2| The secret

The Given Fighters

Di mata masyarakat, mereka hanya melihat Rayne sebagai seorang pelajar kolej yang biasa, yang tinggal berseorangan dan mempunyai kawan yang sedikit. Hakikatnya, Rayne bukanlah sombong tapi kerana dia baru berpindah dari California ke Korea, maka mereka menganggap Rayne sebagai seorang yang cold. Tapi Rayne tak kisah sangat sebab dia masih ada 'game-freak-Kai' dan 'bookworm-nerd-Taehyun' sebagai kawan baiknya dalam kelas.

Dan sebenarnya Rayne masih lagi ada kawan lain iaitu kakak janda berhias yang tinggal di sebelah kanan rumah dan juga nenek yang tinggal di sebelah kiri rumah bersama-sama dengan satu-satunya cucu lelaki yang dipanggil Niki.

"Hyung!" Rayne menoleh dan memerhatikan seorang kanak-kanak riang berlari ke arahnya (err takdelah kanak-kanak sangat kot dia ni). "Baru balik ke?" Sapanya ramah.

"Takdelah, baru nak pergi kelas ni. Tak nampak?" Balas Rayne sambil tercungap-cungap mendaki cerun untuk sampai ke kawasan rumah mereka. "Ish, tanya sikit dah marah. Nanti cepat tua baru tahu." Niki berjalan mengadap Rayne (maksudnya dia mendaki cerun itu ke belakang), membuatkan Rayne risau kalau dia missed step bila-bila masa je.

"Asal kau balik awal hari ni? Ponteng eh?" Tanya Rayne memandangkan kebiasaannya Niki akan pulang dalam pukul 8 – 9 malam kalau hari Isnin. "Eh, mana kau tahu aku balik awal ni? Stalker eh?"

"Hello, pagar rumah kau yang berbunyi tu boleh dengar satu kejiranan tau tak. Tahu sangat kalau kau atau nenek keluar rumah." Niki ketawa mendengar jawapan Rayne. "Pintu pagar tu legend tau. Baru pencuri tak berani nak masuk sebab satu kejiranan tahu. By the way class malam cancel hari ni sebab cikgu aku tak sihat. That's why."

"Ohh..." Rayne dah tak mampu nak berkata-kata memandangkan nafasnya dah habis setelah mendaki hampir 100 meter. Mujurlah dah sampai dah pun depan rumah.

"Rayne, baru balik? Lambat hari ni." Satu suara tiba-tiba menegur. "Jalan jem tadi nek. Lagipun tadi stay sekejap untuk study. Minggu depan ada exam." Balas Rayne.

"Nenek tegur hyung ni je? Niki ni nenek tak nampak ke? Ohh kau pun satu, dengan nenek kau elok je jawab baru balik. Dengan aku tadi bukan main lagi kata baru nak pergi kelas."

"Ish! Kamu ni..." Nenek terus menampar bahu Niki "... cuba jangan menyampuk nenek bersembang dengan Rayne. Lagi satu kenapa kamu panggil dia hyung? Dia kan noona. Kamu nampak dia ada halkum ke?" Rayne menjelirkan lidah ke arah Niki. Sememangnya nenek kadang-kadang lagi baik dengannya berbanding dengan kanak-kanak ribena tu.

"Yelah, Niki tak menyampuk dah."

"Haih... maaflah ye Rayne. Niki tu memang...kadang risau nenek dengan dia."

"Takpe nek. Dah biasa dah." Walaupun baru setahun Rayne menetap di rumah itu (sejak masuk kolej), tetapi dia agak rapat dengan Niki dan neneknya. Mungkin sebab Rayne tinggal keseorangan jadi nenek sangat mengambil berat tentang dirinya.

"Jap gi datanglah makan kat rumah nenek. Nenek dah masak." Perut Rayne yang menyanyi lagu Baby Shark Doo Doo Doo Doo versi remix nampaknya gembira mendengar pelawaan itu. Tambahan pula dia memang dah penat gila untuk memasak. Rayne baru bercadang nak makan roti je tadi.

"Okay, nek. Nanti Rayne datang." Balasnya tanpa segan silu. Bukan apa, nenek ni cukup pantang kalau Rayne tolak pelawaan untuk makan kat rumah. Nanti dia sendiri akan datang ke rumah Rayne membawa makanan. Jadi sebelum nenek masuk ke dalam rumahnya yang macam tongkang pecah tu, lebih baik Rayne sendiri ke rumah nenek. 

*

"Niki~ Dah dah la nyanyi dalam bilik air tu. Keluar cepat, nak makan ni. Rayne pun dah sampai ni haa." Nenek membebel sementara Rayne membantunya menghidang makanan. Beberapa minit kemudian, kedengaran bunyi air berhenti dan kemudiannya Niki keluar dengan hanya bertuala. "Cepat gila kau sampai. Mandi kerbau eh?"

"Eh, tak malu ke keluar macam tu? Pergi pakai baju cepat!" Nenek membebel lagi sebelum Rayne sempat menjawab. "Eleh, setakat dengan hyung ni nak malu buat apa." Niki berlalu ke dalam biliknya.

"Nenek rasa cucu nenek yang sorang ni kena buat pemeriksaan mata lah. Tak pun pemeriksaan otak. Tak habis-habis kata kamu ni lelaki." Rayne tergelak dengan statement nenek tu. "Kan nek. Kadang risau, ye." Kata Rayne sambil menggelengkan kepala. "Eh, nek bau apa ni?" Tiba-tiba bau benda hangus menyapa hidungnya.

"Alamak, nenek lupa ikan bakar nenek!" Belum sempat nenek berjalan ke dapur...

Berhenti.

Nenek kaku di tempat duduknya. Rayne menjeling ke arah jam di dinding. 7:30 dan jarum saatnya terhenti di nombor 9. Dia lalu berdiri dan berjalan ke arah dapur. Memang benar, ikan dalam kuali agak hangus terbakar. Rayne memeriksa ke dalam peti ais, masih ada dua ekor ikan yang telah siap disiang. Rayne mengambil ikan tersebut dan menggantikan ikan yang telah hangus terbakar tadi. Hmm ni kalau bagi anjing makan pun boleh terkeluar otak ni. Buang je la.

Sepuluh minit kemudian (mengikut pengiraannya), Rayne mengangkat ikan yang siap dibakar tadi dan menghidangnya. Dia kemudiannya duduk kembali di tempat asal tadi dan memerhatikan jam di dinding.

Jarum saat tadi bergerak semula dan nenek kelihatan keliru di tempatnya.

"Kenapa nek?" Tanya Rayne.

"Nenek rasa nak buat sesuatu tadi. Tapi apa ya?" Nenek cuba mengingat sesuatu. "Takde apa-apa kot. Ni semua makanan Rayne dah hidang. Tunggu Niki je." Rayne tersenyum kecil.

"Ohh, haa cedok la nasi tu Rayne. Niki ni mana pula dia? Bersiap macam anak dara."

Rayne mencedok nasi ke dalam mangkuk dengan berhati-hati. Control, Rayne. Tangannya sedikit menggeletar dan dia tahu itu adalah kesan sampingan sebab dia menggunakan kuasanya lebih dari sepuluh minit tadi.

Ya, kuasa.

Atau orang putih panggil, SUPERPOWER.

Secara logiknya Rayne sendiri tak dapat jelaskan macam mana dia boleh mengawal masa seperti itu. Rayne mula menyedari tentang hal itu pada suatu hari apabila dia secara tak sengaja menghentikan masa untuk menyelamatkan seekor anak anjing daripada dilanggar basikal yang ditunggang oleh budak-budak nakal. Waktu itu Rayne masih di sekolah menengah rendah dan masih menetap dengan keluarganya. Semestinya Rayne terlalu takut untuk menceritakan kepada sesiapa termasuklah ahli keluarganya kerana dia takut mereka akan menganggapnya gila.

Gila la. Mana ada manusia yang boleh menghentikan masa. Ye dok?

Tapi setakat ini Rayne hanya menggunakan kuasa itu untuk perkara-perkara tertentu dan kebiasannya perkara yang remeh-temeh seperti untuk ke tandas ketika Taehyun dan Kai tidak mahu menunggunya. Jadi Rayne akan menghentikan masa, pergi ke tandas, dan kemudian berjalan saing dengan mereka seperti tiada apa-apa yang berlaku. Kalau bukan untuk kes kecemasan seperti itu (kecemasan ke tu?), Rayne takkan mensia-siakan tenaganya untuk menggunakan kuasa itu.

Dan kerana penggunaan kuasa itu terlalu memakan tenaga jugalah Rayne tidak pernah menggunakannya sewaktu exam walaupun dia boleh je hentikan masa dan usha jawapan member sebelah. Dan malam ni Rayne berjaya mengelakkan nenek daripada bersusah payah memasak semula ikan memandangkan dari mukanya dia tahu nenek keletihan.

"Wah. Banyaknya nenek masak. Kenapa special sangat ni? Untuk Niki eh?" Tanya Niki yang baru keluar dari biliknya dan menyertai Rayne dan neneknya di meja makan. Bukan main kuat lagi bau losyen bayi yang dia pakai. Menjaga kulit betul.

"Takdelah. Rayne kan nak exam minggu depan. Kenalah makan banyak-banyak, yang sihat-sihat. Tu tengok muka pun pucat je." Balas nenek. "Okay fine, untuk hyung je la selalu special. Merajuk la camni." Niki memuncungkan bibirnya. Eh eh budak ni.

"Alaa, tak yah nak merajuk sangat. Kan nenek masak lauk favourite kamu tu. Makan cepat." Nenek dengan hebatnya mengambil hati Niki kembali dengan sup rumpai laut buatannya yang sememangnya sedap. "Yeay~ sayang nenek." Rayne sekadar tergelak melihat sandiwara dua beranak tu.

"Hmm... kenapa ikan bakar ni macam kurang perisa ya? Nenek lupa letak garam ke tadi?"

Gulp.

Siot, lupa letak garam tadi!

"Yeke? Takpelah, kita bagi hyung je makan ikan tawar ni. Dia kan nak exam kenalah makan makanan sihat. HAHAHAHA." Niki meletakkan seekor ikan ke dalam mangkuk nasi Rayne. Bertuah...punya...Niki...

"Takpe, Rayne pergi ambil kicap eh. Maaflah, dah tua-tua ni kadang-kadang terlupa walaupun benda simple je." Rayne tersenyum tawar mendengar kata-kata nenek.

Nenek-ah...mianhae... :')

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
syaleese28
#1
Chapter 4: Mana sambungnya eyy? ku tunggu aja ni haaa *muka luna
syaleese28
#2
Chapter 3: Cepat la sambunggg seterusnyaaaaaaaaaaaaaaaaaa apa dah jadi????
syaleese28
#3
Jayyyyyieeeeeeeeeee :3