House.

Love You In Summer

Nasibla kau ringan Yeorum,kalau tak dah lama aku heret kau. Perlahan-lahan pintu rumah agam Yeorum dikuak oleh aku. Kepala aku jenguk sikit untuk tengok ada sape di dalam rumah. Kuat gila lagu diorang pasang. Terjengket-jengket aku masuk dalam rumah,aku jenguk di ruang tamu. Nampak Namjoo dan maksu terlompat-lompat tengah karaoke lagu 'Bar Bar Bar' Crayon Pop

Aku rasa lebih baik diorang tak perasan aku dan Yeorum dah balik,kalau tak nanti aku yang terlompat-lompat sekali. Aku betulkan kedudukan Yeorum yang sikit lagi nak jatuh dari belakang aku. Laju aku meluru naik tangga,sampai kat atas aku ternganga.

  "Mana satu bilik Yeorum? Rumah dia macam di renovate semula." Aku garu kepala yang tak gatal. Terpaksalah gagahkan mata aku yang dah kuyu nih. Kaki aku melangkah ke bilik pertama. Pintu bilik aku tolak.

  "HEOL!!! Banyaknya kasut~"

Dalam bilik pertama ada dua almari besar yang penuh dengan sneakers dan wedges 4 inci tersusun rapi. Aku pergi bilik kedua,bilik muzik.

  "Buat apa nak pergi kelas piano sedangkan kat rumah dah ada piano besar gedabak." Cebik aku. Pintu bilik tuh aku tutup dan pergi ke bilik ketiga bilik yang penuh dengan video game.

  "Aku tak tahu pon yang Yeorum suka main semua nih." Aku angkat bahu tanda tak kesah,lain kali aku kena join dia main. Bilik keempat bilik topi dan baju. Sebalah bilik baju dan topi ialah bilik air. Aku nih macam penjual rumah pulak nak kenalkan satu-satu bilik kat korang.

Aku masuk bilik yang bertentangan dengan bilik air. Pintu warna pink,aku rasa yang nih kot bilik Yeorum~ Luas aku buka pintu pink... Terus aku pejam mata lepas tengok apa yang ada dalam bilik tuh. Aku tutup balik pintu,macam dah terbakar je muka aku. Perlu ke Yeorum asingkan pakain dan seluar dalam sekali? Aishh.. Aku tengok pintu yang hujung di kaki lima (?).

  "I hope this one. Jebal,jinjja jebal (tolong,tolonglah)"

Aku betulkan lagi kedudukan Yeorum dibelakang aku. Dah lenguh belakang aku nih,pintu bilik yang terakhir tu aku buka.

  "At last,jumpa jugak bilik kau,Yeorum." Aku tersenyum lebar,kedengaran Yeorum berdengkur kecil. Aku rebahkan badan Yeorum atas katil yang bersaiz queen. Mata ni macam Sunggyu dah aku rasa. Aku sengih dan baring sebelah Yeorum.

  "Katil ni memang sesuai dengan kau Yeorum,sebab kau permaisuri musin panas." Dan lepas tu semua jadi gelap.

+_+_+_+

  "Uahhh~ Bestnya tidur.."

Aku baru nak buat macam Olaf atas katil,tiba-tiba tangan kanan aku rasa sesuatu yang licin+berketul. Apa kebendanya nih! Aku bangun dan tarik selimut kelabu kesayangan aku. Terlopong aku tengok Chanyeol tidur dengan butang bajunya terbuka mulutnya ternganga. Aku check seluruh badan aku. Keluhan lega aku lepaskan,takde butang baju yang terbuka. Tak malu betul dia nih,tidur kat rumah aku dahla share katil. Aku buat gaya penumbuk tinju profesional di muka dia. Aku melangkah ke bilik air. Siap mandi aku ke pintu pink dan ke bilik baju. Perut aku berbunyi,sekarang aku lapar. Satu persatu anak tangga aku turun sambil aku ikat rambut. 

  "Maksu,tolong buat sarapan..."

Aku jenguk di ruang tamu,Namjoo dan maksu ternganga tidur atas sofa macam Chanyeol. Memang hancur sebelah rumah,aku geleng kepala dan berpeluk tubuh. Sekali lagi perut aku berbunyi.

  "sabar eh perut." Aku keluarkan telefon dari poket seluar dan search di google.  

  "Apa aku nak masak.. Uww~ Nasi kimchi goreng dan air oren. Belum cuba belum tahu Yeorum."

Dengan teruja aku masuk kedapur dan operasi masak memasak bermula. 

+_+_+_+

  "Aahh~ sedapnya... Kalu aku tahu aku buat benda ni je."

Roti bakar yang bersalutkan telur dan serbuk gula halus aku suap masuk dalam mulut. Baru nak teguk air susu,Namjoo dah ambik gelas dari tangan aku. Dia minum susu sampai habis. 

  "Roti je,tak masak sarapan ke?" Tanya Namjoo.

  "Maksu tak bangun lagi macam mana nak masak" Jawab aku sambil tuang susu ke dalam gelas. Mata Namjoo beralih ke sinki. 

  "Dalam sinki tu apa? Siap ada asap berkepul-kepul" Aku tengok mulut Namjoo muncung.

  "Ouh.. Tu tadi aku nak buat nasi kimchi goreng tapi tak jadi sebab telur dan nasi hangus,lama sangat aku tinggal nak cari kimchi dalam peti sejuk."

  "Blender tu kenapa?"

  "Oh,kau tahukan aku tak pandai nak buang kulit oren. Jadi aku letak sekali dengan kulit,lepas blend aku rasa air tuh teruk. Masam!!"

  "RUMAH TERBAKAR!!!"

BUSHHH!!!!! Satu badan aku dan Namjoo lencun. Untuk kali pertama Namjoo mandi,tapi bagi aku untuk kali kedua hari ni. Aku dan Namjoo bercekak pinggang tengok Chanyeol yang tengah pegang baldi air dengan muka tak bersalah.

  "Perang air?" Chanyeol angkat baldi.

  "CHANYEOL!!" Serentak aku dan Namjoo jerit Chanyeol. Dia yang tersengih terus lari naik atas. Aku tengok Namjoo dengan muka nak makan orang. Aku lapar ni,walaupun aku dah makan roti tapi muat lagi nak ngap seekor alien telinga panjang tu dalam perut. Terpaksa kena tukar baju.

+_+_+_+

Aku,Namjoo dan Chanyeol duduk di meja makan. Maksu buatkan makanan tengah hari untuk kitorang selepas siap kemas tempat karaoke dia dan Namjoo semalam. Namjoo tengok aku yang tengah tenung Chanyeol. Chanyeol tak lepas dengan senyuman happines delight dia tuh. Menyampah!

  "Kau nak salahkan aku sebab kita tidur satu katil? Atau sebab aku mandikan kau untuk kali kedua?"


 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
NEALfanfiction
#1
Chapter 2: kalau boleh guna worse untuk menyatakan satu fakta , yang lagi teruk dari fakta sebelum . contoh ; 'he got scolded by his father . worse , his father forbid him to play outside' sebab rasanya worse tak boleh berdiri sendiri . silalah tanya pakar hohoho