Malay version~Final

My Baby...[English/Malay]

 

Setahun kemudian...

“Awak nak ke mana malam-malam ni?” soal C.A.P sewaktu dia melihat Niel membuka pintu dorm.

 

“Saya lapar. Kat rumah takda apa untuk dimakan. Awak tidurlah. Tak perlu risaukan saya.” Balas Niel dengan selamba sambil memakai kasut. Dia tidak perasan yang C.A.P sebenarnya risaukan dirinya.

 

“Lapar? Kita baru makan malam setengah jam yang lalu. Takkan awak lapar lagi?” C.A.P semakin kehairanan dengan sikap Niel yang selalu lapar, terutama pada waktu malam. Niel tersentak. Dia mulai teringat yang mereka sememangnya dah makan malam setengah jam yang lalu.

 

‘So why i’m still hungry? What’s wrong with me?’ Niel mulai bingung. Dia sendiri tidak memahami dirinya yang sering lapar di waktu malam sebegini. “Minnie, saya betul-betul lapar ni. Saya pergi dulu.” Niel segera beredar tanpa menghiraukan panggilan C.A.P.

 

C.A.P yang risaukan Niel, segera mengekorinya. Dia melihat Niel singgah di sebuah kedai makan di tepi jalan yang menjual mi sejuk.

 

“Niel tak suka mi sejuk, tapi kenapa dia makan?” ngomel C.A.P seorang diri.

 

C.A.P kemudiannya menghampiri Niel yang selesai memesan makanan. Niel terkejut melihat C.A.P yang mengambil tempat duduk di hadapannya.

 

“Awak buat apa kat sini? Kan saya dah pesan jangan risaukan saya.” C.A.P tidak mendengar kata-kata Niel itu, malah dia juga memesan makanan dengan selamba. Dia tidak mengendahkan Niel yang sedang merenungnya dengan penuh kehairanan.

 

“What?” soal C.A.P apabila Niel masih memandangnya.

 

“Kenapa awak ke sini? Awak mengintip saya, ke?” duga Niel.

 

“Intip awak? Apa yang saya dapat kalau intip awak?” gurau C.A.P sedikit tertawa dengan tekaan Niel itu. “Mengarutlah awak ni.”

 

“Apa-apa aje la.” Niel mula menjamu selera setelah mi sejuk dihidangkan di hadapannya. C.A.P melihat Niel makan dengan bersungguh-sungguh seperti itu adalah makanan kegemarannya.

 

“Wow, Niel! Seriously, what’s wrong with you?” soal C.A.P dan Niel berhenti makan lalu memandangnya.

 

“What? What’s wrong with me?” soal Niel.

 

“Awak pernah kata yang mi sejuk adalah makanan yang paling awak benci. Tapi kenapa sekarang awak makan macam ia makanan kegemaran awak?” Niel tergamam mendengar kata-kata C.A.P itu kerana ia benar.

 

“Saya...saya tak tahu...” Niel segera bangun dari kerusinya dengan rupa yang kekeliruan.

 

“Minnie, what’s wrong with me?” soal Niel dengan suara yang terketar. Dia mulai takut kerana dia telah membuat perkara yang luar dari kebiasaannya atau lebih tepat lagi, dia telah membuat perkara yang paling dibencinya iaitu dengan memakan mi sejuk (makanan yang dibencinya).

 

“Niel, are you okey? You look pale.” C.A.P juga bangun dari kerusinya dan dia menghampiri Niel. “Let’s go home before you fainted cuz you seem like you gonna faint at anytime.”

 

“Minnie, i...” belum sempat Niel menghabiskan ayatnya, perutnya terasa sakit. Dia mengerang kesakitan sambil memegang perutnya dan ini membuatkan C.A.P panik. C.A.P segera mendukung Niel dan membawanya menaiki kereta, lalu mereka menuju ke hospital.

 

Di hospital...

“Is he okey?” soal C.A.P sebaik sahaja doktor yang merawat Niel menghampirinya. Doktor itu tersenyum sebelum dia memberitahu berita yang mengejutkan C.A.P.

 

“Dia tak apa-apa. Dia cuma perlukan rehat yang cukup dan jangan bagi dia tekanan. Tekanan tak baik untuk kandungannya.”

 

“Kandungan apa? Doctor, what are you trying to say?” soal C.A.P yang mula mengesyaki sesuatu.

 

“Dia mengandung. Dan kandungannya dah hampir 3 bulan. Congratulations!” balas doktor itu sebelum beredar.

 

“Mengandung? 3 bulan?” C.A.P mulai bingung. “Takkanlah hanya satu malam boleh...tak! It can’t be...but Niel never cheating on me, so that’s mean that child is mine.”

 

“Minnie...” ucap Niel dengan perlahan sewaktu dia keluar dari bilik pemeriksaan. Air matanya mula mengalir kerana pada fikirannya, C.A.P tidak akan menerima anak ini dan dia juga belum bersedia untuk menghadapi semua ini bersendirian.

 

“Minnie, saya...saya tak sangka saya boleh hamil lagi. Kalau saya tau, tentu malam tu...” belum sempat Niel menghabiskan ayatnya, C.A.P segera memeluknya dengan erat.

 

“I’ll take care of you and the baby. So, don’t cry.” C.A.P meleraikan pelukan lalu dia mengesat air mata di pipi Niel. “Jangan rasa tertekan, ia tak baik untuk...” C.A.P menyentuh perut Niel, “...baby.”

 

“Minnie...” Niel terharu kerana C.A.P sanggup bertanggungjawab atas perkara ini. “You really mean it?” duga Niel.

 

“Of course i am! Dan saya takkan biar perkara setahun yang lalu berulang lagi. Terima kasih, Niel! Terima kasih bagi saya peluang untuk tebus kesilapan saya dulu.  I love you!” C.A.P mengucup bibir Niel. Mereka kelihatan begitu gembira dengan berita ini.

 

Mujurlah waktu itu, cuti musim panas telah bermula. Jadi, Niel ada masa rehat yang cukup tanpa perlu fikir hal sekolah. C.A.P pula bekerja di syarikat keluarganya untuk menampung hidup mereka.

 

***

 

6 bulan kemudian...

 

C.A.P yang baru pulang dari kerja dikejutkan dengan suara tangisan bayi, lalu dia bergegas mengikut arah datangnya suara itu dengan penuh debaran. “Niel...please no...”

 

Setibanya C.A.P di dalam biliknya, dia terkejut melihat Niel terbaring di lantai dengan tidak sedarkan diri. Di sampingnya pula kelihatan seorang bayi yang masih lagi berdarah sedang menangis.

 

“Oh my god, Niel!!” C.A.P segera mendapatkan Niel dan cuba menggerakkannya namun gagal. Kemudian, C.A.P segera menelefon ambulans. Dan sewaktu menunggu, “Niel, i’m sorry...saya sepatutnya di samping awak sewaktu kelahiran anak kita. Saya memang teruk...” C.A.P menangis sambil memegang tangan Niel.

 

“Minnie...” ucap Niel dengan perlahan apabila dia mulai sedar dari pengsan. Kesakitan yang tak tertanggung sewaktu melahirkan, membuat dia pengsan seketika.

 

“Niel, saya di sini. How do you feel?” soal C.A.P sambil meletakkan bantal di bawah kepala Niel.

 

“Saya okey...taklah sesakit tadi.” Balas Niel.

 

“I’m sorry...saya sepatutnya bersama awak. Saya tak patut tinggalkan awak yang dah cukup bulan bersendirian. I’m really sorry...” ucap C.A.P dengan penuh rasa bersalah.

 

“It’s okey...lagipun ia bukan salah awak. Baby yang nak keluar awal. Dia sepatutnya dilahirkan minggu depan.” Balas Niel dengan senyuman. Walaupun tubuhnya terasa lemah, tapi ini tidak menghalangnya dari mengukir senyuman untuk menghilangkan kerisauan C.A.P.

 

“Dia comel, kan?” soal Niel sambil menatap wajah bayinya itu.

 

“Secomel dan semanis awak, Niel.” Ucap C.A.P sambil mendukung bayi lelakinya yang baru dibedung dengan kain bersih. C.A.P mengucup dahi Niel.

 

“Thanks, Niellie! Awak dah berikan sesuatu yang sangat berharga buat saya. My precious baby!” C.A.P mengucup dahi bayinya itu. Niel hanya tersenyum melihat kemesraan antara seorang ayah dan bayinya. Dan dia berharap mereka akan hidup bahagia bersama selama-lamanya.

 

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~THE END~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
mpreggoland
this is my spontanious idea that i wrote in my laptop first then i paste here. hope u guys like it...

Comments

You must be logged in to comment
dewdew90 #1
Chapter 4: cap at least given a second chance, and the baby was born safely
shainspirit #2
Chapter 4: How with chunjoe and changrick?
rikikun
#3
Chapter 2: awh. this story is soo sweet ^^ though kesian kat niel kene beranak.sorg-2 plak -.-" nevertheless. thnks for sharing ㅠ.ㅠ its so good~
JPOPKPOP
#4
I really love your fics!!!! ♥♥ The first baby died (T_T) but Niel gave C.A.P another baby!! ♥♥ Such nice and perfect couple, thanks for writing this one in English!
likaCXL
#5
Chapter 1: : )) can you wright this in english too??