Do You Wanna Be Like Hyujung??
My Girl Is KingkaBaekhyun melihat jam diatas mejanya.Pukul 7 pagi.Dia menggeliat kecil dan menenyeh matanya.Habis badannya terasa lenguh-lenguh.Dia juga lebih dari sepuluh kali jatuh tersungkur dek mengemas barang didalam gelap.Ini sungguh penyiksaan.
Baekhyun bangkit dari katil dan memakai kaca matanya yang tebal.Dia menguap dan menepuk-nepuk mulutnya.Matanya menangkap Hyujung yang sedang tidur diatas katil.Masih lena dibuai mimpi.
“Ish…mamat ni tidur lagi??sekolah start pukul 8.30,breakfast pula pukul 7.30 pagi,sempat ke?hmm”Baekhyun menggaru-garu kepalanya.Dia berjalan menuju kearah Hyujung dan menggoncangkan lengan Hyujung.
“Hyujung-ah..bangunlah..nanti le--
Tak semena-mena kolar baju Baekhyun ditarik kasar.Hyujung mencelik matanya.
“Err…Hyujung?”
Hyujung terus bangun dan melompat-lompat.Senaman pagi mungkin?Baekhyun hanya memerhati Hyujung memanaskan badan.
“Oi!pergilah mandi!”
“Er..ya!ya!”Baekhyun terus berlari-lari menuju kearah bilik air.
“Stop!”
Baekhyun pun berhenti dan menjadi batu dihadapan bilik air.Apa pula ni?Tadi suruh mandi.
“Kau lupa..ke?”
Baekhyun meneguk air liur.Ya.Aduh,Pikachu.
“Pi~~ka~!”
Hyujung ketawa terbahak-bahak melihat wajah Baekhyun dengan membuat bunyi Pikachu.Baekhyun terpinga-pinga.
“Boleh aku masuk sekarang??”Soal Baekhyun dengan tersengih kelat.Hyujung menganggukkan kepalanya.
“Haha!bendul gila kot!”Hyujung menggeleng-geleng kepalanya.Hyujung terus menuju kearah almari bajunya.Beg yang berisi mandian dan sebagainya diambil.Tuala diletak diatas bahu.Hyujung menyanyi-nyanyi riang sambil melihat ke luar tingkap.Dia tersenyum sendiri.
Beberapa minit kemudian Baekhyun keluar dengan hanya berseluar pendek.Berlari-lari keluar kearah almarinya.
“Woi!kau ni pehal??”Soal Hyujung dengan berpaling kearah lain.
“Er..nak…ambil sabun..kenapa?”Baekhyun terkelip-kelip matanya.
“Huh!dah ambil?pergi cepat!”
Baekhyun menggaru kepalanya.Dia kaku seketika.
“Pergilah!”
Baekhyun terus berjalan pergi masuk kedalam bilik air tanpa membantah.Pintu terus dikunci.
Setelah selesai bersarapan,semua pelajar berjalan beramai-ramai menuju ke sekolah mereka.Perjalanan dari asrama ke sekolah 2 km.Pengetua pisahkan asrama dan sekolah kerana mahu pelajar-pelajarnya bersenam.Untuk kesihatan badanlah katanya.
“oppa!oppa!saranghae!!”Semua pelajar memandang Hyujung yang dikelilingi pelajar perempuan dengan hadiah berbeg-beg mahu diberi kepada Hyujung.
“Eh!tepilah!aku nak pergi sekolah ni!”Hyujung menggeleng kepala dan pergi dengan skateboardnya.Semua pelajar perempuan menjerit bagaikan terkena hysteria.
“Kyaa!handsomenya Hyujung oppa!bila dia pergi dengan skateboardnya!kyaa!no word can describe him!”
Baekhyun terkelip-kelip membetulkan kaca matanya.Dia nak jalan pun tak boleh,dihalang oleh fangirl Hyujung.
“Err..tepi sikit..saya nak lalu ni”
“Eii!apa ni!”
Baekhyun ditolak begitu sahaja oleh fangirl yang sudah berlalu pergi.Baekhyun mengeluh kasar dan cuba bangun.Apalah nasib dia ini,semua orang mahu tindas dia.Tiba-tiba ada tangan yang memeluk bahunya.
“Hi!pelajar baru,kan??”Soal seorang lelaki berambut hitam dengan senyuman yang comel.
“Er..ya..”
“Nama aku Suho..kau??”
“Byun…Baekhyun”
Suho terangguk-angguk.
“Eh!besarnya spek kau..”Suho cuba untuk menanggalkan kaca mata tersebut namun dihalang oleh Baekhyun sambil tersengih.
“Ops..sorry..bukan apa..aku ni kalau nampak spek…rasa nak try aja…haahaha”Suho ketawa terbahak-bahak like a boss.
“Budak-budak sekolah ni..sihat tak?”Baekhyun berbisik sendiri.Suho makin kuatkan pelukkannya.
“Cuba kau bayangkan..kau jadi kingka macam Hyujung…dikejar pelajar-pelajar perempuan..syok..kan?”Soal Suho sambil melambai-lambai tangan ke udara,seperti artis dikarpet merah.Baekhyun tercengang melihat aksi Suho.
“Uh…tak”
“Erk?”
Comments