Drabble 1
Phoenix
"Oh my god, Park Chanyeol! What have you done to my ing son, jerk?" naik satu oktaf suara Baekhyun sebaik sahaja dia memasuki ruangan mainan anaknya. Laungan suara Baekhyun itu dapat didengari di setiap genap banglo mereka menyebabkan si ayah dan anak yang berada dalam ruangan itu terkejut bukan main.
"No, papa! Papa tak boleh marah daddy!" anak kecil itu mendepakan tangan sambil berdiri di hadapan si ayah bagaikan mahu melindungi lelaki itu. Wajahnya kelihatan serius menunjukkan dia tetap dengan pendiriannya dan tidak akan berganjak sedikit pun.
"What the hell, Park Chanyeol! How dare you teach my son how to ing punch! He's only 6 for 's sake and you already trained him to be a ing mafia lord?" Baekhyun sudah tidak mampu menahan amarah yang semakin meruap-ruap dalam dirinya. Chanyeol yang masih duduk di belakang anak lelakinya hanya melepaskan keluhan kecil.
"Bub, saya ajar dia yang simple je, okey?" lelaki bertelinga capang itu cuba membela diri walaupun dia tahu dia tidak akan pernah mampu lari daripada amarah suami kecilnya.
"Simple? Remember the last time you teach him how to ing kick?" kening Baekhyun dinaikkan sebelah.
"He kicked Taeoh's leg?"
"That's it, Park ing Chanyeol!" suara Baekhyun kembali meninggi.
Baekhyun cuba melangkah setapak ke hadapan berniat mahu menghampiri suaminya namun anaknya dengan pantas menahan dirinya.
"No, papa. Papa janganlah marah daddy!" sekali lagi, mungkin untuk ke sejuta kalinya, anak lelaki mereka menyebelahi suaminya yang tidak cukup akal itu. Kerana itulah dia tidak pernah berjaya menghalang Chanyeol daripada mengajar anaknya perkara bukan-bukan. Lihatlah, anaknya ini akan bermati-matian melindungi suaminya itu.
Sebuah keluhan kasar Baekhyun lepaskan. Dia menjatuhkan pandangannya pada Seungwoo, anak lelakinya lalu pada Chanyeol, suaminya yang bertelinga capang dan menyakitkan hati kemudiannya kembali pada Seungwoo.
"Suka hati koranglah. Dinner's ready. Kemas semua ni pastu turun," Baekhyun akhirnya hanya mengalah- seperti yang selalu dia lakukan. Ya, dia tidak akan dapat menang sekiranya si ayah dan anak berpakat menentangnya.
Baekhyun kemudiannya hanya melangkahkan kaki keluar daripada bilik mainan anaknya. Gelak tawa si anak dan ayah jelas kedengaran menyapa gegendang telingaya sebaik sahaja dia memusingkan badan. Baekhyun hanya mampu memutarkan bebola matanya 180 darjah tanda menyampah dengan perangai si dua beranak itu.
"Papa marah lagi ke kat Seungwoo?" soal anak kecil itu tiba-tiba sahaja sewaktu mereka di meja makan menikmati makan malam bersama-sama.
Bibir anaknya itu bagaikan bergetar menahan tangis membua
Comments