Hanya awak...

Gangster Boy and Flower Boy??

 

"Siapa dia tu?" soal Changjo yang masih tidak mempercayai kata-kata L.Joe bahawa dia tidak mengenali budak lelaki tadi.

 

"Siapa? Oh, dia tu. Mana saya kenal dia. Baru hari ni saya tengok dia. Dia budak baru agaknya." L.Joe berdalih. Mana taknya, kalau dia mengaku yang dia dengan budak itu pernah berjumpa (walaupun secara tak sengaja), Changjo akan tuduh L.Joe yang bukan-bukan. L.Joe kenal sangat perangai Changjo tu. Suka cemburu buta.

 

"Betul ke kau tak kenal dia? Kau jangan nak tipu aku." Changjo memerhati reaksi L.Joe untuk pastikan L.Joe tidak menipunya sebab dia tahu L.Joe bukan jenis yang suka menipu, dan L.Joe tak pandai menipu. Dan setiap kali L.Joe menipu, dia takkan berani bertentang mata dengan orang yang ditipunya, dan itulah yang dibuat L.Joe sekarang.

 

"T-Tak la. Betul la saya tak kenal dia. Mana ada saya tipu." ucap L.Joe yang memandang ke arah lain, membuatkan Changjo tahu yang dia sedang menipu.

 

"Kau tipu aku!" tengking Changjo membuatkan L.Joe sentap.

 

"Jo, sa-saya..." L.Joe tergagap. Dia memaut tangan Changjo supaya Changjo tidak tinggalkannya.

 

Changjo menyentap kasar tangan L.Joe.

 

"Suka hati kau la nak buat apapun! Bukannya ada kena mengenanya ngan aku. Kita dah putus, kan? So, blah ah!" marah Changjo sebelum dia beredar meninggalkan L.Joe.

 

'Kenapa awak buat saya macam ni?' air mata L.Joe berlinangan jatuh ke pipinya. Hatinya sakit diperlakukan sebegitu.

 

Kenapa jadi macam ni? Dia sentiasa bersabar dengan apa yang Changjo buat padanya, tapi kenapa Changjo tak pernah menghargainya. Walaupun dah berkali-kali Changjo minta putus, tapi L.joe masih kekal setia, namun kesetiaannya itu tidak dihargai. Waktu itu, L.Joe mula merasa was-was. Patutkah dia stay dengan Changjo, atau putus seperti yang dimahukan Changjo? L.Joe bingung.

 

'Jo, kenapa awak buat saya macam ni?' rintih hati L.Joe. 

 

'Kesian. Dia tu taknak, aku nak.' getus hati orang yang menghendap pasangan itu daripada tadi dan telah mendengar semuanya daripada awal.

 

L.Joe duduk di Taman Sains sendirian pada waktu rehat. Dia ingin mengajak Changjo seperti selalu untuk rehat bersamanya, tapi niatnya terbatal apabila dia ternampak Changjo kelihatan mesra dengan seorang pelajar lain. 

 

"Mudahnya awak cari pengganti saya. Nampaknya awak memang nak sangat putus dengan saya. Apa salah saya? Kenapa awak buat saya macam ni?" L.Joe bergumam sendirian sambil dia bermain dengan jari-jemarinya. Sesekali dia mengesat air matanya yang mengalir tanpa dipinta.

 

"Hey sweetie, sorang saja, ke?" tegur satu suara dari arah belakang, membuatkan L.Joe terkejut sedikit. 

 

L.Joe segera berpaling dan pelajar lelaki yang bergaduh dengan Changjo sebentar tadi menghampirinya. 

 

"Awak buat apa kat sini sorang-sorang? Mana kekasih awak tu? Ke korang dah putus? Kalau korang dah putus, boleh la saya try awak." ucap pelajar lelaki itu dengan selamba. Dia mengambil tempat kosong di hadapan L.Joe.

 

L.Joe merasa terganggu. Tanpa berkata apa-apa, dia bangun dari duduknya dengan niat untuk beredar. Dia tidak mahu hubungannya dengan Changjo yang dah keruh, akan semakin keruh kalau Changjo nampak mereka bersama. Dia masih lagi berharap hubungan mereka dapat dibaiki kerana cintanya hanya untuk Changjo.

 

"Awak nak ke mana?" soal pelajar lelaki itu.

 

L.Joe tidak menjawab. Dia memulakan langkahnya untuk meninggalkan pelajar lelaki itu apabila tangannya ditarik kasar oleh pelajar itu.

 

"Yah! Lepas la!" teriak L.Joe.

 

"Pakwe kau dah taknak kau. Apa kata kau bagi aku peluang." ucap pelajar itu dengan sinisnya.

 

"Lepas la!" L.Joe bergelut untuk melepaskan dirinya.

 

"Nama aku Chanhee, tapi orang panggil aku Chunji. So, ikut kau la nak panggil apa. Aku ikut jer." 

 

"Aku tak kisah siapa kau. Just lepaskan aku!" L.Joe merentap kuat tangan Chunji, untuk melepaskan dirinya. Dia memandang tajam ke arah Chunji. "Jangan ganggu aku lagi, faham?!!" tengking L.Joe sebelum dia segera beredar daripada situ.

 

Chunji hanya melihat pemergian L.Joe dengan senyuman sinis.

 

Sepanjang sesi persekolahan pada hari itu, Changjo dan L.Joe masing-masing tidak bertegur sapa. Mereka seperti orang asing setiap kali bertembung. Dan hubungan mereka jadi semakin teruk apabila Chunji diperkenalkan sebagai pelajar baru di dalam kelas mereka. Chunji tak henti-henti cuba merapati L.Joe walaupun L.Joe berkali-kali menolaknya. Changjo yang semakin tak tertahan melihat mereka berdua itu, segera keluar dari kelas menuju entah ke mana.

 

'Ke mana dia nak pergi? Tak bagitau akupun. Wait! Kitorang dah putus, so memang patut la dia tak bagitau aku. Hmm...' L.Joe muram. Kemudian, sesuatu menerjah ke dalam fikirannya. 'Takkan la dia jealous tengok aku dengan Chunji?' satu senyuman muncul di wajahnya. 'Dia jealous, means dia still sayangkan aku!'

 

Kriingg!!

 

Loceng yang menandakan tamat waktu sekolah berbunyi, oleh itu L.Joe segera keluar daripada kelas untuk mencari Changjo yang hilang entah ke mana. Chunji yang melihat kelakuan L.Joe dari tempat duduknya, segera mengekori L.Joe.

 

Di tepi sebuah tasik yang tidak jauh dari kawasan sekolah, kelihatan Changjo sedang duduk di atas rumput sambil membaling batu-batu kecil yang ada ke arah tasik.

 

"Tak guna betul!" Changjo melempar sebiji batu ke arah tasik. "Buat apa aku nak sakit hati bila tengok diorang berdua tu? Aku dah takda apa-apa dengan Hunnie, so aku patut abaikan jer. Ish!" dia melempar sebiji batu lagi ke dalam tasik.

 

"Itu maknanya, awak still sayangkan saya lagi." ucap satu suara dari arah belakang Changjo membuatkan Changjo terkejut dan segera menoleh.

 

"Kau buat apa kat sini? Kita dah takda apa-apa. Baik kau blah!" tegas Changjo.

 

"Taknak! Saya nak bersama awak kat sini!" ucap L.Joe lantas dia duduk di sebelah Changjo dan memaut lengannya.

 

Changjo menarik tangannya semula.

 

"Yah! Kau tak takut boyfriend baru kau marah, ka? Baik kau blah!" arah Changjo.

 

"Saya takda boyfriend lain selain awak. Dan saya akan stay dengan awak sampai bila-bila, tak kira la apapun yang jadi sebab saya tau awak masih sayangkan saya." L.Joe memaut semula lengan Changjo.

 

Changjo menarik tangannya semula, dan berdiri.

 

"Kau jangan nak perasan. Aku dah tak sayangkan kau, faham?" tegas Changjo.

 

L.Joe ikut berdiri, dan kini mereka berhadapan.

 

"Saya tak percaya. Saya tau awak masih sayangkan saya. Kalau tak, awak takkan cemburu bila dia tu cuba nak dekat dengan saya. Kan?" L.Joe tersenyum comel, membuatkan Changjo salah tingkah.

 

"Bi-Bila aku cemburu? Takda masanya aku nak cemburu." Changjo sedikit tergagap melihat L.Joe seperti itu. "Lagipun kita dah putus kan, so untuk apa aku cemburu lagi. Kau dah bebas untuk bersama sesiapapun, takda kena mengena dengan aku dah." dalih Changjo apabila L.Joe berjaya meneka perasaan yang dinafikannya sendiri.

 

"Awak yang nak putus dengan saya, tapi saya taknak. Saya still nak kat awak." L.Joe cuba memujuk Changjo untuk bersama semula dan dia tahu setiap kali cubaannya itu akan berjaya kerana Changjo tidak boleh menolak dirinya.

 

"Ish, dah lewat. Aku nak balik." Changjo yang tidak mampu berkata lagi, mula melangkah pergi.

 

"Tunggu la saya." L.Joe mengejarnya dan memimpin tangan Changjo dengan gembiranya. 

 

Changjo hanya mampu mengeluh. Dia tahu, dia tidak boleh menang kalau gaduh dengan L.Joe kerana L.Joe selalu sahaja berhasil buat dia cair semula dengan caranya sendiri.

 

'Tak guna! Dah berbaik plak.'

 


 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Wu_Family_EXO
#1
Chapter 6: kenapa nak tukar?? but it's up to you..

maybe
-krisho
-kaihun
-taekook
-namjin
-chanbaek
-jeongcheol
-meanie (mingyu&wonwoo)

atau kalau author ada pilihan silakan.. ^^