Part 1

Phoenix
Please Subscribe to read the full chapter

 

 

“So, we better prepare for the worst. They can do anything to make the transaction fail. You guys better do your work properly. Especially you, Park Chanyeol. Don’t repeat the same stupid mistake again for sake," tegas suara ketua mereka memberi arahan.

 

Semua yang sedang berdiri tegak di hadapan ketua mafia itu hanya mampu menundukkan wajah sebelum menganggukkan kepala hampir serentak tanda akur dengan arahan yang baru sahaja dikeluarkan lelaki yang sedang duduk di hadapan mereka.

 

“Sehun, remember to check on that newbie. Update me on any information you get about that kid asap.”

 

“Alright, boss,” dengan pantas Sehun menjawab.

 

“Now, get out.”

 

Mereka semua mula beredar daripada ruangan itu namun, belum sempat Chanyeol membuka langkah, kedengaran namanya diseru sekali lagi.

 

"Except you, Chanyeol. Stay here. I need to talk to you," arah ketuanya dan sekali lagi, sebagai orang bawahan, lelaki tinggi lampai itu hanya menurut sahaja segala arahan yang diberikan oleh lelaki di hadapannya itu.

 

Setelah semua beredar, kelihatan ketua mafia itu segera bangkit sebelum mengunci pintu pejabat miliknya. Belum sempat dia memusingkan badan, terasa tangan kasar Chanyeol menolaknya ke pintu sebelum dengan rakus mencuri bibirnya. Baekhyun hanya mampu menyandarkan belakang badannya pada pintu menikmati bibir Chanyeol yang sudah bersatu dengan miliknya. Lama mereka bergelut memautkan bibir masing-masing sebelum Chanyeol melepaskan apabila terasa sudah kehabisan nafas.

 

"Hold on, Park. We got lot of times for this," ucap Baekhyun sambil tangannya mengusap lembut dada bidang Chanyeol, orang bawahannya yang sudah hampir 10 tahun berkhidmat untuk sindiket terbesar Korea Selatan, Phoenix, juga merangkap suaminya yang sah di sisi undang-undang. Sudah hampir 4 tahun mereka mengikat tali perkahwinan setelah hampir 5 tahun menjalinkan hubungan. Namun, hanya beberapa orang yang dipercayai sahaja mengetahui akan letak duduk hubungan mereka yang lebih sekadar daripada seorang bawahan dengan bos itu atas beberapa faktor.

 

Meskipun mereka telah berusaha sedaya upaya untuk menyimpan rahsia itu, tetap ada khabar angin yang tersebar mengenai mereka yang memounyai hubungn istimewa. Bagi Baekhyun, biarlah khabar tersebut terus menjadi gossip hangat antara anak-anak buahnya. Selagi mereka mampu menutup mulut, status sah mereka itu akan kekal menjadi rahsia.

 

"I can’t wait anymore, Baek. I miss you so much," ucap Chanyeol sambil mengusap lembut wajah suaminya yang sentiasa kelihatan cantik di mata.

 

"I miss you too. Now, do I need to spread my legs for you on the meeting table?" tanya Baekhyun dengan lembut. Hilang sisi ganasnya sebagai ketua sindiket terbesar – kini dia hanya seorang Byun Baekhyun, suami kepada Park Chanyeol.

 

"It's been awhile since we're doing it here. So, why don’t we start now, baby? Little Park couldn’t wait anymore."

 

"As you wish, babe."

 

 

 

***

 

 

 

 

“Jom lepak macam biasa malam ni," ajak Jongin sebelum mengeluarkan satu kotak rokok daripada koceknya. Kotak tersebut kemudian disuakan kepada Chanyeol dan Sehun. Kedua lelaki itu tidak melepaskan kesempatan yang ada maka, dengan pantas dua batang rokok ditarik keluar. Masing-masing kemudiannya membakar rokok yang terletak elok di tangan. Tidak lama selepas itu, bau asap rokok yang tebal merebak di kawasan tersebut.

 

"Sorry, I need to go home now. Aku dah janji dengan dia nak balik awal," balas Chanyeol sebelum menepuk bahu rakan-rakannya sebagai tanda meminta maaf. Sehun dan Jongin hanya menganggukkam kepala mereka memahami 'dia' yang dimaksudkan Chanyeol itu.

 

Mereka berdua merupakan antara orang-orang yang dipercayai Baekhyun kerana sudah lama bekerja bersama-sama ketua mereka itu. Lama yang dimaksudkan adalah mereka berdua sudah berkhidmat untuk Phoenix sejak Baekhyun baru sahaja menyertai sindiket itu. Ketika itu, Phoenix masih berada bawah pimpinan ayah kepada ketua mereka sekarang ini, Tuan Byun.

 

Sebaik sahaja Chanyeol tiba di rumah, kelihatan Baekhyun sedang khusyuk menonton televisyen di ruang tamu. Dengan perlahan, Chanyeol mendekati suaminya sebelum memeluk lelaki itu dari arah belakang.

 

"Yeol! Dah balik ke? Tak dengar pun," ucap Baekhyun dengan nada yang terkejut.

 

"Sayang fokus sangat tengok movie mana nak dengar," balas Chanyeol sebelum melabuhkan punggung di sebelah Baekhyun. Dengan pantas tubuh kecil milik Baekhyun dipeluknya membuatkan lelaki yang bertubuh lebih kecil itu hanya mampu tersenyum melihat sifat manja suaminya.

 

"You must be tired and hungry. Pergi mandi dulu. Saya siapkan makan."

 

"Kejap la. Saya tak puas lagi lepaskan rindu pada sayang. Harini satu hari tak jumpa sayang tau," ucap Chanyeol dengan nada rajuk yang sengaja dibuat-buat. Dengan pantas kepalanya dilentokkan ke atas paha Baekhyun sebelum wajahnya dibenamkan ke arah perut suaminya itu. Tangannya yang panjang itu kemudian memeluk erat pinggang suaminya - posisi ini merupakan kegemarannya sejak dari awal mereka menjalinkan hubungan tepatnya sejak 9 tahun yang lalu. Dia temui ketenangan dan kedamaian apabila dia berada di posisi begini.

 

Terasa segala kepenatan dan keresahan yang melanda diri hilang dibawa perginya udara yang berlegar di sekitar mereka.

 

Baekhyun tertawa kecil melihat sifat keanak-anakan Chanyeol itu. Dia menatap wajah tampan suaminya yang begitu jelas kelihatan penat sebelum tangannya dibawa untuk mengusap lembut kepala Chanyeol yang sedang terletak elok di atas ribanya.

 

Sungguh, jika ditanya pada dirinya 4 tahun yang lalu, dia tidak pernah membayangkan dia bakal menamatkan zaman bujangnya dengan orang bawahannya sendiri. Dia bukan sahaja memilih orang bawahannya sebagai pendamping hidup, malahan pilihannya merupakan Park Chanyeol - orang yang paling dibenci sewaktu mereka pertama kali bertentang mata.

 

"Appa! Kenapa amek orang bodoh macam Chanyeol tu masuk team ni? Dia tu satu apa pun tak boleh harap" adu Baekhyun pada ayahnya, Encik Byun yang sedang menghisap rokok di balkoni rumah.

 

"Baek, dia budak baru. Kasi dia peluang untuk asah skill dia. I believe he will improve from time to time" dengan selamba ayahnya menjawab membuatkan amarah Baekhyun yang sudah berada di tahap kritikal semakin meningkat.

 

"Appa, we’re not some sort of academy looking for other people potential for ’s sake" balas Baekhyun sambil memusingkan matanya 180 darjah.

 

Entah apa yang bermain di fikiran bapanya juga dia tidak mampu menebak. Bapanya itu amat menitikberatkan kesempurnaan, maka sewaktu dia pertama kali melihat seorang Park Chanyeol, dia benar-benar ingin tahu sebab ayahnya itu mengambil lelaki bertelinga capang itu memasuki kumpulan mereka.

 

Namun, perangai Chanyeol yang terkadang menyakitkan hati membuatkan dia semakin ingin mengetahui lebih banyak mengenai lelaki tinggi itu. Tanpa sedar mereka menjadi semakin rapat. Dia seharusnya membenci lelaki itu namun, sebaliknya yang berlaku. Tidak pernah sekali pun terlintas dalam minda bahawa hatinya akan memilih lelaki seperti seorang Park Chanyeol. Tidak pernah dia menyangkan bahawa jantungnya mahu berdegup pantas untuk lelaki itu.

 

Pada akhirnya, dia hanya mampu berterima kasih kepada bapanya kerana telah menitipkan Chanyeol sebelum lelaki itu pergi meninggalkannya buat selama-lamanya. Lohong kosong yang ditinggalkan bapanya itu tidak kekal lama kerana setelah itu berjaya diisi satu-satunya lelaki yang berjaya mencuri ruang di hatinya. Oleh kerana itu juga, sewaktu Chanyeol datang untuk menukar mendungnya menjadi pelangi, Baekhyun tidak berfikir dua kali untuk menerima.

 

Bibir yang terasa dikucup membawanya kembali ke alam nyata.

 

"Jauh termenung? Sayang ada masalah ke?" soal Chanyeol. Nada khuatir jelas kedengaran daripada intonasi lelaki itu.

 

Baekhyun hanya tersenyum nipis sebelum menggeleng kepalanya perlahan.

 

"Betul ke sayang? Kalau ada apa-apa cakap je lah."

 

"Nope, sayang. Betul. Memang tak ada. I’m just thinking on how we end up being here. You and me, together. Sometimes, it feels like a dream I never want to wake up to."

 

Bibir mereka sekali lagi bertaut apabila Chanyeol menyatukan bibir miliknya pada Baekhyun. Sebelah tangan Chanyeol diletakkan di belakang leher Baekhyun cuba mendalamkan ciuman tersebut.

 

"Feels real enough?" Soal chanyeol sebaik sahaja dia membebaskan bibirnya.

 

"It does feel real. Dah now pergi mandi. Saya siapkan makan," Baekhyun menolak lembut suaminya sebelum akhirnya Chanyeol hanya mampu menurut arahan daripada suaminya itu. Dia kemudiannya berlalu ke kamar beradu milik mereka berdua.

 

Sebaik sahaja dia selesai membersihkan badan dan menyarung pakaian tidur, Chanyeol segera berjalan menuju ke ruang makan sebelum figura suaminya yang kelihatan sedang sibuk menghidangkan makanan di meja makan menyapa pandangan. Pasti rakan-rakannya tidak akan pernah menyangka seorang Byun Baekhyun mampu menjadi seorang yang penyayang dan manja. Satu sisi Baekhyun yang eksklusif untuk diketahui oleh seorang Park Chanyeol sahaja.

 

Tiada siapa mampu menyangka, seorang ketua mafia yang sentiasa kelihatan serius dan tegas itu boleh menjadi lembut serta manja apabila berada di sampingnya. Pandangan tajam lelaki itu yang mampu menggeletarkan lutut ramai manusia terutamanya musuh turut bertukar menjadi jelingan manja sewaktu berada bersama Park Chanyeol.

 

Selesai mengamati tingkah laku suaminya itu, Chanyeol kemudian melabuhkan punggung di kerusi meja makan. Makan malam mereka berlalu seperti biasa - diselangi dengan gelak tawa dan jenaka. Setelah selesai menikmati makan malam, Chanyeol pula mengambil alih tugas mencuci pinggan dan mangkuk yang telah digunakan. Beginilah rutin harian mereka sejak mendirikan rumah tangga beberapa tahun yang lalu. Hanya di kediaman sendiri sahaja mereka berdua dapat hidup seperti manusia biasa gara-gara pekerjaan mereka yang bukan biasa-biasa itu. Selangkah sahaja mereka ke luar daripada rumah, gerak-geri mereka pasti akan diperhartikan teruatamanya oleh musuh Phoenix.

 

Oleh itu, mereka berusaha sebaik mungkin untuk merahsiakan kewujudan banglo mereka ini daripada pengetahuan sesiapa. Mereka berdua tidak mahu pisang berbuah dua kali. Cukuplah sekali sahaja mereka tersilap langkah sehingga meragut nyawa seseorang yang amat rapat dengan Baekhyun. Rentetan daripada peristiwa itu juga, Chanyeol berusaha sebaik mungkin untuk melindungi ketua mafia tersebut.

 

Setelah selesai tugas mencuci, Chanyeol berlalu ke ruang tamu untuk menonton televisyen memandangkan kelopak matanya belum lagi berat. Namun, baru beberapa minat dia larut dalam dunia sendiri, kedengaran namanya diseru Baekhyun.

 

"Chanyeol. Masuk bilik kerja. Now," tegas suara Baekhyun, begitu ketara perbezaannya, tidak seperti sebentar tadi.

 

Chanyeol yang sedang menonton televisyen hanya mampu melepaskan sebuah keluhan kasar. Daripada intonasi Baekhyun sebentar tadi sudah cukup memberitahunya bahawa yang mengeluarkan arahan tersebut bukanlah Baekhyun, suaminya yang manja dan penyayang namun Phoenix, seorang ketua mafia yang digeruni ramai. Chanyeol segera bangkit menuju ke bilik kerja milik suaminya itu dengan segera tidak mahu membuat lelaki itu menunggunya lama.

 

Sebaik sahaja melangkah masuk, kelihatan Baekhyun sedang memfokuskan pandangannya pada skrin komputer riba. Chanyeol berdiri di hadapan meja kerja lelaki itu menunggu ketuanya memulakan bicara.

 

"Update me on your work. I heard they demand something from us," senada sahaja ketua mafia itu mengeluarkan arahan. Wajahnya juga tidak memancarkan sebarang ekspresi. 

 

"DiMeo dah tak nak deal dengan kita kalau kita tak jual dengan harga yang sama Wong Syndicate jual," jawab Chanyeol senafas.

 

"Alright, I see. Wong Syndicate ni memang nak kebas semua orang-orang kita. Let's see who'll win this war."

 

 

 

***

 

 

 

“So, are you saying that new kid is from Wong Syndicate?” soal Baekhyun jelas terkejut dengan khabar yang baru sahaja disampaikan Oh Sehun. Tebakannya benar kali ini. Dia yang pada mulanya berasa ada sesuatu yang tidak kena pada budak lelaki yang baru sahaja direkrut untuk menyertai Phoenix beberapa minggu yang lalu telah mengarahkan Sehun untuk menyelidik mengenai latar belakang budak itu.

 

“Yes, boss. So far, saya masih lagi tak dapat dengan jelas objektif Wong hantar spy ke sini tapi yang pasti, they try to spy on our suppliers. They want to know where we get our things from,” jelas Sehun lagi.

 

“How dare. They really want to ing mess with us,” rahangnya bergerak-gerak cuba menahan amarah yang sedang memuncak kini. Wong Syndicate, musuh tradisi Pheonix sedari dahulu yang sentiasa mahu bersaing dengan cara kotor begini. Wong Syndicate yang kini dipimpin oleh Thyme benar-benar sedang mencabarnya. Bukan sekali ini mereka cuba merisik mengenai perniagaan Phoenix, cuma ini kali pertama sindiket tersebut menghntar seseorang untuk mengintip kegiatan sindiketnya ini.

 

“Let’s go, Sehun. Bawak budak-budak ikut aku,” arah Baekhyun tegas sebelum bangkit keluar daripada ruangan pejabatnya. Sehunn dengan pantas menghubungi rakan-rakannya yang lain sambil membontoti langkah ketuanya itu.

 

 

 

***

 

 

 

“Hi, my dear Phoenix. It’s been a long time, right? Do you miss me that much that you come here without telling me first?” ucap Thyme sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam bilik karaoke di kasino milik lelaki tinggi lampai itu. Senyuman yang lebar terpancar di wajah milik Thyme sebelum melabuhkan punggung bersebelahan dengannya. Hanya mereka berdua sahaja di dalam bilik karaoke tersebut atas permintaan Baekhyun yang meminta hanya mereka berdua sahaja bertemu empat mata.

 

"You know very well why the I’m here, Thyme. Stop acting dumb. I heard you send someone to join my team as a spy,” jawab Baekhyun dengan wajah yang serius malas mahu melayan ketua mafia di hadapannya itu. Kalau ikutkan barannya, mahu sa

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
femaleda
#1
Chapter 4: <span class='smalltext text--lighter'>Comment on <a href='/story/view/1411391/4'>Drabble 1</a></span>
Terkejut woi dapat update! Thanks fiqah😍 tapi wasilah antara kita ada update ke?
femaleda
#2
Chapter 3: Wow this fic is really amazing! I love the story line. Thanks for writing this great ff author nim.
mpreggoland
#3
Chapter 5: uwaaaaaaaaaaa
ni citer malay-mpreg yg paling terbaik pernah saya baca!
i'm so happy, and almost crying huhu
sy suka storylinenya, couplenya...marvelous! mmg yg sy inginkan!
sorry ter-over plak XD
but serius, sy mmg suka citer ni! *thumbs up*
thanks for sharing this story ^^
femaleda
#4
Chapter 5: I want more!!!!!!!! Love your fic
femaleda
#5
Chapter 5: I want more!!!!!!!! Love your fic
bhcy0506
#6
Chapter 3: Been so long since I read a fanfic, let alone a malay one. Catch my attention right away because it's mafia we're talking about. You did a good job writing this hehe. Oh! And kindly wanna read more about their 'little' park-byun family ♡
mellow22haru
#7
Chapter 3: I just want to know, can baekhyun and kyungsoo see each other? I mean, they can share everything since they are related to each other. Or maybe el dorado and phoenix can join the group. And i would to to have the drabbles. Or maybe epilogue. It just that kyungsoo is a nice guy. Btw, thank you authornim for the great story