Chapter 39

Destiny

"Macam mana saya nak percaya kalau awak pakai baju singlet berseluar jean dan dia tak berbaju dan hanya pakai seluar?",ayat Hakim itu masih lagi terngiang-ngiang di telinga aku.Aku sudah buntu untuk menyelesaikan masalah ini.Aku rela mesej dan telefon dia banyak kali untuk memberitahu perkara yang sebenarnya pada dia.

 

Tapi satu soalan terlintas di fikiran aku.Kenapa aku sangat risau bila Hakim dapat tahu semua itu? Jawapan yang aku boleh katakan ialah aku tak nak kehilangan kawan baik yang dah banyak tolong aku selama ni.Tak lebih dari itu.Aku duduk di atas katil dan memandang sekeliling.Kosong,tiada siapapun.Fikiran aku mula bercelaru.

 

"Ah lantak dialah nak percaya ke tak.Aku dah cakap benda yang betul dia tak nak percaya",kataku lagi.Aku turun ke bawah dan mengambil makanan yang boleh aku makan untuk mengalas perut.Tadi aku sudah diajak oleh ibu untuk makan bersamanya sebelum ibu berangkat pergi ke kerja,tapi aku menolak dengan mengatakan aku sudah kenyang.

 

Aku mengeluarkan buah tembikai dari dalam peti sejuk dan membawanya ke ruang tamu.Aku menonton TV dan buka saluran One HD.Ketika itu,program Inkigayo baru sahaja bermula.Aku hanya menonton cerita itu disebabkan badan aku yang pemalas itu malas nak menukar siaran.

 

"Anda sedang menonton program yang memaparkan lagu-lagu yang terbaru iaitu..SBS Inkigayo !!"*redah jelah*

 

Ahh,aku rindu wajah itu,wajah yang selalu mengukir senyuman yang manis pada aku.Kalaulah dia ada di depan mata,dah lama aku peluk dia kuat-kuat *kalau kau berani Minhye*.Sedang aku leka leka menonton rancangan itu,seseorang menelefon aku.Nama 'Unnie' tertera di skrin.Segera aku mengangkat.

 

"Ya unnie.Ada apa call Minhye?",tegurku dahulu."Minhye free tak sekarang?",tanya Jaerin."Free.Kenapa?',balasku."Unnie nak keluar sekejap.Unnie ajak Jongin tapi dia tak nak.Unnie risau tinggalkan dia sorang-sorang sebab muka dia nampak lain macam.Minhye boleh temankan Jongin?",ujar Jaerin.

 

"Boleh juga.Unnie keluarlah dulu.Nanti Minhye sampai sana",jawabku."Minta tolong ya.Terima kasih",Jaerin menutup perbualan lalu aku terus bersiap untuk kesana."Rasanya dia ingat lagi ke kejadian malam tu? Aku harap dia tak fikir apa-apa dan aku juga berharap yang dia jadi macam tu bukan sebab kejadian itu juga",kata hatiku perlahan.

 

 Perjalanan yang mengambil masa hanya setengah jam itu membuatkan aku datang awal dari masa yang sepatutnya.Aku segera naik ke atas dan ketika itu aku terserempak dengan seorang penghantar minuman di hadapan restoran itu.Aku baru tersedar bahawa ada nombor yang terletak di atas troli itu.

 

Dan nombor itu ialah nombor bilik Kai !! *tak payah terkejut sangat -_-*

 

Aku menahan pelayan Cina itu untuk tanya tentang sesuatu."Excuse me.. Saya nak tanya sedikit.Apa yang awak hantar di bilik VIP nombor 1004 ya?",tanyaku tanpa segan silu.Pelayan itu berfikir sebentar,dan kembali menjawab."Oh ya,bilik VIP nombor 1004 memesan sebotol wine merah Burgundy dari Perancis.Kenapa ya cik?",jawab pelayan itu.

 

Wine ??!! Kai minum ke?? Apa yang dah jadi dengan dia ni?? 

 

"Tak ada apa-apa.Terima kasih ya",aku segera naik ke atas dan menekan nombor 12.Cepatlah naik..Aku tak nak sesuatu berlaku pada Kai,getusku.Sampai sahaja di tingkat itu,aku terus meluru ke bilik itu.Pintu itu tak berkunci memudahkan aku untuk terus masuk tanpa mengetuk terlebih dahulu*biadap hang ni*

 

Di depan mata,Kai sedang minum wine itu sudah menghampiri setengah botol itu.Berkali-kali dia menuang minuman itu ke dalam gelas tanpa sedar akan kehadiran aku di dalam bilik itu.Kai..Apa yang dah jadi ni?? Aku tak pernah tengok dia macam ni,getusku lagi.Nasib baiklah Jaerin suruh temankan,kalau tak mungkin Kai dah menghabiskan minuman itu.


Aku pergi ke dapur dan mengambil kain untuk membalut tangan aku lalu pergi padanya dan merampas cawan dan botol itu malah aku letak jauh darinya.Apabila Kai tak sempat untuk menghabiskan minumannya,dia tak berkata apa-apa tapi hanya bangun dari kerusi dan ingin menuju ke bilik.

 

Aku menahan dia dari masuk."Abang kenapa ni?? Sejak bila abang minum?? Abang tak pernah buat macam ni",kataku bertalu-talu."Pergilah",kata-kata Kai yang pendek lagi nyata itu sudah cukup buatkan hati aku rasa sakit.Dia menepis aku yang ketika itu berada di depannya.Tapi aku tak mengalah.Aku masih menahan dia lagi untuk mendapat penjelasannya.

 

"Susah sangat ke nak jawab soalan Minhye ni?",tanyaku.Aku bersabar menunggu dia menjawab soalan aku.Mungkin sebab dia dah mabuk,aku pun tak boleh naik marah dia bila orang dah mabuk ni..Dia memandang jauh ke dalam mata aku dan kaki berjalan mendekati aku dan aku berjalan ke belakang,langkah demi langkah.

 

"Abang jangan macam-macam.Nanti Minhye jerit kalau abang macam-macam",kataku perlahan,tak tahulah samada dia dengar ke tak.Mungkin dia dengar sebab dia tersenyum setelah aku berkata begitu."Minhye memang macam ni ke dengan dia? Comelnya Minhye",katanya dengan penuh nafsu.Diiringi dengan senyuman nakalnya.

 

Aku tahulah kau senyum comel,tapi janganlah masa ni..*bunyi bahagian belakang badan terkena dinding*Alamak? Mana aku nak lari ni? Mati aku..Inilah masanya untuk buatkan dia jadi milik aku.Aku kena ambil peluang ni,getus Kai.Perlahan Kai menutup mata dan perlahan juga bibirnya mendekati bibir merah Minhye.

 

Aku tak mampu berbuat apa-apa melainkan menutup mata.Saat itu telah tiba dan Kai gunakan masa itu sebaiknya.Perlahan-lahan tangan Kai yang melekat di dinding diturunkan ke pinggang ramping Minhye.Dia mahu buatkan Minhye selesa apabila bersama dengan dia.Dan juga lupakan Baekhyun buat seketika.

 

"Ahh apa perasaan ni? Kenapa aku susah nak elak?",kata hatiku perlahan.Tangan dia yang memeluk erat pinggang aku dari tadi mula melonggarkan pelukan itu.*bunyi pintu dibuka*Dia masih tak leraikan ciuman itu tapi tangannya telah mula memegang tombol pintu dan pintu itu terbuka luas.

 

Dalam pelukannya seolah-olah dia menolak aku ke dalam bilik itu tapi aku langsung tak bergerak sebab aku tahu apa akan jadi nanti.Kai tak sabar lalu dia menggendong sahaja Minhye masuk ke dalam.Malangnya aku tak dapat mengelak kerana ketika itu aku rasa selesa dengan ciumannya.Lembut dan mempersona*ayat macam nak kena pelempang je -_-*

 

Aku rasa ciuman itu tak dapat ditandingkan ketika aku sedang cium bersama Baekhyun suatu masa dahulu.Kai melepaskan pelukannya tapi aku pula yang mengeratkan pelukan di lehernya."Akhirnya,aku berjaya",kata Kai dalam hati.Kami berdua jatuh ke katil dan ketika itu juga hatiku menjerit sepenuh hati.

 

"Yah Kim Minhye..!! Hentikan semua ni !! Apa yang dah jadi dengan kau ni?"..

 

Kami meleraikan ciuman seketika dan Kai menanggalkan baju lengan pendeknya dan aku sempat memandang tempat lain apabila dia menanggalkan baju.Dia memandang aku dari jarak dekat sambil tersenyum lalu bibir kami bertaut semula.Sunggu aku rasakan bibirnya yang lembut membuatkan aku ingin bersamanya selamanya.

 

Tangan kecilku menyentuh bidang dadanya dan seterusnya menjalar di lehernya.Aku rasa macam aku pun mabuk sepertinya.Macam mana aku nak hentikan kalau Kai terus bertindak begini,getusku.Kai terhenti berhenti di atas badan aku dan kepalanya dia rebahkan ke bahuku seolah-olah dia memeluk aku dalam keadaan terbaring.

 

Satu ayat yang aku tak pasti apa yang aku dengarkan menerjah ke gegendang telinga aku..

 

"Abang cintakan Minhye.."

 

Setelah itu aku langsung tak mendengar suara Kai,cuma yang ada bunyi nafasnya.Aku rebahkan badannya yang dari tadi menindih aku di sebelah aku.Dia tidur ?? Tangannya masih lagi tak dilepaskan daripada memeluk pinggang aku.Aku tak tahu apa yang telah merasuk diri aku apabila aku berdua dengannya.Aku sepatutnya mengelak tapi aku tak mampu.

 

Betul ke apa yang dia cakapkan tadi?? Yang dia cintakan aku?? Aku memandang mukanya lama,seperti mencari sesuatu dari wajahnya.Aku dapat rasakan yang aku rasa selamat apabila bersama dengan dia.Dan aku juga akui bahawa..aku pun sukakan dia..Tapi macam mana dengan Baekhyun?? Aku tak nak lukakan hati dia..

 

Tapi pada masa yang sama juga aku tak nak lukakan hati lelaki di hadapan aku ni.Apa yang patut aku buat? Buntunya..Rasa macam nak pecah kepala ni.Dalam waktu itu,mataku juga seakan menyuruh aku untuk tidur disebabkan petang tadi aku tak dapat kerana sibuk dengan buku ulangkaji.

 

Tanpa aku sedar aku juga telah dibuai mimpi disebabkan rasa mengantuk yang tak dapat ditahan.Kami berpelukan sehingga ke pagi tanpa pengetahuan Jaerin..

 

Pagi itu..

 

Aku terbangun dari tidur apabila aku termimpikan sesuatu membuatkan aku terbangun."Wah,hebatnya mimpi aku sampai aku mimpi jatuh longkang pun aku dapat rasa sakitnya betul-betul",kata hatiku perlahan.Aku memegang kepala aku seketika dan ketika itu Kai terbangun dari tidurnya tanpa aku perasan.

 

Kai terkejut apabila ternampak Minhye berada di sebelahnya dan sekatil dengan dia.Apa yang dah jadi malam tadi,getus Kai.Dia ingatkan semula apa yang dah jadi dan dia dapat cuba kejadian itu tapi tak sepenuhnya.Pantas dia memeluk Minye dari belakang dan meminta maaf berkali-kali.Aku tersentak tapi cuba untuk bertenang dan dengar apa yang Kai katakan.

 

"Abang minta maaf sangat Minhye.Abang tak ada niat nak cuba permainkan Minhye malam tu.Abang tak ada maksud apa-apa pun.Percayalah",kata Kai dalam nada serba salah.Aku diam dan berfikir sejenak.Aku tahu ni bukan salah dia tapi salah aku.Aku yang selalu buat dia tertekan.Aku juga yang bersalah sebab buatkan dia stress sampai dia minum.

 

Aku meminta dia untuk melepaskan pelukan itu dan aku memandangnya.Entah kenapa rasa simpati timbul apabila aku memandang wajahnya."Shh,abang janganlah cakap macam tu.Abang kan baru baik dari mabuk.Dahlah,jangan fikirkan sangat.Kepala abang sakit lagi ke?",tanyaku sambil memegang dahinya.

 

Kai memandang aku tanpa bercakap sepatah pun.Malah dia biarkan sahaja Minhye memegang dahinya.Rasanya perlu ke dia katakan sekarang?? Perasaan yang dah lama berkubu dalam hati ni?? Tapi Kai takut untuk berterus terang,takut nanti Minhye akan menolak cintanya.Dia tak sanggup dengar perkataan 'tak' dari mulutnya.Mungkin dia patut diamkan sahaja.

 

"Minhye..tak marahkan abang ke?"..

 

"Buat apa Minhye nak marah abang.Abang kan abang Minhye..Abang kesayangan Minhye.Lagipun Minhye tahu yang abang cintakan Minhye dalam diam,kan",soalku.Kai kaget dalam diam.Macam mana Minhye boleh tahu??,getus Kai.Kai sudah tak tentu arah apabila Minhye bertanyakan soalan itu padanya.Dia tak tahu apa yang dia patut jawab pada soalan itu.

 

Aku memegang bahunya,lalu tersenyum simpul."Abang tak perlu nak berdalih sebab waktu abang mabuk malam tadi abang dah ceritakan semuanya pada Minhye,dan Minhye tak kisah pun kalau abang nak cintakan Minhye",ujarku jujur.Kai kehilangan kata-kata.Perasaan malu,gembira mula bersatu.Sungguh dia tak sangka Minhye akan jawab begitu.

 

"Sebab......."

 

"Sebab apa Minhye...?"

 

"Sebab Minhye tak boleh tipu diri sendiri yang Minhye pun ada perasaan yang sama pada abang.Minhye tak boleh berhenti dari rindukan abang,Minhye juga tak boleh lupakan abang.Setiap kali abang call Minhye,Minhye rasa bahagia sangat",ujarku perlahan.

 

Kai sudah terlalu gembira lalu Minhye dipeluk sepuas hatinya.Dia tak menyangka bahawa selama kini dia tak bertepuk sebelah tangan.Dia dia gembira cintanya dibalas oleh Minhye.Tapi tak semudah itu  dia rasa gembira."Tapi Minhye,macam mana dengan Baekhyun? Apa yang kita nak buat kalau dia tahu tentang kita",tanya Kai.

 

"Kalau kita terangkan pada dia baik-baik,mesti dia faham.Minhye harap dia faham",balasku.Kai tersenyum lalu menarik aku ke badannya dan aku secara sengajanya menindih Kai dan memandang dia.Kemudian dia berikan aku sebuah ciuman."Itu ialah ciuman rasmi kita yang pertama",kata Kai sambil tersenyum.

 

Aku membalas senyumannya dan pada masa yang sama,aku memandang jam.Aku segara bangun dari atas badannya dan bersiap."Kenapa Minhye?",tanya Kai."Abang cuba tengok jam tu.Dah pukul 10.Nanti unnie marah pula",ujarku.Aku memakai cardigan aku dan keluar dengan muka yang seperti tak ada apa-apa yang berlaku.

 

Ketika itu Jaerin berada di ruang tamu,sedang makan buah anggur dan muka dia terkejut apabila aku keluar dari bilik Kai.Jaerin segera pergi pada aku."Minhye,apa yang dah berlaku?",tanya Jaerin.Aku diam tanpa menjawab soalannya.Aku hanya memandang sebotol wine yang berada di meja makan.Jaerin mengikut dimana mataku tertumpu.

 

"Minhye-ah..Jongin buat sesuatu kat kamu ke?",tanya Jaerin lagi.Ketika itu Kai keluar dari biliknya sambil membetulkan kolar bajunya.Cepat-cepat Jaerin memukul lengan Kai sehingga Kai mengaduh kuat."Nuna,kenapa nuna pukul saya?? Sakitlah",ujar Kai sambil menyapu kesan pukulan Jaerin.

 

"Kim Jongin,kamu buat apa kat Minhye?",tanya Jaerin sambil memandang tepat pada Kai."Ma..mana ada apa-apalah nuna",nafi Kai sambil menggaru kepalanya yang tak gatal.Perbualan yang aku tak fahami itu hanya aku lihat tanpa bersuara."Minhye-ah,unnie minta maaf ya atas apa yang Jongin dah buat kat Minhye",kata Jaerin.

 

"Nuna.."

 

"Tak apa-apalah unnie.Minhye dah lama maafkan dia",kataku sambil memandang Kai yang sedang tersenyum padaku.Alahai mamat Korea ni,senyum pula dia kat aku."Unnie,jom sarapan",ajakku untuk mengelakkan sesuatu perkara lagi yang terjadi.Jaerin hanya mengikut dan Jongin berada di belakang mereka sambil memandang Minhye dari belakang.

 

Sampai sahaja di dalam restoran itu,Jaerin meminta diri dengan alasan biar-unnie-ambilkan-sarapan-kamu-berdua..Jaerin terus pergi dari situ dan pergi ke meja membakar roti.Kami berdua duduk bersebelahan.Aku melayan telefon kerana aku tak tahu apa yang aku mahu cakapkan dengan dia selepas kejadian tadi.

 

Kai yang dari tadi memandang Minhye tapi tak dipedulikan memberanikan diri memegang tangannya."Minhye tengok apa tu?",tanya Kai.Aku menutup telefonku dan memandang sambil tersenyum.Aku hanya menggeleng kepala dan memandangnya.Setelah itu barulah banyak perkara yang kami bualkan.

 

"Minhye.."

 

"Apa..?"

 

"Jom ambil gambar.."

 

"Kan kita dah banyak ambil gambar sebelum ni.Buat apa nak ambil gambar lagi?.."

 

"Bukanlah..Kita ambil gambar kita berdua sebagai pasangan",bisik Kai pada telinga aku.Pipiku menjadi merah menyala.Tapi aku cuba sorokkan.Kai mengambil telefon aku dan dia sendiri yang mengambilnya."Say kimchi.."Kcakk !! Satu gambar kami telah diambil.Kami melihat semula gambar itu."Cantik gambar ni.Kalau kita berdua yang ada dalam gambar ni",kata Kai.

 

Dia cuba mengedit semula gambar itu dan apabila sudah selesai,dia tunjukkan pada aku.Cantik gambar itu,getusku.Gambar itu dia hanya tuliskan perkataan "Our Official Date" dan juga KimJongin n KimMinhye.Aku hanya tersenyum padanya.Tanpa kami sedari,seseorang sedang tersenyum pada kami.

 

"Apa yang dah jadi malam tadi? Betul ke apa yang aku fikirkan ni? Yang Jongin jadikan Minhye milik dia? Argh..Lupakan..Nanti aku tanyalah dia",kata Jaerin perlahan sambil memerhatikan adiknya bersama Minhye yang sedang sandar menyandar antara satu sama lain.

 

Jaerin duduk sambil meletakkan roti bakar yang diisi jem strawberi dan peanut butter di hadapan kami.Kami hanya tersenyum padanya dan mengambil setiap satu.Sedang kami leka berbual,satu mesej masuk ke dalam telefon aku.Aku lihat pesanan itu dari Nisa.Segera aku menjawab..

 

Nisa:"Minhye bila kita nak gerak ni? Yang lain tanya ni".

 

Minhye:"Kita gerak dalam kul 1 ke..Aku baru bangun ni".

 

Nisa:"Lambatnya kau bangun.Mesti kau call diorang kan?".

 

Minhye:"Mana adalah.Aku tengok tv lah.Kau siaplah dulu.Nanti kalaua ada apa-apa,kau bagitahu aku".

 

Nisa:"Ok set.Jumpa nanti".

 

Aku menutup telefon aku dan memandang Kai."Siapa tu?",tanya Kai."Kawan Minhye.Ermm lepas ni Minhye nak kena baliklah,sebab Minhye dah janji dengan kawan Minhye nak keluar.Tak apakan?",ujarku.Jaerin hanya menggeleng."Tak apalah,unnie bukannya marah pun.Lagipun Minhye dah janji kan",balas Jaerin.

 

Aku hanya tersenyum."Minhye nak jumpa kawan Minhye pukul berapa?",sampuk Kai.Aku memandang jam."Dalam pukul 1 macam tulah",jawabku."Kalau macam tu,Minhye patut gerak sekarang sebab dah nak pukul 12 dah.minhye bersiap kan lama.Takut nanti terlewat pula",balas Jaerin.

 

Kami bertiga berhenti di hadapan lobi.Jam sudah menunjukkan pukul 11.40 pagi.Ada masa lagi,kataku perlahan."Minhye nak kena balik dah.Kalau ada apa-apa,just call me ok?",kataku pada mereka."Minhye jangan risaulah.Unnie dah hafal dah pun jalan kat sini",ujar Jaerin diiringi ketawa kecilnya.

 

"Kalau macam tu Minhye balik dulu",kataku lalu memeluk Jaerin dan tak lupa juga Kai.Kai sempat menyediakan aku sebuah ciuman di dahi.Aku tersenyum lalu pergi berlalu keluar dari hotel itu."Happy nampak sekarang? Ada apa-apa yang dah berlaku ke?",tanya Jaerin ketika mereka sedang dalam perjalanan ke bilik.

 

"Nanti Jongin bagitahulah kat nuna.Buat masa sekarang kita naik atas dulu.Jongin mengantuk baliklah.Jom nuna",ajak Kai sambil tangan Jaerin dan menaiki tingkat 12."Jongin,flight kita pukul 8 malam tau.Sebelum tu kemas barang dulu",pesan Jaerin agar Kai tidak lupa.Namun malangnya Kai sudahpun tertidur.

 

Mujurlah perjalanan tidak menjadi sesak dan tiba di rumah tepat pukul 12 tengahari.Aku segera naik ke atas tanpa bersalam dengan kedua ibubapaku yang sedang duduk di meja makan."Kenapa adik tergesa-gesa sangat tu?",tanya ayah."Adik ada janji dengan kawan dia untuk beli kot tebal sama-sama"ujar ibu.

 

30 minit kemudian,aku sudahpun keluar dari tandas dengan bertuala.Siap sahaja berpakaian,aku memakai segala pencerah dan aksesori wanita yang aku selalu pakai.Ketika aku sedang bersiap,satu panggilan masuk dan aku meluru ke arah meja tepi katil.Aku segera angkat apabila nama Eunchan muncul.

 

"Helo Minhye kau dah siap ke ?",tanya Nisa di hujung talian."Aku dah nak siap dah.Kau kat mana tu?",balasku.Kedengaran bunyi bising di belakang,tak dapat nak mengagak bahawa itu ialah suara orang dari dalam tv atau orang sebenar."Aku ada kat rumah akulah,diorang pun ada ni berkumpul dekat rumah aku",jawab Nisa.

 

"Patutlah bising semacam.Kalau macam tu korang datang rumah akulah,kita gerak dari rumah aku",cadangku."Ok set",Nisa menutup perbualan dan aku meneruskan kerja aku.Tak lama kemudian,terdengar suara orang sedang berbual di luar.Aku pergi ke beranda dan menyuruh mereka untuk menunggu sebentar.

 

Aku turun ke bawah dan menyalam tangan ibu dan ayah.Tiba-tiba ayah memberi aku wang bernilai RM300 padaku."Apa ni ayah?",tanyaku.Ibu hanya tersenyum dan menjawab,"Gunalah duit tu untuk beli kot tebal tu"."Tapi ibu duit dalam kad ATM tu ada lagilah.Adik pakai duit dalam kad tu jelah ya",balasku.

 

"Jangan guna duit tu.Mungkin duit tu adik boleh guna bila adik ada kat sana.Guna duit ni je.Cukup tak?",sampuk ayah."Cukuplah ni.Terima kasih.Adik pergi dulu ya",aku terus keluar dan yang lain mengikut aku masuk menaiki kereta.Kereta itu mula bergerak sebaik sahaja pintu tertutup.

 

"Hurmm..Mula-mula kita nak buat apa dulu? Kita ke kedai tu dulu ke?",tanya Hana,cuba memecahkan susana sepi di dalam kereta itu."Hurm,aku rasa kita patut pergi ke kedai itu terus.Selepas itu ada apa-apa tempat yang korang nak pergi?",ujarku."Aku nak makan aiskrim",luah Ika."Aku nak main bolinglah",sampuk Sara pula.

 

"Kalau macam tu kita beli aiskrim dan main boling sama-sama.Selesai",kata Nisa selamba.Sampai sahaja ke sana,kami menuju ke tempat yang ingin dituju.Kami membelek kot tebal yang terdapat di situ.Kami sibuk mencari kot tebal yang sesuai kerana ketika itu potongan harga sedang diadakan.

 

Akhirnya dapat juga aku mencari kot tebal yang sesuai dengan badan aku.Kami membeli kot tebal 2 helai setiap orang.Selesai membayar aku dan yang lain keluar menuju ke McD bahagian aiskrim.Setelah itu barulah kami ke pusat permainan boling yang diminta oleh Sara..

 

____________________________________________________________________________________________________________________________________

Holey cheese !! Mianhae sebab ambil masa yang lama untuk update chapter ni.. Btw chapter penuh dengan ehem ehem tau.. Minhye tak percaya yang Minhye boleh buat part tu.. Oh my goshh xD Btw I need ur feedback.. I really need it.. Tak buat semuanya tak apa asalkan buatlah salah satu dari Vote/Subscribe/Comment ni .. Ok ?? 

Budak baik.. xD Annyeong ~~

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
KimMinHye
Give me more comments and subscribe too..Jebal T.T

Comments

You must be logged in to comment
Zzzarith #1
Chapter 42: Author update lh lgi
sunlight_ #2
Chapter 39: Update soon ~
mimie_lulu #3
Chapter 37: Update lagi...update lagi!!update lagi!!!!!!!!!!!!!!!!!
minhyun298 #4
Chapter 28: Update soon... ^_^
*nk tau ape yg akn jdi, sgt2 *
^_^
weloveexoforever #5
Chapter 20: Update soon
weloveexoforever #6
Chapter 19: Sweetnyew minhye ngan baekhyun
ohyehett #7
Chapter 2: Sape huda ? Huda tu name minhye dekat malaysia kea ,? Sorry terblank jap
weloveexoforever #8
Chapter 10: Update soon
woohyun98
#9
Chapter 10: update soon :)