MyungDong
My Girl Is Kingka
“Ni..vespa siapa?”Soal Hyujung dengan kening bertaut manakala Baekhyun memerhati kawasan sekeliling.Mahunya warden datang lagi,kena gantunglah dibuatnya nanti.
“Err..ni..aku punya”
“Hah?kau punya?bila masa?”Hyujung menterbeliakkan mata.Baekhyun tersengih senget dan menghulurkan topi keledar kearah Hyujung.
“Aku suka naik vespa..hari tu..aku suruh Butler daddy aku hantarkan..err..ini langgar kesalahan tau,kau mesti tau”Baekhyun kelihatan serba salah.
“Ya,tapi hari ni kan hari minggu…jadi kita langgar satu ajalah kesalahan..keluar waktu malam..”
Baekhyun mengangkat wajahnya dan tersenyum.Tak terfikir pula.Terus Baekhyun menghidupkan enjin vespa.
“Duduk belakang…pegang elok-elok tau”
“Arasso!ahjussi!”
Mereka bertukar pandangan dan ketawa bersama-sama.Terus Hyujung duduk dibelakang Baekhyun dan memegang bahu Baekhyun dan tersenyum riang.Dia tak pernah keluar dari asrama waktu malam.Ini kali pertama.
“Eh..puppy”
“Huh?puppy?”Kening Baekhyun terangkat.Dia dipanggil puppy?
“Yah..aku panggil aku kau puppy..aku tuan kau tau”
Baekhyun mengerutkan kening.Sesenang hati aja dia dianggap puppy dan tuannya ialah Hyujung.Adakah perempuan memang sekejam ini?Baekhyun menggeleng lemah.
“Ikut suka hati kaulah…”
Hyujung ketawa puas.
Baekhyun terus menunggang keluar dari kawasan asrama.Tahap penjagaan pintu pagar taklah ketat sangat.Pengawal kerap tak ada dekat pondok pengawal.
“Eh..puppy..sesengal kau ni kan..berani pula nak langgar peraturan…fuh..kau ni lagi hebat dari Kai..tak…Kai hebat juga..dia banyak kali keluar malam..tapi kau still hebat..keluar guna pintu depan..Kai panjat pagar..masuk semak..macam askar…haha!”
Hyujung ketawa terkekek-kekek.Baekhyun hanya tersengih mendengar pujian yang agak pelik dari Hyujung.
“Hyujung-ah…depakan tangan…dan rasa angin yang lembut dan sejuk”
“uh?oh!”Hyujung perlahan-lahan mendepakan tangannya dan tersengih.
“Uwaahhh…”Dapat didengar tawa Hyujung.
“Yah!!nak patah tangan ke!!?”Sound seorang lelaki didalam sebuah kereta mewah.
“Yah!kau sound aku!yah!!”
“Eish..sudahlah tu!”Pujuk Baekhyun.Kereta mewah tadi sudah memecut laju.
“Eish..geramlah!sibuk je”
“Wah…MyungDong?”
“Yep..jom kita makan!Hyujung-ah..kau nak makan apa??”
“Hmm..ddukboki”
Hyujung dah kecur air liur membayangkan ddukboki yang pedas dan berasap.Terus lapar dibuat.Baekhyun tersenyum melihat Hyujung yang seperti lupa tentang perasaan sedihnya.
“Jomlah kita masuk kedai tu…dengar cerita..dduboki dekat situ jjang!”
“Ya?wah!hebatlah kau Baekhyun!”Hyujung menggosok-gosok kepala Baekhyun.Serta-merta Baekhyun mengundurkan kepalanya.
“Yah..kenapa…eish!budak ni!”Hyujung menghempuk kepala Baekhyun.
“Ish..dia tak tahu ke kepala aku ni berharga?”Gumam hati kecil Baekhyun sambil mencebik kecil.Terus dia mengejar Hyujung yang sudah jauh kehadapan.
Baekhyun dan Hyujung mengambil tempat yang jauh sedikit dari pelanggan lain.Seusai mereka melabuhkan punggung.Ada seorang pelayan lelaki yang datang dengan apron menuju kearah mereka.
“Dua ddukboki”Ujar Hyujung.Terus pelayan tersebut pergi ke dapur semula.
“Hyujung-ah..boleh aku tanya sesuatu??”
“Boleh aja..kitakan kawan..ehehe”Hyujung tersengih dan melihat keadaan sekeliling kedai.
Baekhyun berdehem kecil dan mengerlip-ngerlipkan matanya.
“Kenapa kau pasang lagu kuat-kuat tadi..lepastu menangis?”Soal Baekhyun.Dari tadi soalan itu bermain difikirannya.Soalan mengenai kenapa Hyujung berada disitu,Baekhyun tidak mahu masuk campur lagi.Hyujung mesti ada sebab yang munasabah untuk bersekolah dekat sekolah berasrama lelaki.
“Uh…sebenarnya…aku ingat..dengan buat cara macam tu..aku takkan menangis”Jelas Hyujung sambil mengurut-ngurut belakang lehernya.
“Selama ni..tiada siapa dalam bilik…bolehlah aku nangis puas-puas”Detus hati kecil Hyujung sendiri.
Comments