Yeorum!

Love You In Summer

Aku dan Namjoo melangkah masuk kelas dan berdiri depan pintu. Mereka semua bersorak dan tepuk tangan,yang lebihnya Hoya. Hoya letak tangan atas bahu aku.

  "Woaw! Woaw! Woaw! Tengok. . . Budak-budak cemerlang dah masuk~"

  "Denda apa yang korang dapat?" Hoya tanya aku dengan senyuman sinis.

  "Cuci. . ."

  "Tandas!!"Tak habis cakap lagi diorang dah sambung ayat aku. -_-

  "DAENG!!! Salah! Kitorang kena cuci cermin besar dekat pintu masuk tuh" Namjoo tolak tangan Hoya yang ada atas bahu aku.

  "Eleh,kerja kacang macam tuh aku pon boleh buat~" Sampuk Hoya. Dia seluk tangan dalam poket seluar dan tengok Namjoo dari hujung rambut ke hujung kaki. Kenapalah cantik sangat dia ni? 

  "Kalau macam tuh kau ganti aku dengan Namjoo?" 

  "Tak nak ah. Tapi,kalau aku join korang boleh kan..."

Hoya sengih. Boleh aku skodeng Namjoo. 

+_+_+_+

//Namjoo's pov//

 Mr. Chu~ ipsul wie Chu~ ≈

Aku tengok mesej yang terpapar di telefon.

From: Yoda(Oppa)

Lambat lagi ke? Pukul 10 malam dah.

Kaki pon dah lenguh.

  "Yeorum,aku nak balik nih" Aku tengok Yeorum. Kepalanya mengangguk tangan pula sibuk menulis. Haih... bilalah nak berhenti study cousin aku nih. 

  "Jangan lewat sangat balik rumah,tak pasai-pasai kau terkurung dalam sekolah nih sorang diri" Sekali lagi aku bagi nasihat. Risau juga aku bila dia duduk sorang-sorang nih. Yeorum angguk lemah dan tengok aku.

  "Kau jangan caring sangat. Macam aku tak biasa duduk sorang diri."

Aku angkat kening.

  "Araa... Nanti homework siap aku balik"

  "Good cousin. Aku balik dulu~" Aku tepuk-tepuk kepala Yeorum bila dia mengalah dan dengar cakap aku. 

+_+_+_+

Mana pulak si Yoda nih. Jari-jemari aku menekan skrin telefon. Send.

≈ Do you love me? Do you love me like the way I love you babe? ≈

  "Macam kenal nada dering tuh" ¬¸¬

Aku toleh tepi,ni mesti beg Yoda. Tapi mana tuan punya beg?

  "NAMJOO!!"

  "Arghh!!!"

Tangan aku terlepas telefon Chanyeol. AL-LAM-MAK! Chanyeol tak berhenti ketawa.

  "Oppa,mianhae~"

Chanyeol tengok telefon yang jatuh di tempat kejadian. Dia sambung ketawa. Tertanya-tanya aku,apa masalah dia nih.

  "Oppa,oppa sakit eh?"

  "Tak lah,muka Joo yang lawak.Hahaha."

Berkali aku lepuk-lepuk belakang Chanyeol. Aku silang tangan.

  "Dah lah balik Korea tak cakap."

  "Oppa cakapla..." Yakin Chanyeol jawab.

  "Oppa balik awal dari hari yang oppa cakap" Aku lepuk lagi belakang dia.

  "Mian. Yeorum mana?" Dia tengok aku dengan muka tak tahu apa-apa. Aku urut belakang tekak,alahai.. macam mana aku nak jawab nih.

  "Yeorum. . ."


 //Yeorum's pov//

"Arghh!!!"(jeritan Namjoo bila Chanyeol kejutkan dia dari belakang)

Bulu roma aku terus naik. Betul ke apa yang aku dengar tadi? Aku kerling jam tangan. Pukul 10.15 malam.

  "Okey,homework nih boleh siapkan kat rumah. Esok cuti,bagus"

Aku masukkan semua buku kedalam beg. Siap,sius lampu aku tutup dan terus keluar.

Ttakk!! 

  "Omo Omo!!! Aishhh kucing nih,menakutkan aku je"

Laluan jalan kaki ke pintu keluar sekolah bukan jauh sangat,tapi kenapa aku rasa jauh semacam. Tap tap tap tap. Aku kaku bila dengar tapak kaki tak jauh dari aku.

  "Siapa tuh?" Aku beranikan diri untuk bertanya. Orang cakap jangan tegur..lantak dialah.. Dia pegang bahu. Kaki aku nak melangkah 100,000 kali tapi dia pegang tangan aku. Meronta-ronta aku,kenapa kuat sangat? Orang ke hantu?

  "Yeorum?!"

  "Yah!!! Lepaskan aku!!"

  "Yeorum! Ni aku!"

Aku berhenti bila mata aku dan mata dia bertembung. Tingginya mamat nih dah lah telinga capang. Tapi. . . Macam mana dia. . .

  "Nuguseyo?" Nafas aku naik turun selepas meronta tadi.

  "Yeo-Yeorumssi..." Muka mamat tuh terkejut entah sebab apa,dia lepas tangan aku. Aku terus berlari keluar sekolah,macam mana dia boleh tahu nama aku? Siapa dia tuh?

+_+_+_+

Aku labuhkan tubuh atas katil saiz queen-lagi-gebu nih lepas selesai mandi tadi. Aishh..Macam mana dia tahu nama aku? Macam pernah nampak je dia. Ahh... Sakitnya kepala aku,tidur dululah. Nanti tanya Namjoo. Selimut berwarna kelabu asap ditarik dan membaluti tubuh aku.

***

Angin pantai meniup pipi dan kedengaran ombak. Sengih,tenangnya.

  "Yeorum,bagi aku setiap hari musim panas walaupun musim sejuk."

  "Wae?" Tanya aku tak lepas mata dari tengok ombak pantai.

  "Sebab kau macam matahari dalam hidup aku."

Aku berpaling,mukanya kabur sebab cahaya matahari yang terbenam.

  "Yeorum. Yeorum. Yeorum."

 

Perlahan-lahan aku buka mata. Terpacak Namjoo sebelah aku. Huh. . . mimpi.

  "kenapa kau datang?" Aku tenyeh mata dan geliat.

  "Actually,aku datang sebab nak kenal kan someone yang 'mungkin' kau kenal"

  "Ah? Okey okey. Aku nak mandi."

Namjoo hulur kain tuala. Aku sambut dan longlai berjalan keluar bilik. 

 

Aku berlari anak turun ke bawah dengan pakai seluar pendek baju t-shirt putih yang tertuli 'simple'. Nak jumpa dalam rumah je kot,bukannya kat taman tema. Aku labuhkan punggung sebelah Namjoo di sofa.

 "Kau nak pakai macam ni ke?" Namjoo tengok aku.

 "Kenapa? Kita nak keluar ke?" Aku tanya dengan buka bodoh. Namjoo angguk dan sengih macam kerang wangi. Tak cakap awal-awal. Habis tenaga aku naik turun tangga.

 "Aku naik kejap."

2 minit kemudian

 "Kau naik tadi buat apa?" Namjoo bangun dari sofa.

Aku tunjuk beg,sneakers hitam dan topi. Namjoo buat muka judging.

 "Tu je?"

 "Buat apa nak pakai cantik-cantik. Orang yang kau nak kenalkan tu bukannya kenal aku pon." Namjoo hanya mengeluh dan ikut aku dari belakang keluar dari rumah agam aku yang besar. 

 +_+_+_+

Aku nampak sorang mamat tinggi pakai topi dekat taman. Namjoo turut berhenti berjalan bila aku berhenti.

  "Joo,someone tu laki ke perempuan?"

  "Laki. Hah,tu dia. Oppa!!"

Mamat tu toleh bila Namjoo panggil. Mereka berdua berpeluk. The hecks! Mamat capang nih boyfriend Namjoo! Tak mungkin!

  "Maaf kitorang lambat,oppa." 

  "No prob."

Tangan aku ditarik oleh Namjoo dan mendekati 'oppa'.

  "Yeorum,ni lah orang yang aku nak kenalkan tuh"

  "An..annyeong~" Aku bagi tunduk hormat. Kekok.

  "Kita jumpa lagi,semalam macam mana? Tak takut balik sorang?"

Laju aku geleng kepala. Aku tarik Namjoo jauh sikit dari Chanyeol.

  "Sebenar,siapa mamat capang nih?"

  "Ouh.. ermm.. Nama dia Park Chanyeol,anak angkat keluarga aku."

Wait a minute,Park Chanyeol? Jadi dia la orang yang langgar lari aku hari tuh!

  "Aku patut belasah dia."

Kaki aku melangkah kearah Chanyeol dan tampar pipi dia. 

  "Omo! Yeorum, apa kau buat? Oppa okay?" Chanyeol angguk. Namjoo terkejut dengan apa yang terjadi.

  "Maaf sebab tolak kau kat sekolah. Sepatutnya kena tolong kau,aku nak cepat masa tuh. Aku tak pernah berubah kan?" Chanyeol tersengih. 

  "Jangan cakap dengan aku macam kau dah lama kenal lama aku" Namjoo mencelah diantara aku dan Chanyeol.

  "Korang jangan macam ni. Okay... aku lapar nih jom kita pergi makan."

  "Aku nak balik" Aku pusing dan melangkah ke perhentian bas. Namjoo tengok aku dengan serba salah.

  "Tapi Yeorum.." 

  "Maaf Joo, lain kali lah."

Tangan aku dipegang dari belakang oleh Chanyeol.

  "Yeorum,kau tak ingat aku?"

  "Seumur hidup aku,aku tak pernah kenal laki macam kau." 

Aku tarik tangan dari genggaman Chanyeol. Teksi yang lalu disitu aku tahan dan masuk kedalam. Tinggalkan Chanyeol dan Namjoo di taman. Sampai kat rumah driver tanya aku kenapa nak balik tak telefon dia.

  "Saya tak nak susahkan pakcik kim yang penting jangan bagitahu omma dan appa saya."

  "Baiklah cik muda." pakcik kim bagi tunduk hormat dan aku berjalan masuk ke rumah.


 


 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
NEALfanfiction
#1
Chapter 2: kalau boleh guna worse untuk menyatakan satu fakta , yang lagi teruk dari fakta sebelum . contoh ; 'he got scolded by his father . worse , his father forbid him to play outside' sebab rasanya worse tak boleh berdiri sendiri . silalah tanya pakar hohoho