Best Friend

Best Friend
Please Subscribe to read the full chapter

 

Best Friend

A wave that crashes over me who is shaking
If love is a sin, you’re my prison
I try deceiving my heart, as if nothing’s wrong
Because of you, everything gets mixed up

- Best friend ( IKON )

Aku bersalaman dengan mama dan keluar memakai kasut. Badan sasa kawan baikku kelihatan di hadapan rumah. Aku mengetap bibir dan berjalan perlahan-lahan ke arahnya. Tanganku merangkul lehernya dengan kudrat keperempuanan aku. Dia tertunduk sakit. Makin galak aku membelit lehernya.

 

“Cakap dengan aku siapa paling cantik dalam dunia ni?” kataku dengan ketawa terdekih-dekih. Junhoe tidak mahu. Dia menarik-narik tanganku agar aku dapat melepaskan lehernya. Jangan harap. Makin kuat lagi aku cengkam.

 

“Cepat cakap kalau kau tak nak aku belit leher kau. Siapa cantik?” kali ini rambut Junhoe pula aku kusut kan. Dia makin berang dengan perlakuanku. Mana tidaknya Junhoe ni amat sensitif sikit apabila orang lain hancurkan kekemasan rambutnya. Aset kehenseman katakan.

 

“Kau ni macam budak-budaklah. Lepas lah!” jerit Junhoe. Aku menjelir lidah tidak mahu. “Fine kau cantik. Park Chaeyoung paling cantik. Puas hati kau?” Junhoe menolak tanganku dengan kuat dan berjalan mendahului ku. Dia mengeluh kuat sambil membetulkan rambutnya. Mulutnya tidak berhenti-henti mengutuk aku. Geli hati aku lihat kawan baik aku ni.

 

“ Ju-ne, tunggulah. Kaki aku tak panjang macam kau,” terkedek-kedek aku berlari ke arahnya. Dia buat tidak tahu. Marah sangat lah tu.

 

Kami berdua menunggu bas tanpa berbual sepatah pun. Aku mula duduk rapat di sebelahnya tetapi tetap sahaja dia tidak endahkan ku. Tangannya memegang telefon bimbit dan telinga di pekakkan dengan ‘earphone’. Aku mengambil sebelah kepala ‘earphone’ dan letakkannya di telingaku. Lagu Lovelyz, That day kedengaran. Aku tergelak kecil mendengar lagu cita rasa Junhoe. Dalam banyak-banyak lagu kenapa mesti lagu Lovelyz yang dia pasang. Tak padan dengan gaya ala-ala budak nakal.

 

“Kau kenapa ketawa macam tu?” tanganku di siku. Aku memandangnya dengan wajah nakal. Kepala digelengkan berapa kali. Takut lagi kecil hati pula kawan baikku ini. Junhoe menjeling dan menyambung bermain telefon bimbitnya.

 

Beberapa minit, bas sampai. Kami berdua mengambil ‘single seat’. Rasa bosan kembali datang. Junhoe yang duduk dihadapan tidak endahkanku langsung. Sibuk dengan telefon bimbitnya. Rambut pacaknya ku belai-belai. Berapa banyak gel yang dia letak. Keras semacam.

 

“Park Chaeyoung!” Junhoe menoleh ke belakang memandangku. Tanganku kaku. “Aku beri peringatan sekali lagi, jangan rosakkan rambut aku kalau kau tak nak rambut kau tu aku jadikan macam nenek kebayan.” Aku segera menutup rambutku dengan tapak tangan. Mata Junhoe amat tajam tak berani nak lawan dia.

 

Bas berhenti di stesen seterusnya. Wajah kawan baikku lagi satu kelihatan. Aku melambaikan tangan dengan gembira. Jaejun hanya tersenyum kepadaku. Dia mengambil tempat ‘single seat’ di sebelah ku.

 

“Dah sarapan?” soal Jaejun. Aku mengangguk laju. Dia menghulurkan aku roti coklat kepadaku dan menyuruh kongsi bersama Junhoe. Aku tersenyum malu sambil mengucapkan terima kasih kepadanya. Sebahagian roti ku hulur pada Junhoe. Lelaki itu tersentak terkejut. Dia membuka ‘earphone’ dan berpaling ke arahku.

 

“Nah Jaejun bagi.” Dia ambil dan memberi isyarat terima kasih kepada Jaejun. Aku dan Jaejun berbual sehingga sampai ke sekolah. Kami sama-sama masuk ke kelas dengan sapaan rakan sekelas yang lain.

 

“Chaeyoung dah siap ‘homework’ fizik ke belum?” soal Lisa dengan gelabah sekali. Aku terpinga-pinga dan duduk di sebelahnya. “Kau pun tak ingat ke? Hari ni kan Mr.Lee nak.”

 

Tangan meraba-raba beg mencari buku latihan. Mulut ku buka seluas yang mungkin. Banyak soalan-soalan yang kosong tanpa jawapan. “Aku lupa…..” kataku dengan drama. Lisa menggoyangkan lengan aku turut berdrama bersama. Aku bangun dan berlari ke tempat duduk Junhoe. “Ju-ne kau dah siap kerja sekolah Mr. Lee ke belom. Lepas rehat kelas dia.” Dari segi wajah Juhoe dah dapat ku agak jawapannya. Kenapa perlu aku tanya dia.

 

“Ada ke?” Kali ni aku tepuk dahi. “Jun, ada ke?” dia berpaling ke arah Jaejun di sebelah. Kali ini pandangan ku alihkan kepada Jaejun. Dia mengangguk ada. Junhoe menggaru kepala.

 

“Kau pon tak buat kan? Kenapalah aku mesti tanya kau,” ujar ku kepada Junhoe. “Jaejun dah siap ke? Boleh tak kalau aku nak pinjam?” kataku dengan nada terketar-ketar. Lelaki itu tersenyum manis kepadaku. Buku latihan dihulurkan. Belum sempat aku ambil, ia dirampas oleh Junhoe.

 

“Bagi aku tiru dulu. Nanti aku ‘pass’ dekat kau.” Aku memukul lengannya. “Nanti aku bagi. Lepas rehat kan kelasnya,” geram Junhoe. Aku menjeling dan terus mengambil tempat duduk aku. Lisa menggeleng sambil tersengih memandang aku.

 

“Rilex… aku dah pinjam buku jimin. Jom tiru sama-sama,” kata Lisa. Aku memeluk lengannya dengan erat. “Kaulah kawan aku yang paling baik, Lisa. Thank you sangat-sangat!!” jeritku dengan girang. Kelas bertambah riuh apabila Ms. Park terpaksa datang lambat kerana ada kerja sikit di bilik guru. Banyak masa nak tiru atau gosip sana sini.

 

Tray makanan ku letakkan di atas meja. Sudu di tangan ku hentakkan perlahan pada tray untuk mengeluarkan bunyi. Lisa mengambil tempat duduk di hadapanku. “Kau dah kenapa mengelamun macam tu? Makanlah,” ujar Lisa. Aku tidak membalas. Junhoe dan Jaejun datang ke arahku. Entah kenapa jantungku berdetak dengan laju. “kau ni sakit ke?” soal Lisa. Ak

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Wonsik_Sai
#1
Saya menunggu update awak. Kipidap! Donggibab! ^w^