Abang Ni Cakap Cina Ke?

Dia Huang Zi Tao?!

"Kakak, baringkan abang tu atas tilam kat ruang tamu depan. Nah, sapu minyak gamat kat kaki dia." pesan opah sambil menghulurkan sebotol minyak gamat kepada Ain.

"Ugh, ergh.." lelaki itu bersuara lagi bila Ain membaringkannya di atas tilam. "Duduk diam-diam abang! Nanti sakit kalau tak duduk diam!" tegas Ain, menyebabkan lelaki itu terdiam. Setelah botol dibuka, Ain melumur ubat di telapak tangan dan menyapunya ke kaki lelaki itu.

Lelaki itu cuba mengelak apabila Ain mahu menyapu lagi ubat. " Eii la abang ni, duk diam sat!" tengking Ain, mencubit bahu lelaki itu. "Duduk diam-diam dulu, bagi luka dekat kaki abang tu lega dulu baru bangun berjalan. Nah, ambik tuala basah ni, lap muka abang. Nampak macam penyangak dengan serabut rambut abang tu!" kata Ain, memberi sehelai tuala Good Morning dan semangkuk air paip.


Agak lama juga Tao duduk termenung selepas membersihkan mukanya. Sebenarnya Tao tidaklah rasa sakit sangat, cuma bila tangan gadis itu yang bersalut ubat menyentuh kakinya, rasa ubat itu agak menyengat lukanya. Bila mengelak, dicubit pula bahunya oleh gadis itu. Apa nak buat? Diam saja lah, kata Tao dalam hati.

Sepanjang masa itu, Tao langsung memahami satu perkataan pun yang dituturkan gadis itu. Bahasa apa ya dia tutur, agak Tao dalam mindanya. Yang memang pasti bukan bahasa Korea. Nak cakap bahasa Cina atau bahasa Inggeris, tanya Tao kepada dirinya sendiri. Entah kenapa dirinya terasa bersalah seketika.

"Ain! Nasi dah siap ni! Mai amik suap abang tu!" kedengaran suara wanita tua tadi menjerit, dan gadis itu meluru pergi. Aroma nasi yang wangi mencengkam deria bau Tao. "umm, xiāngwèi.." kata Tao perlahan, menghela nafas. Tiba-tiba dia teringat, tekaknya terasa sangat dahaga. "Meimei, wǒ yào shuǐ.." kata Tao sambil membuat insyarat air.

Aik, abang ni cakap Cina? Ain memang pasti abang itu bercakap bahasa Cina, kerana beza bahasa Cina adalah banyak sebutan 's', 'sh' dan mungkin 'z'. "Abang nak apa?" tanya Ain, yang kembali dengan membawa sepinggan besar nasi goreng ikan bilis. "shuǐ.." . "Abang ni, cakap la bahasa lain, Ain tak faham bahasa Cina."

Tao dapat mengagak dia tidak faham, lalu dia pun berkata "water..". Setelah berkata dalam bahasa Inggeris barulah difahami Ain. " Water?" Ain meminta kepastian, dan dibalas dengan anggukan. "Water, okay. Wait!" kata Ain, meninggalkan Tao dan kembali dengan sebotol air ais dan cawan.

 

Walaupun masih sakit, namun Tao dapat menghabiskan nasi goreng dan semua air. Mungkin dia terlalu lapar, ataupun nasi goreng tadi memang sedap. Ain yang duduk di sisinya pun terkejut. "Abang ni, makan macam tak ingat dunia betul lah." Tao beralih melihat Ain, bagai memahami apa yang dikatakan. "You want?" ramah Tao bertanya, cuba menyuap lebihan nasi goreng ke mulut Ain.

Entah mengapa Ain tiba-tiba terasa malu, dia menolak dengan baik. "No, it's okay. Finished?" Tao annguk dan memberi pinggan kepada Ain untuk dibasuh. "Stay here. Don't walk." kata Ain sebelum pergi. Tao hanya berbaring walaupun dia ingin berbuat sesuatu.

 

 

"Hah, abang tu okey dah ke tak, Ain nya?" tanya opah Ain. Ain hanya mencebik. "Okey la sangat, sampai nasi sepinggan habis, air ais sebotol besar!" opah tidak membalas, cuma tersenyum. "Macam tu takpa la, tu tanda abang tu tak sakit teruk. Hah, tak tanya abang tu apa nama dia?"

"Eh, tak mau la opah, abang tu cakap Cina. Ain rasa bukan Cina sini abang tu, sebab cakap Melayu sepatah pun nampaknya tak faham. Bila cakap mat saleh baru dia balas." kata Ain lagi. "Kalau macam tu, tanya la abang tu dalam bahasa inggeris. Mai mana, nak ke mana, ada telefon tak...".

"Ya tak ya juga kan opah. Ha, pandai opah kakak ni!" gurau Ain, lalu dicubit manja opahnya. "Eleh, tengok la opah sapa. Opah kakak jugak kan? Tapi kan opah.. Kakak rasa macam kenal ja abang tu, tapi tak tau mana kakak pernah nampak dia..."

Tak semena-mena, kepala Ain ditepuk. "Adoi! Sakit la opah!" marah Ain. "Kakak ni banyak sangat la pernah jumpa. Opah tau la kakak minat kepok tu tapi abang tu bukan orang kepok..." perli opah, membuatkan muka Aim masam mencuka. "Opah, bukan kepok la, K-Pop! Lagipun... Muka abang tu hensem pun tidak, jauh la kakak nak suka dia.. "

"Ya lah kan, kakak kan minat orang Korea ja, bukan orang-" "Meimei!! Meimei!! Help!! Warghh!!!" lelaki itu menjerit. "Hah, apahal pulak abang tu menjerit kakaknya? Pi tengok!" kata opah. Sepantas angin, Ain meluru ke arah lelaki tadi yang masih melalak bagai tersampuk hantu. Dengan cemasnya Ain bertanya "abang! Awat menjerit-jerit macam nampak hantu ni?!"

 

 

 

 

 

Ikutkan rasa hati, nak gelak tekan perut berguling sampai pengsan saja Ain dalam hati. Mana tak nya, abang tadi melindung kakinya dengan bantal daripada kucing kesayangannya, si Gemuk. "Gemuk! Mai sini!" kata Ain sambil ketawa, mengangkat kucing hitamnya yang besar bagai anak harimau itu ke ruang tamu.

"W-w-what is that?! Tiger?!!" tanya abang itu, tergagap-gagap sebaik Ain kembali. *Tahan gelak tu Ain, tahan..* senyum Ain, sambil melihat ke atas siling sebentar. "No lah, abang.. It's my cat, named Gemuk.." . Reaksi mukanya bagai tak puas hati. "I don't believe! That's no cat! it's so big! It's tiger!"

"Suka hati kau lah cina oii..." kata Ain perlahan. "Kakak, dah la bersembang dengan abang tu! Ajak dia mai sini, tolong opah sat." Tao yang kehairanan melihat Ain. "What did your grandma say?" dia bertanya. "Oh, she say stop talking, she wants us to help her. Let's go!"

Sebaik sampai ke dapur, opah sudah berada di pintu belakang rumah dengan memakai selipar jepun. "Ni, alang-alang dah ada abang tu, suruh dia tolong opah angkat pasu bunga tu sat. Baru-baru ni ada orang kampung dok kata kucing liar dok mai kencing kat pokok opah, sampai naik berbau hancing sekampung." kata opah, menunjukkan jarinya ke muka Tao. "She say, help her lift the flower pots. There's been stray cats making it pee area.." terang Ain sebaik mungkin, takut abang itu tak faham.

"What?" Tao bertanya, kurang memahami apakah yang ingin disampaikan Ain. "Never mind. Just help my grandma, please?". Tanpa membuang masa, opah memberi sepasang but getah yang selalu dipakainya semasa ke sawah. "Nah, pakai but getah ni. Opah tak ada kasut saiz besar." Tao memakai tanpa bantahan, segera mengangkat pasu bunga opah ke atas para.


"Baguih pun abang, tolong opah angkat pasu bunga! Bukan macam Ain tu.." puji opah, menepuk bahu Tao yang tersenyum. Aik, macam faham-faham saja opah puji dia.. "Ala, abang tu laki, Ain ni perempuan. Tengok la, badan dia, besar panjang kot..." sambung Ain.

Seronok pula rasanya. Tao boleh merasakan orang tua itu memujinya, berdasarkan reaksi si gadis di hadapannya dan cara orang tua itu bertutur. Lama juga dia tidak membuat kerja sebegini, dan terasa agak lenguh badannya. Sikit memanglah sikit, tapi bukannya pasu bunga kecil-kecil. Sepuluh semuanya, dan penuh dengan tanah dan pokok yang besar.

 

 

 

"Wei.. hang tengok tu.. Sapa tu?" seorang gadis berbaju biru berbisik kepada kawannya. "Entah. Aku rasa, Ain mana ada abang." "Habis, kalau yang tu bukan abang dia, sapa?!" mereka berlawan bisik, sambil melihat Ain, opah, dan lelaki yang tak pernah mereka jumpa itu dari jauh.

"Assalamualaikum! Ain!" dua orang gadis itu melaung, dan ketiga-tiga mereka beralih melihat. "Woi! Bila hampa berdua sampai?" jerit Ain gembira, berlari-lari anak ke arah mereka. "Rindunya aku dekat kau Erika, Mia! Rasa lama gila tak jumpa hampa berdua, maklumlah dah sekolah asrama penuh..." kata Ain, lalu disambut dengan pelukan dua orang gadis itu. "Sekolah apa pun Ain, kami ni tetap kawan hang tau.. Ni pun kami balik cuti sekolah.. Kalau tak cuti tobat la nak balik!" gelak Erika.

Siapa pula mereka, tanya Tao dalam hati, melihat mereka tanpa mengerdipkan mata. "Eh, Ain. Sapa pulak tu? Setahu aku, hang mana ada abang.." tanya Mia.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

hehehe....

 

 

comment and subscribe kay?

ooPanda

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
K-rul_42 #1
Chapter 11: Bestlh fanfic ni ^^ . Btw update soon pls ^^
AuziSalsabila #2
Chapter 11: Xpe....sy tunggu..hehehe...jgn lupa update yea
4DwindflowerJS
#3
Chapter 7: Pwahahahahahaha xD serius gelak golek2 bayang dorang suma tuh.... ff terbaik maaa!! ≧﹏≦ comey gila...........!! Tetiba plak boleh falling kat si tao sekarang...... ouo tomeeeyyy~~ update laaa! *Gigit bantal*
Nursyuhada
#4
Chapter 7: kai..hahaha ><
sayhershe
#5
Chapter 7: Tao-yah... aigoo neomu kiyowo.. hahaaa sengal punya Kai.. kan dah dibodohkan dgn Luhaeenn... wakawaka... xD
woonicorn_syah
#6
Chapter 7: Dari malaysia boleh pulak dia baca thailand xD
AhSongyi #7
Chapter 7: Kai..Salah tempat xD
AhSongyi #8
Chapter 6: alahai.dahlah tengah syok baca T^T
LovelyIna
#9
Chapter 7: Kyaaaaaaaaaaaaaaaaaa! Kyaaaa!! Kyaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!!!!!!! Seriusly meroyan terok baca ff ni T^T

sobs.. nak nangis... Tao~~ Oh my.. err.. *okey speechless*
Ehhh, geram kot kat Tao ni.. cium kang xD Haaaaaa~

paling tak tahan part karipap dgn tido atas riba tu... oh mai.. sy dri duduk atas kerusi terus bngun.. jalan-jalan dulu then kipas-kipas muka habis... Sebab TAO MANJA HABIS....KYAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA!!!!!!!!!!!!!!!!!


Jap,knp sy rasa eksited lebih ni?
sobs~~ :')

Fighting author-nim <333

XOXO,
LovelyIna.
nurulizzahramanlee
#10
Chapter 7: Yehet.... Dont forget to update this story.... Update soon