4| The Dreamcatcher Academy

The Given Fighters

Bunyi alarm 'Nyan Cat' mengejutkan Rayne dari tidur seperti kebiasaannya. Dia menutup alarm tersebut dan memeriksa jam yang tertera di skrin. 7.01 pagi.

"Mimpi apa lah aku semalam?" Rayne merenung ke arah siling. Beberapa saat kemudian baru dia perasan yang siling itu bukan siling biliknya. Rayne terus bangun dari pembaringan.

"Bukan mimpi ke? Aku betul-betul kat akademi sekarang?" Rayne memerhatikan sekeliling bilik itu. Memang benar, itulah bilik yang ditunjukkan oleh seorang pekerja akademi semalam. Tiba-tiba pintu biliknya diketuk beberapa kali.

"HYUUUUNG!" Satu suara menyapa sebaik sahaja Rayne membuka pintu.

"NIKI!" Tanpa disedari, Rayne memeluk Niki sekuat hati. Pada waktu ini, hanya Niki je la yang mampu membuat hatinya lega sedikit. "Aku ingatkan aku salah dengar semalam. Kenapa kau pun ada kat sini? Nenek mana?" Mendengar nama nenek disebut, muka Niki berubah.

"Hmm, banyak benda aku nak cerita kat kau tapi apa kata kau mandi dulu hyung. Bau macam kambing."

"KAU-!" Rayne menampar kuat bahu Niki. Memang dasar la budak ni! Aku mandi kot sebelum tidur semalam.

"Okay, fine." Rayne terus menutup pintu. Tiba-tiba dia tak pasti sama ada dia patut gembira atau tak dengan kehadiran Niki di akademi itu. xD

*

"Semalam sebelum datang rumah kau, diorang dah jumpa aku dulu. Eh, sorry la aku yang bagitahu diorang yang kau simpan kunci spare bawah pasu bunga." Kata Niki dengan jujur.

Oh, ha patutlah diorang boleh selamba badak je duduk kat ruang tamu semalam. "Erm sesuka je kau ni. Tapi takpelah. Pastu?"

"Diorang bagitahu la siapa diorang. Memula aku memang tak percaya. Jadi semalam aku cuba, and memang betul aku ada kuasa rupanya. Hahahaha."

"Okay, so apa superpower kau?" Tanya Rayne penuh minat.

"Kekuatan! Patutlah lately ni aku selalu menang je match taekwando. Aku dapat rasakan yang power aku ni baru je developed beberapa bulan lepas." Jawab Niki penuh semangat.

"Wow, cool gila. Eh kau tak jawab lagi soalan aku. Mana nenek sekarang?"

"Sebenarnya, diorang dah pindahkan nenek kat satu tempat yang jauh dari sini."

"Kenapa?"

"Orang-orang tu bukan aim kita je. Ahli keluarga kita pun dalam bahaya juga. Melainkan...diorang tak tahu siapa ahli keluarga kita. Tapi semalam...diorang dah nampak nenek. Jadi rumah tu dah tak selamat... dan nenek kena pergi dari rumah tu." Niki kelihatan sedih dengan apa yang telah berlaku. Rayne faham perasaan Niki pada waktu itu kerana dia sangat rapat dengan neneknya.

"Tapikan hyung. Asalkan kau ada dengan aku, aku rasa aku boleh hadapi semua ni." Rayne merenung ke arah fountain yang terletak di tengah taman tersebut. Yelah, aku pun bersyukur sebab kau ada kat sini, Niki.

"So, apa kita nak buat sekarang?" Tanya Rayne sambil memandang ke arah Niki.

"KORANG! Buat apa kat sini?" Tiba-tiba satu suara menyapa dari belakang. Sunoo datang dengan masih memakai pajamanya.

"Hei... Sunoo hyung..." Tegur Niki sambil memerhatikan Sunoo dari atas ke bawah. "Eh, janganlah pandang aku macam tu. Awal lagi kan baru pukul 8..." Sunoo tersengih-sengih. "...korang tak nak gi breakfast ke? Haa, mesti korang tak tahu nak makan kat mana kan."

"Ada restoran ke kat sini?" Tanya Rayne.

"Restoran tu takdelah. Tapi kat sini ada dewan makan. Makan je apa yang korang nak. Semua free." Balas Sunoo.

"Free? Biar betik."

"Betik bro tak tipu. Dah jom." Tanpa banyak bicara lagi, Rayne dan Niki terus mengikut ke mana Sunoo pergi.

*

"SUNOO! RAYNE! NIKI!" Satu suara menyapa sebaik sahaja mereka bertiga tiba di dewan makan tersebut. Di suatu sudut, Heeseung sedang menikmati sarapannya seorang diri.

"Hyung, good morning!" Niki membalas panggilan Heeseung dengan ramah. Memang dia peramah pun, senang je nak masuk dengan orang.

Rayne memerhatikan makanan yang tersedia. Nampak sedap tambahan pula perutnya dah menyanyi lagu Hit sound Hit Hit Hit. 

"Meh duduk sini. Eh hyung, mana yang lain?" Tanya Sunoo. "Entah. Letih sangat kot semalam." Balas Heeseung.

"Letih? Aku, kau dengan Jake hyung je kot yang berlawan."

"Eh, aku ada gak eh semalam. Aku yang selamatkan Rayne." Tiba-tiba seseorang muncul di hadapan Rayne. Nasib baik garpu kat tangan tak tercampak ke kepala manusia tersebut.

"JAY. NO POWER USE IN DEWAN MAKAN." Heeseung menggelengkan kepalanya.

"Kau dah lama hidup ke Jay hyung?" Balas Sunoo pula.

"Ehehe. Lupa la. Hai korang. Sihat pagi ni?" Jay tersenyum ke arah Rayne dan Niki. "Okay je." Balas Rayne sambil membalas senyumannya.

"By the way, mana Sunghoon? Sejak semalam lagi dia hilang." Tanya Heeseung. "Kau tak tahu ke hyung? Dia kan masuk rehab semalam."

"Asal?"

"Salah makan. Dah kena food poisoning." Balas Jay. Muka Sunoo kelihatan separuh simpati dan separuh nak tergelak.

"Morning. Wah full house nampak." Satu suara yang dikenali datang dari belakang. Rayne menoleh dan ternampak Jake yang kelihatan lain memakai T-Shirt dan jeans. Di sebelahnya, berdiri seorang mamat yang tak dikenali yang kelihatan sedikit muda.

"Jungwon~ Long time no see~ long time no see~" Jay menegur.

"Baru balik akademi semalam la bro. Eh kata ada orang baru. Mana?" Tanya Jungwon.

"Ni depan kau ni haa. Ai... kena pakai spek ke bro?"

"Oh hai. Sori la tak perasan pulak."

"Jap jap. Apa kata korang semua pergi ambil makanan lepas tu kita duduk sini, kita berkenalan. Alang-alang semua orang ada kat sini." Heeseung memberi cadangan.

"Tapi, Sunghoon hyung takde."

"Tuuuu, kan dia baru sampai tu." Kelihatan seorang manusia sedang memilih makanan. Rayne tertanya-tanya, ada berapa ramai manusia superpower yang ada di akademi ni sebenarnya?

"Cool. Okay korang tunggu jap biar aku ambil makanan dulu." Jay terus berlalu memandangkan hanya dia masih belum mengambil sarapannya.

Kira-kira lima minit kemudian, meja yang kosong tadi dipenuhi dengan mereka berlapan.

"Wahhh terasa meriah sekarang." Heeseung yang kini berpindah ke tempat paling hujung, kelihatannya seperti seorang ayah yang sedang memerhatikan anak-anaknya makan.

Dewan makan yang sunyi tadi mulai bertukar menjadi pasar tani. Masing-masing menceritakan pengalaman masing-masing sebelum datang ke akademi. Dalam ramai-ramai itu hanya Heeseung dan Jake sahaja yang paling lama berada di akademi itu iaitu 3 tahun. Selain itu, Rayne dan Niki merupakan dua manusia superpower terakhir yang berjaya dijumpai.

"Jadi, dalam 100 orang tu, tinggal... kita berlapan je?" Tanya Niki.

"Sadly, yes. Ada yang tak dapat dikesan langsung dan ada jugak..."

"...yang dah mati." Sambung Jay setelah Heeseung teragak-agak menghabiskan ayatnya. Tiba-tiba Rayne rasa ada rama-rama terbang dalam perut. Makanan yang dimakan tadi pun rasa nak terkeluar balik.

"Rayne, awak okay ke? Nampak pucat je?" Tegur Sunghoon yang duduk bertentangan dengannya. Walaupun baru berkenalan tapi dia nampak baik. (Sebenarnya semua orang baik jugak).

"O...okay." Rayne senyum untuk menghilangkan kegusaran semua yang kini menumpukan perhatian ke arahnya. Camne la nak bertempur kalau musuh baru datang aku dah rasa nak pengsan.

"Okay gais. Dah nak tengah hari ni. Jangan lupa schedule masing-masing. Nanti aku update yang baru untuk Rayne ngan Niki okay dalam group chat. Aku gerak dulu." Heeseung meminta diri sebelum yang lainnya ikut bersurai kecuali Rayne dan Niki yang masih tak tahu nak ke mana.

Beberapa minit kemudian, satu notification masuk dari satu aplikasi yang tak dikenali; Dreamcatcher Messenger atau DCAM. 

"Waah, cool gila ada apps sendiri macam ni." Niki teruja.

"Niki, kau rasa...kita buat keputusan yang tepat ke?" Tiba-tiba ayat itu muncul dari bibir Rayne.

"Ha?" Niki yang sedang leka membelek aplikasi itu berhenti menatap phone nya. "Kenapa hyung? Bukan ke kita datang sini untuk pertahanan diri kita jugak?"

"Iye tapi masalahnya... aku tak yakin dengan diri aku. Yelah aku ni apa je yang ada? Tikus mati lemas pun aku nangis, ini pulak nak lawan dengan orang. Kau tak tengok betapa scary nya orang yang serang rumah aku malam tadi."

"Eh yeke hyung? Bila kau tengok tikus lemas?"

"Niki...aku serius ni." Rayne mencubit perlahan lengan Niki. "Aduh duh hyung sakitla. Kau ni nenek pun tak pernah cubit aku tau." Tiba-tiba air mukanya berubah lagi. Rayne pula yang dihurung rasa bersalah. Adeh kesian pulak dengan budak yang tak pernah berenggang dengan nenek ni.

"Hyung, kau sendiri dengar tadi kan. Semua orang ada kisah sendiri. Diorang pun tinggalkan keluarga diorang jugak, bukan kita je. Tapi macam yang Heeseung hyung cakap, kalau kita bersatu kita akan lagi kuat nak lawan Gin daripada kita gerak sendiri." Rayne memandang ke arah Niki. Kadang-kadang berguna jugak nasihat kanak-kanak ribena ni.

"Okay okay. Aku cuba, tapi dengan satu syarat. Boleh tak kau janji dengan aku, walau apa pun terjadi, kau takkan tinggalkan aku dan aku pun takkan tinggalkan kau jugak." Tanya Rayne sambil mengangkat jari kelingkingnya.

Niki mengikat jarinya pada jari Rayne.

"Janji." 

***

***

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
syaleese28
#1
Chapter 4: Mana sambungnya eyy? ku tunggu aja ni haaa *muka luna
syaleese28
#2
Chapter 3: Cepat la sambunggg seterusnyaaaaaaaaaaaaaaaaaa apa dah jadi????
syaleese28
#3
Jayyyyyieeeeeeeeeee :3