Chapter 10

비밀의 책 : Lost Soul
Please log in to read the full chapter

 

Chapter 10 // Taehyung's POV

 

Aku bersandar di dinding sambil memerhati Jungkook yang sedang mengemas barang miliknya dan memasukkannya ke dalam beg yang bersaiz sederhana besar. Jungkook leka mengemas barangnya walaupun dia menyedari kehadiran aku dalam biliknya. 

Usai berkemas, Jungkook merebahkan diri atas katil dan mengeluh sebelum bersuara secara tiba-tiba, " Tae, kalau aku pergi, kau akan rindukan aku ke? "

Aku tidak membalas. Pandangan aku tertumpu kepada Jungkook yang merenung siling rumah yang tua ini. Aku berjalan mendekatinya dan duduk di atas katil. 

" Kau rasa macam mana perasaan aku selama ni? " aku memandang tajam anak mata Jungkook. Dia memberi sebuah senyuman dan memeluk erat aku. 

" Walaupun sibuk, aku akan cuba cari waktu untuk kau. Tae, aku rasa kau sangat tabah. Kali ni, aku tekad akan berusaha bersungguh-sungguh "

Aku membalas pelukannya dan mengangguk, cuba memahami perasaan dia. 

Ini kali pertama aku keluar daripada kawasan tokong semata-mata untuk bertemu Jungkook di stesen kereta api. Walaupun dia melarang aku datang, aku tahu aku perlu bertemu dengannya untuk kali terakhir, sebelum musim panas ini berakhir. Stesen kereta api tidaklah jauh mana. Mungkin sebab pekan ini kecil sahaja. Aku peka melihat perubahan di pekan kecil ini. 

" Sudah berpuluh tahun berlalu.. " aku melakar senyuman dan berjalan pantas menuju ke stesen. Angin sepoi-sepoi bahasa membuatkan aku rasa tenang. 

Setibanya aku di stesen kereta api aku dapat melihat dari jauh Jungkook sedang berbual bersama datuknya. Aku memerhati mereka berdua sehinggalah Jungkook be

Please log in to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
mpreggoland
#1
Chapter 10: what?! abis mcm tu jer huhu T_T
hope ada sambungannya...i'll be waiting...
apa2 pun, thanks for sharing citer ni hehe
mpreggoland
#2
Chapter 9: baru nak happy sbb Kook pn suka Tae, tp betul juga apa yg dikatakan Tae tu...
roh2 yg berkeliaran selalunya ada something yg tak selesai masa diorang hidup, tp klu Tae dah mula tak rasa mcm tu, dia akn lesap la...
no sad ending, please...huhu
mpreggoland
#3
Chapter 8: Ala Kook nk blk rmh dia tinggai Tae huhu
mpreggoland
#4
Chapter 4: wow saya suka!
agaknya apa la alasan Tae masih berkeliaran di dunia manusia *berfikir*
hope Kookie dapat tolong dia hehe
mpreggoland
#5
Chapter 3: suka storylinenya! pairing yang saya suka lagi!
update lagi yer! ^^