Bab 6: Keep it together.

Love Till Heaven

Malam itu, Pn. Irene bermalam di rumah bakal besannya. Pn. Ji Hyo tidak membenarkan Pn. Irene balik ke rumah sendirian. “Awak berehatlah di bilik N dulu. Nanti saya kemaskan biliknya dulu. Biliknya bersepah sikit,”katanya.  Pn. Ji Hyo mengemaskan bilik N. “Awak tidurlah di sini. Esok kami hantar awak balik,” kata Pn. Ji Hyo. Pn Irene pun bersetuju. Dia pun meninggalkan Pn. Irene bersendirian, memberi ruang untuk tenangkan dirinya. Malam itu, dia tidak tidur lena. Dia masih memikirkan keadaan Yeri yang sedang sakit, ketika itu dia dijaga oleh menantunya. Tapi dia terharu melihat keprihatinan besannya. Dia juga teringat suaminya yang dikurung di penjara. Pastinya dia sangat sedih dan pilu.

*      *      *

Tengah hari itu, Pn. Irene melawat Yeri di hospital. Dia melihat Yeri masih tidur. Menantunya tiada di situ. Apabila ommanya masuk biliknya, dia segera bangun. “Yeri, dah bangun nak?” tanya Pn. Irene. “Nae, saya dah bangun omma. N oppa dah balik awal pagi tadi. Dia nak pergi kerja. Jadi lepas kerja nanti dia singgah,” kata Yeri. “Omma bawakan bubur kacang untuk kamu. Omma suapkan, ok?” katanya lagi. “Nae~ omma. Dah lama saya tidak makan masakan omma,” kata Yeri sambil tersenyum. Semasa makan, Yeri bertanya tentang appanya. “Omma, macam mana dengan appa? Dia baik-baik saje kan?” tanya dia. Tiba-tiba ommanya menangis. Dia sedih kerana dia dikurung di penjara. “Appamu dihukum penjara 5 tahun akibat cubaan membunuh N. Dia hampir menikam N, mujurlah kamu menghalangnya,” kata Pn. Irene dengan suara yang terketar-ketar. 

Petang ini, N dan chingusnya melawat Yeri. Mereka membawa buah tangan berupa buah-buahan dan jus kesihatan untuk Yeri. “Annyeonghaseyo, Yeri dan omma, kami datang nak lawat Yeri,” sapa N. “Nae~ silakan masuk,” Pn. Irene menerima kedatangan chingu mereka. “Mak cik,  kami berbaik dengan Yeri. Kami selalu nampak N hyung bersama dengan Yeri. Kami tidak menghalang mereka bersama, ” kata Ken. “Kami bawa buah tangan, mak cik,” kata Leo. “Aigoo~~ tak perlulah korang bersusah-payah, simpanlah sedikit untuk kamu sendiri. Mak cik ada bawakan Yeri makanan, itu pun dah memandai.” Pn. Irene tak mahu menyusahkan orang lain, apatah lagi chingu anaknya. “Tak pe, kami ikhlas memberi, mak cik. Kami cuma berharap agar Yeri cepat sembuh, itu saje,” jawab Leo pula.  “Terima kasih, anak muda. Jarang mak cik tengok namja sangat ikhlas membantu,” kata Pn. Irene. “Leo hyung memang macam tu, mak cik. Walaupun jarang bercakap, tapi dia sangat budiman,” kata Ravi. Kata-kata Ravi membuatkan muka Leo menjadi merah padam kerana malu.   

Seminggu kemudian, Yeri dibenarkan untuk balik ke rumah. Dia dibekalkan ubat-ubatan yang sesuai untuk mengurangkan kesakitannya. Tengah hari ni, En. Gary, Pn. Ji Hyo, Pn. Irene serta menantunya datang menjemput Yeri. “Omma, kita singgah di penjara sekejap, nak jumpa dengan appa. Boleh x?” Yeri meminta kebenaran ommanya untuk menjenguk appanya. Ommanya bersetuju. “N oppa, nanti  awak ikut saya ye. Kita nak minta restu appa pula, boleh?” kata Yeri. “Baiklah, saya ikut awak,” kata N pula. Sesampainya di penjara, Pn. Irene memohon kebenaran pegawai untuk menjenguk suaminya. Mereka diberi tempoh melawat selama sejam. Selepas itu, En. Jin pun datang. “Awak apa khabar?” tanya Pn. Irene. “Nae, saya rindukan awak dan Yeri,” kata En. Jin. “Appa, sudikah appa merestui kami berdua, kami akan berkahwin,” kata Yeri. En. Jin memandang N pula. N sangat cemas dan takut. “Awak, mari sini nak,” pinta En. Jin. N pun mendekati En. Jin. “Appa sangat bersalah terhadap kamu. Appa salah menilai kamu. Kamu baik sebenarnya. Appa merestui hubungan kamu dengan Yeri. Saya sudah lama menjadi appa. Kali ni, appa serahkan tanggungjawab kepada awak. Bahagiakan Yeri. Appa akan menebus kesalahan terhadap awak sekiranya appa dibebaskan,” kata En. Jin. “Saya tidak berdendam dengan appa, saya cuma tunggu sehingga appa menerima saya sebagai menantu, itu pun dah cukup,” balas N pula. Dia memaafkan appa mentuanya. “Kami minta diri dulu, Yeri perlu berehat di rumah,” kata Pn. Irene. “Awak baliklah, jangan risau tentang saya,” kata En. Jin.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
ROVIXAYEE_96
Fanfic saya dh mcm novel pulak... Ini baru je first sight. Kebanyakan novel cinta dkt fanfic lebih hebat daripada novel cinta yang dijual dkt pasaran. XD

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet