Episode 03

Most Wanted Husband

 

 Pili air itu dibuka dan air dibiar mengalir keluar dengan laju. Tae Hyung membasuh wajahnya berkali -kali sebelum memandang ke cermin di bilik air itu. Baru je 20 minit tadi , nyawanya hampir melayang sebab pecah tembelang. Dia langsung tak sempat nak rancang apa -apa. 

 

Dia menarik nafas panjang . Ah Reum , wanita yang dia baru jumpa 2 kali itu bukan mangsa yang senang. Nampaknya dia dah salah tafsir. 

 

" Aku benarkan kau bunuh aku bila aku dah pastikan yang Insung Corp. jatuh di tangan aku . Selepas itu barulah kau boleh bunuh aku dengan syarat , aku akan wariskan syarikat atas nama kau " 

 

Taehyung hampir tersedak mendengar rancangan Ahreum. Dia memandang wanita gila itu dengan dahi berkerut. Baru tadi dia ingat perempuan ni tak nak kena bunuh , sekarang dia yang rela nak kena bunuh. Mana satu ni. 

 

 " Kenapa kau nak letak syarikat atas nama aku?" 

 

 " Sebab kau suami aku , kau paling rapat dengan aku sekarang ni .." 

 

 " Apa ?... Kau buat lawak kan ?.. Baru je tadi kau tahu sendiri , aku banduan. Aku bunuh keluarga sendir--"

 

 " Ahh~~ tentang tu.. Aku masih belum habis siasat ..aku akan putuskan nanti tapi plan A-nya macam tu --" Ahreum tersentak bila Taehyung bangun dari katil dan menjauhinya macam dia ni orang gila . 

 

 " Jangan nak perdaya aku.. Kenapa kau tak serah je aku pada polis , aku berbahaya!" Desak Taehyung yang dah tak boleh nak buat keputusan. Dia terkena kejutan besar. 

 

Ahreum diam. Dia mengusap dagunya dengan lembut. Berkira -kira dengan kata -kata Taehyung yang masuk dek akal. 

 

 " Betul juga ..tapi keluarga aku lebih bahaya tau.. Mereka macam anjing liar yang tamakkan tulang . Aku tak boleh tengok syarikat Atuk bankrupt macam tu je --lagipun " Ahreum bangun dan menghadap Taehyung yang terus terundur sebab cuak. 

 

 " Kau tak gilakan duit pun..aku tahu .. Kau cuma nak hutang kau lunas " 

 

Taehyung diam dengan kata -kata Ahreum yang betul -betul berlandaskan dirinya yang sebenar. Dia memandang Ahreum yang nampak macam tak serius.

 

 " Tak payah fikir panjang lah ~ ..ikut aje rancangan aku dan kau akan live happily ever after.. Lagipun kau percaya ke Mama akan cover kau lepas kau bunuh aku ?. Itu semua tipu Tae Hyung-sshi , dia tak akan pernah kisah pada orang asing macam kau . Dengan rekod jenayah kau , kau akan jadi suspek utama tak kira apa " Bahu Taehyung ditepuk -tepuk . Ahreum melentokkan kepalanya dan tersengih lebar. 

 

Pili air ditutup rapat dan Taehyung menghela berat. Dia menghantuk -hantuk kepalanya pada cermin dengan geram. Rasa bodoh sebab dimain sebegini .

 

Keluar dari bilik air , Taehyung melihat ke Ahreum yang masih bergaun kahwin itu tengah duduk kat lantai dengan peta bandar dan beberapa iklan rumah. Dia merapati isterinya yang serius cari rumah itu. 

 

Macam budak tak tahu apa , dia mengambil tempat di sebelah Ahreum yang tengah sibuk membulatkan beberapa tempat. Dia hanya duduk bersila di situ , memerhati Ahreum membuat kerja yang dia sendiri tak tahu untuk apa.

 

 " Kau buat apa ?" Soal Taehyung tatkala Ahreum menutup pen markernya. Ahreun memandang Taehyung dan tersenyun manis. 

 

 " Cari rumah baru..tak akanlah kau nak bunuh aku dalam rumah ni yang banyak penghuninya , kerja gila " tutur Ahreum dengan selamba. Macam dia pula yang lagi risau tentang macam mana dia akan dibunuh nanti. 

 

Taehyung mengerutkan dahinya. Memandang Ahreum yang sibuk mencatat beberapa nombor iklan rumah pada nota kecil. 

 

 " Tapi , Datin Kiah tak kasik kita berpindah, katanya lebih baik aku dudu--" 

 

 " Tumpang sini Taehyung. Dengar eh , aku yang kaya bukan dia ... Rumah ni , aku punya . Dia tak boleh buat apa -apa pun kalau aku nak pindah " 

 

Taehyung diam. Dia sama sekali tak faham dengan keluarga kaya isterinya ini. Sangat complicated.

 

 " Kau tak rapat dengan mereka ?" Soal Taehyung menghentikan Ahreum yang lekas mendongak memandangnya. Ahreum diam seketika sebelum tersenyum. 

 

 " Kau tak rasa bodoh ke tanya soalan tu pada aku ?. Kau kahwin dengan aku sebab Mama aku suruh bunuh aku ,ya bukan?" 

 

Tae Hyung terkebil -kebil . Dia menggaru -garu pipinya dengan muka naif. " Betullah tu" .

 

___________

 

Pukul 3 pagi , Ah Reum bangun dari mimpi ngerinya . Dia tercunggap -cunggap diatas katil sendirian . Peluh -peluh sejuk yang membasahi dirinya dikesat dengan laju. Dia menoleh ke Taehyung yang tidur diatas sofa di tepi almari.  

 

Dia baru je tadi mimpi dicekik Taehyung dan sekarang lelaki itu sebenarnya sedang tidur dengan lena . Ah Reum memandang Taehyung dengan lama sebelum dia sambung untuk tidur.

 

 

 

 

 

Jeritan terkejut Datin Kiah mengegarkan satu rumah. Tuan Hong pun tersembur kopi ke Taehyung . Ahreum dan Yoongi wat lek wat pis je tenang. Dah biasa. 

 

 " Kenapa hendak pindah ?. Sini kan sudah cukup selesa" tentang Datin Kiah jelas sekali tak setuju dengan keputusan si Ahreum . Tuan Hong digoncang untuk sokongan namun suaminya hanya lancar meminum kopi. 

 

 " Tak tanya pendapat pun, Ma . Kami akan pindah dalam ma sedekat ni " potongan sosej goreng itu dicucuk dan disuap ke mulut. 

 

Ahreum memandang Datin Kiah yang terkedu dengan kening terangkat . Taehyung yang duduk di sebelah memandang dua wanita yang berpandangan itu tanpa mampu berkata apa. Dia sendiri masih dalam dilemma. 

 

 " Apa ?. Ah Reum nak pindah ?!. Nice ! ,then boleh aku amik bilik kau " Beomgyu muncul dengan skateboardnya . Berjalan ke meja makan dan mencapai sekeping roti . Dia memandang Ahreum yang menjeling kearahnya. " Tak " tutur Ahreum ringkas dan meminum kopinya. Dia kemudian bangun . Meminta diri untuk bersiap keluar. 

 

Datin Kiah memerhati Ahreum pergi yang kemudian disusuli oleh Yoongi dan suaminya. Beomgyu juga sudah keluar untuk ke Uni. Hanya dia dan Taehyung ditinggal di meja. 

 

 " Jumpa Mama di dapur sekarang " bisik Datin Kiah yang kemudian bangun . Taehyung menarik nafas panjang. Dia selesaikan kunyahannya sebelum mengikut wanita itu.

 

 

 

 

Yu Seo dan Hoseok yang tengah berbual sambil menikmati americano ais itu terus bergegas turun dengan escalator sebaik sahaja nampak Ahreum masuk bersama Taehyung. Mereka terus mendapatkan boss besar mereka itu. Menunduk hormat sebelum masing -masing memandang ke Taehyung yang berwajah polos itu. 

 

 " Ini ke suami kau yang kau ceritakan tu ?" Bisik Yuseo sambil berjalan disamping Ahreum yang hanya mengangguk. Dia mengambil kertas kerja yang perlu dia periksa dari huluran Hoseok. 

 

Sambil dia memeriksa , matanya meliar memandang sekitar gedung beli belah jagaannya itu . Macam biasa , mall-nya itu sesak dengan pelanggan. Kedai -kedai pun semua buka macam biasa. Kertas kerja itu diberi semula ke Hoseok. Dia berhenti dan memandang ke belakang. 

 

Taehyung memandang sekeliling dengan mata yang bundar. Sudah lama dia tidak ke mall , menikmati masa muda , berfoya tanpa masalah. Dia memandang ke depan , Ahreum sedang berdiri menunggunya. 

 

Wanita depannya ini dilahirkan dengan sangat bertuah berbeza sungguh dengannya.

 

 " Buat apa ?. Cepatlah " panggil Ahreum membuatkan lamunan Taehyung terhenti. Dia terus menghampiri gadis itu.

 

 " Kita nak buat apa disini ?" Soal Taehyung sambil dia cuba untuk ikut langkah laju Ahreum.Mereka memasuki sebuah kedai baju dan staff dalamnya terus bekejar untuk menyapanya dengan penuh hormat. 

 

Taehyung yang melihat semuanya hanya mampu kagum dalam diam. Dia terpingga -pingga mendekati Ahreum tatkala diseru. 

 

Jaket kulit itu disarung ke badan dan Taehyung memandang dirinya pada pantulan cermin panjang di hadapan. Tangannya kemudian mencapai tag harga yang tergantung padanya sebelum matanya membesar . Dia memandang Ahreum yang masih sibuk membelek pakaian lain sambil ditemani Yuseo dan staff kedai . 

 

Dia menggigit bibir bawahnya dengan rasa tak selesa. 

 

 " Mari pergi ke kedai lain , sini mahal sangat " bisik Taehyung seperlahan yang mungkin sebaik sahaja Ahreum berpisah sekejap dengan yang lain. Ahreum memandang Taehyung yang sudah membuka jaket yang dia beri tadi. 

 

 " Jadi kenapa kalau mahal pun ?. Kau yang akan pakainya " balas Ahreum sambil menyarungkan semula jaket tadi ke Taehyung yang beria tak mahu. 

 

Dia tersenyum dan membetulkan lipatan pada jaket itu. Menepuk -nepuk bahu Taehyung seolah-olah memberi isyarat yang semuanya okay. 

 

 " Jangan risau , aku ka--" " Kaya .  Ye aku tahu tapi--" Taehyung berhentu bila jari telunjuk Ahreum melekat ke bibirnya. 

 

 " Dah tiba masanya kau hargai diri kau sendiri. Balut badan kau yang dah bekerja keras untuk kau dengan benda mahal dan selesa sebagai tanda terima kasih kau pada mereka ..itulah hadiah kau pada mereka. Jangan risau , kau boleh bergantung pada aku " tutur Ahreum seolah -olah ianya perkara biasa. Gadis itu kemudian bergegas ke Yuseo tatkala dipanggil. 

 

Meninggalkan Taehyung yang terkedu seorang diri. Kata -kata Ahreum benar belaka. Selama dia di penjara , dia tak pernah menjaga badannya sendiri. 

 

 

_____________

 

Behind the scene 

 

 

Ah Reum membawa selimut lebih kepada Taehyung yang sudah terlena di sofa. Dia mencangkung di sisi dan membetulkan posisi tidur lelaki itu sebelum matanya menangkap sesuatu. Kain baju yang terselak pada badan Taehyung memaparkan bekas coretan luka dan lebam yang banyak pada badannya. 

 

Ahreum membisu lama. Perlahan dia menutup kembali dan menyelimutkan lelaki itu. Dia kemudian memandang Taehyung yang lena dengan tenang. Wajah yang tiada siapa akan percaya pernah berada di penjara dna menempuhi segala perkara. 

 

Kasihan. 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet