Chapter 09

비밀의 책 : Lost Soul
Please log in to read the full chapter

 

Chapter 09 // Jungkook's POV

 

Aku mahu luangkan dua minggu yang ada dengan sebaiknya. Aku tak mahu ada penyesalan kerana selepas aku pulang ke rumah. Aku rasa aku akan rindukan Taehyung... lebih dari apa aku sendiri jangkakan. Entah kenapa, Taehyung begitu istimewa kepada aku walaupun aku hanya mula berkenalan dengannya dalam tempoh cuti musim panas ini. Tapi dia sudah tahu tentang aku sejak aku kecil. 

Lima hari telah berlalu sejak peristiwa hari itu. Aku kerap masuk ke hutan untuk bertemu dengan Tae. Walaupun tidak buat apa-apa dan hanya menikmati bunyi air terjun itu sudah cukup buat aku jika aku dapat tatap wajah Tae selama yang aku nak. 

" Termenung apa tu, Jungkook? " datuk menegur aku yang sedang manyapu daun di halaman. 

" Tak, tak ada apa-apa lah " aku pantas menyiapkan kerja. Tak sangka datuk tangkap aku termenung. 

" Kamu banyak termenung kebelakangan ni. Tengah angau ye? " datuk tersengih memandang aku. Aku dapat rasakan wajah aku menjadi hangat atau mungkin sudah merona merah. 

" Mana ada " aku membalas tanpa memandang datuk sebelum berjalan ke stor untuk menyimpan penyapu. Aku... jatuh cinta? ingatan aku kembali sewaktu Tae meluahkan perasaannya. Perasaan aku sama dengan Tae ke? aku cuma tahu aku gembira sewaktu dia kata dia sukakan aku.

Aku nak jumpa Taehyung. 

Setelah memastikan datuk tiada di halaman rumah dan tokong, aku segera berlari masuk ke hutan. Dulu, aku rasa takut dengan hutan ini. Jarang sekali aku masuk ke dalamnya kerana lebih rela menunggu Tae di kawasan tokong atau bilik. Sekarang, aku rasa hutan ini sangat cantik dan menarik. Semuanya sebab Tae. Aku tersenyum memikirkan pe

Please log in to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
mpreggoland
#1
Chapter 10: what?! abis mcm tu jer huhu T_T
hope ada sambungannya...i'll be waiting...
apa2 pun, thanks for sharing citer ni hehe
mpreggoland
#2
Chapter 9: baru nak happy sbb Kook pn suka Tae, tp betul juga apa yg dikatakan Tae tu...
roh2 yg berkeliaran selalunya ada something yg tak selesai masa diorang hidup, tp klu Tae dah mula tak rasa mcm tu, dia akn lesap la...
no sad ending, please...huhu
mpreggoland
#3
Chapter 8: Ala Kook nk blk rmh dia tinggai Tae huhu
mpreggoland
#4
Chapter 4: wow saya suka!
agaknya apa la alasan Tae masih berkeliaran di dunia manusia *berfikir*
hope Kookie dapat tolong dia hehe
mpreggoland
#5
Chapter 3: suka storylinenya! pairing yang saya suka lagi!
update lagi yer! ^^