Chapter 41

Destiny

Pagi itu..

 

"Adik pergi mana malam tadi ?? Lambat pula adik balik ??",tanya ibu ketika kami sedang bersarapan."Huh ?? Oh ya semalam adik hantar abang ke airport sebab semalam diorang dah kena balik",jawabku lancar.Ibu dan ayah hanya mengangguk dan meneruskan sarapan mereka.

 

Aku melihat jam.Hampir pukul 7,mungkin aku patut gerak ke sekolah sekarang,getusku.Aku menghabiskan makanan dan mengambil beg di kerusi."Ibu ayah adik pergi sekolah dulu ya",kataku sambil pergi ke arah mereka dan bersalaman sebelum pergi ke sekolah.."Hati-hati",balas ibu.Aku hanya mengangguk menjawab pesanannya.

 

Ketika dalam perjalanan ke sekolah,aku tak tahu mengapa aku seringkali terfikirkan Kai membuatkan airmataku jatuh tanpa sedar.Aku tahu yang aku rindukan dia walaupun baru semalam kami keluar bersama."Hish dahlah tu,kan abang cakap jangan menangis kalau dia tak ada.Degilnya kau ni Minhye",bisik hatiku.

 

Sampai sahaja disekolah,aku nampak sekumpulan pelajar sedang berkumpul di pondok yang berdekatan di pondok pengawal.Aku hanya hiraukan pandangan mereka yang memandang pelajar yang lalu lalang dihadapan mereka.Aku berhenti di laluan masuk ke sekolah dan memandang ke arah sekolah.Seseorang menerjah aku dibelakang.

 

"Apa yang kau menungkan tu kak ??",sergah Shahizat bersama rakannya.Aku tak terkejut tetapi memandang dengan muka yang tak dapat ditafsirkan apakah yang dah berlaku pada diri aku.Tapi aku cuba berlagak ceria."Kau pahal pagi buta ni kau tegur aku ?? Sebelum ni tak ada pun kau tegur",balasku.

 

"Saje je tegur..Jomlah jalan sama-sama",ajak Shahizat.Aku hanya turut tanpa kata.Ketika itu aku tak menyedari bahawa dia sedang perhati dari jauh dengan pandangan yang tajam."Aku pantang betul kalau ada orang yang tak faham bahasa ni",katanya perlahan.Perjalanan kami berlima menuju ke kantin kerana aku ingin menunggu yang lain juga.

 

"Morning Minhye",tegur mereka sebaik mereka duduk di hadapan aku.Ketika itu aku sedang lakukan sedikit ulangkaji sebelum melangkah ke dalam dewan terhenti apabila mereka sampai."Korang dah ulangkaji dah subjek yang masuk exam ni ??",soalku.Mereka hanya mengangguk tanpa berkata.Nisa dan Ika meminta diri untuk ke kantin untuk membeli sarapan.

 

"Minhye kau ok ke ni ??",tanya Sara tiba-tiba.Aku memandangnya tenang."Apa maksud kau aku sihat ke tak ??",tanyaku pula."Tak adalah muka kau nampak tak bermaya je.Ada apa-apa yang dah jadi ke ??",jelasnya.Aku tersenyum kecil."Aku ok je..Malam tadi aku ulangkaji sampai pukul 3 sebab tulah",bohongku."Kau yakin tu je sebabnya ?? Aku rasa lain sebabnya"..

 

"Betullah,sebab aku lambat tidur je.Kau jangan risaulah ya",pesanku.Dia hanya mengangguk dan membaca buku semula.Aku terdiam seketika..Bukan sebab tu Sara,tapi sebab aku rindukan Kai.Sebab aku rindukan dia,getusku.Kemudian Nisa menghulur sandwich tuna kepada kami.Kami hanya menyambut dan menjamahnya perlahan-lahan.

 

Akhirnya perbualan kami menjadi senyap kerana masing-masing leka dengan mengulangkaji pelajaran.Bunyi loceng di kantin menghentikan kami dari mengulangkaji dan kami segera mengemas meja dan terus menuju ke dewan untuk bersiap sedia menduduki peperiksaan percubaan itu."Selamat berjaya ya guys",pesanku pada mereka.

 

Kami duduk di tempat yang telah ditetapkan dan mengeluarkan bekas pensel dan menunggu kertas soalan diedarkan.Ketika itu aku terpandang Shahizat dan aku tersenyum."Selamat berjaya",bibirku memberi isyarat dan dia faham apa yang aku ingin katakan.Dia hanya mengangguk dan mengenyit matanya.Sekali lagi mata helang memerhatikan mangsanya..

 

"Tak guna punya perempuan..Masih tak serik lagi nak buat masalah dengan aku",katanya perlahan..Di meja guru dihadapan,guru sedang memberi arahan berkenaan kertas soalan tersebut."Baiklah,kamu semua perlu menulis nama dan angka giliran,seterusnya menyemak kertas.Jika tiada kesalahan kamu boleh mula menjawab.Selamat berjaya"...

 

                    ~~~~~~~~~~~~~~~~

 

"Perlu ke kita kejutkan dia ??",tanya Sehun pada Luhan.Luhan memandang Kai yang sedang tertidur lena di hadapannya."Saya rasa biarkanlah.Dia baru balik kan ?? Kesian dia kepenatan.Biarkan jelah",balas Luhan.Sehun hanya mengangguk dan mereka meninggalkan Kai di dalam bilik sendirian dan pergi pada yang lain.

 

Ketika itu ..

 

"Minhye.. Abang rindu Minhye.. Rindu sangat kat sayang abang ni",dalam diam,airmatanya gugur ..

 

"Kai tak bangun lagi ke ??",tanya Suho.Mereka menggeleng."Kami tak sampai hati nak kejutkan dia.Dia kan baru balik mesti penat lagi",jawab Sehun."Baiklah kalau macam tu",ujar Suho lalu meneruskan sarapan mereka."Hari ni nak pergi studio pukul berapa ??",tanya Chen pula."Disebabkan Kai tak bangun lagi,kita pergi lambat sikit",ujar Suho.

 

Selepas itu mereka duduk di ruang tamu manakala Chanyeol dan Kyungsoo mengemas meja dan membasuh pinggan mangkuk tersebut.Setelah itu mereka semua berkumpul dan berbual bersama.Sejurus kemudian,Kai keluar dari bilik dan memandang mereka sedang berbual sesama sendiri dan kehadirannya disedari oleh Lay."Kai dah bangun",kata Lay..

 

"Kai-ah,kamu nak makan ke ?? Sarapan untuk awak saya ada letak atas meja",kata Chanyeol.Kai hanya mengangguk dan menuju ke meja makan untuk mengambil makanan yang dikatakan oleh Chanyeol .Dia tak makan disitu sebaliknya makan bersama yang lain."Saya sunyi kalau makan sendirian",kata Kai lalu duduk di sebelah Xiumin.

 

"Bagaimana disana ?? Semuanya berjalan lancar ??",tanya Kris.Kai mengangguk."Saya hanya duduk di dalam hotel manakala nuna saya yang keluar berjumpa kliennya",jelas Kai sambil mengunyah makanannya."Nuna awak jumpa klien dimana ??",tanya Baekhyun tiba-tiba.Baekhyun bertanya sambil memandang tepat pada Kai.

 


Kai terdiam seketika dan menenangkan dirinya dan menjawab,"Nuna jumpa klien di Tokyo je",Kai tahu dia tak patut menipu tetapi dia terpaksa lakukan kerana dia tak mahu yang lain tahu bahawa dia sedang berjumpa dengan Minhye di Malaysia.Ada baiknya jika dia sahaja yang tahu pasal ini.

 

Tapi lain pula Baekhyun.Dia merasakan yang Kai hanya berbohong dihadapan mereka.Tapi dia hanya biarkan dan hanya mengangguk."Kalau awak pergi sana,awak makan tak di restoran yang kita pergi dulu ?? Masa kita lakukan konsert jelajah Tokyo dulu ??",sampuk Tao.Kai memandangnya hairan."Yang mana satu ya ??",tanya Kai.

 

"Apa ya nama restoran itu ?? Saya lupa namanya",jelas Tao sambil tersengih."Oh yang tu .. Restoran tu di Meguro.Nuna saya jumpa kliennya di Shinjuku.Jauh dari tempat kami tidur",jelas Kai.Tao hanya mengangguk dan kembali menghadap telefonnya."Dahlah kita kena siap cepat untuk berlatih.Jom jom",ajak Suho lalu yang lain pun bergegas untuk bersiap..

 

                    ~~~~~~~~~~~~~~~~~

 

"Korang aku nak pergi tandas kejap ya",kataku lalu berlalu bersama himpunan pelajar manakala yang lain menuju ke kantin pada waktu rehat.Setelah beberapa minit di dalam tandas,aku keluar dan ingin pergi pada yang lain.Tapi dipertengahan jalan,seseorang menahan aku dan aku terhenti seketika.Bila aku lihat rupanya,dia ialah Hani ..

 

"Apa kau nak lagi ni ?? Kau tak rasa semak ke asyik cari pasal dengan aku je ??",tanyaku selamba.Hani tersenyum nakal."Aku memang dah semak nak cari pasal dengan kau tapi kau yang buat aku nak cari pasal dengan kau",balas Hani.Aku berkerut kehairanan."Kau tak faham ke yang aku tak nak kau dekat dengan Shahizat lagi.Susah ke nak ikut ??",kata Hani.

 

"Yang kau marah aku kenapa ?? Kau cakaplah kat crush kau tu,jangan dekat lagi dengan aku.Lagipun suka hati akulah nak dekat dengan siapapun.Sebab semua orang kawan aku,terutama Shahizat tu",aku sengaja menekankan nama Shahizat itu agar dia naik angin dengan jawapan aku.

 

"Oh yalah,semua budak lelaki memang kawan kau,dan pemuas nafsu kau jugak kan ??",perli Hani.Aku sakit hati apabila Hani melabel dia sebagai pemuas nafsu lelaki.Aku masih dalam mood sedih atas pemergian Kai,ditambah dengan masalah perempuan ni,menaikkan lagi amarah aku.

 

"Kau diam maknanya betullah kan ?? Yang kau tu pelacur tegar ??",kata Hani.. "Pang !! " tanganku melekap dipipinya . Dia terkejut dengan tindakan yang aku lakukan di atas dia.Dia meraba pipinya dan memandang aku dengan muka marah.Dia cuba untuk menampar semula tapi malangnya aku menghalang tangannya kuat dan menolaknya jatuh ke lantai.

 

Bunyi terjatuh Hani agak kuat sehingga aku terdengar bunyinya.Ketika itu Hani nampak kelibat Shahizat dan dia berpura-pura menangis untuk menarik perhatian Shahizat.Shahizat yang ternampak kejadian itu terus meluru ke Hani."Awak ok tak ??",tanya Shahizat risau.Hani mengesat airmatanya yang tiada lalu mengangguk kepalanya.

 

"Hani tahu ini semua salah Hani.Maafkanlah Hani ya Huda.Hani bersalah sangat dengan Huda",kata Hani sambil melutut dihadapan aku.Lakonan apa ni,getusku.Aku memandang Shahizat yang ketika itu memandang aku dengan muka yang marah."Huda apa yang kau dah buat dengan Hani ?? Sampai macam ni jadinya?? ",tanya Shahizat bertalu.

 

"Aku.. aku tak buat apa-apa",balasku gagap."Tak apalah Huda,Hani tahu ni salah Hani.Hani relakan Huda tampar,tolak,sepak Hani ni.Sebab Hani yang salah dalam hal semua ni",sampuk Hani,bagi memantapkan lagi lakonan.Shahizat membesarkan matanya.

 

"Kau sepak dia ke Huda ?? Aku tak sangka kau kejam macam tu sekali.. Aku ingat kau sudi memaafkan orang yang buat salah dengan kau,tapi rupanya macam ni kau balas dekat Hani ?? Sampai macam tu sekali kan ??",tanya Shahizat lagi.Aku jadi kelu apabila dia bertanya sebegitu rupa.Shahizat menolong Hani untuk berdiri dan memandang aku lagi.

 

"Lepas ni,aku tak nak tengok muka kau lagi.Kau faham tu?",kata Shahizat dan berlalu pergi bersama Hani.Hani yang berada disebelahnya memandang suka pada aku."Padan muka kau perempuan",kata Hani dalam hati.Aku berdiri kaku disitu,lalu airmata aku jatuh lagi.Aku berjalan perlahan menuju ke tempat duduk yang tak jauh dari situ.

 

Aku menangis sendiri.Sungguh aku rasakan semua ini tak adil.Kenapa semua hal ini terjadi dan aku pula yang disalahkan ?? Ketika ini aku teringatkan Kai.Kalau lah Kai masih ada disini,mesti aku akan luahkan padanya.Tapi hal itu takkan terjadi sama sekali.Sebab dia sudah pergi meninggalkan aku keseorangan disini.Aku cuba tenangkan diri aku seketika.

 

Aku lap airmata dan berlalu pergi dari situ."Minhye,kau kenapa ni ?? Kenapa dengan mata kau ?? Kau menangis ke ??",tanya mereka sebaik sahaja aku tiba dikantin.Aku menceritakan segala yang berlaku tadi dari mula sampai habis."Eii budak tu kan,kalau tak menyusahkan hidup orang tak boleh ke ?? Sakit hati pula aku dengan Hani tu ",luah Nisa marah.

 

"Biarlah we,kalau dengan cara macam ni buatkan dia puas.Aku dah malas nak fikir pasal orang lain.Yang aku nak fikirkan sekarang ini ialah exam dan percutian kita.Aku dah tak sabar nak pergi sana",kataku,cuba menenangkan mereka yang turut sama tidak puas hati atas kejadian itu berlaku.

 

Mereka tersenyum memandang aku."Kitorang tahu yang kau kuat Minhye.Jangan fikir sangat ya pasal ni.Sekarang ni kita fokus kat exam dan lepas tu kita dah bebas",kata Ika juga.Kami memandang sesama sendiri."Dah nak habis waktu rehat.Jom kita masuk dewan balik",ajak Hana lalu kami pergi ke dewan untuk menjawab kertas yang seterusnya.

 

                        ~~~~~~~~~~~~~

 

Kai tersengih sendiri sambil memandang gambar yang Minhye berikan dulu.Rindunya abang kat Minhye,getus Kai.Ketika itu mereka baru sahaja selesai melakukan latihan yang pertama dan waktu rehat itu Kai menghabiskan masanya dengan melihat semula gambar mereka bersama.

 

Ketika itu Chanyeol datang padanya dan Kai cepat-cepat sorokkan dompetnya di poket."Ya ada apa hyung ??",tanya Kai sambil memandangnya."Huh ?? Tak ada apa-apa.. Saje je nak bual dengan awak",balas Chanyeol sambil tersenyum."Masa saya tak ada kelmarin,semuanya ok je kan hyung ??",tanya Kai.

 

"Semuanya ok je.. Tapi satu je masalahnya",balas Chanyeol.Kai berkerut kehairanan."Apa masalahnya ?? Ada yang tercedera ke masa berlatih ?? Atau peminat serbu korang masa nak ke studio ??",tanya Kai bertalu.Chanyeol menggelengkan kepalanya."Ini lebih gempak dari diserbu peminat",kias Chanyeol.Lagilah Kai tak faham apa yang Chanyeol cuba cakapkan.

 

"Dua hari lepas awak pergi,saya nampak Baekhyun lain macamlah.Saya tak tahu sebab apa jadi macam tu.Tapi saya rasa macam ada kaitan dengan awaklah Kai.Awak rasa apa ya ??",jelas Chanyeol dengan panjang lebar.Kai berfikir sejenak.Dia dah mula rasa curiga ke pasal aku dan Minhye,getus Kai.Kai memandang Chanyeol yang sedang berfikir tentang itu.

 

"Mungkin dia fikirkan pasal benda lain kot.Biarkanlah.Tapi kalau hyung nak tahu pasal tu,hyung tanyalah pada dia",ujar Kai tenang."Begitu ke ??",tanya Chanyeol lagi.Kai mengangguk tenang."Kalau macam tu baiklah..Mungkin dia tertekan pasal jadual kita",ujar Chanyeol sambil memandang Kai disebelahnya.

 

"Dahlah hyung,jom kita keluar berlatih lagi..Saya dengar dari jauh dah riuh dah kat luar tu.Mesti diorang sambung latihan",ajak Kai sambil berdiri membetulkan bajunya.Chanyeol hanya menurut dan mengikut di belakang Kai.Agak-agaknya  apalah yang difikirkan Baekhyun ya ?? Atau mungkin betul yang dia dah syak pasal aku dan Minhye,getus Kai..

 

                    ~~~~~~~~~~~~~~

 

"Trial exam dah habis !! Yoohoo !!",sorak mereka sambil berjalan riang."Ni baru trial we,belum lagi real exam..Jangan nak happy sangat ye kak",sampuk Nisa.Kami hanya tergelak apabila terdengar ayat spontan Nisa."Kalau boleh aku nak cepatkan masa tau tak ?? Aku tak sabar nak berambus dari sekolah ni dan pergi sana.Aku rindu dia we ",kata Ika pula.

 

"Sebab tu kita kena buat betul-betul dalam exam sebenar ni.Tak lama lagi dah ni.. Pejam celik pejam celik dah exam sebenar",ujarku."Oh ya Minhye,aku nak tanya sikit boleh ??",tanya Sara.Aku memandangnya."Tanyalah",balasku pendek."Kenapa Hakim dah tak tegur kau ya??Yang aku tahu Shahizat je",tanya Sara.Aku terdiam..

 

"Hurm entahlah..Mungkin dia ada masalah kot.Aku pun tak nak fikir pasal dia.Mungkin dia lebih selesa macam tu.Aku tak nak paksa dia kawan dengan aku",balasku."Korang tak gaduh kan ??",duga Hana.Aku menggeleng."Tak adalah.Betullah,aku tak tahu kenapa dengan dia.Dahlah janganlah tanya lagi pasal dia",kataku lagi.

 

Mereka cuba untuk tidak bertanyakan apa-apa lagi.Aku tak nak diorang tahu kejadian di hotel itu.Lagipun kedatangan Kai di Malaysia,tiada siapa yang tahu.Mungkin aku patut diamkan sahaja."Oklah korang,hati-hati tau balik tu.Jumpa esok",kataku lalu aku melambai mereka dan lakukan trademark kami berlima.Kemudian,mereka hilang jauh dari pandangan.

 

Sampai sahaja di dalam bilik,aku membersihkan diri dan turun ke bawah untuk makan.Ketika itu,tiada siapa di rumah kecuali aku seorang.Selesai sahaja makan,aku naik ke atas semula untuk meluangkan sedikit masa aku membaca novel.Sejurus selepas itu,seseorang menelefon aku menggunakan video call.Bila aku lihat di skrin,ianya tertulis nama Kai.

 

Aku mengangkat dan tersenyum melihatnya."Hai Minhye",sapa Kai."Hai abang",balasku."Minhye buat apa tu ?? Sunyi je bilik Minhye",tanya Kai."Ya,mak dan ayah Minhye tak balik lagi.Minhye sendirian dalam rumah ni.Hurm abang sihat??",tanya aku pula.Dia hanya sekadar mengangguk."Syukurlah",balasku pendek.

 

"Minhye pula ??",tanya Kai.Aku memandang tempat lain.Perlu ke aku bagitahu dia apa yang dah jadi,getusku."Minhye ??",panggil Kai.Aku tersentak apabila dia memanggil."Ya?",balasku."Abang tanya Minhye sihat tak ??",tanya Kai lagi."Ya,mestilah Minhye sihat.Macam yang abang tengok sekarang ",kataku sambil tersenyum hambar.

 

Kai memandang curiga padaku."Minhye..Ada apa-apa yang berlaku ke ?? Abang rasa macam ada yang Minhye sorokkan.Tolong bagitahu abang",ujar Kai.Aku mengelak dari memandangnya."Hurm..Betullah abang..Tak ada apa yang berlaku kat sini.Semuanya jadi macam biasa",jawabku cuba untuk berselindung.

 

"Kalau macam tu tak apalah.Abang tahu yang Minhye ada sorokkan sesuatu,tapi kalau Minhye tak nak bagitahu sekarang,tak apalah,abang tak nak paksa Minhye untuk bagitahu abang.Mungkin suatu saat nanti Minhye akan terus terang dengan abang",balas Kai.Aku tersenyum."Thanks abang sebab faham Minhye",balasku pendek.

 

"Abang kat mana tu ??",tanyaku.Kai memandang belakangnya kemudian memandang pada aku semula."Abang kat studio,rehat kejap.Hurm sayang,abang dah nak sambung latihan  ni.Kita jumpa nanti ya",ujar Kai ."Kalau macam tu baiklah.Pergilah.Nanti kita jumpa lagi"kataku sambil tersenyum memandangnya.

 

Kai hanya mengangguk."Love you sayang",kata Kai."Minhye juga",balasku pendek.Setelah itu,ruangan Skype tersebut sudah tutup dan aku menutup telefonku.Aku termenung sendiri."Aku rasa tak tenang selagi aku tak bagitahu perkara yang sebenarnya",kataku sendiri.Aku meletakkan telefonku di bilik dan aku turun ke bawah untuk menonton televisyen..

 

 _____________________________________________________________________________________________________________________________________

Im back !! Sorry for the late update..To busy focus in study..So hope you enjoy.. Im need your feedback ya xD

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
KimMinHye
Give me more comments and subscribe too..Jebal T.T

Comments

You must be logged in to comment
Zzzarith #1
Chapter 42: Author update lh lgi
sunlight_ #2
Chapter 39: Update soon ~
mimie_lulu #3
Chapter 37: Update lagi...update lagi!!update lagi!!!!!!!!!!!!!!!!!
minhyun298 #4
Chapter 28: Update soon... ^_^
*nk tau ape yg akn jdi, sgt2 *
^_^
weloveexoforever #5
Chapter 20: Update soon
weloveexoforever #6
Chapter 19: Sweetnyew minhye ngan baekhyun
ohyehett #7
Chapter 2: Sape huda ? Huda tu name minhye dekat malaysia kea ,? Sorry terblank jap
weloveexoforever #8
Chapter 10: Update soon
woohyun98
#9
Chapter 10: update soon :)