayannya.

 

”Erh...Tak lah! Sambung siram kubur awak. Tak nampak ke”Hahahahh Ambek kau!!

 

Luhan pula yang membuat muka tak puas hati.

 

”Tak pe lah Aku pergi padang dulu”Kata Luhan lalu berlalu meninggalkan Soyul dengan muka cemberut

 

Setelah melihat Luhan hilang dari pandangan Soyul terus ketawa kuat setelah dapat mengenakan Luhan kembali tadi. Padan muka!

 

 

Kringggggg!!!!

 

Tanda tamat persekolahan.
Semua pelajar keluar dari pintu pagar sekolah dan pulang ke rumah masing-masing.
Ada juga segelintir yang tidak pulang ke rumah lagi kerana keluar bersama rakan-rakan lepak dimana-mana dahulu sebelum pulang ke rumah.

 

”Awuu!! Saranghaeyo..”Luhan berjalan keluar sekolah sambil menyanyi gembira. Tak tau la apa yang seronok sangat!!

 

Semasa Luhan dalam perjalanan pulang kerumah. 
Dia terpandang kelibat seseorang lari dari jauh, menuju kearahnya.

 

”Macam kenal je? Tu bukan Soyul ke? Mak ai! lajunya dia lari”

 

"TOLONG!!"

 

Luhan hanya melihat Soyul berlari melintasi dirinya bagaikan Formula 1 dan ada seekor anjing yang mengejar Soyul dibelakang.

 

Entah apa yang dimahukan oleh anjing tu pun tak pasti, mungkin dia ingat Soyul mahu bermain dengannya atau pun Soyul sudah mencuri makanan anjing itu.
Tu yang angin habis anjing tu!

Fikir Luhan dikepalanya...
Apalah Luhan ni,kawan yang dalam kesusahan boleh buat tak tahu je.
Boleh pulak diberangan...
Ada ke patut? Tak Patut~ Tak Patut~
 

”TOLONG!!!”Jerit Sotul sebelum tersembam ke tanah kerana tersepak batu.
”Aduh!"
"Dah la anjing daging saya tak sedap,jangan kejar saya lagi” Rayu Soyul sambil menagis mengenangkan nasib malang kerana melalui taman permainan yang banyak anjing.

 

Luhan yang baru tersedar dari imaginasinya, terus mencapai sebatang kayu dan berlari kearah Soyul dan anjing itu.

”Hey anjing jangan kau apa-apa kan Soyul.Macam la anjing tu paham~
Kalau Soyul ada curi makanan kau, Kau tolong maafkan dia. Kalau tidak kau kena berdepan dengan aku… HIYYAKKK!!”Jerit Luhan lalu terus membaling kayu yang berada di tangannya kearah anjing itu.

 

Balingan Luhan tepat terkena kepala anjing yang mengejar Soyul.
Anjing itu terkejut lalu lari lintang pukang meninggalkan Luhan dan Soyul.

 

”Ehh! Penakut rupanya..”Sambil ketawa kuat. Dia menoleh melihat keadaan Soyul yang cuba untuk bangun tetapi terduduk semula
”Kau okey ke?”

 

”Kaki saya sakit! Tak boleh nak berdiri” Soyul menjawab. Diwajahnya jelas yang dia sedang menahan sakit.

 

”Aku rasa kaki kau dah terseliuh la. Sini aku gendong kau” Balas Luhan lalu dia duduk dan menepuk bahunya, menyuruh Soyul naik di belakang badannya.

 

Soyul:”Tak nak lah!Buat malu je. Saya boleh jalan”Soyul membantah cadangan Luhan dan cuba untuk bangun lagi sekali namun tetap gagal. Kesian!!

 

”Ha! degil lagi... Cepat! Nak malu buat apa! kan emergency ni.”Luhan masih mempertahankan cadangannya.

 

Soyul mengalah juga dan dia memeluk leher Luhan.

 

”Oi!! Jangan cekik aku kuat sangat tak bernyawa aku.”

 

”Eh.. eh.. Sorry-sorry.. Tak sengaja.Awak larat ke nak gendong saya yang berat ni?”

 

”Larat lah!Kau tu ringan je la.Aku boleh lambung kau tau. Cuma jangan peluk leher aku kuat sangat tak bernafas aku" Sambil menarik nafas dalam-dalam kerana dia sangat memerlukan oksigen yang banyak buat masa ni. Oksigen, Oksigen..



"Betul ni?"Tanya Soyul meminta kepastian.

 

"Betul"

 

"Betul ke ni! Macam tak cayee je"Soal Soyul lagi.

 

"Betul laaaa"Jawab Luhan.

 

"Serius"Tanya Soyul lagi

 

"Serius laaa"Jawab Luhan tanpa jemu...

 

 

TBC

Fuhhh~ Penat Eden duduk depan laptop mencari idea... Sorry kalau tak best Chapter ni... *bow*
Tapi ape pun bagi eden Luhan memang sweet dalam chapter ni...
Susah cari lelaki yang boleh melayan kerenah perempuan... Kan kan kan??
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
parkyura98
#1
Chapter 6: wahahahaha!!!! sye terbaca citer ni...sbb sye ingat citer ni...citer sedih rupa-rupanya kriik...kriik...XD
btw update soon~
SeHuNYeHeT94
#2
Chapter 6: Parah penyakit lay.....for A/N jgn lupe bayar payment luhan penat kot menari dlm minpi soyul
amisya #3
Chapter 5: Update soon..lawak gleeerrrr
SeHuNYeHeT94
#4
Chapter 5: kuat betul dia mimpi, tapi klau banyangkan mmg sh gelak x ingat dunia
SeHuNYeHeT94
#5
Chapter 2: betul2 luhan mmg sweet
SeHuNYeHeT94
#6
cam best.... luhan hero cantik ahhhh.........