Chapter 08
비밀의 책 : Lost Soul
Chapter 08 // Taehyung's POV
Jungkook mengelak daripada aku.
Jungkook berpura-pura leka dengan gajetnya atau 'melekat' bersama datuknya sepanjang masa, jadi aku tak dapat bercakap dengan dia. Tapi aku tahu ekor matanya meliar jelas mencari aku walaupun dia mengelak dari bertentang mata. Dia masih marah atau keliru sebab ciuman aku beberapa hari yang lepas.
Aku hanya memandang dia dari jauh.
Aku melompat turun dari dahan pokok dan berjalan masuk ke hutan. Mungkin aku akan hilang untuk beberapa hari. Lagipun, Jungkook jelas tidak selesa dengan kehadiran aku di tokong. Dia perlukan masa.
•
•
•
•
•
•
•
•
•
•
Hujan turun dengan lebat dan menyedarkan aku dari tidur. Angin mulai bertiup dengan kencang. Ah... terasa deja vu. Aku segera berdiri dan berlari keluar dari hutan. Aku benci cuaca begini.
Apabila aku tiba di tokong, Jungkook berdiri di luar tanpa payung sambil memandang aku dengan wajah yang terkejut dek kehadiran aku yang muncul secara tiba-tiba.
" Apa kau buat kat luar ni, lembap? nanti kau diserang penyakit baru tahu " aku menggenggam pergelangan tangan Jungkook dan menariknya masuk ke dalam rumah.
" Kau okay? " aku menyoal Jungkook setelah sampai di biliknya.
Dia hanya mengangguk, masih lagi mengelak dari bertentang mata dengan aku. Aku berpaling keluar ke bilik setelah sedar bahawa dia masih tak selesa dengan aku.
" Tunggu " suara Jungkook mematikan langkah aku. Aku berpaling kembali mengadapnya.
" Aku... risaukan kau "
Aku mengeluh perlahan. " Kau masih risaukan aku lepas apa yang aku buat dekat kau? "
Jungkook mendiamkan diri.
" Aku sukakan kau. Alasan tu cu
Comments