*Dream You*

When We Falling In Love ( Tears In Rain )

Petang yang indah itu,
Soyul duduk di bawah pokok tepi tasik sambil termenung 
(Tak tau la dia tengah pikiaq pasai apa? Suka betoi berangan).
Soyul suka betul dengan tasik ni.
Bila dia berada disitu hati dia rasa bebas sangat!!
Angin yang sepoi-sepoi bahasa betul-betul menenangkan hati yang ingin berehat.

 

”Oi, Kau termenung apa?”Tegur Luhan dengan tiba-tiba dan dia mengambil tempat di sebelah Soyul.
 

Kacau daun betul laa makhluk sorang ni.. Bisik Soyul dalam hati...
 


”Awak ni!! Terkejut saya.. Nasib baik tak de sakit jantung kalau tidak dah lama saya titik…..”Marah Soyul

 

”Yeke??? Kau dah tempah?”

”Tempah apa?”Tanya Soyul dengan wajah yang pelik lagi menghairankan. Aneh tempah apa pulak..

”Batu nisan…”

 

Soyul yang mula mengerti apa yang dikatakan oleh Luhan, terus menghadiahkan tamparan ke bahu Luhan.

 

”Sakit lahhhh woiiii… Awww”Adu Luhan.. Bisa betoi tangan pompuan ni..

”Padan muka…”Marah Soyul lagi dan terus menyilang tangannya kedada tanda protes.

”Alooooloooo jangan la merajuk… Bucuk-bucuk”Pujuk Luhan sambil membuat muka comel.

Soyul tidak melayan pujukan Luhan malah dia terus memalingkan mukanya.Eeee Meluat meluat meluat...

 

”Alaaaaa Sorry la!! Wey, sebagai tanda maaf dari aku. Aku nak bagi hadiah dekat kau! Terimalah....”Luhan menghulurkan sekuntum bunga ros yang berwarna merah kepada Soyul(Entah dari mana dia datangnya bunga tu..??)

 

Soyul tidak menunggu lama dia terus mengambil bunga itu dari tangan Luhan lalu dihidunya. Wangi beb!!!!
Namun wajah Soyul masih dimasamkan, seperti tidak terpujuk dengan pemberian Luhan.
Luhan yang berasa bersalah terus mencari idea untuk memujuk Soyul.
Luhan bangun dari duduknya dan berdiri dihadapan Soyul.

 

”Weyh!! Ini satu lagi hadiah untuk kau!!! terima lah…”

Luhan terus senyap... Mengambil nafas panjang...
Tiba-tiba kedengaran muzik yang perlahan.
Muzik itu kedengaran seperti muzik untuk tarian ballet.
Entah dari mana datangnya muzik itu.
Soyul terus berpaling ke kiri dan kanan cuba mencari dari mana datangnya muzik itu. Namun dia tidak melihat ada sesiapa pun disitu selain dia dan Luhan. Ai?? Sapa yang pasang lagu.


Luhan membuka langkahnya menari mengikut rentak muzik itu dengan langkah lemah gemalai.
Siap kaki terjinjat-jinjat lagi.
Mukanya diseriuskan tanda betul-betul menghayati tarian itu.


Soyul ternganga melihat apa yang dilakukan Luhan.
Dah buang tabiat apa dia ni?? (Orang kata kalau buang tabiat itu tandanya nak mati…. Pasanggggg!!!)


Apabila muzik itu semakin rancak sedikit, Luhan terlompat2 dan terus membuka kakinya membuat split seperti yang dilakukan oleh atlet-atlet gimnastik.
Kalau masuk sukan Olimpik gerenti dapat markah 9.9..
Pingat Emas pun mesti milik Luhan la waaa cakap luuu!!


”Wow… Biaq betik”Kata Soyul dan terus duduk bersila sambil mulutnya terbuka kerana terkejut.


Luhan tetap seperti tadi, masih serius dan menghayati tariannya.
Tiba-tiba Luhan berhenti dan muzik berubah rentak pula menjadi muzik seperti ditepi pantai Hawaii.
Luhan memulakan tariannya dengan menggelek pinggangnya persis penari tepi pantai. Tangannya juga dialun2kan ke kiri dan kanan.
Lebih menghairankan bajunya juga bertukar.
Luhan memakai skirt paras lutut dan tempurung kelapa di bahagian dadanya persis seperti penari tarian Hawaii.
Pelik sangat dah nieeeee!!! (Cuba bayangkan!!)


Soyul terus tergelak kuat.
Dia betul-betul tidak menyangka Luhan benar-benar ingin memujuknya sampai sanggup melakukan tarian yang entah apa-apa.

 

”Awak!! Dah la.. tak malu ke?”Tanya Soyul yang masih ketawa kuat, lucu melihat Luhan.

Luhan tidak mengambil peduli dengan pertanyaan Soyul.Dia masih dengan tariannya.

 

”Awak!!!!”Panggil Soyul lagi.

 

Namun tidak semena-mena Luhan berhenti dan tiba-tiba muncul gendang Afrika ditangannya.
Luhan memukul gendang itu sambil menari-nari.
Soyul sudah tidak tahu apa yang hendak dikatakannya lagi.
Luhan betul2 sudah tidak waras.
Namun apa yang menghairankan Soyul kenapa Luhan mengetuk gendang sambil menyebut namanya dan menyuruhnya bangun. 
Tokkkk! Tokkkk!! Tokkkk… Soyul… Bangun…. Bangun…..



Pada masa itu,

Tokkkk!! Tokk!! Tok!!!

”Soyul!! Bangun dah pagi ni”Panggil Omma Soyul dari luar bilik sambil mengetuk pintu.

Namun masih tiada reaksi daripada Soyul

 

”Soyul!!!!!!!!!!!!! Bangun… Tak dengar ka. Omma pecahkan jugak pintu ni nanti”Jerit Omma Soyul diluare bilik.


Tokkkkk tokkk tokkkk!!! Omma Soyul terus mengetuk pintu biliknya.

 

Soyul terus terkejut dan terjatuh dari katilnya dengan jeritan Ommanya.

”Aduh!!!”Jerit Soyul..

”Soyul apa tu? Bunyi apa tu?”Tanya Omma Soyul sambil mengetuk pintu.

”Tak de pape Omma…Soyul bangun dah! Nanti Soyul turun lepas mandi”Berit Soyul dari dalam bilik.

”Yelah!! Cepat tau”Kata Omma Soyul dan terus berlalu turun ketingkat satu untuk kedapur.

 

Soyul di dalam bilik menggosok punggungnya yang masih sakit kerana terjatuh tadi dari katil tadi. Perit betul punggung dia. Mahu tumbuh bisul seminggu macam ni. Hehehe

Sambil mengosok punggungnya, dia cuba mengigati semula mimpinya.

”Apa aku mimpi tadi.. Aneh bebenor mimpinya!!”Ujar Soyul dan dia terus ketawa kuat apabila teringat mimpinya yang Luhan menari tarian entah apa-apa tadi.

 

Omma Soyul yang mendengar dia ketawa terus menjerit.

”Soyul!!!!Kamu dah gila ke? Cepat mandiiiii”Marah Omma Soyul..

 

Soyul terus menekup mulutnya, lalu bangun mencapai tuala yang tergantung menuju ke bilik air. Di dalam bilik air pun dia masih tidak dapat melupakan mimpinya tadi….. Hahahhhhhhh

Ai kesian Luhan!!! Sadis betul!!!

 

TBC

 

Hahaha... Dah lama eden tak update story ni...
Biasa la eden sibuk dengan kerja...
Harap korang enjoy
...
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
parkyura98
#1
Chapter 6: wahahahaha!!!! sye terbaca citer ni...sbb sye ingat citer ni...citer sedih rupa-rupanya kriik...kriik...XD
btw update soon~
SeHuNYeHeT94
#2
Chapter 6: Parah penyakit lay.....for A/N jgn lupe bayar payment luhan penat kot menari dlm minpi soyul
amisya #3
Chapter 5: Update soon..lawak gleeerrrr
SeHuNYeHeT94
#4
Chapter 5: kuat betul dia mimpi, tapi klau banyangkan mmg sh gelak x ingat dunia
SeHuNYeHeT94
#5
Chapter 2: betul2 luhan mmg sweet
SeHuNYeHeT94
#6
cam best.... luhan hero cantik ahhhh.........