Lovey dovey much??

Dia Huang Zi Tao?!

"Jadi.. Dia setuju?" tanya Mia dan Ain. Agak lama juga Erika dan 'abang' bersembang, dan sampai tersenyum tersengih segala. Apa lah yang dua orang ni bercakap tadi?

"Yep. So get ready la, and hangpa jangan bagi kena demam selsema pulak. Nanti susah nak pi."

_____________________________________________________________________________________________

Maka selepas berbincang sedikit sebanyak yang mungkin, sampailah hari yang ditunggu-tunggu oleh ketiga-tiga gadis itu bersama Tao. "semua dah ada kakak?" "Sat.. Duit, beg baju, kad pengenalan. Okey, beres! Semua ada."
Ain mengerling Tao yang agak kekok, memakai baju-T biru dan seluar slack. Nasiblah baju-baju arwah atuk muat dengan Tao, walaupun agak longgar. Kalau tidak terpaksalah berhabis sedikit wang untuk membeli baju baru buatnya. Namun begitu, Tao tidak merungut. Dia pula menggalas beg yang diberi opah, memuatkan beberapa helaian baju dan seluar yang diberi, dan dompetnya yang sedikit hangus akibat terkena api tempoh hari. Adalah sedikit kad kredit dengan duit walaupun duit Yuan, kata Tao dalam hati.
 
Sebenarnya, kalau ikut rasa hati Tao, dia taknak pakai saja baju yang diberi ni. Mana tak, baju lusuh, bekas orang mati pulak tu. Banyak suwey oh orang cakap. Dan, pakaian tak menepati citarasa si fesyenista dari Qingdao ini. "Hmm.. kalau ada baju elok-elok dekat 'langkawi' ni, boleh la aku beli sikit baju baru.. Tak ada lah pakai baju old fashion ni..." Tao berangan, tersenyum simpul.
 
"Ish, mana lah kawan-kawan hang ni kakak, mek Ika dengan Mia ni? Tak sampai-sampai lagi! Matahari dah terpacak atas dahi dah ni!" opah membebel sedikit. "Tunggu lah sat opah.. Sat lagi mai la depa tu.. Ha, panjang umur!" kata Ain, sebaik terlihat Ika yang termengah-mengah berlari, sambil menggalas beg di bahu. "Sorry, ada problem sikit tadi! Jom, Mia dah tahan teksi dekat tepi batas!" tempik Ika.
Dengan tergesa-gesa, Ain menyalami tangan opah, lalu berlari ke arah mereka, diikuti Tao. "Come on, faster!" Ika menempik. Ain pun berlari sepantas mungkin, tiba-tiba tangannya ditarik oleh Tao, yang berlari laju. Lajunya abang ni lari, bisik hati Ain. Maka, adegan bagaikan filem Hindustan pun terpampang di depan mata Ika yang tercengang. "Biar betul depa dua ni.. Pegang-pegang tangan.." katanya perlahan.
Terkejut, namun Ain tetap memegang tangan Tao.­­­­­­­­­
_____________________________________________________________________________________________
"Amboi la, lamanya hangpa ni pun.. Dah, cepat masuk!" marah Mia dengan muka masam mencuka. "Ala hang ni, paham-paham la aku ni.. Mana boleh lari-lari, lelah nanti..". Tao yang bingung merapati Ika. "What's 'lelah'?" dia berbisik.
"Huh? Ah, she say she can't run, asthma. 'Lelah' means asthma.." terang Ika, masih sedikit terkejut. Tao mengangguk tanda faham. Tertanya-tanya juga, kenapa sepupu Ain ni, dengan selamba badaknya, pegang tangan Ain? Walaupun dia faham, dia bukan orang sini, tetapi takkanlah sampai tak tahu adab?
Ain mengesat peluh yang menitik di dahi. "Hang okey?" tanya Mia. "Okey ja.. Don't worry lah.." Ain menguntum senyuman kecil. Teksi pun meluncur laju ke jeti Kuala Perlis.
"Fuh, tiket dah beli.. So, what now?" tanya Ain, yang pulang sambil memegang empat keping tiket feri. Tao memegang perutnya yang berbunyi. "Err.. Ain.. Rasanya sepupu hang ni, lapar.. Aku boleh dengar bunyi perut dia menyanyi dah.." gelak Mia. Ika berbisik kepada Tao, dan jejaka tinggi lampai itu hanya mengangguk faham. Alahai, macam tukang penterjemah la pulak si Ika tu.
"So.. kita beli burger sorang sebiji dulu, lepas tu beli kuih-kuih sikit buat bekal atas feri, boleh?" cadang Ika. Semua orang mengangguk setuju. "Aku dengan Mia, beli burger. Ain dengan Abang, pi beli kuih. Okey, go go!" Mia dan Ika berlalu dahulu ke gerai burger. Ain dan Tao bergegas ke gerai kuih seberang jalan. "Makcik, karipap 4 ringgit!" Tao yang melihat, terliur. Aroma kuih karipap yang baru diangkat dari kuali melingkari deria bau Tao.
"Can I have one?" tanya Tao sebaik plastik bungkusan karipap bertukar tangan. Ain pun dengan senang hati menyuakan sebiji kepada Tao yang lapar. "Careful, hot.."
Tao, yang agak ragu-ragu untuk memegang, membuka mulutnya seluas mungkin. "Aaah..." dia berlagak manja. Ain yang agak terkejut dan berasa malu sekejap, namun menyuapkan juga karipap itu ke dalam mulut Tao. Mata-mata di sekeliling memerhatikan mereka berdua, bagaikan pasangan kekasih yang comel. Seorang tinggi menggalah, seorang lagi pendek ketot comel sahaja. "Amboi... Lovey dovey la dua orang tu... Dah la, cepat jom. Nak pi Langkawi dak?"
Mendengar suara  Mia yang memerli dari jauh, dan Ika yang berdiri di sebelahnya ternganga sedikit. Ain tertunduk sedikit, berjalan kembali ke jeti diikuti Tao. Tiba-tiba bahu Ain ditampar manja. "Hangpa dua ni la.... macam kapel pun ada tau dak?" ketawanya kuat, membuatkan orang lain melihat ke arah mereka. "Ish Mia ni... Mulut tu... jaga la sikit.." bisik Ika separuh menjeling.

"179, 180... Sini." kata Ika, sambil memberikan tiket kepada Ain. "Eh? Takkan dua tempat duduk saja?" tanya Ain. "Ala, dah kak yang dekat kaunter tiket tu cakap yang ni saja yang ada.. Nak duduk ke tak?" "Ala Ain oi, bukannya nak suruh hang duduk seronok-seronok dengan abang sepupu hang tu pun.." celah Mia pula yang ketawa kecil. "Apalah hangpa berdua ni.. Asyik nak kenakan aku saja.."

"Dah, dah. Pi duduk dulu. Nah burger hang dengan abang sepupu hang punya." Ika menyuakan bungkusan makanan kepada Tao yang berdiri tanpa sepatah kata dan berlalu ke tempat duduk, diikuti Mia. Mahu tak mahu, duduk sajalah. Ain pun beredar ke tempat duduk, diikuti Tao. Kebetulan, tempat duduk mereka betul-betul di belakang sekali, dan malangnya paling dekat dengan pendingin hawa. Ain yang menyedari keadaan mula cuak. "Adoi... Tempat sejuk ni...." rungutnya perlahan.

Tao duduk di tepi tingkap dengan rasa teruja. Dah lama tak naik feri macam ni, katanya dalam hati. Tangannya sudah membuka bungkusan burger yang masih panas sebaik feri mula berjalan. Ain pula, menyelongkar beg baju, untuk mencari sweater. "Harap-harap tahan la sikit sejuk pakai sweater ni.." Tao masih tidak mempedulikan Ain yang kesejukan, asyik memandang lautan yang luas dengan mulut penuh dengan roti dan daging.

Setelah berlalu beberapa ketika, Ain yang kesejukan mula memejamkan mata. "Baik aku tidur sejuk-sejuk ni.. Nanti sampai orang kejut jugak.." bisik kata hatinya. Punyalah rasa mengantuk Ain tidak sedar yang dia terlentokkan kepalanya ke lengan Tao yang sedang menonton filem aksi bahasa Inggeris yang diapaparkan di kaca televisyen. Terasa sedikit beban di sisinya, Tao melihat. Rupanya si gadis yang duduk di sebelahnya tertidur. Comel la pulak Ain ni, kata Tao dalam hati, tersenyum kecil.

Perlahan-lahan dia mengangkat pengasing tempat duduk, dan mengalihkan kepala Ain dengan cermat ke ribaannya. Nanti kalau sandar begitu, kau mesti letih tengkuk dan aku akan rasa lenguh bahu, fikir Tao lagi. "Hmm..." keluh Ain perlahan, tidak menyedari keadaan sekeliling. Tao mengambil sehelai tuala dari dalam beg, dan melipatnya untuk dijadikan bantal. Secermat mungkin, dia meletakkan bantal di bawah kepala Ain. Walaupun tiada pertalian darah, Tao merasakan tiada salahnya menolong Ain untuk tidur dengan lebih selesa.


"Wei... Tengok tu.. Bukan dia tu.." suatu suara berbisik kepada orang sebelahhnya, sambil menunjukkan jarinya ke arah Tao dan Ain. "Eh.. Macam kenal la.." mereka berdua berpandangan kepada satu sama lain. "Habis, sapa dengan dia tu?" "Tulah yang aku nak cakap tadi.. Sebab depa dua nampak rapat semacam..." kata si kaca mata.

"Aik? Dia letak kepala budak tu atas riba dia?! Ish, tak reti adab ke apa hah?" katanya separuh meninggi suara. "Shhh... jangan cakap kuat-kuat.. Tengok betul-betul.. Dia letak tuala tu, buat bantal..".

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

HAI SEMUA PEMBACA DIA HUANG ZI TAO!! *DISEPAK* AHAHAHA, SORI LA DAH BERKURUN BERABAD BERMILENNIUM TAK UPDATE LANGSUNG PASAL CERITA NI! ALMAKLUMLAH TERKENA BADAI WRITER'S BLOCK. SO TO EVERYONE, AUTHOR-NIM MINTAK MAHAP SANGAT-SANGAT!!!!

 

and tiada update dalam masa terdekat. Author-nim ade business trip minggu depan..

 

sila tinggalkan komen dalam pelbagai bentuk dan kalau tak kedekut... upvote sekali eh?

 

*salam hormat dari ooPanda gila*

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
K-rul_42 #1
Chapter 11: Bestlh fanfic ni ^^ . Btw update soon pls ^^
AuziSalsabila #2
Chapter 11: Xpe....sy tunggu..hehehe...jgn lupa update yea
4DwindflowerJS
#3
Chapter 7: Pwahahahahahaha xD serius gelak golek2 bayang dorang suma tuh.... ff terbaik maaa!! ≧﹏≦ comey gila...........!! Tetiba plak boleh falling kat si tao sekarang...... ouo tomeeeyyy~~ update laaa! *Gigit bantal*
Nursyuhada
#4
Chapter 7: kai..hahaha ><
sayhershe
#5
Chapter 7: Tao-yah... aigoo neomu kiyowo.. hahaaa sengal punya Kai.. kan dah dibodohkan dgn Luhaeenn... wakawaka... xD
woonicorn_syah
#6
Chapter 7: Dari malaysia boleh pulak dia baca thailand xD
AhSongyi #7
Chapter 7: Kai..Salah tempat xD
AhSongyi #8
Chapter 6: alahai.dahlah tengah syok baca T^T
LovelyIna
#9
Chapter 7: Kyaaaaaaaaaaaaaaaaaa! Kyaaaa!! Kyaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!!!!!!! Seriusly meroyan terok baca ff ni T^T

sobs.. nak nangis... Tao~~ Oh my.. err.. *okey speechless*
Ehhh, geram kot kat Tao ni.. cium kang xD Haaaaaa~

paling tak tahan part karipap dgn tido atas riba tu... oh mai.. sy dri duduk atas kerusi terus bngun.. jalan-jalan dulu then kipas-kipas muka habis... Sebab TAO MANJA HABIS....KYAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA!!!!!!!!!!!!!!!!!


Jap,knp sy rasa eksited lebih ni?
sobs~~ :')

Fighting author-nim <333

XOXO,
LovelyIna.
nurulizzahramanlee
#10
Chapter 7: Yehet.... Dont forget to update this story.... Update soon