Past Time.

Love You In Summer

Aku nampak patung hijau di kafe 1984 dan tersengih. Pelayan datang ke arah aku dan hadiahkan senyuman manis pada aku.

  "Tuan muda dan puan muda nak order apa?"

Tuan? Mata aku teralih ke arah lelaki yang duduk depan aku. Mukanya terhalang kerana tunduk untuk betulkan tali gitar.

  "Bagi saya milkshake"

Dia angkat muka bila aku dan dia cakap serentak. Senyuman Happiness Delight diberikan pada aku. Pelayan tu pergi untuk buat peasanan. Aku kaku tak bergerak. Terkejut ke? Kenapa dia? 

  "Lagu apa kau nak aku mainkan?" Soal dia.

Bibir aku bergerak tapi tak keluar suara. Chanyeol Senyum.

  "Aku tahu,mesti lagu kegemaran kau,In The Summer"

  "Ka-kau..."

 

 

Perlahan-lahan aku buka mata. Aku dapat bau ubat,aku tengok sekeliling. Hospital,aku di hospital. Alamak kelas piano,aku tengok jam. Tinggal 30 minit lagi sebelum kelas mula. Aku bangun dari katil dan pakai sneakers,pintu wad aku buka. Tercegat Chanyeol depan pintu dengan buat muka serius. Aku tanya dia,

  "Mana Joo?"

  "Dah balik,dia suruh aku jaga kau."

Perlu ke Namjoo suruh dia nih jaga aku. Keluhan berat aku lepaskan. Aku buat muka tak de perasaan tolak tangan dia yang menghalang pintu untuk keluar. Sekali lagi dia pegang aku dan aku biarkan.

  "Nak pergi mana?"

  "Hantar aku ke kelas piano."

Aku tarik tangan dan melangkah keluar dari hospital menuju ke kereta Chanyeol. Chanyeol ikut aku dari belakang,dia tekan butang open untuk buka pintu kereta. Kena buat perangai keras kepala dulu kot baru dia buat apa yang aku nak.

+_+_+_+ 

Lembut jari aku menari-nari di keyboard piano. Lagu Yiruma-Maybe memenuhi ruang,cikgu piano aku bagi reaksi tenang di muka. Tepukan diberikan oleh Chanyeol bila aku habis main. Hati aku rasa tenang sangat bila main piano. Cikgu piano aku berjalan mendekati Chanyeol dan cikgu hulurkan tangan.

  "Boleh saya tengok tangan awak?"

Chanyeol senyum dan hulur tangan pada cikgu membelek-belek tangan Chanyeol.

  "Awak boleh main piano kan?"

  "Nae,tapi saya lebihkan kepada gitar." Chanyeol angguk.

  "It's okay,I just wanna see you play." Cikgu mempersilakan Chanyeol.

Dengan ringan kaki Chanyeol melangkah ke arah piano. Aku bangun dari kerusi dan bagi Chanyeol duduk. Gitar? Ouh.. Aku lupa nak bagi balik plektrum dia,lain kalilah. Aku terus tengok Chanyeol bila dia mainkan lagu In The Summer piano version. Lagu kegemaran aku,Chanyeol tengok aku dengan senyuman senget. Mimpi tuh. Gitar.


(In The Summer)

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
NEALfanfiction
#1
Chapter 2: kalau boleh guna worse untuk menyatakan satu fakta , yang lagi teruk dari fakta sebelum . contoh ; 'he got scolded by his father . worse , his father forbid him to play outside' sebab rasanya worse tak boleh berdiri sendiri . silalah tanya pakar hohoho