Chapter 40

Destiny

Di bilik hotel..

 

 

 

"Oh ya Jongin,kamu dah bagitahu Minhye ke yang kita balik hari ni?",tanya Jaerin."Oh yalah,Jongin lupa nak bagitahu dia.Mungkin Jongin patut bagitahu dia sekarang",segera Kai mengambil telefonnya di atas katil dan mendail nombor Minhye.Dia menunggu dengan sabar sehingga Minhye menjawab.

 

 

 

"Korang,mainlah dulu.Ada orang call aku",kataku ketika mereka sedang main boling di pusat boling.Mereka hanya membalas dengan anggukan tanpa kata-kata.Nasib baiklah mereka tak tanya siapa yang menelefon.Aku pergi ke tempat yang tidak bising dan menjawab panggilan itu.

 

 

 

"Hello abang",sapaku."Minhye kat mana tu?",tanya Kai."Minhye kat luar ni,beli barang dengan kawan.Kenapa abang?",balasku."Abang cuma nak cakap yang abang balik hari ni.Flight abang pukul 9 malam ni",ujar Kai.Seketika muka aku berubah apabila Kai menyebut perkataan 'balik' itu.Takkan nak balik dah??

 

 

 

"Oh,abang balik hari ni ya? Barang abang dah kemas ke?",tanyaku perlahan."Dah,sekarang ni abang ingat nak beli buahtangan untuk yang lain",jawab Kai."Nak Minhye temankan?",soalku."Tak apalah.Abang tak nak ganggu Minhye keluar dengan kawan-kawan Minhye.Biarlah abang pergi dengan nuna je,ok?",balas Kai lagi.

 

 

 

"Ok,kalau ada apa-apa,call Minhye tau",pesanku."Ok bos..Hahaha..Oklah,abang nak keluar dah ni.Nanti dah nak check out,abang call Minhye ya..Bye sayang..Love you",ucap Kai lembut."Me too",ucapku perlahan dan menutup perbualan.Aku terpandang gambar Kai yang aku letak di latar belakang telefon.

 

 

 

Cepatnya dia balik..Aku tak puaslah.Baru kali pertama aku duduk dengan dia,takkanlah dia nak kena balik ke sana..Mungkin macam nilah perasaan diorang bila buah hati pergi saat mereka mula nak bercinta,kataku perlahan.Aku memandang jam.Hanya 5 jam je sebelum Kai dan Jaerin bertolak.Mungkin aku patut hantar mereka ke airport..

 

 

 

Aku masuk ke dalam semula dan aku lihat mereka sudah duduk di kerusi kepenatan.Aku sertai mereka dan dengar apa yang mereka katakan."Lepas ni aku ingat nak tengok wayanglah.Korang nak tak?",cadang Nisa."Aku on je asalkan kau belanja",kata Ika sambil tersengih.

 

 

 

"Kitorang ok je..Minhye kau pulak macam mana?? Nak tengok wayang tak?",tanya Hana.Aku pandang mereka."Kalau tak lama,aku boleh je",jawabku."Kau nak balik awal ke?",tanya Ika."Mungkin,tapi aku ok je kalau kita nak tengok wayang dulu",kataku lagi.Kami seiringan berjalan menuju ke tempat itu.

 

 

 

Nasiblah mereka menonton cerita yang tak lama lagi akan ditayangkan.Boleh aku balik awal,kataku.Selesai sahaja menonton,kami berlima pergi ke Each A Cup kerana kata Ika dia mahu membeli Bubble Tea kegemarannya lagi.Kami hanya bersetuju lalu menuju ke tempat itu.Sebelum kami ingin masuk ke dalam,aku ternampak sebuah kedai foto.

 

 

 

Kalau aku print gambar aku dan Kai tadi,mungkin aku boleh bagi dia satu gambar yang kami ambil,kataku sendiri.Aku menahan Nisa."Aku nak pergi tandas kejap tau.Korang masuklah dulu",ujarku.Nisa mengangguk dan berlari pada yang lain.Aku berpatah balik dan pergi ke kedai itu.

 

 

 

"Abang,kalau saya nak print gambar dalam phone boleh kan?",tanyaku pada pekerja disitu..Aku menyuruhnya print 2 keping dan saiznya sesuai diletakkan dalan dompet.Dia segera buat apa yang aku suruh.Selesai sahaja print,aku membayar dan aku sorokkan ke dalam dompetku dan pergi ke arah mereka.

 

"Kau dah beli Bubble Tea dah?",tanyaku.Mereka mengangguk dan Ika menghulurkan aku air kegemaran aku,Oreo Crush.Aku mengambil darinya dan segera keluar ke pintu masuk kompleks beli belah itu.Kami menunggu di situ.Aku memandang jam.Dah pukul 6..Mujurlah ketika itu pemandu sudah sampai untuk mengambil kami.

 

 

 

Sampai sahaja di rumah,yang  lain berpecah mengikut haluan masing-masing setelah turun dari kereta.Aku segera masuk ke dalam dan segarkan  badan untuk keluar menjemput Kai dan Jaerin.Setelah terasa terlalu lama berada di dalam tandas,aku keluar dan segera melihat jam.Mujurlah baru pukul 6.30.Sempat lagi untuk aku bersiap.

 

 

 

Hampir pukul 7.20 aku sudah pun turun ke bawah dan masuk ke dalam kereta.Kereta yang dinaiki aku segera bergegas keluar dari kediaman rumah.Sampai sahaja di hadapan pintu Coral Hotel itu,aku menelefon Kai.Panggilan aku segera diangkat oleh Kai."Hello abang.Abang kat mana tu?",tanyaku.

 

 

 

"Abang ada dalam bilik lagi.Kejap lagi abang dah nak check out dah.Kenapa Minhye?",balas Kai tenang."Tak ada apa-apalah,Minhye just nak tanya je.Oklah abang..Bye",aku tutup telefon dan keluar dari kereta.Aku sudah berpesan pada pemandu untuk menunggunya.Dan arahan aku dituruti olehnya.

 

 

 

Aku duduk di kerusi di lobi hotel.Aku bermain game di dalam telefon aku sehingga aku tak sedar bahawa sudah pun pukul 7.50 malam.Ketika itu aku perasan Kai dan Jaerin sudah pun keluar dari lif dan aku berdiri di sofa yang aku duduk."Minhye?",ucap Kai perlahan.

 

 

 

"Ya,Minhye saja je nak bagi abang surprise.Takkan Minhye nak lepaskan abang pergi macam tu je kan?",balasku sambil tersenyum.Kai lagilah,senyumannya sampai ke telinga."Dah pukul 7.50 dah,nanti tak sempat pula.Jom,Minhye",ajak Jaerin sambil memegang bahuku supaya aku dapat berjalan bersamanya.

 

 

 

Di dalam aku duduk di sebelah Jaerin dan kami berbual rancak.Kai hanya mendengar perbualan kami sehingga kami tak sedar bahawa kereta itu berhenti di stesen minyak.Pemandu ayah keluar untuk membayar manakala Jaerin pula keluar kerana ingin ke tandas.Ketika itu hanya kami berdua sahaja.

 

 

 

"Minhye",panggil Kai sambil memegang tangan aku.Aku memandangnya,"Ya?",balasku."Tak ada apa-apalah",jawab Kai."Kenapa ni abang?",tanyaku.Kai mencium lembut tangan aku lalu menjawab,"Abang tak nak baliklah Minhye,abang nak tinggal sini dengan Minhye.Baru sekali abang tidur dengan Minhye,tak puaslah",ujar Kai panjang.

 

 

 

"Tak apa,nanti Minhye datanglah sana.Nanti dapat keluar dengan abang",ujarku."Nanti Minhye mesti dengan abang Baekhyun je",kata Kai lagi."Nanti Minhye carilah peluang untuk kita berdua,ok?",aku cuba yakinkan dia.Kai tersenyum memandang aku,lalu tangan aku diusap."Minhye?",panggil Kai.

 

 

 

"Ya?",balasku."For the last time,boleh tak abang nak ni?",Kai menyentuh bibir aku dan tersenyum nakal sambil memandang aku.Tanpa aku membalas,dia sudah pun mengucup bibir aku di dalam kereta itu.Kai tersenyum girang lalu dia menyambung semula kucupannya lalu dia mengunci tempat di mana aku duduk supaya aku tak dapat bergerak kemana-mana.

 

 

 

Aku memeluk lehernya dan aku menolak dia perlahan kerana ketika itu aku ternampak Jaerin dalam perjalanan menuju ke kereta."Terima kasih sayang",ucap Kai sambil tersenyum lebar.Jaerin masuk ke dalam dan kami hanya berperangai seperti biasa."Sorry nuna lambat tadi.Ada orang tu entah apa entah dia buat dalam toilet tu sampai tak keluar dari tadi",katanya.

 

 

 

"Oh tak apalah nuna",balas Kai."Disebabkan nuna lambat masuk,Jongin dapat kiss Minhye sekali.Thanks nuna,getus Kai.Setelah itu,kami bertolak dar stesen minyak hingga ke airport mujurlah baru pukul 8. malam.Kai menguruskan tiket mereka dan Jaerin pula bersama aku.Aku berbual kosong sementara menunggu Kai selesai dengan urusannya.

 

 

 

Habis sahaja,langsung Kai pergi pada Jaerin dan Minhye.Dia ternampak Minhye duduk bersama dengan Jaerin sambil berbual rancak.Jaerin terpandang Kai dari jauh dan berpesan pada Minhye,"Minhye,unnie nak pergi tandas kejap.Rasanya contact lense macam nak tercabut je.Unnie pergi sekejap ya",aku hanya mengangguk lalu dia pergi meninggalkan aku.

 

 

 

Kai pergi pada aku dan duduk disebelah.Tiba-tiba aku teringat gambar yang aku print petang tadi lalu aku keluarkan dari dompet.Kai hanya memandang dan menunggu apakah yang Minhye keluarkan dari dompetnya.Aku keluarkan satu gambar dan berikan padanya."Ni untuk abang",ujarku.Kai mengambil dan memandang gambar itu.

 

 

 

"Bila Minhye buat ni?",tanya Kai."Baru je,masa Minhye keluar dengan kawan Minhye",jawabku."Kalau abang rindu Minhye,tengoklah gambar tu",kataku lagi.Kai mengangguk gembira lalu memelukku erat.Aku membalas pelukannya."Minhye jangan nakal-nakal tau kalau abang dah tak ada nanti.Jangan nak ambil kesempatan pula",pesan Kai.

 

 

 

"Takkanlah Minhye nak curang dengan abang? Minhye kan sayang abang sorang je",balasku sambil ketawa kecil."Minhye nanti datang sana kan?",tanya Kai.Aku mengangguk."Mungkin lepas Minhye ambil ujian,Minhye akan datang sana.Abang tunggu Minhye ya",balasku.Kelihatan dari jauh Jaerin datang.

 

 

 

"Maaf menunggu.Nuna beli coklat tadi",ujar Jaerin sambil menunjukkan plastik yang berisi coklat Ferrero Rocher itu.Tak lama kemudian,pengumuman dari corong pmbesar suara berbunyi."Kepada penumpang yang menaiki pesawat AA 7810 pada pukul 9 malam,sila ke balai berlepas kerana pesawat akan berlepas sebentar lagi..Terima kasih"..

 

 

 

Kini sudah sampai masanya untuk aku lepaskan Kai pulang.Memang sebak hati ni tapi apakan daya,aku perlu faham kerjanya.Kami berdiri menghadap satu sama lain."Minhye,kalau ada masa,unnie akan jumpa Minhye lagi.Unnie mesti akan rindukan Minhye",kata Jaerin sambil memelukku sambil mengusap belakang aku lembut.

 

 

 

Kini giliran Kai pula.Kai memandang Jaerin dan nampaknya Jaerin faham isyarat tu dan Jaerin meminta untuk pergi dahulu.Kai memandang aku."Kim Minhye,kalau abang tak ada,rindukan abang ya.Jangan lupakan abang kat sana.Jaga diri baik-baik.Dan ingat pesanan abang..Kalau Minhye nak jumpa abang,Minhye kena belajar dan lulus dalam ujian tu nanti".

 

 

 

Aku mengangguk perlahan.Lalu airmata aku menitis perlahan.Kai ternampak lalu dia lap airmata itu sebelum jatuh ke lantai.Kai mendepakan tangannya,menyuruh aku untuk memeluknya,lantas aku memeluknya pantas dan seakan aku taknak lepaskan.Begitu juga dengannya.Mukaku aku sembapkan di dadanya.

 

 

 

Aku lepaskan pelukan dan memandangnya lama."Abang kena pergi sekarang.Kalau ada apa-apa lagi,abang jumpa Minhye ya",katanya.Aku hanya mengangguk dan Kai mengambil begnya dan perlahan dia berjalan meninggalkan aku dan menuju ke balai berlepas.Aku tak dapat menahan dari airmataku mengalir lalu aku lepaskannya.

 

 

 

Aku melambai ke arahnya dari jauh pada kelibat Kai dan Jaerin yang semakin lama semakin hilang.Aku pulang setelah itu.Aku mengelap airmataku sendiri  tanpa Kai lapkan.Aku berjalan ke kereta tanpa Kai ada disisi.Aku bukakan pintu kereta sendiri tanpa Kai bukakan.Kini aku rasa aku perlu lakukan semuanya sendiri.Sungguh aku rasa sunyi tanpa dia.

 

 

 

Sampai sahaja rumah,aku naik ke atas dan menguncikan diri dalam bilik.Aku baring atas katil untuk seketika dan akhirnya aku terlelap dengan airmata yang mengalir perlahan.

 

                                                                            

My comeback !! Sorry buat reader tertunggu2..lama otak ni nak fikir ayat so macam ni je yang saya mampu buat.. Minhye need ur feedback.. Minhye lebih suke baca comment korang.. so bye bye *lambai tangan*

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
KimMinHye
Give me more comments and subscribe too..Jebal T.T

Comments

You must be logged in to comment
Zzzarith #1
Chapter 42: Author update lh lgi
sunlight_ #2
Chapter 39: Update soon ~
mimie_lulu #3
Chapter 37: Update lagi...update lagi!!update lagi!!!!!!!!!!!!!!!!!
minhyun298 #4
Chapter 28: Update soon... ^_^
*nk tau ape yg akn jdi, sgt2 *
^_^
weloveexoforever #5
Chapter 20: Update soon
weloveexoforever #6
Chapter 19: Sweetnyew minhye ngan baekhyun
ohyehett #7
Chapter 2: Sape huda ? Huda tu name minhye dekat malaysia kea ,? Sorry terblank jap
weloveexoforever #8
Chapter 10: Update soon
woohyun98
#9
Chapter 10: update soon :)