1| The story begins

The Given Fighters

Pagi Isnin yang kurang ceria. Mana taknya, hari ini kelas mula pukul 8 pagi. Dan yang lebih teruk lagi, tiada kelas sampai jam 3 petang. Kebiasaannya Rayne akan gunakan waktu itu untuk marathon drama atau movie. Tapi bukan untuk hari ni. Semuanya sebab....

"Guys! Exam dah nak dekat! Lagi berapa hari je!"

"Diam sikit boleh tak? Exam minggu depan kot." Balas Rayne.

"Minggu depan tu lagi 6 hari je okay. Stop acting chill please." Taehyun tak senang duduk sampaikan Rayne rasa bila-bila masa je dia boleh jatuh dari kerusi tu. Tapi Rayne tak kisah sebab dah biasa. Taehyun merupakan antara manusia yang paling clumsy pernah Rayne jumpa.

"Morning princess. Senyum sikit boleh?" Tiba-tiba satu suara muncul dari sebelah Rayne. Rayne tak perlu menoleh sebab dia kenal sangat dengan suara tu.

"Okay, firstly aku bukan princess and secondly apa kata kalau kau yang buat aku senyum sebab aku dah sakit kepala dah buat math ni." Rayne menutup buku nota dan mencapai handphone yang dari tadi bergetar (notification game).

"Okay...tapi sebenarnya aku pun dah naik gila dengan exam minggu depan." Kai menggeliat sebelum menguap besar seolah-olah dia baru tidur dua jam, membuatkan Rayne yakin yang dia habiskan sepanjang malam tadi bermain game online sebab itu je lah aktiviti yang akan dilakukan oleh Huening Kai dengan kawan sebiliknya, Choi Soobin.

"Main game lagi?" Tanya Rayne. Kai segera mengangguk.

"No wonder la kau naik gila pun. Stop main game and start study boleh? Boleh tak boleh? Ke aku patut nasihatkan roommate kau sekali?" Walaupun tak sekelas dengan Soobin tapi Rayne agak kenal dengan dia memandangkan dia selalu sangat berkepit dengan Kai.

"Kau tahu kan kau tak boleh stop Soobin?" Tiba-tiba Taehyun menyampuk. "Dia tu hantu. Main game hari-hari tapi tak pernah fail exam. Apa monster dalam game tu ajar dia calculus ke?"

"Yelah, memang Soobin tu hantu. Tapi mamat ni tak. Ingat tak dia hampir fail satu subjek semester lepas?"

"Yah... dah dah la tu Rayne. Malam nanti aku study la." Kai meletakkan kepalanya ke atas meja dan Rayne yakin yang dia dah tertidur. Boleh percaya ke mamat ni? (-__-)

"Taehyun, make sure yang dia study malam ni." Taehyun terus buat rolled eyes. "Kau ingat aku ni penjaga dia...." Taehyun terus membebel tapi Rayne pura-pura tak dengar.

Tiga minit kemudian, Profesor Seo masuk ke dalam kelas dan memberikan syarahannya selama dua jam tanpa henti. Dia tidak mempedulikan para pelajarnya yang dah hanyut dalam dunia sendiri selepas setengah jam dan kemudiannya memberikan so-called tips peperiksaan (yang Rayne harap berguna). Taehyun nampaknya menyalin semua tips yang diberikan oleh Prof Seo jadi Rayne cuma perlu bertanya kepada dia di kemudian hari.

"Okay class, itu sahaja untuk hari ni. Good luck in your exams." Dengan muka takde perasaan, Profesor Seo berjalan keluar kelas dan Kai masih dalam mimpinya...

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
syaleese28
#1
Chapter 4: Mana sambungnya eyy? ku tunggu aja ni haaa *muka luna
syaleese28
#2
Chapter 3: Cepat la sambunggg seterusnyaaaaaaaaaaaaaaaaaa apa dah jadi????
syaleese28
#3
Jayyyyyieeeeeeeeeee :3