❝ Your Wish ❞

You, In My Dream
Please Subscribe to read the full chapter

 C H A P T E R  1 :

❝ Y O U R   W I S H ❞

Sebuah istana megah terbina menerima kedatangan penting dari Negara jiran. Satu-satunya Puteri kini disuntik Putera seberang. Tangan lembut Puteri Mina ditarik perlahan oleh Si Putera yang diimpikan mana-mana gadis dinegara itu. Putera Cha Eun Woo. Lelaki terkacak didunia ini. Mina tersenyum lebar sehingga ketelinga melihat Putera itu dihadapannya bagai ingin melamar--

“Sudikah Puteri Mina berkahwin dengan saya?” Suara dalam Putera Cha Eun Woo mengusap hatinya.

“Oh, Putera Cha Eun Woo! Putera yang tampan, masakan patik mahu menolak lamaran tuan putera yang kacak ini!” Wajah kacak Putera Cha Eun Woo itu ditatap dengan penuh kasih sayang oleh Mina.

Alangkah Puteri Mina itu berharap itu semua bukannya--

Mimpi.

 

“Hoi! Kang Mina!” Teriak kakandanya, Seulgi. Tersentak kedua-duanya serentak memandang kearah Seulgi yang sedang mencekak pinggang. Puteri Mina sangat kenal dengan gerangan itu.

“Siapakah itu, Tuan Puteri?”

“Err… patik pun tidak pasti, Tuan Putera, Patik tidak kenal.” Jawab Mina.

Seulgi mendengus tatkala mendengar kata-kata itu dari mulut Puteri Mina. Gaun labuhnya diangkat menampakkan betis kerana dia mahu melangkah besar. Seulgi terus berjalan laju menuju kearah Puteri Mina. Puteri Mina yang perasan kehadiran Seulgi itu lantas berasa gelisah dan cuak. Bahu Puteri Mina digoncang sekuat hati Seulgi.

“Kang Mina! Bangunlah! Pukul berapa nak bangun ni?!” Jerit Seulgi ke telinga Mina.

 

Mina terkejut.

ZUPPP! Matanya terbuka. Dihadapan matanya kini hanyalah kakaknya, Seulgi. Mina segera duduk lalu memandang sekelilingnya. “Eonnie, Mana Eun Woo?! Eun Woo! Cha Eun Woo?” Cari Mina. Berkerut wajah Seulgi berasa jengkel dengan kelakuan adiknya itu. Seulgi mencapai bantal peluk dari katil Mina lalu--

 

BUKK! BUKKK! Seulgi memukul lembut bahagian belakang kepala Mina beberapa kali.

“Aduh!” Mina memegang kawasan yang dipukul tadi.

“Banyak lah kau punya Cha Eun Woo! Perasan tak habis-habis!” Kata Seulgi sambil meletakkan semula bantal peluk Mina tadi. Seulgi mencapai pula selimut Mina lalu diletakkan di lengannya untuk dibasuh.

“Eonnie ni…” Mina mencebik.

“Sudah-sudah, tak payah nak buat muka konon acah sedih kau tu. Kau kata ada kelas pukul tiga? Dah pukul 2 setengah ni. Pergi bersiap!” Tegas Seulgi.

“Yelah, tahu lah. Nak pergi lah ni…” Mina bangun bermalas-malasan.

Dia mencapai tuala bewarna merah jambu lalu menuju kearah bilik mandi yang berada tidak jauh dari situ. Sempat Mina memandang kakaknya yang sibuk mengemas pakaian kotor Mina.

“Eonnie.” Panggil Mina. Seulgi menoleh memandang adiknya.

“Ha, ada apa lagi?”

“Selimut saya… basuh bersih-bersih, okay?”

Seulgi mencapai lagi bantal kecil milik Mina lalu dicampak kearah Mina. Mina cepat-cepat masuk ke bilik mandi sebelum balingan itu terkena padanya. Sengaja Mina mengusik Seulgi. Bukankah adik beradik sememangnya begitu?

“Budak ni kan, tahu lah yang basuhnya aku!” omel Seulgi sendiri. Seulgi terpandang gambar mereka berdua yang tergantung cantik di dinding. Dia tersenyum.

 

 

 

 

.

Mina memasang earphone bewarna putih itu ke telinganya lalu lagu kegemarannya dimainkan sebelum dia kembali meletakkan telefon bimbitnya kedalam poket skirt pendeknya. Papan luncur miliknya yang tersandar di tangga kecil dirembat lalu diletakkan diatas tanah. Mina mula meluncur menggunakan papan itu. Mujur saja kampusnya memang tidak jauh dari rumahnya.

“Annyeonghaseyo, Ahjumma!” Tegur Mina kepada seorang makcik yang sedang menolak troli berisi sayur-sayuran.

“Mina, dah petang baru ke kelas?” Perli makcik itu.

“Ahjumma, dah petang baru beli sayur?” Balas perlian Mina dengan senyum mesranya. Papan luncurnya ditolak lagi meninggalkan Mak cik itu. Mina sempat melambaikan tangannya. Mak cik itu membalas lambaian Mina sejurus menghantar Mina dengan senyuman.

Aku Mina. Kang Mina dan aku sangat sukakan hidup aku.

Aku ada kakak yang penyayang. Aku ada kawan yang prihatin.

Cuma…  aku tak jumpa ‘Prince Charming’ aku lagi.

Tchh! Mimpi tadi tu betul-betul buat aku bagai terbang di awangan.

Cha Eun Woo…

 

BAMMM! Papan luncur Mina tercampak agak jauh dari dirinya. Begitu juga Mina yang terduduk diatas jalan dek terlanggar oleh sebuah Motor besar bewarna hitam.

“Auch!!” Mina mengadu sakit. Mujur saja tiada luka cuma punggungnya saja yang mengerang.

“Hoi!” Suara lelaki disebalik topi keledar hitam itu membuatkan Mina mendongak kearah suara itu.

Cha… Cha Eun Woo… Mina bagaikan terhanyut dalam angannya sekali lagi. Saat Cha Eun Woo menanggalkan topi keledar dari kepalanya itu menampak susuk wajah tampan dan bersinar.  Cha Eun Woo, pelajar senior di Muhan Universiti yang menjadi kegilaan ramai mahasiswi dek kerana rupa parasnya yang 'sempurna' itu.

“Lain kali jangan berangan saja tahu! Nasib baik badan besar, aku boleh nampak. Kalau tak, boleh arwah kau tadi!” Kata Cha Eun Woo dengan penuh sombong. Dia meninggalkan Mina begitu sahaja.

Mina mengeluh lalu berdiri.

… tak semua orang yang kita suka, akan suka kita juga.

 

 

 

.

SM Entertainment, Seoul –

TAP! TAP! TAP! Bunyi tapak kaki seperti sedang berlari itu bergema disetiap tingkat. Seorang lelaki berketinggian hampir enam kaki, kacukan Canada-Korea itu berlari sekuat hatinya menuju ke sebuah bilik rakaman bangunan itu. Nafasnya yang turun naik itu diminta bertenang sebelum pintu bewarna putih itu ditarik.

“Maaf, saya lambat!” Katanya. Mark terus duduk bersebelahan Jungwoo pada sofa hitam disudut studio rakaman itu.

Jungwoo memerhati Mark dengan penuh bimbang. Mark memberikan senyuman kepada rakannya itu sebagai tanda dia ‘okay’. Mark memandang bilik gelas kecil yang menampakkan susuk tubuh Taeyong yang sedang membuat rakaman. Dia mengeluarkan lirik dari beg hitamnya lalu segera dia menghafal lirik itu.

“Kau okay, Mark?” Tanya Jungwoo yang terkenal dengan suara lembutnya itu.

“Saya okay, hyung.” Jawab Mark.

“Kau mesti penat. Kau baru lepas practice kolaborasi dengan Xiumin-sunbae, kan?” Tanya Jungwoo lagi sambil mengusap belakang Mark. Mark mengangguk dan sekali tersenyum. Dia kembali ke lirik yang dipegangnya sementara menunggu giliran dirinya untuk rakaman.

 

Mark. Itu aku dan aku sangat suka kan hidup aku sekarang.

Menjadi seorang idol, itu yang aku mahukan selepas bertahun-tahun berlatih di Korea.

Cuma… bila aku kata aku suka dengan hidup aku, tidak semestinya aku gembira.

Betul! Kadangkala, tidak ada seronoknya menjadi seorang – Mark.

 

Bilik Latihan, SM Entertainment--

“Fokus, Mark! Fokus! Semua orang penat! Bukan kau seorang saja!” Marah Shownu yang merupakan guru tari untuk lagu NCT127 yang akan datang ini—Touch.

“Maaf, hyung!” Kata Mark.

Taeyong memandang Mark. Dia sangat faham keadaan Mark yang boleh dikatakan kerja ‘berlebihan’ itu. Tidak kena dengan umurnya,vMark kelihatan sangat letih menyebabkan wajahnya seperti kelihatan  lebih tua dari umurnya. Taeyong kembali fokus kepada latihannya.

 

 

 

Fakulti Teater, Moohan Universiti—

Mina memasukkan nota dan alat tulis kedalam beg sandangnya. Lega sekali apabila satu-satunya kelasnya pada hari itu telah tamat. Kalau nak diikutkan, mahu saja dia ponteng tetapi apabila teringat kelas selama empat jam ini sangat penting dalam projeknya ditambah pula kakaknya yang pantang jika dia ponteng kelas.

Mina tersenyum pahit.

 

“Mina! Mina!” Teriak seseorang dari sepuluh meter jauh dari kelas Mina. Mina sangat kenal akan suara itu membuatkan dia tidak mengedahkannya. Bunyi tapak

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Seasony
'You, In My Dream' sedang dalam proses pengeditan :)

Comments

You must be logged in to comment
LovelyIna
#1
Hi awak! Berminat untuk menjadi seorang penulis? Kami sedang mencari penulis bagi bekerjasama dengan kami untuk satu projek.
Mungkin sekarang peluang awak debut sebagai penulis? Jangan lepaskan peluang ~
Follow kami di Twitter dan Instagram @tigasuque untuk maklumat lanjut!
Jumpa awak kat sana ^^

- LovelyIna
LovelyIna
#2
Hi awak! Berminat untuk menjadi seorang penulis? Kami sedang mencari penulis bagi bekerjasama dengan kami untuk satu projek.
Mungkin sekarang peluang awak debut sebagai penulis? Jangan lepaskan peluang ~
Follow kami di Twitter dan Instagram @tigasuque untuk maklumat lanjut!
Jumpa awak kat sana ^^

- LovelyIna
taenovella
#3
Chapter 3: Aduh Mina ni xD org baru nak berfeeling sikit bila Mark ckp mcm tu hahaha
taenovella
#4
Chapter 2: First time baca story pasal korean historical dalam bahasa o((*^▽^*))o tak sangka pulak yang mimpi diorg mcm tu! Mmg unexpected haha
Tak sabar nak baca lagi interaksi antara Mark dgn Mina >:3
nanadjiyongie_01
#5
Chapter 2: ya allah...bestnya , saya imagine setiap scene mimpi tu cam dlm drama Korea betul2 HAHAHAHA...makcik tu tktau la wujudnya tahun masihi la MinaXD
Comel je Mark ngan Mina masa dlm mimpi..siap jadi husband and wife lagiii huhuu so sweet
terbaik la authornim! mmg jjang! keep updating and hwaiting!!
starlightkim_
#6
Cpt-cepatlah mark dgn mina tu jumpa. X shabar ???
nanadjiyongie_01
#7
Chapter 1: apalah mina ni..bukan makan terus cinta sejati tu jatuh dari langit XD //facepalm// i like this story already! fantasy wuuu good job authornim! hwaiting <3
lilylunalove
#8
Chapter 1: Wuuuu saya nak coklat tu jugak! Pastu saya nak buat permintaan, hm saya nak minta supaya saya boleh kahwin dengan bias saya HAHAHAHAHAHAHAHA ya tohan kuat berangan betul saya ni! XD
Wonsik_Sai
#9
Tak-shabarrr~ ^w^