My Childhood Day (1)

Best Friend
Please Subscribe to read the full chapter

My Childhood Day (1)

 

Back then, I thought we would all last forever
Once we take away the young world
We scatter into narrow, sloped roads
Our flashy and innocent dreams
Those dreams that overflowed In your hands
I hope they’re still tightly held in your hands

 

- Will Last Forever ( AKMU )

 

Elementary school (2004)

 

Mama dan papa menolakku ke sebelah Junhoe. “Chaeng senyum,” jerit papa. Aku dan sahabat ku ini membuat posing ‘V’ dan senyum di hadapan kamera. Junhoe menolak lenganku dan bersalaman bersama mama dan papanya. Dia meluru masuk ke sekolah tanpa mengajakku sekali.

 

“Bye… my girl,” mama dan papa melambaikan tangan buat kali terakhir. Aku berlari mendapatkan Junhoe.

 

Memandangkan ini pertama kali aku masuk ke dunia persekolahan, perasaan gemuruh memandang tak dapat dikawal. Junhoe pula tidak sekelas dengan aku. Aku mengambil tempat duduk yang kosong di sebelah tingkap. Tiba-tiba seorang lelaki datang di sebelah dan untuk duduk bersama. Aku hanya mengangguk tanda membenarkan. Permulaan kelas cikgu Tiffany menyuruh kami memperkenalkan diri sendiri. Namaku orang yang pertama dipanggil. Perasaan gugup membuatkan badan dan lidah kaku. Semasa itu aku cuma berharap Junhoe dapat menyelamatkan aku.

 

“Park Chaeyoung, tolong kenalkan diri awak. Kawan-kawan lain nak tahu. Ramai lagi yang nak memperkenalkan diri ni,” ujar cikgu Tiffany. Aku mengetap bibir. Tangan bermain antara satu sama lain.

 

“Na..ma…say…a,” Suaraku teketar-ketar. Pandangan rakan lain tajam memandangku.

 

Tiba-tiba lelaki di sebelahku bangun dengan muka yang ceria memandangku dan rakan seleas yang lain. “Cikgu biar saya mula dulu. Boleh tak?” ujar lelaki itu. Cikgu Tiffany mengangguk. “Nama saya Lee Jaejun. 7 Tahun. Saya suka main bola dan menari. Cita-cita saya nak jadi pemain bola sepak antarabangsa dan penari yang dihormati. Harap kita semua boleh jadi kawan.” Aku terkesima mendengar kelancaran percakapan lelaki bernama Lee Jaejun itu.

“Oh… Kalau macam tu cikgu nak awak pilih. Antara bola sepak dan menari mana yang awak minat?” soal cikgu Tiffany. Jaejun menggarukan kepalanya. Bahu dijongket sambil tersengih.

 

“Dua-dua sekali kot.” Rakan yang lain mentertawakannya. Serta merta muka berubah merah. Cikgu Tiffany juga menggelengkan kepala dan menyuruh dia duduk. Selepas itu satu-satu murid memperkenalkan diri secara rawak dan melupakan aku begitu sahaja. Aku mampu menarik nafas lega.

 

Sejak itu tiada siapa yang bercakap dengan aku dan mengajak bermain bersama. Aku juga malu dengan Jaejun walaupun lelaki itu cuba mahu berbual dengan aku. Sebulan berlalu tanpa aku sedar. Setiap kali rakan sekelas aku bertanya sesuatu pasti aku tunduk. Mungkin kerana itu aku dilabel sombong. Junhoe pula sudah menjadi kegilaan pelajar lain kerana sikapnya yang peramah dan mudah bergaul. Aku berasa agak sunyi. Setiap kali waktu rehat, aku akan ke pondok berhadapan padang dan menyanyi.

 

“Kau buat apa sorang-sorang dekat sini,” suara lelaki mematikan nyanyian aku. Mataku berpinar-pinar memandang Junhoe. Dia duduk di sebelah aku. Aku cuma bisu dan tunduk memandang lantai. “Aku dengar cerita kau still tak boleh masuk lagi dengan kawan sekelas kau,” ujarnya. Kepala dianggukan.

 

“Ju-ne… kenapa kau senang sangat nak dapat kawan?” soalku. Junhoe mengetuk kepalaku. Aku memandang tajam kepadanya. “Janganlah main kepala. Sakit tahu tak.” Aku menjeling kawan baik aku itu.

 

“ Salah kau tak nak

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Wonsik_Sai
#1
Saya menunggu update awak. Kipidap! Donggibab! ^w^