❝ Persimmon ❞

You, In My Dream
Please Subscribe to read the full chapter

 C H A P T E R  2 :

❝  P e r s i m m o n ❞

 

Awal Dinasti Goryeo , Perkampungan Hayan-

Mark membuka matanya perlahan, langit terbentang luas dihadapan membuatkan Mark menghalang cahaya matahari itu dengan tapak tangannya kerana silau. Mark duduk di tempat dia terbaring. Mark melihat sekeliling, tempat itu sangat aneh baginya.

“Kat mana ni?” Mark bertanya dirinya.

Mark melihat dirinya, dia memakai pakaian lelaki tradisional berwarna biru lusuh bersama seluar putih lusuh. Tempat juga itu seperti sebuah perkampungan korea pada zaman dahulu. Tempat ni macam drama dalam TV je. Bisik hatinya. Mark melihat tangan memegang sesuatu, Roti. Roti?

“Itu dia! Kejar dia!” Teriak seorang lelaki dari jauh apabila melihat Mark yang sedang duduk ditengah-tengah jalan. Mark pelik.

Tiba-tiba lelaki itu bersama dengan beberapa orang dibelakangnya berlari sekuat hati kearah Mark. Bulat mata Mark melihat lelaki-lelaki itu berlari bagai sekumpulan gajah yang lintang-pukang.

Mark menjadi takut lalu melarikan diri. Kenapa aku lari! Kenapa aku lari! Aku tak salah! Ah! Mark terfikir untuk berhenti kerana memikirkan dia tidak bersalah apa-apa.

“Jangan lari, Minhyung! Jangan lari!” Teriak lelaki itu lagi.

Minhyung? Aku lah Minhyung! Aku bersalah ke?! Apa salah aku! Mark tidak jadi dengan rancangannya setelah mendengar lelaki itu memanggil namanya. Dia meneruskan lariannya yang tiada hala tuju itu.

Orang kampung itu semakin ramai, rupanya Mark tiba dikawasan pekan yang menjadi tumpuan orang membeli belah. Mark tidak berputus asa, dia tetap belari walaupun telah melanggar beberapa orang awam disitu.

Mark cuba memandang belakang, lelaki-lelaki itu masih mengejarnya. Saat dia memandang hadapan, seorang wanita berada betul-betul ditengah-tengah laluannya.

Ahhh! Wanita itu menjerit.

Ahhhhhh! Mark juga menjerit.

BAMMMM! Kedua-duanya berlanggar antara satu sama lain sehingga terbaring dilantai. Sakit! Tiba-tiba mata mereka menatap sesama sendiri. Agak lama. Kerana masing-masing berkata sendiri didalam hati. Mereka seakan pernah bertemu.

Sedang mereka sibuk mengelamun, lelaki-lelaki tadi menarik Mark dengan kasar. Lamunan terhenti. Tangan Mark kiri dan kanan bagai digari oleh lelaki-lelaki tadi. Cepat-cepat wanita itu bangun lalu di sapu-sapu bajunya yang kotor.

“Hoi, Mina! Suami kau ini mencuri lagi!” Kata lelaki itu yang kelihata seperti ketua antara mereka.

Mina dan Mark kedua-dua tersentak membulat mata. “Suami!” teriak mereka. Lelaki-lelaki itu terkejut dengan reaksi mereka berdua. Mina dan Mark memandang antara satu sama lain.

“Sudah aku bilang, berkahwin muda tidak ada baiknya. Lihat lah suamimu sudah menganggur. Cari duit tidak, mencuri pula!” Marah lelaki itu. Mark masih berdiam berfikir sesuatu difikirannya.

“Er…er… maafkan suami saya, Tuan! Maafkan dia!” Kata Mina sambil tunduk beberapa kali dihadapan lelaki itu. Tidak tahu kenapa, Mina terasa seperti berlakon itu kehandalannya.

“Tuan? Aku ini bapa saudaramu! Apa kau sudah lupa?” Pelik sungguh lelaki itu mendengar Mina memanggilnya ‘Tuan’. Aduh! Pak cik aku pun sampai ke mimpi ni juga? Fikir Mina. Mina melutut dihadapan bapa saudaranya itu.

“Maafkan suami saya, Pak cik. Dia bawa makanan untuk saya, pak cik!” Ujar Mina sambil sujud dan bangun beberapa kali. Lelaki itu terkesan melihat Mina yang benar-benar meminta maaf.

Lelaki itu memandang belakang lalu memberi arahan kepada yang lain untuk melepaskan Mark. Mark ditolak kasar sehingga terjatuh disamping Mina yang masih duduk berlapikkan tanah. Tidak lama kemudian, mereka beredar meninggalkan Mina dan Mark.

Mina dan Mark termenung. Mereka cuba sedar dengan apa yang berlaku.

“Awak siapa?” Tanya Mina kepada Mark. Mark tersentak lalu memandang kearah Mina.

“Er… Kau jangan risau, aku bukan suami kau, aku cuma bermimpi sekarang ni…” Jawab Mark walaupun ianya tidak menjawab soalan sekalipun.

“A…apa pula? Saya yang tengah bermimpi sekarang ni. Ini mimpi saya!” Mina cuba meyakinkan Mark.

“Eh, no. ini mimpi aku. Aku yang sedang bermimpi!”

“Tak lah. Saya yang sedang bermimpi!”

Entah kenapa dua-dua itu berebut klaim mimpi masing-masing pula. Sedang mereka sibuk bergaduh, tiba-tiba Mark tersedar sesuatu.

“Sekejap… kenapa… cara kau cakap macam bukan orang zaman ni?” Tanya Mark penuh keraguan. Mina menyinsing lengan bajunya hingga ke siku menampakkan lengannya.

“Sebab saya bukan orang zaman ini, ini tahun… tahun…. er… tahun dulu-dulu! Saya hidup tahun 2018! Saya dah cakap banyak kali pada awak yang saya sedang bermimpi. Ini mimpi saya.” Jawab Mina dengan jelas.

“Habis. Kalau kau bermimpi, aku pun bermimpi… Tak mungkin lah! Karut! Ah! Bangunlah Mark! Bangun! Taeyong hyung please lah kejut saya sekarang!” Mark membebel sendiri sambil memegang kepala dengan kedua-dua tangannya.

Melihat Mark seakan tidak waras itu, Mina bangun lalu beredar dari situ. Apa yang Mina pelik, dia sedar akan mimpi itu. Dicubit berkali-kali wajahnya, pejam celik pejam celik, dia masih berada ditempat yang sama.

Mina melihat sekeliling perkampungan itu. Wah, sebiji macam dalam drama sejarah di TV. Hanbok ini pun kainnya licin tak seperti dikedai-kedai. Tiba-tiba Mina teringin tahu sesuatu. Dia menghampiri seorang wanita tua yang sedang menampi beras.

“Annyeonghaseyo, makcik. Boleh saya tahun, tahun ini tah

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Seasony
'You, In My Dream' sedang dalam proses pengeditan :)

Comments

You must be logged in to comment
LovelyIna
#1
Hi awak! Berminat untuk menjadi seorang penulis? Kami sedang mencari penulis bagi bekerjasama dengan kami untuk satu projek.
Mungkin sekarang peluang awak debut sebagai penulis? Jangan lepaskan peluang ~
Follow kami di Twitter dan Instagram @tigasuque untuk maklumat lanjut!
Jumpa awak kat sana ^^

- LovelyIna
LovelyIna
#2
Hi awak! Berminat untuk menjadi seorang penulis? Kami sedang mencari penulis bagi bekerjasama dengan kami untuk satu projek.
Mungkin sekarang peluang awak debut sebagai penulis? Jangan lepaskan peluang ~
Follow kami di Twitter dan Instagram @tigasuque untuk maklumat lanjut!
Jumpa awak kat sana ^^

- LovelyIna
taenovella
#3
Chapter 3: Aduh Mina ni xD org baru nak berfeeling sikit bila Mark ckp mcm tu hahaha
taenovella
#4
Chapter 2: First time baca story pasal korean historical dalam bahasa o((*^▽^*))o tak sangka pulak yang mimpi diorg mcm tu! Mmg unexpected haha
Tak sabar nak baca lagi interaksi antara Mark dgn Mina >:3
nanadjiyongie_01
#5
Chapter 2: ya allah...bestnya , saya imagine setiap scene mimpi tu cam dlm drama Korea betul2 HAHAHAHA...makcik tu tktau la wujudnya tahun masihi la MinaXD
Comel je Mark ngan Mina masa dlm mimpi..siap jadi husband and wife lagiii huhuu so sweet
terbaik la authornim! mmg jjang! keep updating and hwaiting!!
starlightkim_
#6
Cpt-cepatlah mark dgn mina tu jumpa. X shabar ???
nanadjiyongie_01
#7
Chapter 1: apalah mina ni..bukan makan terus cinta sejati tu jatuh dari langit XD //facepalm// i like this story already! fantasy wuuu good job authornim! hwaiting <3
lilylunalove
#8
Chapter 1: Wuuuu saya nak coklat tu jugak! Pastu saya nak buat permintaan, hm saya nak minta supaya saya boleh kahwin dengan bias saya HAHAHAHAHAHAHAHA ya tohan kuat berangan betul saya ni! XD
Wonsik_Sai
#9
Tak-shabarrr~ ^w^