3| Tetamu misteri

The Given Fighters

"Rayne. Nanti bagitahu tau kalau kau jadi nak buat part-time dengan aku." Kata Kai sambil melayan COD dalam phone nya.

"Alright." Mereka bercadang untuk menghabiskan cuti semester selama sebulan setengah dengan berkerja part-time sebagai barista. Bukan apa, keluarga Rayne terlalu jauh di Amerika dan dia terasa malas nak pulang ke sana. Lagipun, keluarganya (atau lebih tepat, keluarga angkat) dah biasa. Kai pula memang orang asal di sini jadi dia tidak perlu ke mana-mana. Taehyun, sejak habis exam semalam lagi dah excited nak pulang ke rumahnya.

"Bye gais, spend your holiday well." Pesan Taehyun sewaktu Rayne dan Kai menghantarnya ke stesen bas tadi.

"Excitednya dah cuti!" Rayne menumbuk bahu Kai berkali-kali sampai dia annoyed. "Kau ni princess, jealous ke aku main game?"

"Takde masa. Eh, Soobin tak nak join buat part-time sekali?" Tanya Rayne.

"Tak. Dia balik kampung kali ni. Katanya abang dia suruh balik. Ah! Bateri low pulak. Ada power bank tak?"

"Mana ada. Kau pun dah tahu takde power bank tak yah la main COD." Balas Rayne. Kai akhirnya menyimpan phone ke dalam poketnya. "Eh, dah sampai rupanya. Bye, Rayne. Nanti apa-apa roger." Rayne melambai ke arah Kai sebaik sahaja dia keluar dari tren. Kadang-kadang Rayne pun tak pasti kenapa Kai memanggilnya dengan panggilan princess, tapi ada masanya dia hanya memanggil namanya Rayne. Mungkin dia pun macam Niki; kena check mental problem. Just kidding.

*

Rayne mengusung dua tin bir dan beberapa bungkus snek yang dibeli di GS25 tadi, mendaki cerun ke rumahnya seperti kebiasannya. Penat berwindow shopping seorang diri tadi kian terasa tetapi sekurang-kurangnya Rayne puas dapat melepaskan stress setelah bermati-matian menjawab exam. Dan malam ini, dia bercadang untuk marathon movie Despicable Me 1, 2 dan 3 tanpa gangguan sesiapa (hopefully).

Hari sudah gelap ketika Rayne tiba di hadapan rumah. Jiran-jiran lain nampaknya tenang sahaja beristirehat di rumah mereka setelah seharian berkerja. Tapi tak tahu kenapa jantungnya tiba-tiba rasa berdebar-debar. Jodoh dah nak sampai ke?

Rayne cepat-cepat menggeleng. Jodoh ke jadah yang datang malam-malam ni. Dia lalu menutup pintu pagar dan menguncinya kemas. Sampai sahaja di hadapan pintu rumah, langkahnya terhenti seketika. Dia teragak-agak untuk memulas tombol pintu; seolah-olah kalau dia buka pintu itu, sesuatu akan keluar secara tiba-tiba. 

"Ah, takde apa-apa lah." Rayne meyakinkan dirinya dan terus memulas tombol pintu setelah membuka kunci. Sebaik sahaja Rayne masuk ke dalam...

"Yeah, sampai pun akhirnya."

SIAPA PULAK DIORANG NI?

Rayne tersandar ke pintu yang telah tertutup. Perasaan cemas menyerang dirinya. Di hadapan Rayne, atau lebih tepat yang sedang melepak di ruang tamu adalah tiga orang lelaki berpakaian ala-ala pengawas sekolah. "S...sape korang ni? Apa korang buat dalam rumah aku?"

"Ops, jangan takut. Kitorang orang baik je." Balas seseorang yang duduk paling hujung dari Rayne. Eh kalau perompak pun mengaku dia orang baik gak. Rayne ingin melangkah keluar tetapi kakinya seolah-olah terpaku di situ. Dia cuba mengumpul sisa-sisa tenaga yang ada. Patut ke aku guna kuasa aku sekarang so diorang tak boleh buat apa-apa? Then aku akan lari.

Stop.

"Tunggu, jangan bazirkan tenaga awak. Macam yang kawan saya kata tadi, kitorang datang sini dengan tujuan baik." Seorang daripada mereka menghampiri Rayne yang masih terkaku di pintu. "B...baik ke kalau pecah masuk rumah saya?" Balas Rayne terketar-ketar.

Eh jap.

EH JAP.

APESAL MAMAT NI TAK FREEZE MACAM ORANG LAIN? Rayne memeriksa dua orang mamat lagi yang nampaknya dah kaku dan jam yang sememangnya sudah berhenti. Betul la...aku dah hentikan masa. Tapi...kenapa...

Rayne syak kerana dia berjalan seharian dan menghabiskan hampir kesemua tenaganya, badannya terasa lemah dan pandangannya kian gelap. Perkara terakhir yang dia dengar hanyalah suara mamat tadi memanggil, dan kemudian semuanya menjadi gelap-gelita.

*

"Tu la korang aku dah cakap tunggu luar rumah korang tak nak."

"Heeseung hyung ni la ajak masuk dalam. Takut sangat dengan kucing liar tadi."

"Diam la."

Rayne membuka mata perlahan-lahan. Cahaya lampu menyilaukan pandangannya. Sesaat kemudian pandangan itu diganti dengan wajah seseorang.

Rayne serta-merta bangun dari pembaringan. "Wuish, korang lagi? Apa yang korang nak sebenarnya?"

"Rileks, cik Rayne. Awak baru je sedar dari pengsan kan?"

"Ca...camne awak tahu nama saya?" Walaupun masih takut tapi Rayne rasa dah tak mampu nak berlari ke mana-mana dah.

"Saya boleh explain. Sebelum tu... Sunoo, apa kata kau buat air untuk kitorang?"

"Aku pulak kena?" Seorang mamat berambut hitam menjawab sebaik sahaja namanya disebut.

"Yelah, kau kan hebat buat air, ex-barista." Balas seorang lagi. Mamat ni la yang tak freeze masa aku guna kuasa aku tadi.

"K fine." Mamat bernama Sunoo itu terus berlalu ke dapur. Amboi. Diorang ni buat macam rumah sendiri nampak.

"Okay, first sekali kitorang nak minta maaf sebab menceroboh masuk rumah awak. Saya, Lee Heeseung. Dari Dreamcatcher Academy, atau lebih dikenali dengan nama DCA. Yang ni pulak, Sim Jake."

"Dr...Dreamcatcher Academy? Tempat apa tu? Tak pernah dengar pun." Tanya Rayne, blur.

"Sebenarnya, DCA bukannya akademi biasa. Dia akademi untuk...orang macam kita." Balas Jake. Melihat muka Rayne yang masih blur, Heeseung menyambung "Maksud Jake, orang yang ada superpower. Macam awak, macam kitorang jugak."

Rayne tak dapat menyembunyikan muka terkejutnya. Buat pertama kali, ada orang yang mengetahui tentang rahsia terbesar dalam hidupnya. "Serious la...maksudnya ramai lagi orang kat luar sana yang ada superpower sebenarnya?"

"Nak kata ramai tu... takdelah sangat. Lebih tepat lagi sepatutnya ada 100 orang je yang ada superpower macam kita kat Korea ni." Jawab Heeseung. Pada waktu itu, si Sunoo tadi keluar dari dapur membawa 4 biji cawan yang berisi kopi. Eh pandai pulak dia selongkar dapur aku sampai jumpa 4 cawan ni.

"Haa, sampai pun. Tak guna superpower ke? Kalau tak mesti lima saat dah siap."

"Don't waste your energy for a thing like this. Lagipun buat kopi ni art tau. Mana boleh rushing."

"Dah la tak payah nak berdebat dengan ex-barista ni nanti macam-macam cerita pasal kopi keluar." Rayne menghirup kopi sementara mereka bergaduh sesama sendiri. Em dap gak kopi o ni.

"Haa, lupa nak kenalkan. Ni Kim Sunoo." Kata Heeseung.

"Ah, awak Yoon Rayne kan. Nice to meet you. Saya muda setahun so saya panggil awak noona je lah. Boleh kan?"

"Eh kau lebih-lebih pulak. Okay Rayne kita kat mana tadi?" Rayne hampir tergelak melihat muka Sunoo yang kelihatan annoyed. 

"Aaaa... awak cakap ada 100 orang je manusia yang ada superpower dalam Korea ni?"

"Ha, yup. Ceritanya macam ni..."

 

40 tahun dahulu, ada seorang professor bernama Han yang menjalankan kajian untuk menghasilkan manusia yang mempunyai kuasa. Setelah hampir 10 tahun mengkaji, akhirnya terciptalah satu serum yang dipercayai boleh membuatkan manusia mempunyai kuasa yang pelbagai. Serum itu telah disuntik secara rahsia ke badan 100 bayi yang baru lahir.

Serum itu juga dikatakan hanya berkesan apabila seseorang itu telah mencapai tahap kematangan dan antibodi yang kuat untuk menerima kesan serum tersebut. Jadi, semasa kanak-kanak, mereka tidak akan terdedah kepada superpower mereka sehinggalah mencapai usia matang.

 

"Oh, sebab tu ke saya dapat kuasa ni masa saya 16 tahun?"

"Haah, bergantung pada diri masing-masing. Ada orang masa umur 20 tahun baru tahu dia ada power." Sunoo menjeling ke arah Heeseung.

"Aip. Manalah tahu dah antibodi aku develop lambat nak buat macam mana..." Balas Heeseung. "...jap ceritanya belum habis lagi. Biar saya explain pulak kenapa kitorang ada kat sini."

"Okay... teruskan."

 

Profesor Han mempunyai seorang pembantu peribadi yang bernama Gin. Pada mulanya, Gin memang setia membantu Profesor Han. Tetapi sejak Profesor Han meninggal dunia 16 tahun yang lalu, Gin telah lari membawa formula rahsia manusia superpower tersebut. Ada juga yang mengatakan Gin yang menyebabkan kematian Profesor Han kerana dia tidak mahu Profesor Han tahu niat jahatnya yang ingin mencipta manusia mutan untuk kesenangan hidupnya.

Gin dikatakan masih mencuba untuk menghasilkan beberapa manusia mutan sehingga ke hari ini. Dia juga dikatakan cuba menghapuskan semua manusia superpower yang telah dicipta oleh Profesor Han kerana menganggap mereka semua merupakan musuhnya.

 

"Hapuskan? Maksudnya..."

"Ya, nyawa kita semua terancam sebenarnya. Gin nampaknya dah mula menjejak semua manusia superpower ciptaan Profesor Han. Sejak kebelakangan ni, dia dan pasukannya cuba menjejaki dan membunuh kita semua." Balas Heeseung. Suaranya kedengaran serius.

Kopi O yang dihirup tadi terus terasa tawar. Bibir Rayne terasa kering. Selama ini dia tak pernah tahu pun yang nyawanya terancam.

"Jadi...tujuan korang ke sini..."

"Untuk ajak awak sertai kami di akademi. Setakat ni, cuma akademi je tempat yang paling selamat. Tempat itu sebenarnya Profesor Han yang bina, untuk bagi perlindungan kat orang macam kita. Nampaknya dia dah jangka perkara macam ni akan berlaku." Balas Jake pula.

"Jap, maksudnya... kita kena bersembunyi dalam akademi tu...ke?"

"Bukan macam tu. Kat akademi nanti kita semua akan belajar untuk bertempur dan pertahanan diri. Takkan selama-lamanya kita nak hidup dalam ketakutan kan?" Jawab Heeseung membuatkan Rayne sedikit terkejut. Bertempur? Serius la?

"Okay... saya macam dah faham. Tapi..."

"Jangan risau. Kitorang faham perasaan awak. Tapi ini je cara untuk..."

BANG!!! Bunyi pintu menghempas dinding mengejutkan mereka semua sehinggakan cawan yang dipegang hampir terlepas.

"Wo wo wo. Meeting nampak?"

"Alah, dia datang pulak. Jake!" Jake dan Heeseung terus berada dalam posisi untuk berlawan dengan manusia yang tiba-tiba muncul tu.

"Sunoo. Bawa Rayne lari dari sini. OH YA jangan lupa Niki sekali."

"Niki?" Pertanyaan Rayne tak dijawab sebaliknya Sunoo terus menarik tangannya keluar dari rumah tersebut.

"Hey, bro." Seorang lelaki terus menyerang Jake. Ek eleh sempat lak bagi salam. Dia memegang rahangnya yang berdenyut akibat tak sempat nak mengelak tumbukan lelaki tadi.

"Tak guna kau, Juyeon." Jake dengan pantas membalas tumbukan tersebut. Sementara itu, Heeseung sedang berhadapan dengan dua orang lagi yang berpakaian serba hitam itu.

"Meh la kalau berani." Heeseung membuka langkahnya. Younghoon tanpa membuang masa terus menyerang Heeseung tetapi dengan mudah serangannya dipatahkan. Kini giliran Hyunjae pula berlawan dengan Heeseung.

"Okay. Awak tunggu sini." Tak sampai beberapa saat Rayne dan Sunoo sudah berada di hadapan sebuah kereta. Walaupun kurang pasti tapi Rayne dapat merasakan kuasa yang ada pada Sunoo adalah kelajuan.

"Jap. Apa yang berlaku ni? Siapa orang-orang tadi tu? Habis roboh pintu rumah dikerjakan." Tanya Rayne dalam keadaan separuh geram. Yelah dah la tu rumah sewa sesuka hati je diorang nak jahanamkan.

"Diorang tu la orang-orang Gin. Nampaknya diorang dah kesan rumah awak. Okay enough chit-chat saya..." Belum sempat Sunoo menghabiskan kata-katanya, satu suara muncul dari belakang.

"Sunoo!"

"Jay hyung! Sampai pun kau. Macam mana kau tahu kitorang ada kat sini?"

"Aku dapat isyarat kecemasan dari Heeseung hyung. Mana yang lain?"

"Dalam rumah lagi. Jap, kau tolong bawa Rayne pergi akademi boleh? Nanti kitorang datang. Aku kena selamatkan sorang lagi." Belum sempat Jay bertanya, Sunoo terus hilang dari pandangan.

"Awak ni..."

"Saya salah seorang dari diorang jugak. Jom, saya bawa awak pergi akademi."

"Okay, naik kereta ni ke? Kena tunggu diorang kan?"

"Dengan saya tak payah naik kereta." Rayne hanya sempat menganga seketika sebelum Jay memegang tangannya dan dia merasakan dunianya berputar. Beberapa saat kemudian, dia dan Jay tiba di sebuah tempat yang tak dikenali. Kaki Rayne terasa lemah tiba-tiba.

"Te...teleportation?" Kata Rayne separuh berbisik. Kepalanya masih pening sebenarnya.

Jay mengenyitkan matanya. "Yup, my name is Jay. Your teleportation master." 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
syaleese28
#1
Chapter 4: Mana sambungnya eyy? ku tunggu aja ni haaa *muka luna
syaleese28
#2
Chapter 3: Cepat la sambunggg seterusnyaaaaaaaaaaaaaaaaaa apa dah jadi????
syaleese28
#3
Jayyyyyieeeeeeeeeee :3