❁My Hero❁

When We Falling In Love ( Tears In Rain )

ḙạṛṣ

Ṛạḯṇ

 

Keesokannya di sekolah setelah tamat sesi persekolahan, seperti biasa Luhan ke padang menjalani sesi latihan bola sepak..

 

”Macam mana Luhan. Kau dapat maklumat??”Soal Lay kepada Luhan setelah mereka semua tamat latihan bola pada petang itu.
Lay memandang Luhan dengan pandangan yang serius, matanya tepat menikam anak mata Luhan.

 

Luhan tidak selesa dengan pandangan itu.
"Tak pernah-pernah mamat nyanyuk ni serius..Tiba-tiba ja" Kata Luhan, tapi dalam hati je la.Gila nak cakap kuat-kuat mau hilang kepala aku? Tak pun lumpuh seumur hidup.

 

Apasal kau tanya aku dengan muka yang macam tu”Soal Luhan kepada Lay. Kali ini soalan itu keluar di mulutnya.

 

Lay tersengih malu..
”Aku buat muka serius tadi, sebab aku takut aku lupa nak tanya kau soalan tadi tu”

 

Luhan mengeleng kepalanya dengan jawapan yang diberi Lay.
Luhan membuka begnya dan mengambil buku nota miliknya.
Dia menyelak helaian demi helaian, apabila terselak helaian yang dia catit semalam terus Luhan menyerahkan buku notanya kepada Xiumin untuk diserahkan kepada Lay.
Sebelum itu, Xiumin meneliti apa yang dicatitkan oleh Luhan.

 

”Apa benda niey Luhan”Tanya Xiumin pelik apabila melihat lakaran orang lidi di tengah padang.

 

”Busan High School punya strategi la”Jawab Luhan kembali.

 

”Strategi jadah apanya...Apasal pelik bebenor aku tengok… Ni bola ke pau?”Tanya Xiumin sambil menunding jari kearah lakaran Luhan yang berbentuk bulat yang tak berapa nak bulat.

 

”Apa!! Sini aku tengok”Lay mengambil buku nota milik Luhan dari tangan Xiumin.
Dia meneliti satu persatu yang dicatit oleh Luhan dengan anggukkan.

 

Lay masih berdiam diri dan tekun meneliti buku nota Luhan.

Tiba-tiba dia tersenyum lebar.

 

”Good Job Luhan..  begitu teliti sekali lakaran kau!!"Puji Lay sambil menepuk belakang Luhan.

 

”Wey orang tua… Kau tahu ke apa Luhan lukis. Kau faham?”Soal Xiumin dengan begitu semangat sekali.

Lay tersenyum dan menggangukkan kepalanya..
”Aku tak faham langsung”Jawab Lay dan membuat peace

 

Semua ahli pasukan bola sepak: “Kuang, kuang, kuang….”

Kejadahan apakah ini???

 

 

 

Soyul berlari keluar dari pintu pagar sekolah mencari Luhan.
Penat dia berlari namun masih tidak kelihatan kelibat Luhan.
Jangan kata kelibat bau pun tak dak!! Dia mengeluh...

 

”Mana Luhan ni!! Janji nak balik sama-sama”Rungut Soyul.
Dia tahu dia salah tadi kerana pergi ke perpustakaan dan tertidur disana tadi.
Kalau tak tak de lah kena tinggal Huk huk :’(

 

Soyul berhenti berlari.Penat!!
Sekarang ni dia betul2 perlukan air… Air! Air!

 

Soyul berjalan memasuki persimpangan kawasan perumahan.
Dari tempat dia berjalan, Soyul melihat seorang budak lelaki yang menggalas beg berjalan sambil memasukkan kedua belah tangannya kedalam poket di seberang jalan.
Soyul tahu itu Luhan.

 

”Luhan”Panggil Soyul sambil melambai tangannya kearah Luhan.

 

Luhan yang mendengar namanya dipanggil terus beralih pandangan melihat siapa gerangan yang memanggilnya.
Dia tersenyum lebar apabila melihat Soyul melambai kearahnya.
Luhan membalas lambaian Soyul.

 

Soyul mahu melintas mendapatkan Luhan diseberang jalan.

 

Tanpa melihat kiri dan kanan
Soyul terus melintas.

Soyul tidak perasan bahawa ada sebuah kereta meluncur laju kearahnya.
Pemandu kereta itu membunyikan hon.
Soyul yang terkejut. Terus terkaku disitu. Kakinya bagaikan digam dengan gam cap gajah, tidak dapat bergerak kemana pun. Gam gajah boleh didapatkan di mana2 kedai runcit! Pesanan ikhlas dari jabatan khidmat masyarakat!! Okey kita kembali ke cerita asal…

 

Apabila kereta itu semakin menghampiri Soyul.
Soyul terus memejamkan matanya, berdoa dan berharap bahawa dia akan baik-baik saja selepas ini.
Pada masa itulah, Soyul terasa tubuhnya bagai ditolak dan dipeluk dengan erat ketepi oleh seseorang.


Pppppiiiiiinnnnnnnnnnnnnnnn!!!!!!!
Kereta itu terus meluncur pergi.
Pemandunya langsung tidak mahu memberhentikan kereta.
Sebelum kereta itu meluncur pergi, kereta itu sempat melanggar kelopak air dan air itu tersimbah ke bahagian belakang penyelamat Soyul.

 

Penyelamat Soyul memeluk erat dirinya, tanpa ada tanda-tanda ingin melepaskannya.
Soyul membuka perlahan-lahan matanya.

 

”Luhan…”Panggil Soyul apabila melihat penyelamatnya adalah Luhan.

 

”Kau okey???”Soal Luhan dan melepaskan pelukannya.

 

Soyul mengganggukan kepalanya.

 

”Awak pulak okey??”Tanya Soyul kembali kepada Luhan.

 

Luhan juga membalas dengan anggukan.
Kemudian Luhan melihat bahagian belakang badannya yang terkena kelopak air tadi.
Wah cantik sungguh permandangan di bajunya.

Dah macam peta dunia...

 

”Woi!!!!!!!!!!! Habis baju aku……..”Marah Luhan apabila melihat bajunya.
Air coklat bercampur tanah tersimbah cantik di belakang bajunya.

 

”Ingat aku kena najis mughallazah ka.. nak kena mandi dengan air tanah bagai….
Soyul!!!!!!!!
Tengok baju aku.. kotor..”Adu Luhan kepada Soyul sambil membuat muka kesian

Geram betul tengok!! Comei sangat.. Suci habis la..

 

Soyul cuma ketawa.
Dia betul-betul berterima kasih kepada Luhan kerana menyelamatkan dirinya tadi.
Kalau tidak mesti dia dah koma,,,,,,, tak pun dah titik…… apa???

 

”Gomawooo Luhan…”Jerit Soyul gembira dan tanpa disedari dia terus memeluk Luhan erat.

 

”Woi!! Woi!! Apa kau ni… Dah buang tabiat?? Habis batai ayaq sembahyang aku...”

 

Soyul yang menyedari ketelanjurannya terus melepaskan pelukan, cepat-cepat dia berkalih pandangan dan menyilang tangannya ke dada.
Tanda merajuk!! Merajuk lah sangat kan!! Merajuk ka malu???

 

”Mana ada buang tabiat..”

 

Luhan menyembunyikan senyuman, tangan kanannya menggosok kepala Soyul.
Dia tahu Soyul malu.

 

”Jangan lah gosok!!!!”Soyul menepis tangan Luhan. Tanda protes.

 

”Kau tahu tak…………………!”

 

”Tak tahu…”Kata Soyul sambil tersengih

 

”Sini aku nak bagi tahu…..”Balas Luhan sambil tersenyum, namun tiba-tiba dia menarik telinga Soyul.
“Apasal kau lintas tak tengok kiri kanan tadi!!! Dah rasa lama sangat ka hidup???”Tanya Luhan dengan marahnya.

 

”Awww awwww Luhan….. !! Tercabut telinga... Mana ada lama”Balas Soyul...

"Ha menjawab...menjawab... Aku jahit mulut tu baru tau..."

 

Haaaa! Kan dah kena tarik telinga...
Tu la lain kali lintas jalan tengok kiri kanan dulu…


Ingat ye..Lintas jalan tengok kiri kanan dulu...

 

TBC

 

Dah lama aku tak update citer ni... Harap korang enjoy...
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
parkyura98
#1
Chapter 6: wahahahaha!!!! sye terbaca citer ni...sbb sye ingat citer ni...citer sedih rupa-rupanya kriik...kriik...XD
btw update soon~
SeHuNYeHeT94
#2
Chapter 6: Parah penyakit lay.....for A/N jgn lupe bayar payment luhan penat kot menari dlm minpi soyul
amisya #3
Chapter 5: Update soon..lawak gleeerrrr
SeHuNYeHeT94
#4
Chapter 5: kuat betul dia mimpi, tapi klau banyangkan mmg sh gelak x ingat dunia
SeHuNYeHeT94
#5
Chapter 2: betul2 luhan mmg sweet
SeHuNYeHeT94
#6
cam best.... luhan hero cantik ahhhh.........