Chapter 06

비밀의 책 : Lost Soul
Please log in to read the full chapter

 

Chapter 06 // Taehyung's POV

 

Bunyi ayam hutan yang berkokok mengejutkan aku dari tidur. Ah.. sakitnya badan ni. Macam orang tua pula rasanya. Padah tidur bersandar dekat pokok. Jadi roh pun badan boleh merasai lagi rasa sakit. Aku terjun ke dalam air terjun. Pagi-pagi rasanya sangat sejuk sehingga terasa ke tulang. Tapi bagi aku, aku tidak dapat rasa basah bila terkena air. Aku cuma dapat rasa kesejukannya semata. Begitu juga dengan manusia. Tetapi aku dapat rasa sentuhan bila bersama Jungkook sahaja. Pelik bin Ajaib betul. 

Aku berjalan menuju ke tokong seperti yang aku katakan kepada Jungkook semalam. Tetapi suasana hari ini nampak berbeza dari hari sebelum ini. Tokong sangat sepi. Mungkin datuk Jungkook keluar. Jungkook pula tidak kelihatan di luar seperti kebiasaannya. Jadi aku berjalan menuju ke biliknya.

Jungkook sedang duduk di atas kerusi sambil mengadap buku. Kerja sekolah mungkin. Dia fokus dengan kerjanya, langsung tidak menyedari kehadiran aku di bilik ini. Aku duduk atas katil yang berada di tepi tingkap dan membiarkan dia yang tekun menyiapkan kerja. 

" Taehyung! " suara lantang Jungkook mengejutkan aku yang termenung jauh. Aku mengalihkan pandangan kepadanya. 

" Kerja kau dah siap ke belum? " 

Dia hanya mengangguk dan terdiam. Pandangannya jatuh ke lantai.

" Kenapa ni? " kau masih risau mengenai hal semalam ke? tanpa aku sedar, tangan aku mancapai kepalanya dan mengusap rambutnya yang lemb

Please log in to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
mpreggoland
#1
Chapter 10: what?! abis mcm tu jer huhu T_T
hope ada sambungannya...i'll be waiting...
apa2 pun, thanks for sharing citer ni hehe
mpreggoland
#2
Chapter 9: baru nak happy sbb Kook pn suka Tae, tp betul juga apa yg dikatakan Tae tu...
roh2 yg berkeliaran selalunya ada something yg tak selesai masa diorang hidup, tp klu Tae dah mula tak rasa mcm tu, dia akn lesap la...
no sad ending, please...huhu
mpreggoland
#3
Chapter 8: Ala Kook nk blk rmh dia tinggai Tae huhu
mpreggoland
#4
Chapter 4: wow saya suka!
agaknya apa la alasan Tae masih berkeliaran di dunia manusia *berfikir*
hope Kookie dapat tolong dia hehe
mpreggoland
#5
Chapter 3: suka storylinenya! pairing yang saya suka lagi!
update lagi yer! ^^