4

Fall For Cinderella (Sequel Smoothie VS Bubble Tea)

 

 

Aira menguap kecil dan menggeliat.Dia merenung kearah blackboard yang penuh dengan formula matematik yang memeningkan.Aira asyik terhantuk-hantuk.

 

“Aira”

 

“Ya!”Terus Aira berdiri apabila mendengar namanya dipanggil.Habis merah wajahnya apabila manusia yang berdiri dihadapannya itu ialah Youngmin yang sedang tersenyum senget dengan menggosok belakang lehernya.

 

“Ap..apa dia Youngmin??”Soal Aira dengan sedikit terketar-ketar.Kakinya terasa lemah.

 

Kai yang berjalan dengan rotan ditangan melintasi kelas Aira dan Youngmin menghentikan langkah seketika melihat dua pelajarnya didalam kelas.Kai mengerutkan dahi.

 

“Nah”Youngmin menghulurkan satu sampul kepada Aira.

 

“Eh?apa..ni??”Aira terangkat kening.

 

“Hmm..kad jemputan majlis hari jadi saya..datanglah kalau ada masa”

 

“Oh!saya pasti datang.confirm”Ujar Aira dengan mata yang bersinar-sinar.Tidak pernah Youngmin menegurnya,hari ini,dia akan mencatatnya didalam diarinya yang comel.Saksi dan bukti indah!

 

“Saya kasi ni sebab cikgu Kai suruh tau”Jelas Youngmin dan berjalan pergi melalui pintu belakang,jadi dia tak bertembung dengan Kai.

 

“Wah!”Aira menatap sampul tersebut dengan hati berbunga-bunga.

 

Kai tersenyum sendiri melihat gelagat Aira yang kegembiraan.Dengan hanya Youngmin menegurnya sebegitu,sudah mampu membuat Aira tersenyum bahagia.Kai menggeleng kepala.Dia tidak patut mengganggu zaman bahagia sekolah mereka.Kai tersenyum teringat perkara semalam.

 

“Youngmin”

 

“Kenapa cikgu?”Soal Youngmin dengan kening terangkat dan hujung pensil digigit.

 

“Apa kata kamu ajak Aira sekali?”

 

“Hah?tak naklah..saya tak pernah berborak dengan dia cikgu”

 

“Alah!ajak ajalah dia!”

 

“Okay..kenapa cikgu beria-ria sangat ni??”

 

“Untuk membahagiakan hati Aira yang cikgu suka”Bisik Kai sendiri.Takkan dia nak cakap macam tu.

 

 

 

 


 

 

 

 

 

 

Aira memandang wajahnya didalam cermin.Dia ketawa kecil seperti kanak-kanak.Rambutnya diparas leher disikat lurus.Dia memusing-musingkan badannya dihadapan cermin,memandang dirinya yang memandang dress paras lutut bewarna light turquoise bercorak floral bewarna violet.

 

“Tak pernah aku pakai macam ni”Aira tersenyum.

 

“Apa agaknya reaksi dia?”

 

“Hmm…”Aira menggaru-garu kepala.

 

“Youngmin..jom menari?maafkan saya kalau saya terpijak kaki awak”

 

Aira kaku seketika kemudian ruang dipenuhi tawanya.Dia tergeleng kepala.Terus dia berjalan menuju ketingkat bawah.Dia nak pergi dengan apa ek?orang tua dia tiada di rumah,Hurm,skateboard ajalah.

 

Seusai mencapai skateboardnya yang bewarna merah hitam,pantas dia berjalan ke luar rumah dan menolak pintu pagar rumah yang diperbuat daripada kayu dan besi.

 

Buka sahaja pintu pagar,ada sebuah kereta sport dihadapan rumahnya,macam pernah nampak kereta ini namun Aira tidak mengendahkannya dan terus perjalanannya.

 

Ping!ping!

 

Aira berpaling kebelakang.Dah kereta ini kenapa main hon bagai?Terus Aira berjalan menuju kearah kereta tersebut dan menepuk cermin kereta.

 

“Woi!kau nak ape,hah??”

 

“Hi,garangnya anak murid cikgu sorang ni”

 

Erk!Aira tersengih sumbing.Malu pula dia.

 

“Cikgu nak pergi mana ni??”Soal Aira.

 

“Lupa ke?”

 

“Apa?”Aira kelihatan hairan dan keliru.

 

“Cikgu,pari-pari..tapi tikus terlalu menggelikan..so..naik kereta cikgu yang mewah ini…lololo..cepatlah”

 

Terus Aira masuk kedalam perut kereta milik Kai tersebut dan Kai memecut laju menuju kerumah agam Youngmin.

 

“Terima kasih cikgu”

 

“Sama-sama”

 

“Berdebar ke?”

 

Aira tersengih dan anggukkan kepala.

 

“Dekat sana…saya mungkin tak kenal siapa-siapa”

 

“Takpe..Youngmin ka nada”Usik Kai sambil menyiku bahu Aira lembut.

 

“Cikgu masuk sekali dengan saya,kan?taklah gabra sangat”

 

“Taklah”

 

“Huh?kenapa pula??”

 

“Cikgu ada hal…enjoylah..dah sampai ni”

 

“Okay..thanks cikgu…balik nanti saya balik sendirilah..ni skateboard ni”

 

Kai mengangguk kepala.Terus Aira keluar dan masuk kedalam rumah agam tersebut.

 

“Hmm…happy ending…huh…aku?y free and…not available…fuhh”Kai mengeluh kasar.

 

 


 

 

Aira melangkah masuk.Semua mata memandangnya dengan kehairanan.Aira hanya tersengih sipu.Matanya sibuk mencari kelibat Youngmin,beberapa saat kemudian dapat ditangkap kelibat jejaka tersebut.

 

Aira tersenyum memandang Youngmin yang memakai blazer biru muda,kemeja putih dan jeans kelabu.Aira berjalan kearah Youngmin sambil tersenyum.Adakah ini seperti cerita dongeng Cinderella?Aira memandang jam,pukul 11.40 malam.Erk?

 

“Hai Youngmin”

 

Youngmin berpaling ketepi dan memandang Aira atas hingga bawah,dia kelihatan sedikit ternganga.Aira tersenyum malu.Cantik?

 

“Wow!”

 

Aira mengangkat wajahnya.

 

“Awak ni…sah buta fashion”

 

Aira menaikkan kening mendengar apa yang Youngmin katakan,semua manusia disekeliling mentertawakan Aira setelah mendengar apa yang Youngmin katakan.Aira mengerutkan dahi.

 

“Haha!dia pakai sneakers dengan dress?”

 

“Hahaha!entah papelah dia tu..mesti tak pernah datang majlis macam ni”

 

“Eii..malunya”

 

Pelbagai bisikkan yang Aira dengar.Air mata mula bertakung pada tubir matanya.Ini bukan seperti cerita dongeng Cinderella.Bukan!Youngmin ditatap geram.Sampai hati Youngmin malukan Aira sebegini.Pantas dia menumbuk pipi Youngmin dan berlari pergi.Youngmin jatuh tersungkur diatas lantai.

 

 

 


 

 

 

 

Kai memandu kereta lemah.Pelbagai persoalan yang bermain pada fikirannya.Apa yang Aira lakukan sekarang,apa yang Youngmin lakukan sekarang.Akhirnya Kai menghentikan keretanya dihadapan sebuah taman ros.Dia melihat ketempat duduk belakang.

 

“Ah!kasut!”Kai membulatkan mata.Dia lupa nak beri kasut tersebut pada Aira.Dia menyumpah dirinya sendiri.Kasut tumit tinggi tersebut direnung kosong.

 

“Aira..Aira…”

 

Beberapa saat kemudian dia lihat seseorang seperti Aira sedang menaiki skateboard dan menghentikan skateboardnya lalu berlari pantas masuk kedalam taman ros tersebut.Kai menaikkan kening.Itu memang Aira,tapi,kenapa dia menangis?

 

Kai terus membawa kasut tersebut dan berjalan masuk ketaman,mencari Aira.Dia menggaru kepala.Beberapa saat kemudian dia dapat menangkap bayang Aira.

 

“Aira!”

 

Aira berpaling kebelakang dan melihat kearah Kai yang berlari anak menuju kearahnya.Air mata pantas diseka dan senyuman diukirkan pada wajah dengan mata dan hidung yang merah.

 

“Kenapa duduk sini?”

 

“Err…dah tamat…”

 

“Huh?Tipulah..”Kai tergeleng kepala.

 

“Cikgu…sekarang pukul berapa??”

 

“12”

 

Aira anggukkan kepala.

 

“Kenapa awak berkaki ayam ni??ish-ish..kalau ada kaca..luka nanti”Kai menggeleng kepala dan menyarung kasut yang berada didalam kotak putih tadi pada sepasang kaki Aira.

 

Aira kaku dan menyeka air matanya.

 

“Dah..jangan nangis”

 

Aira terkebil-kebil.Muat kasut ini.

 

“Cikgu…kasut ini untuk saya..ke?”

 

“A’ah”

 

“Mana cikgu tahu saiz kasut saya??”

 

Kai terkebil-kebil.

 

“Rekod kesihatan”

 

Aira ketawa kecil dan tergeleng kepala.

 

“Cikgu…saya rasa..saya dah jumpa putera saya yang sebenar”

 

“huh?Youngmin?dia kan de--

 

Aira terus berdiri dan mengucup pipi Kai.Kai terkebil-kebil seperti tidak percaya.Matanya menatap wajah Aira yang merah padan.

 

“A..Aira”

 

“Err…maafkan saya cikgu”Aira menundukkan badan 90 darjah.

 

“saya suka awak”

 

Terbeliak mata Aira mendengarnya.

 

Tiba-tiba air pacut memercik Kai dan Aira.Mereka ketawa kerana fikir ianya sesuatu yang kelakar.Terus mereka berlari kearah sebuah pondok.

 

“Tak salahkan..kalau cikgu suka anak muridnya..lagipun…tahun depan awak akan graduate”

 

Aira tersenyum sipu mendengarnya.

 

“Cikgu…cikgu ke yang beri air kotak susu masa saya tak sihat waktu PJ tahun lepas??”Soal Aira.

 

Pucat muka Kai membuatnya mendengar apa yang Aira katakan.

 

“M..mana awak tahu??”

 

“Tokei gerai Bubble Tea yang macam goblin kasitau..cikgu berkawan ke dengan dia??”

 

“Chanyeol!!”Kai berbisik didalam hati.

 

“Jadi cikgu..sudi tak cikgu tunggu saya sampai saya habis belajar??”

 

“Of course”

 

Aira dan Kai ketawa kecil.

 

Tiba-tiba bunga api dari rumah agam Youngmin dapat dilihat jelas.Kai dan Aira tersenyum kecil.

 

Aira berpaling melihat kearah Kai.Dia mahu mengucup pipi Kai namun tak semena-mena Kai berpaling dan menyebabkan bibir mereka bersentuh.Kai yang terkejut terus jatuh tersungkur dan menarik Aira sekali.

 

“Wargh!”Aira terbeliak mata.Tidak pernah dia lihat wajah Kai yang dekat sebegitu.

 

“Cikgu”

 

“Ya?”

 

“Kulit cikgu…gelaplah”

 

“Hahaha”

 

Kai tersenyum,sekarang dia y,free and not available sebab dia dah dimilik oleh cik Lee Aira.Dan,dia sebenarnya bukan si pari-pari,tapi dengan tidak sengaja menjadi putera raja.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
kyunnie96
#1
Chapter 4: Alaaa... pendek cerita ni.. xpuas baca xD
Best xD
ekanorsyafiqah
#2
Chapter 5: So sweet !!!!
hayoung14
#3
Chapter 4: Omg besttt
kaiyeol567
#4
Chapter 4: Swet gilerciter ni
Nursyuhada
#5
Chapter 4: so cute and sweet ^^
leehyesoo
#6
Chapter 5: sweet,funny and happy ending~ hahahahah
i love u auhornim!!!
baekielover #7
Chapter 5: Omg.sronoknya.
twiklelittlestar
#8
Chapter 4: weheyyy !!! ada Youngmin ♥♥
Jrang tau nak 'jumpa' Youngmin dalam malay ff..hehe.. author-nim.. DAEBAKK ♡♡
decentedhan
#9
Chapter 5: wahhh applauseeee >,<