Saya masih sayangkan awak!

Gangster Boy and Flower Boy??

 

KRiinggggg!!!!!

 

Loceng sekolah yang menandakan waktu pulang telahpun berbunyi. Semua pelajar bergegas keluar dari kelas masing-masing untuk pulang, namun L.Joe masih kekal di dalam kelasnya bersama Changjo. Changjo sedang tidur di mejanya. Dan L.Joe hanya duduk di kerusi di hadapan meja Changjo sambil memandang kekasihnya itu yang sedang nyenyak tidur. L.Joe tersenyum. Dia membelai kepala Changjo dan bermain-main dengan rambutnya.

 

"Walaupun awak sentiasa minta putus, tapi saya akan tetap bersama awak, sebab saya tau awak tak maksudkannya. Awak masih sukakan saya, dan sayapun sukakan awak." L.Joe bergumam, lalu dia mengucup dahi Changjo. "Saranghae~"

 

Changjo terasa kehangatan di dahinya lantas dia membuka matanya dan memanggung kepalanya. "Yah! Kau buat apa ni?!" marah Changjo apabila dia menyedari L.Joe sedang mencium dahinya tadi. L.Joe segera memalingkan mukanya untuk menyembunyikan rupanya yang dah 'blushing' terover disebabkan dia dah tertangkap sewaktu mencium dahi Changjo tadi.

 

"Saya...urm..."

 

"Yang kau pi cium dahi aku apahal?! Kalau dah gatal sangat nak bercumbu-cumbuan, pergi cari budak-budak yang kononnya nak minta tunjuk ajar kau dalam pelajaran tu." Changjo segera bangun dari kerusinya.

 

"Jo, apa awak cakap ni? Kasarnya bahasa awak pada saya. Apa salah saya Jo sampai awak tak pernah nak jaga perasaan saya?" ucap L.Joe dengan bergenang air mata. Diapun bangun dari kerusi dan berhadapan dengan Changjo.

 

"Suka hati aku lah nak layan kau macam mana pun. Kalau kau dah tak tahan dengan perangai aku, baik kau blah! Lagipun, aku dah minta putus berkali-kali, kan? Cuma kau jer yang tak tau malu. Asyik nak berkepik dengan orang yang dah tak sudi." Changjo memerli L.Joe sekerasnya.

 

L.Joe menundukkan kepalanya. Dia cuba menahan tangisannya dan memujuk dirinya supaya bersabar dengan karenah Changjo kerana dia masih mencintai Changjo. Hatinya semakin sebak.

 

"Nak nangis la tu? Dah takda kerja lain. Asyik nak menangis jer kerja kau." Changjo menggenggam pergelangan tangan L.Joe. "Hei, jangan nak buat muka kesian la kat sini. Aku meluat tau tak? Asal aku naik angin je, kau nangis. Asal aku marah je, kau nangis. Kau ni lembut hati sangat la. Eh, kalau kau nak tau, kau tu sebenarnya tak layak nak couple ngan aku. Kau tau tak aku malu ada 'gf' yang lembik and emosional cam kau ni? Dah la!" Changjo menyentap tangan L.Joe dengan kasar. "Aku nak balik! Kau jangan ikut aku."

 

"Jo! Awak taknak temankan saya ke kelas piano ke?" ucap L.Joe dengan suara yang tersekat-sekat tatkala dia cuba menahan tangisannya. Hatinya begitu sakit. Dia terluka dengan kata-kata Changjo tadi, tapi disebabkan cintanya yang mendalam terhadap lelaki itu, membuatkan dia terus bertahan.

 

"Apa? Yah! Kau pekak ke apa?! Kau ni memang takda perasaan ke? Aku marah kau, aku maki kau tapi kau boleh buat cam takda apa-apa? Lantak kau la! Kelas piano ke apa ke, ada aku kisah." Changjo menggalas begnya dan segera melangkah keluar dari kelas.

 

L.Joe segera mengesat air matanya. "Aku tak boleh nangis. Jo, tak suka aku manja macam ni. Aku kena tahan walau apapun yang dia cakap. Aku tau dia mesti cuba nak uji setakat mana kesetiaan aku kat dia." L.Joe cuba mengukir senyuman. "Aku sayang dia. Aku kena kuat." L.Joe menggalas begnya dan dia bergegas mengejar Changjo. "Jo! Jo, tunggu la!"

 

L.Joe segera menghampiri Changjo dan berjalan di sebelahnya. Dan dengan perlahan dia memimpin tangan Changjo. Changjo menghentikan langkahnya dan L.Joe juga berhenti. Changjo menjengil ke arahnya. L.Joe memalingkan mukanya ke arah lain, namun tangannya masih erat memimpin tangan Changjo. Changjo tidak berkata apa-apa, tapi dia cuba meleraikan pegangan tangan L.Joe, namun gagal.

 

"Yah! Kenapa kau pegang tangan aku kuat sangat?" marah Changjo.

 

"Kuat? Mana ada kuat? Kan awak kata saya ni lembik, so mustahil saya ni kuat." L.Joe memerli Changjo dengan kata-katanya tadi. "Entah-entah, awak yang lembik kot? Eh bukan lembik, tapi paling lembik sebab awak tak boleh nak lepaskan pegangan tangan dari si lembik ni."

 

"Kau perli aku, ya?"

 

"Eh bila saya perli awak?Saya cuma cakap apa yang betul. Awak ni emosional sangat la. Orang tak perli dia, dia kata orang perli plak." L.Joe tertawa.

 

"Berani kau gelakkan aku?"

 

"Bila saya gelakkan awak? Saya cuma ketawa. Hehehe..."

 

"Nak loyar buruk la plak."

 

"Cakaplah apa awak nak." L.Joe mengheret Changjo mengikutinya.

 

"Yah! Nak ke mana ni?"

 

"Ke kelas piano saya la. Awak ni dah nyanyuk ke? Kan masa rehat tadi awak dah janji nak temankan saya ke kelas piano, lepas tu kita pi makan kat tempat yang awak suka tu. Dah lupa?"

 

"Bila aku janji dengan kau? Aku tak jawab apapun. Lepaskan tangan aku!"

 

"Lepaskan tangan awak? Patutnya awak yang lepaskan tangan saya." L.Joe merujuk kepada tangannya yang dipegang oleh Changjo.

 

Changjo bingung. Eh, sejak bila tangan diorang bertukar posisi? Dia pasti tadi L.Joe yang memegang tangannya. Apa dah jadi? Changjo segera melepaskan tangan L.Joe. "Kau pergilah main piano sorang-sorang. Aku nak balik."

 

"Jo, janganlah balik dulu! Temankanlah saya. Saya ada kejutan untuk awak. Marilah!" L.Joe cuba memujuk Changjo dengan senyuman.

 

"Kejutan?" Changjo tersenyum sinis. "Apa? Kau nak berbogel depan aku, ke?" sindir Changjo. L.Joe tersentak.

 

"A-Apa maksud awak?" L.Joe memeluk tubuhnya. "Saya tak semurah itu, okey?"

 

"Yer la tu. Habis yang kau bagi budak-budak tu pegang-pegang kau apahal? Tak murah ke macam tu?"

 

"Saya tak faham."

 

Changjo merapati L.Joe dan merenung tajam ke arahnya. "Waktu kau nak ajar diorang subjek sains tadi, aku tengok bukan main lagi diorang sentuh-sentuh tangan kau dan kau pun biarkan je. Tak lama nanti, bukan saja tangan, tapi habis seluruh tubuh kau diorang dapat 'rasa'."

 

'PANG!' satu tamparan dari L.Joe mendarat di pipi Changjo. L.Joe mula mengalirkan air mata yang ditahan sejak dari tadi. Hinaan dan cemuhan yang lain dia boleh tahan, tapi ini dah melampau. Changjo mempersoalkan tentang maruah dirinya.

 

"Awak dah melampau, Jo! S-Sampai hati awak tuduh saya macam tu? Apa salah saya Jo? Kenapa awak benci sangat kat saya? Kalau betul awak tak sukakan saya, kenapa awak minta saya jadi kekasih awak? Kenapa?!" L.Joe mengesat air matanya yang mengalir tanpa henti. "Baiklah. Kalau awak dah betul-betul tak sukakan saya...saya akan pergi dari sini! Saya takkan muncul di hadapan awak lagi! We're over as you wish!" teriak L.Joe sebelum dia segera berlari sambil menangis meninggalkan Changjo yang hanya berdiri di situ.

 


 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Wu_Family_EXO
#1
Chapter 6: kenapa nak tukar?? but it's up to you..

maybe
-krisho
-kaihun
-taekook
-namjin
-chanbaek
-jeongcheol
-meanie (mingyu&wonwoo)

atau kalau author ada pilihan silakan.. ^^