Episode 02

Most Wanted Husband

 

Selera AhReum terus terpadam serta merta sebaik sahaja hal kehidupan peribadinya dibangkitkan. Dia menghentak kedus garfu dan pisau potongnya ke pinggan , menimbulkan bunyi yang kuat. Sekaligus mendiamkan mak cik pak cik saudaranya yang banyak cekadak. Dia memandang mak ngahnya, Puan Joyah dengan mata tajam. 

 

 " Menarik sangat ke hidup Ah Reum untuk dibangkitkan setiap kali kita berkumpul bersama ?. Kenapa , mak ngah dah tak ada modal nak bergossip ?" Serang Ahreum terus tanpa rasa takut. 

 

 " Ahreum! Jaga mulut kamu" tegur Datin Kiah. 

 

 " Mak ngah cuma risaukan kamu . Kamu dah 25 , sudah sesuai untuk berkahwin dah p--"

 

" 25 bukan 45 !. Apa salahnya kalau saya single lagi! " nada Ahreum melonjak naik tanpa kawalan. Dia memandang tajam kearah makngahnya yang terkedu . 

 

 Satu meja itu diam sebentar sebelum Jimin tertawa besar sambil meneguk winenya dengan tenang. Dia memandang Ahreum yang nampak bengang. 

 

 " Janganlah emo sangat Reum . Kenapa ?. Kau kena tinggal lagi kalini ?. Aku dengar kau agak liat atas katil ?" Yoongi cepat -cepat menutup kedua belah telinga Beomgyu yang menjulingkan matanya keatas. Dia sudah 20 bukan 10 . Abangnya over lagi. 

 

Ah reum tersenyum senget. " Bagaimana dengan kau Jimin ?. Aku dengar kali ini , mainan kau sebaya dengan mak ngah ?.. Kenapa tak try je mak kau , tak payah cari jauh -jauh " 

 

" Ah Reum !" Tegas Tuan Hong yang sudah tak tahan melihat keluarga besarnya bertekak . Setiap kali bertemu , tak pernah ada suasana yang aman. 

 

Ahreum dan Jimin bertentangan mata . Masing -masing memang tak akan pernah nak kalah. 

 

 " Ah Reum , mak ngah kamu cuma nak kamu bahagia lagipun bukankah dah masa untuk kamu timang cahaya mata .. Atuk pun mesti nak jugak tengok cicit dia" celah mak udenya yang dari tadi diam memerhati. Mak ngah dan Pak ngahnya laju mengangguk. 

 

 " Kenapa ?. Atuk dah nak mati ke sampai kalian tak sabar begini ? " 

 

 " AH REUM " Kalini ini nada Tuan Hong lebih kuat . Memandang tepat kearah Ah Reum yang masih berdegil. 

 

Ah Reum bangun dari duduknya. Memandang kesemua musuh dalam selimutnya itu. Dari dulu ,memang dia dah lama hilang kepercayaan. 

 

 " Kalau tak sabar sangat nak baby , buatlah sendiri . Jangan suruh aku ... Kecuali kau dah monopause atau pakcik dah tak kuat " balas Ahreum menamatkan makan malam itu dengan berlalu pergi. 

 

Mak Ude yang mendapat balasan sebegitu memegang belakang tengkuknya yang teeasa tegang. Sungguh kurang ajar . Atuk Hong di hujung meja makan panjang itu hanya memandang cucu sulung sahnya itu pergi . Dia diam tak berkata apa.

 

_____________

 

2 hari berlalu . Ah Reum berdiri di depan seorang lelaki yang dibawa Datin Kiah untuk diperkenalkan sebagai jodohnya. Dia tak kalah tapi ini semua demi pujukan atuknya yang rupanya hendak juga dia berkahwin secepat mungkin. Lagipun , ada perjanjian lain antara dia dan atuk yang lain tidak ketahui. 

 

Dia memandang Taehyung sebelum melebarkan senyumannya . " Senang bertemu , saya Hong Ah Reum " . 

 

Tae Hyung memandang tangan yang dihulur itu sebelum menyambutnya . Dia juga membalas senyuman gadis itu. " Saya Kim Tae Hyung , selamat berkenalan ".

 

 

 

 

 

Secangkir teh dihirup Datin Kiah sambil dia menghirup udara segar di halaman rumah adik iparnya . Sepetang yang damai itu, dia dan Mak Ude ( Puan Bedah) memasing berkumpul di rumah mak ngah. Menyambut kemenangan mereka dalam membuat Ah Reum kahwin. 

 

 " Jadi , rancangan kita berjayalah ni ke?. Ah Reum akan berkahwin dengan lelaki itu ?. Bila ?" Soal Puan Bedah tak sesabar . Dia langsung tak menyentuh minuman yang pembantu rumah Puan Joyah hidangkan. 

 

Lebih teruja nak tahu kisah lanjut dari Datin Kiah. 

 

 " Dah tentulah . Kamu tengoklah siapa yang merancang. Lepas ini aku akan pastikan kita semua dapat bahagian masing -masing " 

 

 " Tak sabarnya aku . Aku dah tempah bot pelayaran , Jimin suka sangat " tutur Puan Joyah dah berangan -angan. 

 

Mana tidaknya , selama ini , kewangan keluar masuk syarikat diurus Ahreum sepenuhnya sehingga dia kalau nak duit apa -apa pun perlu tulis surat. Macam orang asing.

 

 " Jadi , macam mana kau nak aturkan semuanya ?" 

 

Datin Kiah tersenyum licik. 

 

 

 

Pukul 4 petang , Tae Hyun keluar dari perpustakaan Uni-nya itu. Langkahnya yang laju mula memperlahan sebelum berhenti sebaik sahaja melihat seorang yang sedang menunggu dengan gula -gula kapas besar bercorak hati di tangan. Keluhan lemah terus keluar dari mulutnya. 

 

Ah Reum yang nampak Tae Hyun dengan laju berlari anak kearah Tae Hyun. Dia tersenyum dengan penuh lebar . 

 

 " Gula -gula ?" Tawarnya yang memang dibelikan untuk Taehyun yang suka benda manis. 

 

Tae Hyun tak mengambil sebaliknya dia terus berjalan pergi . Meninggalkan Ah Reum tergopoh -gapah mengejar. " Hey , tak payahlah nak jual mahal sangat !" Teriak Ah Reum masih cuba mengejar dengan kasut tumitnya. Almaklum ,baru balik meeting . 

 

Makin Ah Reum mengejar , makin Taehyun laju tak nak kena tangkap . Dia jadi malu bila semua orang tengok mereka yang macam romeo juliet main kejar -kejar. 

 

Dari jauh , Beom Gyu memerhati dua insan itu berkejaran. Dia yang elok -elok nak pakai helmet terus terbantut. Suara Ahreum punyalah kuat sampai dia yang jauh ni pun boleh dengar. Ah Reum masih tak habis -habis. 

 

Malas nak ambil port , Beomgyu memakai helmetnya dan naik motor. Dia terus menunggang pergi. Meninggalkan kawasan Uni. 

 

 

____________

 

Malam yang sunyi di koridor sebuah flat murah , Tae Hyung berdiri di depan rumah lama keluarganya yang kini sudah tak berpenghuni . Dengan kunci yang dia dapatkan dari tuan rumah , dia membuka pintu rumah itu. Menolaknya buka dengan perlahan , dia masuk ke dalam. 

 

Suis lampu dibuka. Dia berdiri statik di depan ruang tamu yang kecil itu. Memandang kearah seluruh rumah yang cuma berdebu tanpa sebarang perabot lagi. Tae hyung menarik nafas panjang . Sama sekali tidak menyangka dia akhirnya menjejakkan kaki lagi ke dalam rumah yang penuh kepahitan itu. 

 

Dalam dia beremosi sendiri , telefonnya berbunyi , menandakan panggilan dari Datin Kiah. 

 

 

 

Kachaa

 

Suapan Tae Hyun ke keknya berhenti. Dia memandang Ah Reum yang sesuka mak nenek dia mengambil gambarnya tanpa izin. Dia terus letak garfu ke tepi. Melihat ke sepupunya yang suka mengarut itu.

 

 " Pastikan kau padam semua gambar aku bila kau dah kahwin nanti. Kalau suami kau tengok nanti kang dah susah " bebel Taehyun macam biasa. Dia sambung menikmati kek percumanya itu. 

 

Ah Reum letak fon . Dia memandang Tae Hyun dengan muka serius.

 

 " Yah, kau .. Pandai kan ?" Soalan itu membantutkan lagi Taehyun . 

 

 " Selain Beomgyu dan Jimin dan kau .. Akulah yang terpandai " balas Taehyun selamba. Ah Reum mengembangkan hidungnya . Tak habis -habis nak kutuk . 

 

 " Jadi ..aku nak minta tolong kau sesuatu " 

 

Taehyun diam dengan permintaan Ah Reum. Dia terus tak berminat dengan kek. 

 

 " Aku anak Puan Bedah tau ..kau tak takut bocor ke ?" 

 

 " Aku percaya kau " tutur Ahreum pantas. 

 

Dalam ramai -ramai sepupu sepapat yang tak sempat nak diperkenalkan , dia dan Taehyun lah yang nampak macam sepupu sebenar. Walaupun Tae hyun cuma anak angkat. 

 

Tae hyun bersandar pada kerusinya. Memandang ke Ahreum yang serius. Dia pun jadi serius. 

 

____________

 

Majlis perkahwinan berlangsung dengan sangat aman dan damai . Majlisnya sengaja dibuat kecilan memandangkan itu satu -satunya syarat dari Ah Reum dan yang lain tak boleh nak buat apa. Hanya keluarga dan beberapa kaum kerabat ,rakan bisnes yang dijemput .


Ah Reum akhirnya berjaya bawak suaminya sendiri , bebas dari semua orang yang nak bermesra dengan ahli baru itu. Pintu ditutup dan Ahreum menghela lega. Dia bersandar pada pintu dan memandang Taehyung yang berjalan sekeliling biliknya yang luas itu dengan muka kagum. 

 

Baru je dia nak menoleh untuk lihat Ahreum , kepalanya diacu dengan pistol. Dia tak nampak tapi doa dapat rasakan. Taehyung terus statik. Matanya membesar . Tangannya diangkat tanda menyerah. 

 

 " Duduk " arah Ahreum masih menghala tepat pistolnya kearah Taehyung. Mana dia dapat pistol ?. , dia orang kaya. 

 

 " Ah Reu--" Taehyung tak diberi peluang bila Ah Reum mencampakkan beberapa kertas kepadanya dan ia bertaburan di lantai. 

 

 " Jangan bergerak . Duduk dengan tenang , aku tak akan bunuh kau ... Kau dari penjara kan ?. Tertangkap dua tahun lepas kerana bersalah membunuh keluarga sendiri " Tak diminta , Ahreum memberi maklumat ringkas suaminya sendiri. 

 

 " Kenapa kau disini ?. Biar aku jawab lagi. Mama aku bayar kau untuk kahwini aku dan bila tiba masanya , kau nak bunuh aku ..tak , kau dibayar untuk bunuh aku .. Kan Kim TAE HYUNG " Pistol itu terus rapat ke dahi Taehyung membuatkan lelaki itu dah hilang peluang nak bolos. Ahreum langsung tak tunjukkan yang dia gementar. Macam dah biasa gertak orang dengan pistol. 

 

Dia menelan air liurnya dengan sukar. Dia dah buntu teruk. Dan satu -satu harapannya adalah untuk telefon Datin untuk bantuan. 

 

Baru je dia sibuk fikir jalan keluar , Ah Reum tarik pistolnya sebelum mengeluarkan semua peluru dalamnya lalu dijatuhkan satu persatu ke lantai. 

 

 " Aku ada tawaran yang lebih baik untuk kau " 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet