Drabble 2

Phoenix
Please Subscribe to read the full chapter

Just to clarify that drabbles do not follow a proper timeline. Jadi, untuk drabble ni latar masa dia ialah sebelum Park Seungwoo lahir. Harap korang tak keliru.

 

 

 

Baekhyun menatap penampilan dirinya buat terakhir kali pada cermin satah yang terletak di sudut kamar beradunya. Tanpa sedar pandangannya jatuh pada bahagian abdomen bawah di mana anaknya sedang menumpang untuk beberapa bulan ke depannya. Perutnya itu masih belum kelihatan ketara sedang membawa sebuah nyawa lain.

 

Tangannya kemudian dibawa untuk mengusap bahagian itu. Mindanya menerawang pada kejadian semalam di mana dia membuat keputusan untuk tidak menggugurkan kandungannya itu. Dia sendiri masih tidak tahu adakah ini keputusan yang tepat. Ya, dia masih meragukan keputusannya itu.

 

Kata-kata Chanyeol tempoh hari benar-benar berjaya melembutkan sedikit hatinya itu namun itu belum cukup untuk meyakinkannya. Sewaktu detakan jantung janinnya menyapa gegendang telinga, ada suatu rasa asing yang bergayut di hatinya. Waktu itu, entah bagaimana kepalanya membayangkan dia dan Chanyeol hidup bahagia bersama seorang anak kecil yang bakal melengkapkan keluarga kecil mereka.

 

Dan kerana itulah dia mahu melahirkan anaknya ini namun, perasaan ragu masih sukar untuk dia nafikan kewujudannya dalam diri. Maka kerana itu juga hari ini dia mahu bertemu seseorang yang mungkin dapat membantunya.

 

Baekhyun menatap figura suaminya melalui pantulan cermin satah itu yang masih diselubungi selimut sehingga hanya menampakkan kepalanya sahaja. Chanyeol memang akan bangun agak lewat pada hujung minggu begini sekiranya lelaki tinggi lampai ini tidak mempunyai apa-apa tentatif lain. Dia yakin bahawa Chanyeol akan menjadi seorang ayah yang baik.

 

Baekhyun? Mungkin tidak.

 

Dia kemudiannya mengatur langkah menuju ke garaj sebelum memasuki perut kereta. Pedal minyak lantas ditekan memandu keretanya menuju ke destinasi yang dituju.

 

Baekhyun dengan sabar menanti pintu utama banglo tersebut dibuka. Tidak perlu menunggu lama sebelum pintu itu dikuak sebelum menampakkan suatu figura yang pernah beberapa kali bertemu dengannya.

 

"Masuklah, err..." lelaki kelihatan ragu-ragu tidak tahu harus membahasakannya sebagai apa.

 

"Panggil je Baekhyun. I'm here not for work" senada sahaja dia memberitahu sebelum dia melangkah masuk.

 

Sebaik sahaja dia tiba di ruang tamu kelihatan dua anak kecil yang sedang leka bermain lego menjamu pandangan matanya. Kereta mainan juga kelihatan berselerak di sekitar mereka.

 

"Taeoh, Jongsoo, main dekat atas ya. Papa ada guest ni" arah Kyungsoo kepada kedua anaknya yang serta-merta mengalihkan pandangan kepada Baekhyun yang sedang berdiri.

 

"Eh, eh. Tak apalah. Biar je diorang main kat sini" si tetamu menghalang dengan senyuman manis terukir di bibir.

 

"Baekhyun, duduklah dulu"

 

Baekhyun hanya mengulum sebaris senyuman lalu melabuhkan punggungnya ke atas sofa yang terletak di ruang tamu itu. Matanya melilau ke sekeliling memperhatikan hiasan dalam rumah tersebut walaupun ini bukanlah kali pertama dia menjejakkan kaki masuk ke banglo ini.

 

"Sekejap ya. Saya ke dapur kejap" ujar Kyungsoo sebelum menghilangkan diri di balik dinding.

 

Baekhyun pula hanya memerhatikan dua anak lelaki kepada Jongin yang sedang bermain itu. Si abang mempunyai raut wajah yang saling tidak tumpah dengan Jongin namun matanya yang bulat itu persis Kyungsoo. Si adik pula jika dilihat sepintas lalu sudah tahu menurun mukanya daripada Kyungsoo.

 

Dia bagaikan tidak percaya bahawa sahabat baiknya itu sudah hampir 6 tahun mendirikan rumah tangga bersama ketua organinsasi El Dorado bahkan sudah mempunyai dua orang cahaya mata. Sewaktu Chanyeol menyampaikan hal itu, terkejut bukan kepalang dirinya. Jongin itu tidaklah membuat satu kesalahan besar namun, agak tidak masuk akal menyembunyikan perkahwinan mereka ini daripada pengetahuan Baekhyun. Sedangkan, mereka sudah lama bersahabat. Jujur, Baekhyun sedikit berjauh hati meskipun dia tahu benar sebab mengapa pasangan Kim ini mahu merahsiakan hubungan mereka.

 

"Sorry for making you wait" suara Kyungsoo membawa pergi segala yang bersarang di minda. Dua gelas air diletakkan oleh Kyungsoo di atas meja.

 

"It's okay. Jongin mana?" Baekhyun sekadar berbasa-basi.

 

"Dia keluar jumpa kawan tadi"

 

"Oh. Errr.... Sebenarnya aku datang ni nak cakap terima kasih sebab dah tolong aku

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
femaleda
#1
Chapter 4: <span class='smalltext text--lighter'>Comment on <a href='/story/view/1411391/4'>Drabble 1</a></span>
Terkejut woi dapat update! Thanks fiqah😍 tapi wasilah antara kita ada update ke?
femaleda
#2
Chapter 3: Wow this fic is really amazing! I love the story line. Thanks for writing this great ff author nim.
mpreggoland
#3
Chapter 5: uwaaaaaaaaaaa
ni citer malay-mpreg yg paling terbaik pernah saya baca!
i'm so happy, and almost crying huhu
sy suka storylinenya, couplenya...marvelous! mmg yg sy inginkan!
sorry ter-over plak XD
but serius, sy mmg suka citer ni! *thumbs up*
thanks for sharing this story ^^
femaleda
#4
Chapter 5: I want more!!!!!!!! Love your fic
femaleda
#5
Chapter 5: I want more!!!!!!!! Love your fic
bhcy0506
#6
Chapter 3: Been so long since I read a fanfic, let alone a malay one. Catch my attention right away because it's mafia we're talking about. You did a good job writing this hehe. Oh! And kindly wanna read more about their 'little' park-byun family ♡
mellow22haru
#7
Chapter 3: I just want to know, can baekhyun and kyungsoo see each other? I mean, they can share everything since they are related to each other. Or maybe el dorado and phoenix can join the group. And i would to to have the drabbles. Or maybe epilogue. It just that kyungsoo is a nice guy. Btw, thank you authornim for the great story