Episode 01

Most Wanted Husband

 

Pintu itu dibukakan oleh pengawal penjara yang bertugas . Seorang wanita dengan jaket berbulu ayam itu masuk ke dalam. Bunyi kasut tumitnya yang 'keletak keletuk' itu menarik perhatian banduan yang sedang menunduk wajah memandang ke meja itu. Banduan bernombor 4077 itu mendongakkan wajahnya , menonjolkan wajahnya. Dia memandang wanita yang nampak kaya itu dengan perlahan duduk menghadapnya. 

 

 " Kau siapa ?" Soal banduan itu . Penuh kecurigaan dan tidak kepercayaan. Sudah 2 tahun dia bertapa dalam penjara ini dan tiada siapa pun yang pernah datang melawat . 

 

Sekeping gambar dikeluarkan lalu ditolak ke banduan yang masih terkawal itu. Datin Kiah tersenyum seram. 

 

 " Kim Tae Hyung , mari kita buat perjanjian yang akan bawa keuntungan untuk kita berdua" 

 

Tae Hyung tak membalas. Dia bersandar pada kerusinya dan memandang wanita asing itu. Menunggu penjelasan seterusnya.  Dia tiba -tiba tertarik.  

 

 " Saya akan bebaskan kamu dari sini dengan jaminan tapi dengan syarat kamu mesti kahwin dengan anak saya .." Datin Kiah berhenti sebentar. Dia memandang ke guard yang sedang berdiri jauh di penjuru bilik. Dia lalu mendekat ke Taehyung. 

 

 " .. Dan bunuh dia . Jangan risau , saya akan pastikan awak tak tertangkap dan akan bebas untuk jalankan hidup dengan aman... Kalau awak berjaya , saya akan tanggung kesemua hutang awak . Macam mana , tertarik ?" Tawar Datin Kiah ,masih tersenyum seram dengan bibir merah menyala sebab salutan gincu mahal .

 

Tae Hyung masih tak membalas. Dia memandang wanita asing itu untuk masa yang lama. 

 

_____________

 

Jam lonceng itu dicapai Ah Reum dalam kemaimaiannya sebelum dilontar kuat mengena dinding dan jatuh berderai ke lantai. Ah Reum masih berselubung di bawah selimutnya untuk beberapa minit kemudian sebelum dia akhirnya sedar diri dan bangun. Menggeliat sana sini , dia melompat turun dari katilnya. 

 

Memakai sarung selipar berbulunya dan bertelinga gajah itu , dia berjalan keluar dari biliknya dan terus menuju ke laluan tangga yang membawa ke lobi rumah . Melalui cermin yang tertampal di tepi tangga itu , Ah Reum tiba -tiba melompat terkejut melihat pantulan dirinya. Dia merapati cermin dan memandang dirinya yang serabai itu. 

 

Merenung lama sebelum tersenyum gatal . " Terkejut aku , rupanya kau si cantik , Ah Reum. NGAUMM " mengaum depan cermin seorang diri , Ah Reum kemudian mengenyit mata . Puas hati lepas melambung diri , dia menyambung perjalanan turun tangga dan terus ke dapur . Menyapa beberapa pembantu rumah, dia mendapatkan sekotak susu besar sebelum terus meneguk. 

 

Tegukkannya terhenti bila melihat kehadiran seseorang. Datin Kiah tersenyum memandang anak perempuannya itu. Dia juga masih berpakaian tidur. Mereka berdua berpandangan antara satu sama lain. Ah Reum meletakkan susu kotak itu ke kaunter dapur sebeluk tersenyum mendekati mamanya itu .

 

 " Semalam adik bermimpi mimpi ngeri. Tahu apa yang adik mimpi ?" Soal Ah Reum berhenti di depan Datin Kiah yang berwajah lembut itu. Wanita itu mengangguk perlahan dengan wajah curiga. 

 

 " Tentang apa ?" Soal Datin Kiah lembut. 

 

 " .. tentang Mama yang masih hidup sampai sekarang " balas Ah Reum bernada dingin. Namun kedingingannya terus bertukar ke wajah ceria sebaik mendengar deheman dari jauh. " Morning Ma ~" sapa Ah Reum lalu mencium ringan pipi Datin Kiah. Dia terus berlari mendapatkan papanya , Dato Hong yang baru bangun itu. 

 

 " Pa ~" panggilnya dan terus merangkul lengan ayahnya . Datin Kiah mengesat bekas ciuman Ah Reum dengan penuh jijik. Dia menoleh ke Ah Reum yang bermesra dengan suaminya. 

 

 " Dasar talam dua muka " desisnya sebelum turut mendekati dua beranak dengan senyuman.

 

 

 

Baru je guard nak tutup pintu besi itu lepas Tae Hyung berjalan keluar , sebuah kereta hitam sudah berhenti tepat di hadapan bekas banduan itu. Tingkap turun dengan automatik dan seorang lelaki muda menjengahkan kepalanya . Rambutnya pink bukan main . 

 

 " Naiklah . Kau Tae Hyung kan ?" Jimim menjemput bekas banduan itu dengan penuh selamba. Senyuman lebar tersergam pada wajahnya yang bersinar sebab baru balik spa itu. 

 

Taehyung yang tengah memeluk kemas beg barang peribadinya itu memandang kereta import itu sebelum mendengar kata dan masuk ke tempat sebelah pemandu. Sejurus dia tutup pintu , Jimin terus memecut laju .

 

 

 

 

 

Kunyahan Ah Reum makin laju. Segala celoteh Yu Seo padanya macam bunyi angin sahaja  bila dia lebih tertarik pada sepasang kekasih yang sedang berdating selang dua meja darinya. Yu Seo yang perasan meletak garfu sudunya ke meja dan memandang Ahreum dengan kening terangkat. 

 

 " Kau dengar tidak apa yang aku bebel sekarang ni ?" Yuseo merengus dan menoleh ke belakang. Melihat ke pasangan yang dari tadi menarik perhatian Ah Reum itu. Matanya membesar dan dia memaling kembali ke Ahreum. 

 

 " Itu Beom Gyu kan ?. Adik kau ?" Soal Yuseo kepada Ahreum yang dah siap -siap lap mulut bagai. Ahreum menilik ke jam tangannya yang menunjuk ke pukul 1. Dia bangun dan memberi sapu tangan tadi ke Yuseo yang menerima dengan muka konfius. 

 

Penuh konfiden , Ahreum berjalan lengang lenguk kearah pasangan dua sejoli muda yang sedang menikmati lunch itu. Dengan beg Lv besarnya yang berat itu , dia menyerang Beomgyu dari belakang . Membuatkan adiknya tersentak ke depan . Beomgyu terus bangun dan menjerit sebelum jeritannya tersekat di kerongkong. Matanya membutang besar. 

 

Dia memandang Ah Reum yang tersenyum lebar. " Hye Sayang ♡~ . YOU BUAT APA KAT SINI TANPA I ?" Soal Ahreum dengan nada tinggi membuatkan Beomgyu menggelabah. Tangan Ahreum segera dipegang Beomgyu untuk menghalang lebih bangak masalah. 

 

 " Sayang ?. Beomgyu ?.. Who this makcik ?"aweknya terus berdiri dengan muka tak puas hati. Matanya menjegil ke Ahreum yang dah buat muka terkejut. 

 

 " Oh my god , you don't know me ?. I'm Ahreum, Beom Gyu punya SUGAR MOMMY " Ahreum menghulur tangan untuk berjabat mesra namun sebaliknya awek itu tak menyambut. Dia menjeling ke Beomgyu dan terus berjalan pergi dengan rengusan geram. 

 

 " Ji Ye ! Tunggu !" Beomgyu tak sempat nak mengejar bila Ahreum segera menangkap kolar baju lelaki itu. 

 

 " Nak pergi mana ?. Kau belum bayar lunch kau " peringat Ahreum dengan sengihan . Dia terus melepaskan adiknya yang hilang kata itu sebelum berjalan pergi diikuti Yuseo yang terkocoh -kocoh. 

 

Keluar dari restoran itu, Ahreum terus menelefon seseorang. " Sekat semua kad kredit Beomgyu sekarang " arahnya dan matikan panggilan . Yuseo yang berjalan disisi hanya mampu menggeleng dan mengeluh. Kasihan pada si Beomgyu . 

 

Sementara di kaunter pembayaran , Beomgyu sudah keluarkan semua kad kreditnya . Harapan terakhirnya dihulur ke juruwang yang sudah mula bosan. " Ini pun tak boleh " tuturnya dengan malas. Beom Gyu merengus dengan geram lalu mencapak semua kad kredit di atas itu ke lantai. Dia memandang ke pintu restoran . 

 

 " AH REUM SIALLL!!!"

 

____________

 

Malam itu , semua keluarga Hong dipanggil ke rumah Atok Hong untuk berkumpul . Kereta -kereta mewah memakir di perkarangan rumah agam . Ah Reum turun dengan jaket merah ,inner kuning dan seluar track hijau. Dia macam lampu isyarat. Memang saje nak jadikan tema malam itu. 

 

Turun dari kereta , dia berhenti dari berjalan terus ke pintu rumah bila lihat Beomgyu yang tercunggap -cunggap berlari . Dia terus tersenyum senget , berpeluk tubuh menunggu adiknya itu datang menghadap. 

 

 " Macam mana jadi miskin ? Seronok ?" Sindir Ahreum membuatkan Beomgyu menjeling tajam. Beomgyu membetulkan dirinya yang serabai sebab terpaksa berjalan kaki. Ini semua gara -gara Ahreum sekat kad kreditnya.

 

Dasar gila kuasa. 

 

 " Tarik balik semua sekatan pada kad kredit aku , kau gila ke !. Buat sesuka hati " bengang Beomgyu sejurus dapatkan semula nafasnya. Dia membesarkan matanya . Nak acah bengis.

 

 " Aiyoyo ... Kasarnya. Macam itu ke bercakap dengan kakak kau ?. Aku kakak kau tau . Takpelah , aku baru nak tarik balik sekatan sebab kesian tapi nampaknya ..tak jadilah " Ahreum tersenyum . Sengaja nak mainkan Beomgyu yang terdesak nak mampu itu. Dia terus berpaling sebelum hujung jaketnya dipegang Beomgyu. Menghalang dia dari pergi. 

 

Dengan mata bundar , Beomgyu merapati Ahreum . "NUNA , Tolong ~" rayunya tak ada pilihan lain. Ahreum tersenyum puas. Dia menepis tangan berpeluh Beomgyu dari jaket ADIBAH-nya (brand kepada adik ADIDAS). 

 

 " Dengan syarat .. No more ponteng kelas or aku patahkan semua kad kau " ugut Ahreum dan Beomgyu yang mengeluh sekejap cepat -cepat mengangguk bila dengar deheman Ahreum. Ini semua sebab dia masih bawah umur.

 

Tengah -tengah dua beradik itu buat perundingan bersama , Yoongi muncul dengan muka dinginnya macam biasa. Dia berdiri di tengah dua adiknya . " Kalian buat apa ?... Tak jumpa rumah ?" Tuturnya senada sebelum berjalan diantara tengah antara Ahreum dan Beomgyu. 

 

Itu abang sulong mereka , Yoongi yang kini jadi producer music di sebuah syarikat hiburan . 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet