❝ I feel like she's real ❞

You, In My Dream
Please Subscribe to read the full chapter

 C H A P T E R  2 :

❝  P e r s i m m o n ❞

Buku nota bewarna merah jambu itu di gapai sebelum dimasukkan kedalam beg sandangnya sambil bernyanyi-nyanyi kecil lagu ‘written in the star’ kegemarannya. Hari ini kelasnya agak padat. Dari pagi sehingga petang. sebelah malam pula dia perlu berlatih untuk persembahan teaternya. Mina melirik matanya kearah buah kesamak yang dia sendiri tidak tahu dari mana datangnya.

Mina menggalas begnya. Mungkin Seulgi Eonni yang letak? Mina berjalan keluar dari biliknya. Matanya terus menangkap Seulgi yang sedang bergegas ke tempat kerja.

“Eonnie, Eonnie ke yang letak buah ni atas meja Mina?” Tanya Mina sambil menunjukkan buah kesamak kepada kakaknya. Seulgi tidak memandang langsung kerana sibuk memakai stokin.

“Bila masa pula Eonnie pergi beli buah tu…” Jawab Seulgi.

“Tapi kenapa…”

“Memandangkan Eonnie tak sempat nak buat sarapan untuk Mina, Mina makanlah buah tu, ya?” Seulgi meencapai beg hitamnya disofa lalu menuju kearah pintu meninggalkan adiknya yang kebingungan itu.

“Tapi Eonni…” Mina menapak selangkah dua untuk mendapatkan kakaknya.

“Jangan lupa kunci pintu! Bye!”

BAMM! Terkelip sedikit mata Mina akibat tersentak dengan bunyi pintu. Mina mencebik sedikit. Buah kesamak segar ditangan di teliti lagi. Ah! Makan sajalah. Rezeki jangan ditolak. Mina ketawa kecil.

.

.

.

Pagi itu mina berjalan kaki ke Universiti. Tidak lah jauh mana kalau berjalan kaki cuma mengambil masa dua puluh minit untuk sampai. Matanya ligat membaca skrip yang perlu dihafal untuk persembahannya nanti. Tiba-tiba, Mina dipanggil seseorang.

“Mina, Mina!” Suara seorang wanita 50-an. Mina memalingkan wajah kearah suara itu. Rupanya dia salah seorang jiran tetangga Mina.

“Eo, Selamat pagi, Ahjumma! Ada apa panggil saya? Saya nak ke kelas ni.” Jawab Mina dengan nada cerianya. Wanita itu menguntum senyuman kepada Mina sebelum menyatakan tujuannya.

“Ya, ahjumma tahu. Ini, cuba kamu tengok tarikh dalam telefon ahjumma ni. Macam rosak lah. Tadi cucu ahjumma buat main. Tengok ni, tahun dia dah berubah…”

“Yakah? Sini saya tengokkan…”  Mina menggambil telefon dari tangan wanita itu sebelum menekan punat disisi telefon pintar itu. Rupanya tarikh ditelefon itu sudah di’reset’ semula. “Oh… ini kena set semula, Ahjumma.”

“Kamu tolong set set kan, ya Mina? Tahun ni tahun berapa? 2018, kan?” Mina tersentak mendengarnya. Anak matanya tidak bergerak. Dia seperti mengalami dejavu.

 

“Tahun ini tahun berapa, makcik?”

“Tahun ayam jantan!”

.

“Kenapa cara awak cakap bukan dari zaman ini?”

“Saya bukan dari zaman ni, saya hidup tahun 2018!”

 

Suara-suara yang samar bunyinya bermain sekejap ditelinga Mina membuatkan dia sedikit mengelamun. Matanya terpejam. Dia tidak berada didunia nyata waktu itu. Tanpa sedar kaki kirinya menapak selangkah kebelakang. Ah, dejavu…!

“Mina? Kamu okay ke, nak?” Panggil wanita itu. Mujur dia memanggil. Mina kembali sedar dari lamunan dejavunya. “Ah, ya. Sekejap ya, saya set balik telefon ahjumma.”

Pelik! Suara lelaki mana aku dengar tadi? Dejavu apa ni?

.

.

.

.

Taeyong menekan punat ‘stop’ sebelum lagu baru kumpulan NCT berhenti dimainkan. Semua anggota NCT127 telah kepenatan. Lagu baru mereka berjudul ‘Regular’ itu layak menerima anugerah ‘lagu yang mempunyai tarian paling susah’, habis bermandi peluh mereka dibuatnya.

“Kita rehat satu jam. Jom makan!” Ujar ketua mereka. Mereka bersorak gembira akhirnya dapat mereka mengisi perut mereka yang kelaparan itu. Satu persatu anggota NCT127 keluar dari bilik latihan itu kecuali Mark dan Taeyong.

 Taeyong sibuk mengemas botol-botol minuman yang kosong kepunyaan rakan-rakannya untuk dibuang. Botol terakhir berada ditangan Mark. Taeyong melihat Mark dengan pelik. Anak matanya tidak bergerak menunjukkan Mark sedang mengelamun. Taeyong merampas perlahan botol kosong dari tangan Mark. Mark tersentak.

“Kau teringatkan siapa tu?” Kata Taeyong si Karisma itu.

“Hyung… pelik lah.” Mark tidak menjawab soalan ketuannya.

“Apa yang pelik?” Taeyong bertanya lagi.

“Saya ingat satu persatu mimpi saya malam tadi.”

“… oh, Mina?”

Mark terkeju

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Seasony
'You, In My Dream' sedang dalam proses pengeditan :)

Comments

You must be logged in to comment
LovelyIna
#1
Hi awak! Berminat untuk menjadi seorang penulis? Kami sedang mencari penulis bagi bekerjasama dengan kami untuk satu projek.
Mungkin sekarang peluang awak debut sebagai penulis? Jangan lepaskan peluang ~
Follow kami di Twitter dan Instagram @tigasuque untuk maklumat lanjut!
Jumpa awak kat sana ^^

- LovelyIna
LovelyIna
#2
Hi awak! Berminat untuk menjadi seorang penulis? Kami sedang mencari penulis bagi bekerjasama dengan kami untuk satu projek.
Mungkin sekarang peluang awak debut sebagai penulis? Jangan lepaskan peluang ~
Follow kami di Twitter dan Instagram @tigasuque untuk maklumat lanjut!
Jumpa awak kat sana ^^

- LovelyIna
taenovella
#3
Chapter 3: Aduh Mina ni xD org baru nak berfeeling sikit bila Mark ckp mcm tu hahaha
taenovella
#4
Chapter 2: First time baca story pasal korean historical dalam bahasa o((*^▽^*))o tak sangka pulak yang mimpi diorg mcm tu! Mmg unexpected haha
Tak sabar nak baca lagi interaksi antara Mark dgn Mina >:3
nanadjiyongie_01
#5
Chapter 2: ya allah...bestnya , saya imagine setiap scene mimpi tu cam dlm drama Korea betul2 HAHAHAHA...makcik tu tktau la wujudnya tahun masihi la MinaXD
Comel je Mark ngan Mina masa dlm mimpi..siap jadi husband and wife lagiii huhuu so sweet
terbaik la authornim! mmg jjang! keep updating and hwaiting!!
starlightkim_
#6
Cpt-cepatlah mark dgn mina tu jumpa. X shabar ???
nanadjiyongie_01
#7
Chapter 1: apalah mina ni..bukan makan terus cinta sejati tu jatuh dari langit XD //facepalm// i like this story already! fantasy wuuu good job authornim! hwaiting <3
lilylunalove
#8
Chapter 1: Wuuuu saya nak coklat tu jugak! Pastu saya nak buat permintaan, hm saya nak minta supaya saya boleh kahwin dengan bias saya HAHAHAHAHAHAHAHA ya tohan kuat berangan betul saya ni! XD
Wonsik_Sai
#9
Tak-shabarrr~ ^w^