My Type

Best Friend
Please Subscribe to read the full chapter

I really like you
Even when you yawn sometimes
It’s my style
We have a good connection
My heart is overwhelmed
Every time you call my name
I can’t stop smiling

- My Type ( IKON )

Selepas kelas tamat kami akan ada latihan menari dan menyanyi bersama Ms.Hyuna dan Ms Sunmi. Setiap sebulan sekali kami akan diberi tugas untuk membaiki setiap tarian tarian dan nyanyian kami. Jika pelajar yang tidak ada perubahan atau kemajuan prestasi mereka akan dibuang. Kejam kan. Tapi nak buat macam mana legasi itu turun temurun dah tak boleh di ubah.

Kali ini kami diberi tugasan untuk membuat pasangan dan menyanyi bersama. Aku dan Jaejun sudah bermain mata antara satu sama lain. Kami sudah berjanji untuk berpasangan dengan Jaejun tak kiralah dalam nyanyian ataupun tarian. Pada masa yang sama ini kesempatan aku untuk meluahkan perasaan yang sudah lama aku pendam.

“Chaeng!!” panggil Junhoe. Aku memandangnya. “ Jom jadi pasangan aku.” Aku menjelir lidah padanya. Saja nak mengusik dia.

“Nope. She’s mine. Aku dah janji dengan Chaeng dulu. Sorry ye.” Badanku kaku apabila Jaejun merangkul tangannya ke leher aku. Jantungku berdegup dengan laju. Junhoe menatap aku dengan tajam. Aku menggelengkan kepala sedikit memohon agar Junhoe dapat mencari pasangan yang lain.

Jaejun menarik aku pergi dan mendengar taklimat Ms Hyuna lagi. Hati aku mengharap Junhoe tidak marah selepas ini. Dia mesti faham punya. Aku dan JAejun duduk berdua mencari idea untuk persembahan yang bakal kami buat. Wajah lelaki itu aku tatap. Melihat senyuman, cara dia bercakap, cara pandangannya kepadaku dan mukanya yang bersungguh-sungguh mencari idea membuat semakin lama semakin suka kan lelaki ini. Kenapa dia begitu kacak?

“Chaeng, janganlah berangan.” Kepalaku diketuk dengan pen. Lamunan tadi hilang tetapi wajah yang aku idam-idamkan masih ada. “Kau rasa idea mana satu yang sesuai?” Aku terpinga-pinga dengan soalan Jaejun.

“Sorry Jun. Aku tak perasan apa yang kau cakap tadi. Boleh tak ulang semula?” Senyuman meleret aku berikan. Dia mengeluh pendek dan kembali mengulangi semula tanpa membantah. Gitar ditangan aku mainkan selaras dengan perancangan kami. Harap-harap persembahan kami nanti hebat.

 

Aku meminta diri keluar ke kedai kepada mama untuk membeli alat tulis. Selepas membeli barang, aku terlihat taman permainan yang biasa aku main bersama Junhoe sewaktu kecil. Kaki berlari anak ke buaian. Sudah lama rasanya aku tidak datang ke tempat ini. Memori manis ketika kecil tergiang-giang dalam ingatan. Satu cahaya menyuluh ke muka.

“Kau buat apa malam-malam dekat sini?” Walaupun aku tidak nampak pemilik suara itu tapi aku tahu itu suara Junhoe. Aku menyuruhnya mematikan lampu. Junhoe berjalan ke arahku dan duduk di buaian sebelah. “Kau ni malam-malam keluar sorang. Tau tak bahaya. Lagi-lagi kau ni perempuan,” bebelnya.

“Aku keluar beli barang sekejap.” Bungkusan di tangan kua ngkat untuk ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Dahtu kenapa tak panggil aku je temankan kau. Rumah kau dengan aku tak sampai 5 minit kot jaraknya. Selalu kau mesti terjerit-jerit depan rumah aku suruh temankan kau beli sushi yang jauh tu,” balasnya lagi. Aku tergelak kecil. Tak sangka dia masih ingat tentang itu.

“Well, aku dah besar lah. Junhoe nak tanya kau berpasangan dengan siapa nanti?” soalku. “Maaflah tapi aku dah janji dengan Jaejun akan jadi pasangan dengan dia sampai habis sekolah. Sweet kan?” Tanpa aku perasan apa yang cakap cakap itu buat aku malu sendiri.

“Binnie, budak kelas sebelah.” Junhoe menepuk kepalaku dengan kuat. “Kau kurang ajarkan tinggalkan aku. Dah lah tak bagitau aku dulu. Macam mana dengan latihan kau tanpa aku. Okay?” soalnya lagi. Mata memandang ke lantai. Kaki dihayun-hayunkan.

“Ju-ne…. kalau aku luahkan isi hati aku pada Jaejun… kau rasa dia akan terima aku?” Pipi membahang. Junhoe bangun nak menolak buaian aku. Aku tersentak dengan tindakan lelaki ini. Makin lama makin laju ayunannya.

“kau betul-betul suka Jaejun?” soalnya. Aku hanya mengangguk kecil. “Mungkin dia akan suka kau….. kalau kau berterus terang. Kau pon tahu kan aku still takkan tinggalkan kau kalau kau kena ‘reject’.” Junhoe gelak. Aku memusingkan badan dan menyuruhnya berhenti menghayunkan aku.

“Ju-ne duduklah sebelah aku.” Aku menundingkan jari pada buaian yang kosong. Junhoe mengikut kataku. “Terima kasih sebab kau masih berkawan dengan manusia ‘annoying’ macam aku ni. Cuma kau je yang faham aku dari kecil sampai besar.” Junhoe menolak badanku. Dia membebel menyuruh aku jangan cakap yang bukan-bukan.

“Sedar pon kau ni ‘annoying’. Aku pon tak faham kenapa aku boleh ‘stick’ dengan kau sampai sekarang,” ujar Junhoe separuh ketawa. Aku menjeling kepadanya. “Tapi aku lega kalau kau bercinta dengan Jaejun. Lagipun Jun pon kawan baik aku jadi tak payahlah mama kau bising suruh aku jaga kau lagi.”

“Ju-ne~ janganlah macam ni. Kau ‘still’ kawan baik aku walaupun aku bercinta dengan Jaejun ke atau sesiapun.” Kali ini aku pula menolak badan Junhoe dengan kuat. “Kau pula. Ada suka kat sesiapa? Aku boleh tolong kau kalau kau nak.” Junhoe menggeleng kecil.

“Tak apalah. Orang yang aku suka pon tak mungkin suka dekat aku.” Aku memandang wajah Junhoe yang sedang melihat langin gelap tanpa ada sebarang bintang.

“Kenapa? Dia tolak kau? Bagitau aku nanti aku buat dia menyesal tak pilih kau. Walaupun mulut kau tu teruk tapi kau pon ada rupa, suara sedap, kalau menari jangan cakaplah dia punya power. Siapa Ju-ne?” ujarku lagi.

Please Subscribe to read the full chapter

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Wonsik_Sai
#1
Saya menunggu update awak. Kipidap! Donggibab! ^w^