Pagi Yang Tak Disangka-Sangka

Dia Huang Zi Tao?!

*geunyang hayeomeopssi nunmuri na, geunyang hayeomeopssi seogeulpeojjeo..*

 

"Huh? Ugh, baru pukul 4 setengah.." gumam Ain, menenyeh matanya yang masih tertutup sambil menekan butang 'snooze' di telefon bimbitnya. "Woi.. dah bangun? Awal lagi ni, takkan nak balik dah? Azan subuh pun belum lagi.." kawannya si Ainiza yang tidur di sebelah terjaga setelah lagu Aftermath nyanyian ZE:A berkumandang dengan kuat di tepi telinga mereka berdua.

"Tak lah.. Aku 'snooze' penggera sekejap. Pukul 6 bangun lain.." katanya, dan kembali tidur.


*warrior, taeyangare noreul matgyobwa, nae gaseume bureul jipyobwa, digi-digi-dom digi-digi-dom!* penggera berbunyi lagi.

"Wei, dah pukul 6:15.. Aku balik dulu lah wei.." kata Ain, sambil mengikat rambut dan mengangkat buku-buku pelajaran yang dibawa semalam. "Nak aku teman balik?" tanya Ainiza. Ain hanya senyum, "tak payah lah. Aku boleh balik sorang, lagi pun dah azan.. Bye, jumpa Sabtu ni tau tusyen!"

Selepas menutup pintu gril rumah kawannya, Ain berjalan perlahan, dengan tangan kanannya memegang buku dan kirinya memegang telefon bimbit sambil memainkan lagu Angel nyanyian EXO. "At least tak lah rasa takut sangat.." katanya dalam hati.

 

Sebenarnya Ain bukanlah berani sangat. Sebab dia memainkan lagu adalah dia tak mahu melihat ke depan, kerana rumahnya perlu melalui jalan mati yang menuju ke dalam hutan. Rasa takut tiba-tiba datang, dan Ain menguatkan volum lagu. Di atas kepalanya terdengar bunyi kapal terbang yang kuat.

"Aik? Awal flight terbang hari ni?" bisik hati Ain namun masih memandang telefon. Dan tiba-tiba...

 

*booom!* letupan yang kuat muncul di depan mata Ain, beberapa kilometer di hadapannya. Rupanya kapal terbang terhempas! Betul-betul di kawasan hutan di depan rumahnya. Jantungnya terasa bagai terhenti sejenak sebelum terfikir "aku kena bagi tahu opah ni!" bisik hati Ain, dan dia mengikut gerak hatinya yang pertama; lari balik ke rumah.

Sekuat hati Ain mengetuk pintu rumah, mengharapkan opah kesayangannya sudah bangun. Kemudian, terdengar bunyi besi dari sebalik pintu. "Opah, buka pintu cepat! Ada kapal terbang terhempas kat hutan depan tu! Cepat opah, cepat!" dia berkata sepantas mungkin. "Hai la kakak ni, cakap tu bagi pelan-pelan sikit. Opah mana nak faham kakak cakap macam peluru sesat!"

"Tu opah.. Kat hutan tu... Ada kapal terbang jatuh.." kata Ain sepatah demi sepatah. Segera dia menarik lengan opahnya pergi melihat keadaan kapal terbang itu. Terasa bahang daripada kapal terbang menerpa ke muka Ain. Entah kenapa dia memberanikan diri untuk melihat. Dia memerhati, kalau-kalau ada orang yang terselamat.

"Kakak, tengok sat kat situ. Opah rasa macam ada benda bergerak.." opahnya menujukan jari ke arah ekor kapal terbang. Eh, memang ada benda bergerak la..

 

"Urgh.. Urgh.." suara yang amat lemah memecah kesunyian. "Opah! Orang lah!" Ain meluru ke arah orang itu. Dia merangkak keluar dari kapal terbang, bajunya habis koyak dan wajahnya calar-balar. Cepat-cepat Ain memapahnya bangun, melihat wajah mangsa sekali imbas. Macam familiar la muka mamat ni , kata Ain dalam hati. Opah menepuk bahu Ain."Larat ke kakak angkat orang tu sorang? Meh sini opah tolong sekali.." katanya cemas.

"Tak payah lah opah. Sat lagi kalau opah jatuh takkan kakak nak angkat dua orang sekali?" Ain memprotes, bimbang akan keselamatan opah. Dengan sekuat hati, Ain memapah lelaki itu balik. Adoi beratnya mamat ni, rungut Ain. Namun melihat keadaan lelaki itu, dia gagahkan diri. "Opah, buka pintu rumah. Kakak papah dia masuk."


Apa yang terjadi sebenarnya? Tao cuba mengingati apa yang terjadi sebelum kapal terbang itu terhempas. Rasa menyesal la pula tak dengar cakap Kris, fikir Tao. Kaki dan tangannya rasa pedih. Mungkin cedera, fikir Tao.

Sebenarnya inilah kali pertama dia bercuti di negara asing tanpa memberitahu sesiapa langsung. Kalau di Korea, boleh la ke dorm EXO. Kalau di China, bolehlah dia balik ke rumah emak dan ayahnya.

Sedar-sedar, dia tersepit di antara mayat dan kerusi penumpang lain. Rasa ngeri juga melihat mayat yang betul di depan mata. Teringat filem-filem aksi yang pernah ditontonnya dulu di dorm. Jika dalam kecemasan sebegini, perkara utama yang perlu dibuat adalah; keluar. Cepat-cepat dia menyelitkan diri, dan merangkak keluar dari tempat duduk, matanya liar mencari jalan keluar.

Kakinya rasa makin pedih. Makin ditarik, makin sakit rasanya. Namun Tao tidak putus asa, dia tak mahu mati dalam nahas kapal terbang. Dia tak mahu keluarganya ingat dia mati, semua ahli ingat dia mati, pengurusan SM ingat dia mati. Dan yang paling teruk, peminat ingat dia mati.

Bila terfikirkan hal itu, semangatnya untuk hidup membara dalam hati. Sakit di kaki dilupakan, perasaan untuk kekal hidup meluap-luap dalam dada Tao. Dia merangkak keluar melalui tingkap yang pecah.

Ketika itulah, dia ternampak kelibat manusia. Harapannya untuk hidup kian cerah. Dia terdengar suara. "Urgh.. Urgh.." Tao mendengus lemah. Badannya rasa letih yang teramat. Bila dia menutup matanya, terasa badannya diangkat. Digagahkan matanya untuk dibuka supaya dia dapat melihat siapa yang menyelamatkannya.

Budak perempuan. Dan seorang perempuan tua.


"Nampaknya, ada seorang mangsa tak dijumpai. Ada kemungkinan dia terjatuh di tempat lain, ataupun terbakar." kata bomba itu kepada polis yang bertugas.

"Okey baiklah. Tapi, adakah mangsa yang hilang tu warga tempatan atau warga asing?" tanya si polis, sambil menyemak butiran-butiran milik mangsa-mangsa. "Nampak gayanya warga asing tuan. Nama Edison Huang, warganegara China." rakan sekerjanya memberitahu. Dia mendekati seorang pemuda yang sedang berdiri tidak jauh daripada mereka.

"Betulkah awak dengar letupan seawal pukul 7 pagi?" dia bertanya. "Saya rasa mungkin lebih awal, sebab saya bangun pun dah dekat pukul 7 tuan.." balasnya acuh tak acuh.

 

BERITA PUKUL 9 PAGI

 

Satu nahas kapal terbang kecil telah berlaku awal pagi tadi di kampung Padang Pauh, Perlis melibatkan sekurang-kurangnya 15 orang penumpang. 14 daripadanya dikenalpasti sebagai warga tempatan, manakala seorang lagi dikenalpasti sebagai warga asing. Mayatnya masih belum dijumpai dan polis kini giat menjalankan operasi mencari.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
K-rul_42 #1
Chapter 11: Bestlh fanfic ni ^^ . Btw update soon pls ^^
AuziSalsabila #2
Chapter 11: Xpe....sy tunggu..hehehe...jgn lupa update yea
4DwindflowerJS
#3
Chapter 7: Pwahahahahahaha xD serius gelak golek2 bayang dorang suma tuh.... ff terbaik maaa!! ≧﹏≦ comey gila...........!! Tetiba plak boleh falling kat si tao sekarang...... ouo tomeeeyyy~~ update laaa! *Gigit bantal*
Nursyuhada
#4
Chapter 7: kai..hahaha ><
sayhershe
#5
Chapter 7: Tao-yah... aigoo neomu kiyowo.. hahaaa sengal punya Kai.. kan dah dibodohkan dgn Luhaeenn... wakawaka... xD
woonicorn_syah
#6
Chapter 7: Dari malaysia boleh pulak dia baca thailand xD
AhSongyi #7
Chapter 7: Kai..Salah tempat xD
AhSongyi #8
Chapter 6: alahai.dahlah tengah syok baca T^T
LovelyIna
#9
Chapter 7: Kyaaaaaaaaaaaaaaaaaa! Kyaaaa!! Kyaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!!!!!!! Seriusly meroyan terok baca ff ni T^T

sobs.. nak nangis... Tao~~ Oh my.. err.. *okey speechless*
Ehhh, geram kot kat Tao ni.. cium kang xD Haaaaaa~

paling tak tahan part karipap dgn tido atas riba tu... oh mai.. sy dri duduk atas kerusi terus bngun.. jalan-jalan dulu then kipas-kipas muka habis... Sebab TAO MANJA HABIS....KYAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA!!!!!!!!!!!!!!!!!


Jap,knp sy rasa eksited lebih ni?
sobs~~ :')

Fighting author-nim <333

XOXO,
LovelyIna.
nurulizzahramanlee
#10
Chapter 7: Yehet.... Dont forget to update this story.... Update soon