Have Fun Summer.

Love You In Summer

Tamat kelas piano aku ikut Chanyeol dari belakang yang melangkah keluar dari kelas piano. Aku ucapkan terima kasih kat cikgu piano,cikgu Jandi. Chanyeol pegang tangan aku dan bawa masuk dalam kedai yang penuh dengan barang musim panas. Dia tarik aku ke bahagian baju. Serius betul dia cari baju. Dia heret aku keluar kedai lepas bayar semua barang yang di pilih tadi. Aku masuk dalam kereta,Chanyeol bawa kereta macam F1. Dia ni ada plan nak bunuh aku ke apa? 

  "Nak pergi mana ni? Aku nak baliklah! Tak de orang nak jaga rumah,omma dan appa..."

  "Busy kat luar negara sebab diorang ahli perniagaan yang terkenal?" Dia potong ayat aku. Dari mana capang nih tahu.

  "Kalau omma dan appa aku orang terkenal kenapa anak dia kat Korea nih tak terkenal?"

  "Don't know." Chanyeol angkat bahu. Dia masuk ke pintu gerbang yang tertulis 'Caribbean Bay'. Dia parking kereta tak jauh dari kaunter beli tiket. Aku tengok Chanyeol dengan muka tak puas hati. 

  "Jangan kata kau nak bawa aku main air kat sini.Kau faham tak,rumah aku tak de orang nak jaga!" Bentak aku.

  "Joo dan mak su tengah jaga rumah kau" Jawab Cahnyeol tenang. Aku terlopong,memangla mak saudara Namjoo tuh orang gaji rumah aku tapi perangai dia pon gila-gila macam Namjoo. Aku perlu fikir untuk lari dari semua nih. Got it!

   "Kalau kau nak bawa aku main air pon tengokla keadaan. Baju spare pon aku takde.."

Chanyeol hulur beg yang penuh dengan barang yang dia beli di kedai tadi. Aku angkat keluar seluar pendek warna putih dari beg,pendek. Gila. Kecut butir mata aku bila tengok T-shirt kuning yang boleh menampakkan pusat aku yang cantik ni tertulis 'I in Love With Summer'. Sekarang otak aku dah mula fikir yang mamat nih spesies dengan Hoya.

  "Heol ert! Setakat seluar aku boleh terima,but baju nih.. Urghh.. Are you kidding me?!"

  "Up to you nak pakai ke tak. Kalau nak balik kau boleh pergi cari teksi kat tepi jalan sana. Annyeong~" Chanyeol senyum gembira dan lambai pada aku sebelum dia tutup pintu kereta. Teksi? Haishh. . . Aku tengok T-shirt kuning dalam beg. Goshh.. Terpaksalah.

+_+_+_+

Aku melangkah keluar dari bilik persalinan dengan bergaya dan berdiri depan Chanyeol. Chanyeol tak berkelip tengok aku pakai baju dan seluar yang dia beli tadi. Sunglass dalam beg aku keluarkan dan pakai di mata.

  "Yeol,kau ada beli sandal?"

Macam dah biasa aku panggil dia 'Yeol'. Dia hulur plastik beg tadi. Aku tengok ke dalam beg dan jumpa sandal berwarna pich,terus aku sarung. Memang saiz kaki aku. 

  "Sunblock ada tak?" 

Chanyeol angguk dan hulur sunblock kat aku. Botol sunblock aku picit dan sapu di lengan kaki termsuk batang hidung aku. Siap sapu,aku turunkan sikit sunglass yang menutupi mata aku dan tengok Chanyeol dari hujung rambut sampai hujung kaki dia. Aku tanya dia yang santai berdiri tangan dalam poket seluar jeans.

  "Kau memang nak pakai macam ni ke?"

  "Ouh lupa. Tungggu jap,aku nak salin."

 

 

Lama aku tunggu Chanyeol kat bangku di depan bilik persalinan,tiba-tiba dia keluar dengan baju t-shirt kuning dan seluar pendek hitam bunga putih. Dia duduk sebelah aku.

  "Yeol,deo gakkai (dekat sikit)"

Aku sapu sikit sunblock atas hidung dan pipi dia. Chanyeol bangun dari bangku,cepat aku pegang tangan dia.

  "Tak siap lagilah! Duduk."

Chanyeol duduk balik. Aku ambik kedua-dua tangan dia dan sapu sunblock. Kenapa aku pulak yang beria sangat,nevermind dah ada manusia capang ni nak belanja main air. Aku simpan sunblock dalam beg. Chanyeol bangun dan melangkah ke kolam air panas. Aku pegang tangan Chanyeol,dia berhenti berjalan dan pusing tengok aku. Aku baru nak buka mulut,bibir dia dah rapat kat bibir aku.

+_+_+_+

//Chanyeol's pov//

Aku jauhkan bibir aku dari bibir lembut Yeorum. Aku tengok dia,dia tengok aku. Yeorum pegang bibir dia. Pada mulanya muka dia macam tak de perasaan,tapi lepas tu mata dia tengok tajam ke arah aku. Aku alihkan pandangan dari tengok mata dia.

  "Kau.. kau ambik first kiss aku! Urghh.. tak percaya orang macam kau ambik first kiss aku!"

Nilah Yeorum yang sebenar,yang sapu sunblock kat lengan dan muka aku tuh bukan Yeorum yang sebenar. Takkan setiap kali dia jadi 'fake Yeorum' aku kena kiss dia? Aku sengih. 

  "Kau tak tahu ke memang aku first kiss kau dari dulu?"

  "Ptff.... jangan buat lawaklah,aku tak pernah ada first kiss. Lebih-lebih lagi orang macam kau."

  "Yeah~ Ni baru Yeorum yang aku kenal.Welcome back..hahahaha..."

Aku peluk dia. Yeorum tolak badan aku perlahan dan aku macam boleh nampak je banyak tanda soal atas kepala dia.

  "Jomlah kita pergi main,hari ni aku nak kau senyum je bila dengan aku. Okay?"

  "Nae seonsaengnim.." Yeorum jawab dengan nada mengejek dan buat rolling eyes. Perangai dia nih tak pernah berubah walaupun hilang ingatan. Haih~ Aku sayang kau Yeorum.

+_+_+_+

Aku tengok Yeorum terlentok tidur sebelah tempat duduk pemandu,letih sangat kot jadi 'fake Yeorum' petang tadi. Aku bawa kereta dari taman tema air ke rumah Yeorum. Jam terpampar kat radio kereta,10:45pm. Tiba-tiba kepala aku ingat balik apa yang Yeorum cakap petang tadi.

 

  "Yeol,macam mana kau boleh tahu banyak benda pasal aku?"

Yeorum jilat ais krim yang meleleh di tangan. Aku hulur tisu.

  "Banyak benda? Macam apa?"

  "Like.. you know my favourite song. Oh,satu lagi kau ada dalam mimpi aku.."

 Aku berhenti jilat ais krim dan tengok dia dengan wajah sayu.

  "Sebenarnya dah lama aku kenal kau."

  "Dah lama? Aku tahu,mesti Joo yang bagitahu pasal aku kat kau kan?"

Melereeeettt Yeorum senyum. Haih.... dia betul tak ingat aku ke? Aku geleng. 

  "Aniya. Forget it. Makan cepat ais krim,lepas ni kita naik gelongsor air tuh."

  "Arasseo~"

 

Macam mana kalau aku kembalikan ingatan dia? Belum cuba belum tahu Yeol,aku tepuk-tepuk dada aku. Sampai kat perkarangan rumah Yeorum aku kejutkan dia. Aku mengeluh berat. Susah juga budak Yeorum nih nak bangun. Aku angkat dia secara piggy back,keluar dari kereta.


 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
NEALfanfiction
#1
Chapter 2: kalau boleh guna worse untuk menyatakan satu fakta , yang lagi teruk dari fakta sebelum . contoh ; 'he got scolded by his father . worse , his father forbid him to play outside' sebab rasanya worse tak boleh berdiri sendiri . silalah tanya pakar hohoho